Wednesday, 15 August 2012

Bagaimana Rasanya Cara Menyebar Syiar Islam Sambil Mengaibkan Orang

Inilah hasil kerja untuk melepas geram puak-puak
Pakatan Rakyat sekarang
Dekat-dekat penamat ramadan ini macm-macam cerita berlegar dialam maya! Tidak kurang ramai orang Pakatan Rakyat cuba menyebarkan syiar islam dengan tajuk-tajuk yang menarik dikongsi demi Islam. Tetapi dari ayat pertamanya sahaja tetapi dalam masa yang sama buat kerja sambilan untuk menghina dan menjatuhkan orang lain!

Bagaimana kaedah ini boleh dihalalkan oleh yang sedang mendabik dada mengaku dirinya berjihad untuk menyebar syiar islam? Kalaulah ada orang yang tampil menyanggah atau menegur mereka, maka terkeluarlah kenapa orang lain boleh buat dan contoh yang diberi sudah tentu kepada lawannya. Semuanya kerana hendak melepas geram sampai terlupa diri sedang berpuasa! Tetapi sempat juga mendabik dada mengaku menyebarkan syiar islam. Huhu macam-macam ada Nang Pecah Palak Mikir

Pelik juga kadang melayan cara mereka melawak kerana tentu tidak bijak untuk menghalalkan perbuatan diri dengan membandingkan kaedah songsang orang lain. Tetapi itu semuanya tidak pula disedari oleh empunya diri.

Itulah yang sedang berlaku dalam arena politik kita, apabila semua ingin tunjuk cara terbaik sambil-sambil mengcaci orang lain jahat. Semua ini mudah dibuat dengan satu persepsi tampa perlu membuktikan apa-apa. Apatah kalau dicampur sedikit perasaan tabsud dan perasaan benci yang kuat. Sudah cukup menjadi zat-zat yang kuat dalam amalan dibulan puasa ini. Persoalannya mereka ini mencari habuan baik ke atau sebaliknya.

Itulah cara orang kita berpolitik kalau tidak ada contoh mengaibkan orang tidak cukup kuat namanya. Uiiih Memang Pecah Palak Mikir dengan orang-orang kita kan! kan!

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.