Seorang peneroka felda yang berusia 73 tahun, Arifin (bukan nama sebenar) atas dasar percaya telah bersetuju untuk menyewakan sebuah kedai kecil miliknya kepada rakannya yang berasal dari felda yang sama dgn bayaran hanya RM60 sebulan.
Pada mulanya rakannya itu memberitahu hasrat untuk menjadikan kedai tersebut hanya sebagai tempat menyimpan baja. Setelah sekian masa berlalu, En. Arifin mendapat maklumat bahawa rupa-rupanya kedai tersebut akan digunakan sebagai markas oleh puak pencacai PAS.
Kemunduran akal pencacai PAS yang ingin menjadikan baja sebagai bayang-bayang mereka bagi membuka markas telah gagal apabila En. Arifin telah mengambil langkah segera untuk membatalkan penyewaan kerana premis perniagaan hanyalah boleh digunakan sebagai tempat berniaga dan bukanlah tempat untuk berpersatuan dan politik.
Niat buruk dari hati hitam pencacai PAS ini sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik En. Arifin yang pernah menjadi Setiausaha Umno selama lebih kurang 35 tahun sepanjang zaman muda beliau.
Perbuatan lahanat puak pencacai ini bakal menimbulkan fitnah kepada En. Arifin dan keluarga yang kononnya mengizinkan PAS bermarkas di situ. Tahniah En. Arifin dan kelurga kerana tindakan awal dengan menggunakan kebijaksaan.
Selamat tinggal PAS. Silakan berhentilah mencari tempat lain untuk mentarbiah penduduk felda di Palong. Kami disini masih kuat menyokong kerajaan. Sudah-sudah la menipu, banyak sudah yang telah terbongkar:
- kau kata hendak menggunakan surau kami sebagai tempat dakwah rupanya tempat kau sebarkan dakyah dengan berpuluh-puluh benderamu menyesakkan pandangan umat sehingga membuat orang tawar hati beribadat di sana dan terpaksa ke tempat lain utk bertemu Allah.
-kau kata hendak menyewa kedai kami sebagai tempat menjual baja rupanya tempat kau menjaja ceramah politik dan mentarbiah penduduk kawasan dengan kemunduran akalmu sehingga memalukan warga emas yang tidak mengetahui apa..
Betapa kejamnya perjuangan PENCACAI PAS ni menjadikan PENIPUAN SEBAGAI DASAR PERJUANGAN. ADAKAH ITU AJARAN ISLAM? ADAKAH ITU AJRAN NABI JUNJUNGAN?? Tepuk dada tanyalah iman, tanyalah Mat Sabu, tanyalah Anwar, tanyalah LGE... jawapan mana satu pilihan anda??
#lainkalijangancari pasal denganorangyangpandai,carilahyangbodohtakdeakalmcmhang#
Kisah ini dipetik dari tajuk PENCACAI PAS PERDAYA WARGA EMAS, SANGGUP MAKAN KAWAN SENDIRI
(Kisah benar dipetik dari Palong, Negeri Sembilan) disediakan N.Nabila
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.