Tolong ambil sebagai peringatan Kronisme Nepotisme Dan Dinasti diutamakan, jadi mana dalam Pakatan Rakyat yang melanggar prinsip ini bakal kena pecat! Pecah Pakak Mikir.
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Barisan NGO Perak menyifatkan barisan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang menyerlahkan sikap Kronisme, Nepotisme dan Dinasti apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Wan Azizah berserta anaknya Nurul Izzah, sama-sama memegang jawatan di dalam kerajaan pada satu masa di mana ianya sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah pentadbiran negara.
Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, sekiranya inilah bayangan kabinet Pakatan Pembangkang, sudah amat terang lagi bersuluh bahawa pentadbiran negara akan lebih bercorak dinasti dan kronisme, apabila tiga anak beranak memegang jawatan kementerian di dalam masa yang sama.
“Ini merupakan kabinet bayangan kronisme, nepotisme dan dinasti, bukan lagi demokrasi. Jika inilah bayangan kabinet pembangkang, ia lebih teruk dari yang sedia ada. Tidak pernah terjadi dalam sejarah tiga beranak memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan dalam masa yang sama.
“Masakan kabinet bayangan seperti ini dapat diterima oleh rakyat, yang jelas-jelas mempamerkan sikap mementingkan kroni dan mentadbir kerajaan ala-ala sebuah dinasti?,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Selain itu menurut beliau, barisan kabinet bayangan yang dibongkar itu juga tidak adil dan berat sebelah apabila dapat dilihat, ianya membariskan para pemimpin yang pro Anwar untuk memegang jawatan-jawatan menteri di kementerian tertentu.
“Ternyata Anwar tidaklah seadil mana. Jika itu muka-muka yang bakal diberi jawatan menteri, maka Anwar akan mempunyai kuasa mutlak terhadap mereka, kerana individu-individu tersebut merupakan golongan Anwaris, yang merupakan penyokong tegar beliau,” jelasnya.
Beliau juga menolak cadangan Pakatan Pembangkang untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri I dan II kerana ia tidak relevan untuk dipraktikan di negara ini.
“Untuk apa wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang diberikan kepada bangsa-bangsa lain? Apa rasionalnya? Tindakan Anwar itu seolah-olah beliau terlalu tunduk dengan desakan pihak tertentu yang saya kira mempunyai hasrat tertentu yang tersembunyi.
“Justeru itu, saya menyeru kepada semua rakyat di negara ini, supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terhadap kerajaan. Tidak nafikan bahawa selama ini ada sebagai sebuah kerajaan yang diterajui oleh manusia dan bukannya malaikat, sudah pasti ada salah dan silapnya, namun ia masih boleh diperbaiki.
“Jika Pakatan Pembangkang menang, dan inilah barisan kabinet mereka, saya yakin nasib kita, khususnya orang Melayu akan bertambah buruk di masa yang akan datang,” tegas beliau. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.