Sudah semakin jelas dipertontonkan watak Anwar Ibrahim terpaksa membalas budi DAP setelah bergitu bersungguh-sungguh Karpal membantu membebaskan Anwar Ibrahim dari segala tuduhan skandal moralnya. Kini tiba masanya buat Anwar Ibrahim membalas segala jasa baik DAP dengan merelakan apa sahaja tuntutan dan perancangan DAP.
Mengenang DAP berpeluang bertanding di 90 kerusi berbanding PKR 66 kerusi dan selebihnya PAS. Apa yang hendak dirisaukan lagi. DAP bakal menjadi terhebat jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Dari sini rakyat boleh menilai adakah Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim? Adakah DAP bergitu bodoh merelakan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? Siapa yang lebih bijak sekarang. Patutlah Singapura beria-ia memberi nafas semangat buat Pakatan Rakyat terutama DAP.
Dari sini juga rakyat boleh menilaikan dimana janji-janji PAS bakal melaksanakan Hudud? Apa lagi puak-puak PAS hendak gembar-gemburkan perjuangan perlaksanaan hudud? Semuanya sudah jelas sebagai pembohongan yang maha besar dan terhebat. Meraka telah peralatkan agama demi keinginan merasa bagaimana jika berkuasa di Putrajaya. Yang paling pelik PAS terpaksa menurut apa sahaja dengan membiarkan DAP lebih berkuasa berbanding PKR dan PAS. adakah ini berbaloi?
Adakah Anwar Ibrahim tidak mampu berfikir soal kedudukan kerusi? Atau Anwar Ibrahim tahu tetapi terpaksa berpura-pura seperti biasa kerana sememangnya Anwar Ibrahim telah lama menjadi boneka hidup? Kalau salah kenapa kerusi yang PKR bertanding pada 2008 adalah 97 bertukar menjadi 66 kerusi? Adakah Anwar Ibrahim lupa inggatan atau hilang akal? atau sememangnya Anwar Ibrahim Terpaksa Membalas Budi DAP
Kalau mengikut ramalan DAP bakal memenangi 50 lebih kerusi dan kedudukan kerusi melayu berpecah belah, juga boleh memberi satu gambaran yang tidak mungkin diduga antara pengundi Melayu. Satu situasi penyatuan kaum Cina dan India mengatasi peraduan melayu semakin parah berpecah-belah. Siapapun tidak mahu berfikir persoalan sebergini kerana sebok memaki sesama sendiri.
Ramai melayu mengharap Anwar Ibrahim tetapi mungkin mereka lupa pepatah harap pagar pagar makan padi! Sebab itulah DAP dan PAS sentiasa menggambarkan yang Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri supaya tiada antara orang melayu menduga sesuatu yang lecik sedang bergerak secara halus. Kerana denga meletak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri boleh mengawal keadaan menjadikan melayu terus bercakaran dan bertelagah sesama sendiri.
Mungkin kerana ini jugalah Pakatan Rakyat tidak berani mendedahkan kabinet bayangan? Sampai bila orang-orang melayu terus ditipu dan dikencing hidup-hidup. Sampai bila kita harus bersengketa sesama sendiri kerana Anwar Ibrahim Terpaksa Membalas Budi DAP
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.