Pendedahan Anwar Ibrahim Kawal Akaun RM3 Bilion
Ini satu tuduhan yang berat yang patut dibawa kepada SPRM dan rakyat berhak menuntut Anwar Ibrahim tampil menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku!
Dalam penyelewengan salah guna kuasa ini telah membabitkan ramai kroni yang memakan hasil dan yang peliknya darimana sumber hasilnya? Anwar Perlu Jelaskan Akuan Datuk Abdul Murad Khalid. Ikuti pendedahan lanjut Pendedahan Anwar Ibrahim Kawal Akaun RM3 Bilion
Inilah adalah laporan akhbar Pendedahan Anwar Ibrahim Kawal Akaun RM3 Bilion
Anwar perlu jelaskan akuan Murad
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan perkara sebenar di sebalik akuan berkanun yang pernah dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap beliau kira-kira 10 tahun lalu.Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, dakwaan Abdul Murad bahawa Anwar terlibat dalam mengawal 20 akaun induk melibatkan nilai RM3 bilion sehingga kini masih menjadi tanda tanya.Katanya, justeru penjelasan lengkap perlu diberikan oleh Anwar kepada rakyat kerana dakwaan itu dibuat secara khusus terhadap beliau selain melibatkan suatu tuduhan serius.''Kita nak tahu apa cerita sebenar. Betulkah dia ada punca kewangan sampai RM3 bilion. Jadi perlu dijelaskan balik secara lebih terperinci berhubung isu RM3 bilion yang pernah dinyatakan dalam akuan berkanun Abdul Murad.''Kita juga mahu tahu kenapa Abdul Murad membuat akuan itu tetapi kemudiannya dikatakan berpatah balik, adakah dia juga menghadapi tekanan seperti yang dibayangkan Datuk S. Nallakarupan?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Nallakarupan yang dikenali sebagai bekas rakan karib kepada Anwar mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai pelbagai sumber seperti yang pernah didedahkan Abdul Murad.Sehubungan itu Nallakarupan tidak rasa terkejut dan hairan sekiranya keluarga mangsa liwat yang melibatkan Anwar sebagai tertuduh berasa cukup tertekan dalam menantikan perbicaraan sebenar berlangsung.Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.Mengulas luahan Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari, Mohd. Zin berkata, tekanan yang dihadapi mereka cukup hebat kerana berhadapan dengan tertuduh yang diketahui mempunyai pelbagai sumber.Katanya, sebab itu adalah sesuatu yang tidak adil bagi pihak Anwar untuk mengemukakan permohonan-permohonan yang dilihat hanya berniat bagi melengahkan perbicaraan sebenar kes tertuduh.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.