Thursday, 27 December 2012

Dokumen Mahkamah Bikin Anwar Bingung Dengan Isu Biseksual

Apa sudah jadi dengan Anwar Ibrahim yang kebingungan dengan dokumen Biseksual Nallakaruppan betul-betul memberi kelebihan dengan mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan. Dengar kata ramai lagi yang berminat untuk menjadi saksi memihak kepada Nallakaruppan tetapi enahlah berani ke Anwar membenarkan?

AIDCNews – 26/12/12 – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan dan dua lagi defenden mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaanbagi kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.

Nallakaruppan dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak mengemukakan pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar pada 1998.

Pada 26 Mac lepas, Anwar memfailkan saman terhadap defendan berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac bertajuk ““Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla”.

Mahkamah Tinggi menetapkan 18 Jan untuk pengurusan kes saman itu.

Dalam kenyataan pembelaan bertarikh 23 Mei 2012, Nallakarupan memberi kenyataan berdasarkan kes-kes mahkamah yang pernah dihadapi Anwar termasuk kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Munawar Annes, Azizan Abu Bakar dan Shamsidar Taharin untuk membuktikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah seorang biseksual.

Nallakarupan yang lebih dikenali sebagai Nalla merupakan bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh majikannya, Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation.

Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim.

Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun 1993 hingga 1998.

Ini membuktikan hubungan mereka telah lama terjalin yang membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan Anwar adalah biseksual.

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.