Perdana Menteri berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pengurus ekonomi yang cekap kerana gagal menangani krisis kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.
"...terbukti, menteri kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi ketua pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap," kata Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Katanya tindakan Anwar ketika itu, memotong perbelanjaan pembangunan dan menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun kerana menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karibnya, mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat, khususnya masyarakat perniagaan.
"Orang ini memang selayaknya digelar sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, beza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak.
"Kalau ikut pepatah dulu orang menyebut dia ini lidah bercabang. Jelasnya tiada orang boleh meneka watak sebenar beliau yang secara terang-terang mendukung usaha menjamin keselamatan Israel, pada kala dunia sedang mengutuk Rejim Tel Aviv yang kejam itu kerana membantai dan mengganyang umat Islam di Gaza.
Akan tetapi apabila kerajaan membentang usul mengecam Israel di Parlimen...dia menyokong pulak...heran," kata Najib.
Beliau turut mempertikaikan janji Buku Jingga yang melibatkan jaminan pendapatan purata bulanan isi rumah Malaysia pada kadar RM4,000, menghapuskan tol, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, RM500 sebulan sebagai elaun khas kepada guru, dan menaikkan royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri terbabit.
"Mana mungkin semua itu diperbuat kerana natijahnya akan memusnahkan ekonomi negara. Pada tahun pertama seandainya dilaksanakan (manifesto Buku Jingga), defisit bajet kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus, dan kedua, menjelang 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus," katanya.
Beliau berkata tahun ketiga pula, Malaysia akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti Greece, dan ketika itu pengurusan iktisad negara sudah beralih ke tangan institusi antarabangsa. Menyentuh soal demokrasi cara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Perdana Menteri turut mengkritik caranya yang menyaksikan ketua umum PKR itu tidak dipilih, sebaliknya dilantik terus ke jawatan itu, isterinya pula menjadi presiden parti manakala anak sulung mereka menjadi naib presiden.Beliau berkata demokrasi pincang cara DAP pula menyaksikan tempoh jawatan senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak disambung selepas bekas naib pengerusi DAP itu tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0; dan rumusannya ialah DAP akan menjatuhkan hukuman kepada siapa sahaja yang memiliki pandangan berbeza dengan mereka.Katanya di peringkat kepimpinan pusat DAP pula ketika ini hanya tinggal seorang sahaja orang Melayu di kalangan 30 kepimpinan pusat DAP.
"Inikah yang dinamakan demokrasi? Inikah yang dinamakan tidak perkauman?," tanya beliau.Presiden Umno kemudiannya mengkritik tindak tanduk pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai mereka, yang secara umum berkisar mengenai janji yang tidak ditepati dan kelemahan pentadbiran.
Di Pulau Pinang, Najib merujuk kepada masalah penduduk Kampung Buah Pala yang diselesaikan oleh BN walaupun PKR berjanji untuk menyelesaikannya dalam tempoh dua minggu selepas memenangi pilihan raya.Beliau turut merujuk kepada kata-kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai 'Cocky, Arrogant dan Tokong'.
Di Kelantan pula, katanya masalah bekalan air masih tidak selesai sehingga kini walaupun sudah 22 tahun PAS menerajui kerajaan negeri, manakala janji air percuma di Selangor juga tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri kepada penduduk flat kos rendah dan pangsapuri yang menggunakan meter pukal.
Najib berkata selain itu Selangor juga tidak dapat memberi elaun bulanan RM100 kepada ibu-ibu tunggal di negeri berkenaan. Perdana Menteri seterusnya membidas tindakan pembangkang yang mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga tanpa segan silu mengadu kepada kuasa asing bagi mengantarabangsakan masalah dalaman, sedangkan mereka tahu tindakan itu hanya mengaibkan negara dan menghina intelek rakyat.
"Sebenarnya tidak perlulah kita libatkan orang asing untuk menunjuk ajar bagaimana menguruskan negara. Janganlah menjadi Si Kitul moden sampai sanggup mengkhianati bangsa dan tanah air," katanya. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.9
aiii...neger bawah BN tak de masaalah ker atau sapu bawah karpet?...harga air di johor yang tertinggi di malaysia...kroni umno jugak?
ReplyDeleteAnon, tolong jgn ckp pasal kroni disini dan waktu yg sama ko sokong anwar , dgn anak bini kat dlm pkr, sokong karpal singh dgn 2 org anak dlm dap, sokong kit siang keparat dgn anak menantu dlm dap juga, sokong pas yg nik aziz dgn menantu dlm agensi kerajaan negeri.... Nak termuntah aku. Jgn sebut lagi, nanti termuntah terus pulak.....
ReplyDeleteArtikel yang mengarut. Bukti menunjukkan SEMUA negara yang mengambil kira nasihat IMF ketika 97-98 telah meningkatkan taraf ekonomi mereka jauh lebih baik dari Malaysia sekarang. Ekonomi semasa Korea, Thailand, Indonesia dan Singapura kini jauh lebih mengatasi ekonomi Malaysia. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan propaganda UMNO.
ReplyDelete