Pratonton Negara Hampir Di Perintah Non Muslim Angkara Anwar Ibrahim adalah satu pendedahan berani terhadap muslihat Anwar Ibrahim yang memang jenis kaki pembohong dan pembelit terulung negara.
Kita mungkin duduk kecewa sekarang jika rancangan 16 september berjaya, dimana majoriti kerusi mungkin dimiliki oleh Non Muslim. Tetapi itu tidak penah diperdulikan oleh Anwar Ibrahim sama sekali. Malah tiada siapa tahu apa yang dirancang Anwar sebenarnya!
Nasib baik Zulkifli Noordin bertegas lantang bertanya? Ha sudah! Nampak macam si pembohong terdesak hendak pusing cerita?
Tetapi jika difikirkan semula bagaimana agaknya Anwar berjanji kepada kaum DAP! Dengan melayu bolehlah dipusing cukup-cukup. Tetapi dengan DAP adanya berani berpusing melainkan menurut sahaja. Sedangkan tampa DAP, rasanya Anwar masih dalam sangkar besi!
DAP paling banyak memegang rahsia Anwar malah kaum rapat DAP iaitu PAP juga mempunyai banyak rahsia Anwar Ibrahim yang belum didedahkan kepada umum! Singapura tu! kenapa Singapura juga berminat untuk menyimpan rahsia Anwar sebagai geran!
Lagipun Tun Dr Mahathir sendiri telah berkata undi Pakatan Rakyat bagaikan memberi undi kepada George Soros. Sedangkan Soros lagi sanggup Anwar sepakat entah apalah agaknya nasib negara ini jika jatuh ke tangan Anwar Ibrahim.
Tun Dr Mahathir bukan jenis orang bercakap lepas sahaja, kalau tak, tak akanlah serata dunia menggangkat Tun sebagai pemimpin yang terulung. Malah hingga kini tidak putus-putus Tun dijemput menghadiri seminar penting dunia, walaupun dia hanyalah Mantan Perdana Menteri Malaysia. Tak akanlah itupun rakyat Malaysia tidak dapat menilainya.
Mari kita pergi jauh lagi dengan merujuk keratan akhbar ini
Kalau Institusi raja sudah tidak dipandang apa yang sebenarnya yang Anwar Ibrahim cita-citakan kepada negara ini.SHAH ALAM 31 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor tidak menolak kemungkinan tindakan kerajaan negeri mengetepikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sambutan kemerdekaan seolah-olah petanda awal rancangan pakatan pembangkang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik.Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, kemungkinan itu tidak mustahil kerana pakatan pembangkang sendiri dilihat banyak membelakangi institusi beraja di negeri ini yang bukan hanya dari segi penghormatan dan kedudukan tetapi juga terhadap bidang kuasa baginda seperti hal ehwal agama Islam sendiri seperti yang dilaporkan media sebelum ini.Katanya, melihat insiden sultan tidak dimaklumkan dan dijemput daripada menghadiri majlis rasmi sambutan kemerdekaan peringkat Selangor malam tadi, adalah jelas bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas dilihat seolah-olah tidak menghormati serta menafikan kewujudan institusi beraja di negeri ini.Kita melihat tindakan kerajaan PKR, DAP dan Pas di Selangor ini adalah biadap dan seolah-olah menunjukkan mereka tidak mempunyai penghormatan terhadap Sultan Selangor.Jika di Selangor pada hari ini mereka boleh ketepikan peranan dan penghormatan terhadap institusi kesultanan, bagaimana pula jika pakatan pembangkang mentadbir negara ini. Barangkali institusi beraja di negara ini sudah tidak penting lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang menjemput Anwar sebagai tetamu utama pada majlis sambutan tersebut yang sepatutnya dihadiri oleh Sultan Selangor.Katanya, tindakan sedemikian dilihat tidak wajar kerana jawatan Penasihat Ekonomi Selangor adalah jawatan politik yang diwujudkan oleh pentadbiran PKR. Malah, jawatan itu tidak terkandung dalam undang-undang tubuh negeri sepertimana jawatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).Jadi apa maknanya kehadiran Anwar dalam majlis anjuran itu dan diberikan taraf tetamu kehormat sedangkan Sultan Selangor yang merupakan institusi tertinggi dalam undang-undang tubuh negeri diketepikan begitu sahaja," katanya. Artikel Penuh: Utusan Melayu
Orang jenis Anwar Ibrahim bukan jenis perduli apapun selagi dia rasa boleh memerintah. Sedangkan Akbar yang berdepan dengan Anwar menghina islam dia boleh buat bodoh sahaja kerana dalam kepalanya memikir hal yang boleh menyumbang populariti pada dirinya.
Ada dia kisah Harun Din mengamuk. Anwar Ibrahim apa diperdulikannya! Malah kalau Nik Aziz pun Anwar pusing kilas serupa seperti kisah bagaimana Nik Aziz bertegas isu Anwar Ibrahim mendukung keselamatan Israel. Sekejap je dengan bantuan seorang perasit PAS, NIk Aziz layu dalam pautan Anwar Ibrahim.
Itu belum kisah LGBT dan Seksualiti Merdeka termasuk isu Pluralisme Agama yang diamalkan Anwar Ibrahim. Tetapi entahlah kenapa PAS berharap dengan Anwar Ibrahim seolah-olah Anwar adalah segala-galanya. Pun membuatkan PAS sekadar jerkah dari jauh tetapi hendak hampir tidak berani.
Ikuti apa yang diceritakan oleh Zulkifli Nordin. Tetapi anda dengarkan bagaimana Anwar mampu pusingkan cerita dengan menggunakan situasi yang ada disekitarnya. Inilah faktor mengapa Anwar sehingga kini mampu mengkaldaikan PAS dan PKR kecuali DAP jangan harap.
Amat mengejutkan ada perubahan angin di dalam akar umbi PAS tetiba beralih arah keinginan berubah mencari haluan terbaru apabila Nasaharudin juga menjadi mangsa dalam permainan Anwar Ibrahim. Bolehkah kita menyimpan lagi kepercayaan buat Anwar Ibrahim?
Adakah kemampuan Zulkifli Noordin mengubah semua auta Anwar Ibrahim dengan fakta kebenaran yang sebenar? Saksikanlah tahap bangsatnya Anwar Ibrahim dalam Pratonton Negara Hampir Di Perintah Non Muslim Angkara Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment
Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.