Thursday, 11 October 2012

Bukti Ulamak PAS Tidur Malam Tidak Lena

Ahli di peringkat akar umbi Pas serta ulama di dalam parti berkenaan disaran bangkit dalam usaha memperbetulkan hala tuju perjuangan parti tersebut yang kini dilihat tersasar.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin berkata kenyataan dan juga pandangan daripada tokoh-tokoh veteran mereka sahaja tidak cukup sebaliknya perlu disusuli dengan desakan diadakan muktamar agung khas.

"Kita tengok beberap veteran Pas yang ada ketokohan dan kewibawaaan menegaskan bahawa perjuangan Pas sudah tersasar. Bagi saya kenyataan tidak cukup....sudah tiba masanya ahli-ahli Pas di akar umbi memandagkan pimpinan Pas hari ini kemaruk kuasa dan hilang hala tujunya untuk bangkit nyatakan pandangan mereka tentang hala tuju perjuangan.

"Ini soal prinsip perjuangan. Jadi saya saran kepada ahli akar umbi mendesak diadakan muktamar agung khas bincang hala tuju sebenar Pas nak kemana. Dengan kenyataan tokoh-tokoh seperti ini tidak cukup lagikah..ini bukan kenyataan tokoh-tokoh UMNO..kecuali kalau parasit-parasit seperti biasalah dengan retorik mungkin akan kata Pak Shahnon dibayar oleh UMNO.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.