Friday, 17 August 2012

Rahsia Petua DAP Mengawal Tindak-tanduk PAS

Sememangnya kelakar bunyinya tetapi itulah realiti yang berlaku dalam politik Malaysia. Kita boleh melihat banyak kuasa terutama UMNO BN gagal mengdekati PAS. Tetapi kalau difikirkan tentu agak aneh bunyinya apabila DAP berani dan berjaya mengawal dan mengkaldaikan PAS dengan cara yang paling sukar diterima akal malah agak kejam. 

Lihatlah bagaimana DAP boleh berbangga dengan menguasai 60 kerusi untuk PRU13 berbanding PAS hanya 30 kerusi. Sepatutnya ada samada dari atas hingga ke akar umbi akan melenting atau sekurang-kurangnya menyuarakan dan menuntut jumlah kerusi dibahagikan dengan lebih adil. Tetapi itu tidak berlaku, yang berlaku hanya anguk-anguk sahaja macam bendul. Memang PecahPalakMikir tindakan PAS ini melebihi bendul. Tentunya semakin bendul pemikiran PAS apabila kawasan yang dituntut DAP adalah kawasan yang boleh menang buat PAS memang PecahPalakMikir mengenang akal PAS.

Lihatlah juga bagaimana DAP mencaturkan prinsip perjuangan PAS sesuka hati mereka tampa mampu dihalang oleh mana-mana ahli PAS. Dari prinsip memperjuangkan Negara Islam dari hasil adaptasi Revolusi Iran 1979 diguna pakai tampa apa perancangan terperinci atau lebih mudah difahami tangkap muat. Menjadi punca kepada penyediaan dan pelaksanaan yang gagal, PAS hampir terkubur dengan angan-angan sendiri. Tetapi PAS sempat mengcuba selamatkannya melalui idea hukum Hudud pada tahun 1993 menjadi perlengkap kepada konsep negara islam. 

Memandangkan untuk merialisasikan hukum Hudud telah menemui kekangan yang amat berat apatah keadaan negara ini yang berbilang kaum menyebabkan PAS hampir hilang punca mencari kaedah memantapkan prinsip pejuangan PAS sebagaimana dilaung-laungkan. 

Menjelang 2008 semuanya bagaikan memberi inspirasi baru buat PAS apabila kerjasama bersama Pakatan Rakyat hampir membuahkan hasil. Itu setelah sunami politik pepecahan dalaman UMNO hingga menyebabkan PRU12 telah memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat menawan 5 negeri. Dari situ mulanya hubungan yang bernas buat PAS dan DAP melalui gabungan bersama PKR yang membolehkan mereka menjadi satu kuasa yang kuat. Tetapi dalam diam hubungan ini dimamfaatkan DAP untuk mengcipta petua-petua atau kaedah-kaedah terbaik mengawal PAS demi merialisasikan impian terbengkalai.

Harus diingat penglibatan DAP dari zaman merdeka lagi, berasaskan anti Islam apatah Lim Kit Siang adalah individu yang menjadi punca trajedi 13 Mei. Malah DAP tidak penah lekang dengan niat Malaysian Malaysia. 

2008 adalah satu pertanda baik buat DAP untuk merialisasikan impian mereka yang terbengkalai. Malah dengan kegairahan PAS untuk menawan Putrajaya tampa memperdulikan lagi prinsip asal perjuangan mereka menyebabkan DAP sudah berjaya memperalatkan PAS.

Perancangan DAP menjadi lebih berkesan apabila PAS bersedia untuk mengubah apa sahaja demi memenuhi kehendak DAP. Lebih sedih lagi PAS sangguh hidup dengan menipu para pengikutnya dengan memberi harapan-harapan palsu yang entah bagaimana boleh ditabsud oleh akar umbi PAS secara melulu. Adakah PAS tidak sedar apa yang diidamkan DAP?

Tidak cukup dengan itu, PAS sanggup memberi pasport khas buat DAP untuk berdiri dipentas Masjid, madrasah termasuk mana-mana sesi ceramah PAS untuk menyebarkan pengaruh DAP berbanding PAS. Lebih jauh lagi PAS sanggup menghalalkan tindak-tanduk DAP mempergunakan petikan ayat-ayat suci Al-Quran dan diterjemahkan sesuka hati dalam ucapan di mana-mana pentas ceramah termasuk di dalam masjid. Walaupun ada bijak pandai PAS yang mendengar telah menyedari ada banyak kesalahan maksud dan penyelewengan makna tetapi itu diabaikan sebagai perkara biasa sahaja.

Lebih menghairankan lagi dengan sikap Karpal Singh yang sering melatah dengan ayat "Islam Over My Dead Body" berulang-ulang kali. Seolah-olah ini satu takdir yang ditentukan Allah untuk PAS memikirkan semula  keatas setiap yang telah dilakukan! Tetapi sayang itu tidak cukup untuk menyedarkan impian nafsu PAS yang terbeliak dengan  kesergaman Putrajaya. Malah mana-mana orang PAS yang menegur atau menyerang Karpal Singh bukanlah boleh mendapat mana-mana sokongan pemimpin PAS, tetapi sebaliknya sesiapa yang berani sangat bersuara boleh mengakibatkan dipecat atau disingkir. Silap-silap haribulan bukan setakat disingkir, malah ditambah sumpah seranah dan fitnah-fitnah yang sukar diterima akal.

Bukan setakat itu malah perangai Nasrudin Tantawi sanggup menipu dipentas debat bersama UFB mengatakan semua sudah selesai dengan  DAP dan bersedia menerima perjuangan menegakkan Negara Islam. Tiba-tiba dengan tidak perlu tunggu lamapun, Karpal Singh tampil mengeluarkan kenyataan mengulangi pendirian asalnya yang menentang pelaksanaan Hukum Hudud malah sifat anti islam masih belum menampakan sebarang perubahan.

Semua itu tidak juga menjadi penyebab buat PAS memikirkan semula apa yang mereka telah lakukan. Sebaliknya Nik Aziz tampil dengan sekadar menengkan keadaan melalui ulasan-ulasan berbelit dan bukan tindakan penyelesaian yang mempertahankan pendirian dan prinsip perjuangan PAS. Sikap bergini menonjolkan PAS tidak lebih kepada Perasit Islam Semalaysia dan bukannya Parti yang memperjuangan Negara Islam lagi.

Hairan bukan tangkal jenis apakah yang DAP pakai sehingga semua orang kuat PAS menjadi kaku layu bagaikan seekor kaldai yang tidak bermaya. Walaupun diketuk ditendang diperlangkung dengan pelbagai cara, tetap mampu buat DAP untuk terus mengawal PAS sesuka hati. 

Hairan bukan! petua yang bagaiamanakah DAP guna pakai sehingga berjaya mengawal tindak-tanduk PAS sesuka hati? Memang PecahPalakMikir kerja puak-puak nihhhh!! Mampukah kita mengcungkil rahsia petua DAP mengawal tindak-tanduk PAS. Adakah hanya memberi harapan keistimewaan buat PAS di Putrajaya atau ada cerita yang lebih menarik lagi, yang secara senyap berlaku tampa diketahui umum?

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.