Wednesday, 31 October 2012

Tahniah MB Khalib Walaupun Rakyat Dalam Tanda Tanya!


Tahniah diucapkan kepada MB kita kerana berjaya mendapat anugerah MB terbaik. Cuma rakyat ada sikit Pecah Palak Memikir bagaimana boleh jadi sampai ketahap ini? Adakah samada juri jenis buta-tuli atau makan bersuap! 

KUALA LUMPUR, 30 Okt-- Sebarang penjualan aset milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor seperti PKNS hendaklah dibuat secara telus. Pihak pentadbir kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus memberikan penjelasan kepada rakyat, apa keperluan penjualan aset-aset tersebut, apa untungnya rakyat di atas penjualan tersebut?


Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, beliau percaya lebih banyak aset kerajaan negeri Selangor akan dijual pada masa depan.

"Kalau selama ini pihak pembangkang selalu melaung-laungkan ketelusan, kita juga menuntut ketelusan kerajaan negeri pakatan Selangor supaya penjualan ini dibuat secara tender terbuka. Tapi sebelum tender terbuka dibuat, penjelasan kepada rakyat perlu dibuat.

"Apa perlunya aset ini dijual, apa untung rakyat bila aset ini dijual? Kalau setakat jadi Menteri Besar hanya nak jual aset negeri, jual aset kerajaan, saya fikir ini bukan Menteri Besar yang cekap, sebab itu saya yakin penjualan ini sedikit sebanyak berkait rapat dengan mood pilihan raya umum yang makin dekat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini berhubung dakwaan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik mereka yang difahamkan proses penjualannya berada di peringkat akhir meskipun belum dimuktamadkan.

Tambahnya, beliau yakin hasil penjualan aset-aset ini akan wujud komisen kepada Pakatan Rakyat untuk digunakan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Tidak mustahil usaha terdesak ini dilihat akan menyaksikan lebih banyak aset digadai bagi mendapatkan dana yang berkemungkinan besar bertujuan membiayai pilihan raya umum akan datang.

"Bukan hanya aset PKNS, malah harta kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lain juga tidak mustahil akan dijual. Agenda pembangunan rakyat tidak dipandang berat dan sebab itu Abdul Khalid dengan mudah menyatakan manifesto yang dibuat pada pilihan raya lalu bukannya janji.



"Bak kata pepatah orang-orang tua, kalau tidak ada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah," tambahnya lagi. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.