Sampai bila lagi kita boleh memandang sinis terhadap tindak-tanduk Hormati Sensitiviti Islam Hanyalah Retorik DAP yang semakin berluasa dimasa kini. Sejauh mana PAS boleh beranggapan DAP bersedia merialisasikan prinsip perjuangan islam?
Memang benar ada setengah pemimpin DAP mengeluar kenyataan seolah-olah menunjukkan mereka mengjaga hak beragama sesama kita. Malah ada juga cerita-cerita dibawa PAS kononnya mereka sedia menyediakan peruntukan memudah dan mengjaga pembangunan istitusi islam. Tetapi adakah itu sebagai jaminan buat umat islam, untuk mempercayai bulat-bulat keikhlasan DAP yang sebenarnya.
Mari kita menyingkap kembali apa tindakan DAP kepada umat islam, dan fikirkan semula niat DAP dalam mengjaga Sensitiviti islam, hak beragama dan Islam agama resmi negara ini.
Bermula dengan kisah PAS bercita-cita untuk melaksanakan hudud! Adakah selama bertahun-tahun PAS arkab dengan DAP, telah ada perkembangan DAP sedia menerima hudud! Malah yang sering kita lihat hanyalah gertakkan Karpal Singh "Over my dead body" atau tiada termaktub Hukum Hudud di dalam Buku Jingga. Sedangkan Tun Dr Mahathir penah juga menawarkan Nik Aziz jika PAS berjaya laksanakan Hudud, kerajaan Pusat bersedia melaksanakan diperingkat Nasional. Sekurang-kurangnya UMNO BN bersedia melaksanakan jika kita ada format yang teratur dengan suasana di zaman ini. Rujuk Huraian Kisah Benar Disebalik Hudud Kelantan
Bergitu juga dengan khalimah Allah. rakyat Malaysia telah dipertontonkan bagaimana DAP bermati-matian bersama Anwar Ibrahim termasuk PAS bersedia memberi hak Khalimah Allah untuk kegunaan agama kristian. Malah ada digolongan islam dalam Pakatan Rakyat menyokong mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya, sedangkan ini boleh membawa kepada kekufuran kepada yang menyokong malah boleh berlaku salah guna untuk memurtadkan umat islam melalui kekeliruan umat islam dengan khalimah Allah. Adakah Khalimah Allah bukan salah satu Sensitiviti umat islam di Malaysia?
Bagaimana pula dengan larangan Azan subuh di Pulau Pinang? Adakah itu menggambarkan DAP amat sensitif kepada sensitiviti umat islam Malaysia. Sedangkan laungan azan di Masjid telah berkumandang semenjak zaman Melaka diislamkan oleh perdagang-perdagang islam. Cuba kita tanya bilakah kaum DAP mula bertapak dinegara ini hingga mereka tergamak mempertikaikan hak seruan Azan subuh di Masjid-masjid Pulau Pinang! Adakah Azan bukan salah satu Sensitiviti umat islam di Malaysia?
Sekarang sekali lagi ada tindakan dari golongan DAP sanggup mengeluar kenyataan yang disengajakan dalam bentuk nada petanyaan. Tetapi bahasanya boleh menyebabkan umat islam di negara ini tersingung, apatah disaat kemarahan umat islam dunia kepada pihak yang membikin filem Innocence of Muslims.
Filem ini terang-terang menghina Nabi Muhammad SAW. Adakah tindakan umat islam Malaysia mempertahan Nabi Muhammad SAW dari dihina atau dimain-mainkan, boleh dianggap membuang masa dan tenaga. Dimana rasa sensiviti agama lain didalam hati Ngeh Koo Ham.
Manakala lain-lain keanggaotaan DAP bersikap berdiam diri membiarkan hal ini berlarutan. Jika DAP amat mengjaga sensiviti umat islam Malaysia, sudah tentu mereka tidak memandang rendah dengan isu ini.
Salahkan umat islam berhimpun kerana membantah kepada pihak yang membikin filem Innocence of Muslims. Tetapi PecahPalakMikir kenapa pulak himpunan Bersih siri 1 2 3 tidak membuang masa dan tenaga! Dimana mulia sangat himpunan haram tersebut hingga menimbulkan rusuhan mengancam keselamatan awam? Apa yang menyebabkan Ngeh Koo Ham terlupa hingga meletakkan himpunan membantah kepada pihak yang membikin filem Innocence of Muslims lebih rendah matabat dari himpunan Bersih. Adakah ini dikatakan Hormati Sensitiviti Islam Hanyalah Retorik DAP ada kebenarannya?
Adakah mereka sedar siapa Nabi Muhammad SAW dihati umat islam? Jika mereka memahammi siapa Nabi Muhammad SAW dihati orang-orang islam. Tidak ada dalam DAP sewenang-wenangnya mengeluarkan ayat-ayat yang celupar hingga menyentuh dan mempertikaikan perasaan cintanya umat islam Malaysia kepada Rasulullah.
Minta tolong Nik Aziz dan Haji Hadi tolong sampaikan kepada Ngeh Koo Ham rangkapan dibawah ini.
Nasaie dan Ibnu Hibban melaporkan Rasulullah SAW berpesan: “Sesungguhnya orang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat kepadaku.” Malah, ALLAH SWT mahu orang beriman berselawat kepada Nabi Muhammad sebagai penghormatan kepada Baginda. (Al-Ahzab:56)
Mungkin
Mungkin ini terjadi kepada Ngeh Koo Ham kerana memahami dari kenyataan Nik Aziz Nik Mat pernah berkata Maulidur Rasul tidak perlu disambut kerana kelahiran Rasulullah SAW bukan peristiwa istimewa. Kelahiran Muhammad bin Abdullah sama seperti “mamat-mamat atau budak kampung lain? Dari itu Ngeh Koo Ham agak celaru sedikit tentang siapa Rasulullah SAW.
Andainya kelahiran baginda masih dianggap tidak istimewa, bolehkah Nik Aziz beritahu mamat mana yang masa lahirnya sama dengan Muhammad bin Abdullah ini? ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: “Tidak Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam maya ini.” (Al-Ambiya: 107). Jika diterima Rasulullah SAW rahmat kurniaan ALLAH, salahkah kita menyambut kedatangannya dengan melakukan pelbagai ibadah yang memenuhi kehendak agama?
Opps awal-awal hendak minta maaf kepada Nik Aziz kerana PecahPalakMikir terlupa kemahsyuran Nik Aziz kat dunia islam. Tetapi minta maaf kemahsyuran tidak cukup kalau gagal memenuhi tangungjawap sebagai pemimpin di Kelantan.
Berbalik kepada DAP!! Inikah yang dikatakan DAP mengjaga sensiviti umat islam Malaysia? Kerana selama DAP semakin bertaring, DAP sudah semakin berani mempertikai apa sahaja walaupun menyentuh sensiviti umat islam Malaysia. Jika berginilah tindak-tanduk DAP wajarkah rakyat Malaysia memberi kepercayaan dan harapan kepada DAP sebagai sebahagian kerajaan yang memerintah. Bagaimana jika DAP mempunyai kerusi majoriti melebihi PAS dan PKR jika Pakatan Haram layak menjejak Putrajaya? Adakah kekuatan Islam di Malaysia boleh bertahan lagi? Jadi benarkah Hormati Sensitiviti Islam Hanyalah Retorik DAP yang sukar dinafikan.
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.