Sunday, 18 November 2012

Ucapan Kebebasan Beragama Nurul Izzah Selari Dengan Pembiaya Dana Hak Kebebasan Gay



Rupa-rupanya idea ucapan Nurul izzah adalah sependat dari kawan rapat bapanya Anwar Ibrahim. Merupakan seorang yang membiayai dan Human Rights Watch(HRW), yang mana NGO yang sering membela hak kebebasan GAY. Tentulah pembiayanya adalah George Soros.

Lihat kenyataan akhbar Utusan Malaysia


Kenyataan sama dengan Soros?

PULAU PINANG 17 Nov. - Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama pada sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini dilihat konsisten dengan matlamat George Soros.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad Afandy Yusof berkata, pendapat yang disuarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu selari dengan perjuangan Open Society Institute yang diasaskan oleh penyangak mata wang asing tersebut.

"Perkara ini cukup berbahaya kepada negara dan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Sehubungan itu, rakyat perlu tahu perkara ini dan penting untuk memahami mengapa beliau sanggup membuat kenyataan seperti itu seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, Malaysiakini, Utusan Malaysia


George Soros juga merupakan seorang yang meyalurkan dana kepada Suaram untuk membiayai operasi menjatuhkan Perdana Menteri DS Najib Razak dan melncarkan agenda kempen menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

George Soros juga membiayai Human Rights Watch(HRW), sebuah organisasi hak asasi yang menyokong kes liwat Anwar [klik di sini] dan International Crisis Group (ICG), sebuah organisasi penyelidikan antarabangsa ala CIA.


Di Malaysia, AI juga mempunyai cawangannya yang dikenali sebagai Amnesty International Malaysia (AIM).

AIM yang ditubuhkan pada 1999 diketuai oleh Nora Murat sering berkerjasama dengan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang diasaskan oleh Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR dan juga bekas salah seorang peguam kes liwat Anwar. Rujuk disini untuk lebih lanjut


Rupa-rupanya kitaran rantaian kuasa luar saling berkait rapat dengan setiap NGO pro Pakatan Rakyat yang melibat saluran dana jutaan ringgit demi mengjayakan kempen Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sekarang Nurul Izzah seolah-olah mewarisi sifat Anwar dan juga diwar-warkan Pakatan Rakyat sebagai pewaris legasi Perdana Menteri mewakili Pakatan Rakyat.

Mengapa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan Hak Murtad Melayu? Adakah ini sebahagian dari proses pengenalan Nurul Izzah kepada kawan-kawan Anwar Ibrahim di dunia luar Malaysia. Yang boleh menggambarkan yang Nurul Izzah juga mampu membawa idea yang sama dengan menjadi boneka kuasa luar. 


1 comment:

  1. kah!kah! soros? itu kan sahabat baik mahathir.dia dh bilang soros bukan penyangak matawang, tapi mahathir sendiri...

    ReplyDelete

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.