Inikah yang dikatakan kesepakatan di dalam PAS! memperjuangkan prinsip Islam di dalam teras perjuangan sebenar PAS.
Apa yang sedang berlaku! menampakkan terlampau banyak perpecahan di dalam PAS akibat pengaruh Ariwanas berjangkit menjadi kutu penghisap inti pati teras perjuangan PAS dan kekuatan semangat ketuanan DAP.
Lebih menggemparkan bagaimana tergamaknya sikap Khalib Samad dengan secara tidak langsung mengterjemahkan perasaan kecewa terhadap cara Nasharudin Mat Isa memperjuangkan prinsip teras perjuangan PAS, iaitu menegakkan hudud.
Bosan Sangatkah Khalib Samad Kepada Nasharudin sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa?
KUALA LUMPUR: PAS tetap dengan berpendiriannya membiarkan isu membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa diselesaikan oleh kedua pemimpin tersebut.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, tindakan Karpal yang akan meneruskan samannya terhadap Nasharudin adalah urusan peribadi.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Selangor berkata, pihaknya tidak akan campur tangan kerana tidak pernah menyuruh ahlinya mengeluarkan kenyataan yang sesuka hati."Bukan semua tindakan anggota dalam PAS kita akan pertahankan, itu bukan sikap yang adil."Daripada awal lagi parti tidak terlibat, lainlah kalau Nasha bertindak atas nama parti. sumber untuk lanjut
Sungguh tidak faham bukan! Bagaimana agaknya Khalib Samad menterjemahkan prinsip perjuangan dirinya, untuk memahami prinsip Islam yang diperjuangkan PAS, dan Bosan Sangatkah Khalib Samad Kepada Nasharudin
Bagaimana cara Khalib Samad memahami perjuangan menegakkan Hudud seperti mana termetera di dalam prinsip perjuangan PAS sendiri?
Malah apa gunanya dengan kelantangan nada pengceramah PAS yang sering berkumandangan diserata ceruk pelusuk negara. Siap berbakul caci maki kepada kerajaan pusat ketahap kafir?
Apakah yang membezakan laungan penceramah dan penulis blog pro PAS yang tidak putus-putus memperingatkan akar umbi, yang PAS bakal melaksanakan hudud sambil menyelar UMNO dan Barisan Nasional dengan lebel sesesat-sesatnya?
Dan apa pula yang membezakan sikap Nasharudin bertegas dengan dasar dan prinsip PAS untuk menegakkan Hudud?
Apa yang membezakan Nasaharudin bertegas mengpejelaskan kepada Karpal Singh, tentang pentingnya dan kesesuaian hudud diamalkan di dalam masyarakat Malaysia? Bukan itu satu langkah jihad yang sepatutnya Khalib Samad tampil membantu bersama untuk memberi sokongan dan supaya Karpal Singh faham!
Bukankah selama ini PAS mendabik dada sangat mengatakan mereka berjaya mengtarbiyahkan DAP! Kenapa sekarang tidak boleh pula!
Apa yang membezakan kesemua situasi tersebut?
Tidak ada berbezanya bukan! Semua demi prinsip PAS sendiri yang bercita-cita melaksanakan hudud peringkat nasional.
Melainkanlah kalau cita-cita PAS hanyalah sekadar mengperalatkan Hudud untuk meraih undi pengundi islam dan menidakkan hudud demi untuk meraih undi bukan islam. Bukankah itu membuktikan PAS adalah parti yang hipokrit! Yang lebih penting parti dari islam!
Adakah PAS tergamak memperalatkan hukum-hakam Allah kerana kepentingan peribadi dan matalamat kuasa dunia. Itukah cara PAS menyemaikan semangat taat setia kepada perjuangan berlandaskan islam melebihi segalanya, tidak perasankah mereka tindakan menidak usaha Nasaharudin boleh menyamai mengkhianati islam sendiri?
Berbalik kepada Nasaharudin, cara beliau bertegas samada berat mahu pahit, semata-mata kerana kebenaran tetap kebenaran tampa ada alasan yang boleh menidakkan?
Berbeza dengan tindakan Khalib Samad lebih menjurus kepada ketepikan hudud asal ketuanan DAP terpelihara!
Adakah Khalib Samad lebih rela taat setia kepada DAP dari memikirkan dan menghindar diri dari mengkhianati perjuangan berlandaskan Islam yang termetera di dalam dasar PAS sendiri. Inikah perangainya Khalib Samad sehingga! Bosan Sangatkah Khalib Samad Kepada Nasharudin
Tidak ada guna majlis syura jika peranannya sekadar penakut menghadapi sedikit cabaran yang datang. Baru Karpal gertak senafas, 100 tapak PAS berpeluh-peluh ketakutan berundur kebelakang!
Bila DAP senyap sekejap mara setapak! dua tapak! tiga tapak! tiba-tiba ada lagi DAP bersuara! Sudah! pakat-pakat lari lagi! berundur 100 tapak lagi!
Jadi ini bukan mara kehadapan tetapi semakin mudur ketakutan. Inikah wajah yang bercita-cita sangat memperjuangkan Islam........ Hampeh!!
Apa yang pasti PAS ketika ini lebih membuktikan ketidak ikhlasan hati memperjuangkan islam melainkan sekadar memperalatkan demi ke Putrajaya sahaja!!
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.