Kenyataan Dr Asri secara tidak langsung tentu akan memeranjatkan golongan PAS yang sering dikaitkan memperalatkan agama untuk berpolitik. Bidasan tampa menyatakan mana-mana pihak ini, secara tidak langsung membuktikan kegusaran Dr Asri dengan keadaan diluar kawalan sekarang, yang mana budaya kafir mengafir terlampau bebas dipergunakan sedangkan menurut ulama terulung, Dr Yusuf Al-Qardhawi, istilah itu hanya untuk Zionis Israel sahaja.
Adakah puak PAS sengaja memendamkan soal ini kerana nafsu ke Putrajaya atau sememangnya nafsu menguasai fikiran hingga tidak tahu lagi menilai dari sudut pandangan islam. Ataupun inilah pengaruha Anwar yang lebih kuat dari prinsip sebagai pejuang Islam?
SHAH ALAM - Politik dan agama sememangnya wajar digabungkan kerana agama akan membimbing politik, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Bagaimanapun katanya, pada dirinya sendiri, beliau lebih rela hidup di negara sekular daripada membiarkan agama dijadikan alat politik oleh pihak yang berkepentingan politik.“Saya lebih rela negara sekular, saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik kalau agama digunakan untuk kepentingan politik. Sekurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik sahaja," katanya.Beliau turut membidas tindakan sesetengah pihak yang menggunakan perkataan kafir harbi, sedangkan menurut ulama terulung, Dr Yusuf Al-Qardhawi, istilah itu hanya untuk Zionis Israel sahaja.Beliau berkata, penggunaan kafir harbi memerlukan perbincangan kerana hanya mereka yang layak berhak untuk membuat keputusan menentukan siapa kafir harbi."Ini juga masalah media. Hanya kerana kawan itu pakai serban dan ada (sekolah) pondok, dia belum berhak untuk membuat keputusan yang besar seperti itu. Ada kesan besar apabila mengatakan orang kafir harbi."Dr Yusuf Qaradhawi kata negara kafir harbi hanya Israel sahaja. Amerika Syarikat tidak termasuk kerana terlibat dengan perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan sebagainya," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di sini, semalam. sumber
Ini tentulah menjadi percanggahan buat Nik Aziz yang sering menggunakan perkataan kafir mengikut kehendak hatinya dan akhirnya para akar umbi membawa soal kafir lebih jauh terbabas sehingga asalkan orang UMNO dikaitkan dengan Kafir. Adakah ini akan menjadi lebih teruk lagi bila menjelang 10 hingga 20 tahun lagi?
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.