Saturday, 25 August 2012

Sepatutnya Merdeka Disambut Kibaran Bendera Bukannya Menghina Bendera Malaysia

Malaysia sekarang sudah semakin haru biru dengan sikap setengah rakyat yang telah kepupusan sifat cintakan bendera Malaysia dan mengangkatnya sebagai maruah bangsa.

Inikah dikatakan contoh orang yang tua dan matang dijadikan panduan dalam alam yang telah hanyut dengan sifat kebongkakan melampau.

Apakah wajar idea tidak mengenal batas dibenarkan buat tatapan anak generasi kita. Jika semua rakyat Malaysia semakin hebat menghina bendera sendiri apatah warga negara jiran yang tidak puas-puas menghina, mengcaci malah membakar negara kita.

Ini yang pelik atau sememangnya kebenaran yang berlaku di negara ini. Kalau akta alam maya boleh menyabit mana-mana fb atau web yang menyentuh sensiviti dengan pelbagai akta yang releven termasuk Akta 114A.

Lain pula dengan setengah pihak yang berulang-ulang kali menghina bendera Malaysia tidak pula ditegur atau dikaji sebarang tindakan yang berpatutan.

Apa yang sedang berlaku sebenar jika setengah boleh dan setengah lagi tidak walaupun hal ini membawa impak yang sama. Memang PecahPalakMikir kalau undang-undang ada tetapi ketegasan pasang surut. Harap dikaji dan dinilai secara menyeluruh dan bukan antara yang boleh makan atau tidak berani hendak sentuh. Tanganilah dengan bijak dan saksama.


No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.