Wednesday, 26 September 2012

Guan Eng Telah Mencabar Kewibawaan PAS dan Nik Aziz Ada Berani Lawan

Hah apa lagi Nik Aziz dan segala bala tentera kaldai PAS berdiam diri? Adakah semua telah lari bersembunyi dalam selemut ketika Guan Eng Telah Mencabar Kewibawaan PAS dan Nik Aziz Ada Berani Lawan

Sekarang Guan Eng bukan sahaja mempertikaikan hudud yang diperjuangkan Nasharudin malah Guan Eng Telah Mencabar Kewibawaan PAS dan Nik Aziz Ada Berani Lawan 

Wahal sebelum ini bukan main kecoh terjerit-jerit, terlolong-lolong dalam siri ceramah PAS, malah bukan main lagi pecacai bersengkang mata buat posting di facebook tentang perjuangan Hudud. Tetapi bila Guan Eng bersuara menolak hudud, kenapa semua diam tidak berani lawan. Alah puak-puak ini setakat berani menjadi pengkhianat kepada pepecahan ummah pandai!! Tetapi kalau menegakkan dengan apa mereka janjikan, langsung tidak menjadi!

DAP menyatakan isu hudud yang diperjuangkan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak konsisten sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu. 
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata ketika Nasharudin menjadi Timbalan Presiden Pas, beliau akur dengan pendirian DAP yang tidak memasukkan hudud dalam dasar Pakatan Rakyat (PR).
Sekarang rakyat kena faham akan bukti yang paparkan, jelas menunjukan PAS hanya bermain wayang dalam perlaksanan hudud.

Menurutnya, pendirian bekas Timbalan Presiden Pas itu yang memperjuangkan hudud timbul selepas beliau tidak lagi memegang jawatan itu.
"Kita rasa pelik sedikit, sebelum ini semasa beliau jadi Timbalan Presiden Pas, beliau tidak ada masalah dengan pendirian DAP.
"Tapi bila beliau sudah tidak lagi pegang jawatan itu, beliau mula gesa kita untuk terima hudud dan mengapa sekarang ada pula masalah dengan pendirian kita mengenai hudud, dan kita kena bersikap konsisten," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam, DAP dikatakan sebulat suara menolak hudud.
Jadi dimana suara PAS sekarang? Dimana suara Nik Aziz dan dimana suara Haji Hadi? Kenapa berdiam diri apabila sekarang bukan sahaja Karpal Singh bersuara malah Lim Guan Eng juga menyatakan pendapat yang sama menolak hudud.
Guan Eng menegaskan hukum hudud bukan dasar pakatan pembangkang.
"Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita dan perkara itu jelas.
"Namun, kerjasama ini berdasarkan platform sama yang telah digariskan dengan jelas sekali," katanya.
Justeru Nasharudin menggesa DAP supaya memohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkan oleh parti itu. Sumber

Sekarang sudah semakin jelas, perjuangan PAS menegak hudud hanyalah satu penipuan yang amat besar kerana mereka hanya sekadar bercakap-cakap tin kosong tampa mendesak Pakatan Rakyat menerima perjuangan mereka. Tampa suara sokongan Pakatan Rakyat selagi itulah menegak hudud hanyalah main kotor PAS.

Lagipun PAS hanya berani menyerang UMNO termasuk Tun Dr Mahathir tetapi takut dengan ketuanan DAP. Ketuanan DAP adalah segala-galanya dalam Pakatan Rakyat. 

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.