Tuesday, 9 October 2012

Jawapan Untuk Anwar Ibrahim Yang Terkedu Sepi Dengan Soalan Maut



Kenapa Anwar terkedu sepi dengan soalan maut ! Harap Guan Eng pula hendak menjawap! 

KUALA LUMPUR — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyahut cabaran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan, sebaliknya berkata kabinet bayangan hanya sesuai diamalkan di United Kingdom (UK) dan Australia.

Pendirian Anwar jelas bertentangan dengan kenyataannya pada 2008 bahawa beliau mahu membentuk kabinet bayangan sebagai alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya tidak stabil ketika itu.

“Kabinet bayangan ini tidak menjadi amalan politik di Amerika, Perancis, Thailand dan Indonesia.

“Siapa yang bakal jadi menteri dan timbalan menteri adalah senarai kepimpinan kanan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat) jika mereka memenangi kerusi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam Perdana Menteri mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pembangkang tidak memerlukan kabinet bayangan kerana negara ini belum mencapai kematangan demokrasi yang sepatutnya.

“Negara ini masih belajar menuju ke arah politik matang. Kabinet bayangan hanya akan dibentuk selepas negara ini mengikut prinsip demokrasi sebenar,”
katanya.
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata pembangkang tidak gila jawatan tetapi lebih mementingkan manfaat kepada rakyat. – Bernama

Persoalan kat sini sejak bila Guan Eng mementing masyarakat sedangkan dia banyak menggangu masyarakat terutama yang miskin dekat Pulau Pinang

Persoalan kedua, adakah sebenarnya Pakatan Rakyat tidak mahu mendedahkan karbinet bayangan kerana takut terbongkar agenda sulit dalam PKR dan DAP hingga boleh menyebabkan PAS menjadi bahan ketawa rakyat. Kerana sebelum ini PAS hanya sekadar menteri biasa yang tidak mempunyai kuasa untuk bersuara.

Persoalan ketiga, Adakah spekulasi yang Anwar Ibrahim bukan Perdana Menteri sebaliknya dari DAP itu benar? Hingga menyebabkan kabinet bayangan disembunyikan mengelak kegagalan perancangan sulit PKR dan DAP tampa melibatkan PAS.

Persoalan keempat Nizar mengatakan Pakatan Rakyat belum matang dalam politik, jadi eloklah beri laluan kepada yang matang dari menyusahkan rakyat dengan kebodohan Pakatan Rakyat.

Persoalan kelima Berapa ramai Anwar janjikan jawatan tertinggi di dalam Pakatan Rakyat, malah berapa ramai berebut jawatan tinggi yang sama? Kerana mengikut pengalaman Anwar suka memberi gula-gula kepada jentera kuatnya melalui menawar jawatan yang sama kepada berberapa orang berbeza. Kalau Anwar mendedahkan Karbinet Bayangan sekarang alamat ramai yang berperang. Yang pasti antara Nurul Izzah, Azmin Ali, Rafizi dan Mat Sabu siapa yang bakal kena kelentong dulu.

Sekarang tahukah mengapa Anwar serik menyatakan kabinet bayangan, semuanya berdasar sejarah pembohongan Anwar membentuk kerajaan pada 16 September. Memang Pecah Palak Mikir Anwar mengelat kali ini.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.