Hah!! Apa sudah jadi dengan pakatan Ariwanas di dalam PAS. Apabila timbul Pratonton Harun Din Berdepan Khianati Anwar Ibrahim yang tentu memedihkan jiwa raga Anwar! Apa yang pasti! akan menjadikan satu episod menjadikan Anwar tergamam dengan Pratonton Harun Din Berdepan Khianati Anwar Ibrahim
Dimana hilangnya kekuasaan Ariwanas di dalam PAS? Situasi sekarang memperlihatkan kebangkitan suara-suara mengusir pengaruh Ariwanas semakin galak merebak ke akar umbi.
Apatah isu Suaram ditaja Soros menjadi bisa yang pedih buat umat islam. Siapa sanggup memberi satu undi menaja masuk Soros dalam pengaruh politik Malaysia. Adakah PAS masih sanggup mendengar ungkapan meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara dipersetujui oleh Anwar Ibrahim.
Apakah ini membuktikan peranan Anwar Ibrahim dalam membentuk sebuah negara yang yang bukan berlandaskan islam lagi atau adakah ada cubaan menukarkan status negara islam Malaysia?
SHAH ALAM: Seorang pemimpin tertinggi PAS menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.
Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.
Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.
Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini.
Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.
"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara,” tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.Kalau dikaitkan dengan kerjasama Anwar dengan pengaruh Yahudi Israel. Adalah tidak memeranjatkan Anwar menyokong Akbar hingga sanggup melancar buku sedemikian. Apatah Anwar seorang pluralisme, Anwar perjuangkan Seksualiti Merdeka, Anwar bela nasib dan kehendak LGBT walaupun bertentang dengan lunas islam. Malah Anwar juga berani menyatakan mendukung keselamatan Israel. Adakah ini memeranjatkan semua dengan fikiran liberal yang menolak kesesuaian agama islam itu untuk membentuk sebuah negara.
Sedangkan yang kita tahu negara Malaysia sedang berusaha keras menerapkan peranan islam dalam pentabiran negara samada dalam struktur perundangan, struktur ekonomi, stuktur bank negara, struktur pendidikan dan kesihatan malah banyak dibidang-bidang lain. Iye ini tidak berani diakui Pakatan Rakyat kerana mereka takut pengaruh kerajaan pusat makin kukuh malah Anwar sendiri perlu menurut penaja besarnya dari yahudi israel. Yang lebih menarik Anwar becita-cita membeli pengaruh undi dari rakyat bukan islam dengan vcara sedemikian.
Di dalam Pratonton Harun Din Berdepan Khianati Anwar Ibrahim terang-terang Haron Din menuduh Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi. Kenapa Haurun Din berkata sedemikian?
Adakah Harun Din sendiri tidak dapat membendung kebangkitan suara tidak puas hati di dalam PAS yang mempersoalkan tindak-tanduk Pakatan Rakyat terutama PKR dengan hubungan kuasa penjajah baru yang boleh meminggirkan peranan pengaruh islam didalam pentabiran Malaysia. Malah DAP yang terlampau mengutamakan keuntungan kaum Ultra Kiasu sahaja dan juga terdapat kecenderungan tidak memperdulikan peranan islam dalam pentabiran negara!
Sudahlah Harun Din sendiri sudah tidak tahan diperalatkan Pakatan Haram. Sekarang Anwar terang-terang meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia,
Adakah belum cukup untuk PAS nilaikan semula? Berbaloikah sekadar Harun Din menegur tampa tindakan kerana ini bukan kali pertama Anwar berpendirian meminggirkan peranan Islam dalam pentabiran negara?
Kalau difikirkan Ini hanya salah satu dari beribu punca menjadikan Pakatan Rakyat berstatus Pakatan haram sehingga sekarang. Kerana masing-masing masih membawa haluan yang bertentangan antara 3 penjuru.
Bagaimana sebuah kapal lanun diterajui oleh tiga kepala yang berbeza haluan dan matalamat mampu bergerak? Cukuplah kita melihat pergaduhan dalam Pakatan Rakyat semata-mata menentukan siapa punyai kuasa dari pergaduhan menentukan kepentingan dan keperluan rakyat langsung tidak disentuh? Sehingga bertimbun-timbun janji dan amanah rakyat terpinggir tampa pelaksanaan dan ada rasa bertanggunjawap Pakatan Rakyat memikulnya.
Persoalannya Jika Harun Din mengkhianati perancangan Anwar dengan menuduh Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi?
Untuk apakah lagi PAS berasa releven bersama Pakatan Rakyat. Belum cukupkah bukti membolehkan PAS untuk berganjak meninggalkan Pakatan Rakyat? Untuk apa lagi Harun Din sekadar menegur, bila perlu berpatah arang kerana islam! Bila lagi! Cukupkah sekadar merunggut sambil membiarkan virus ini merebak merosak hingga terlewat?
PAS tidak perlu berangan dapat mengawalnya jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Kerana status PAS dalam Pakatan Rakyat dari dulu, kini dan selamanya adalah sekadar seekor kaldai yang menghamba diri kepada arahan PKR dan DAP. Malah keputusan pengagihan kerusi di PRU13 yang memberi kelebihan kepada DAP juga membuktikan PAS tiada kuasa untuk bersuara selain menurut sahaja. Kecuali menyalak bukit!!
Bergitu juga kepada rakyat belum serikkah dengan rancangan sulit Pakatan Haram? Belum cukupkah bukti-bukti yang terpanpang merisaukan kita?
Terbaik tahap pecah kepala bro!!
ReplyDelete