Wednesday, 22 August 2012

Rupa-rupanya Akta 114A Bakal Diguna Pertama Kali Untuk Jentera Sendiri

Perh!!! Akhirnya buat julung-julung kali. Tampa perlu belas kasihan, Akta 114A bakal digunakan buat kali pertama  setelah di luluskan bulan lepas untuk menutup sebuah page fb Pemuda UMNO Malaysia. Tahniah buat sesiapa yang beria-ia sangat. Kerana kes macam FB PUM bukan ada cara lain untuk diselesaikan. Lainlah kes spina kapal selam, atau kes post sesuka hati web page lawan yang mengarang pelbagai bentuk reka cerita yang boleh dikaji melalui akta 114A...... Lagi menghairankan kalau kes salah laku orang atasan banyak pula bentuk main tarik tali dengan pelbagai rundingan dan soal jawap yang masa berlalu cukup panjang. Malah akan keluar cerita jasa sipolan bergitu dan bergini.............. Semuanya cukup dihalusi dengan sabar kononnya demi keadilan........ Akar Umbi pun bersabar memehatinya demi keadilan....... Iyalah orang atas yang berjasa kena diadili secara saksama setelah mati kutu dalam cubaan mempertahankan nasib orang tersebut......... Itu kerana mereka yang teratas bukan!......... Lain pula cerita orang yang tidak bernama, yang berjuang tampa penah ada yang di atas mengenang apatah membalasnya....... Itupun tidak orang seperti kami ambil kesah kerana atas nama fisabilillah walaupun muka naik tebal kena maki hamun hari-hari!............ Tak apa bukankah itu adat berjuang bukan!...... Tapi sayang kalau kami tetiba tersalah langkah kerana kegairahan berjuang atau disalah anggap isu yang dibawa dengan mainan hujah. Hukuman yang bakal menanti bukannya ringan. Malah kami tidak hak diadili dengan cara yang sama dengan yang di atas. Malah hendak mengaku keujudan kami pun tidak mahu. Setakat angka 53k ahlipun tidak dipandang beb!!! Biarpun hampir 4 tahun berhempas pulas membawa dan menyebar tranformasi kerajaan. Semuanya tidak ada makna lagi. Iyalah itu dilakukan semata-mata membuktikan kepada lawan yang mereka tulus tapi yang aku nampak setakat akar umbi sendiri berani sangat tapi kepada lawan buat-buat tidak dengar pun ada........Tidak apalah engkau durian kami mentimun. Tapi biarlah simentimun  tlg peringatkan yang durian kalau terlampau masak bakal menjadi tempoyak yang akhirnya  timun juga mencecahnya le yeeee...... Sabar-sabar kerana akar umbipun ada senjatanya..... Hanya persoalannya adakah isu post FB PUM ditangani dengan bijak atau kita pakat-pakat buat rojak...... Sama-sama kita nantikan kesudahan yang bagaimana di akhir cerita??????? note: sry ye sejak akhir2 ini karang pakai hpn galaxy advance je. itulah  tak ada perengan dan ayat salah ke betul susah nak pastikan. Laptop dah kong jadi maaf le ye keadaan semekin ini je yg mampu... apapun tetap bersyukur krn  masih juga boleh mengarang..PecahPalakMikir

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.