Tuesday, 24 July 2012

Karpal Singh UPDATE Auta Nasrudin Tantawi

Patutlah sangat membuatkan mereka semakin tidak faham! Ucapan Karpal Singh bukan setakat berterabur! tetapi ayatnya jauh lagi terguling terbelit bersimpul serabut! Memang patutlah Nasrudin Tantawi sendiri naik bengong memikir apa yang dimaksudkan Karpal atau sememangnya sengaja berpura-pura untuk mengawal keadaan yang terdesak?

Cerita yang memberbezakan antara dunia luar debat dengan pada masa berdebat dengan Ustaz Fathul Bahri. Sudah pasti bukanlah masa yang sesuai untuk mempertahan kebenaran tetapi terbaik buat Nasrudin Tantawi jangan pamerkan kepincangan diri walaupun terpaksa berdusta. Mungkin kerana dalam perjuangan PAS berdusta kerana parti bukanlah satu kesalahan malah lebih kepada wajib. Kalau kenyataan ini salah kenapa dibenarkan?

Inilah hakikat dalam PAS yang lebih mengutamakan Auta dari Fakta. Biarlah penuh tipu helah asalkan mendapat tepukan gemuruh yang memberi keuntungan kepada PAS. Walaupun terpaksa menggadaikan tahap standart seorang bergelar ustaz yang kononnya mempertahankan Islam. Apa guna diadakan debat jika jika debat itu sendiri atas semata-mata mempertahankan pekong dengan menyembunyikan kebenaran. berbaloikah demi maruah agama digadaikan? Sebenar matalamat ini mencari kebaikan untuk islam atau yang bertentangan dengan itu?

Oleh itu adalah baik kita nilaikan apa yang sebenarnya di maksudkan Karpal Singh untuk dikemaskinikan dimana diri kita berada?



No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.