Sunday, 2 December 2012

Husam Musa Buatkan Deepak Jaikishan Terpinga-pinga Setelah Serang Najib

Apalah nasib Deepak Jaikishan baru seronok-seronok serang Najib Razak ada kawan sekole tersalah mengeluar kenyataan hingga menjadi persoalan yang yang makan kawan!

Hujah Husam Musa sendiri mendedahkan apa yang sedang berlaku dan mengapa masa dipilih di waktu persidangan Agung UMNO untuk menyerang Najib Razak.

Mungkin semuanya semata-mata untuk mengalih perhatian! Almaklumlah Perhimpunan Agung UMNO  kali ini amat berbeza dan memberi impak yang positif kepada Barisan Nasional. Apatah dikalangan Pakatan Rakyat UMNO dan Barisan nasional terus-menerus ada perpecahan sepertimana yang berlaku di PRU12 yang menyebabkan tumbangnya 5 negeri ke tangan pembankang.

Berbalik kepada soal Deepak Jaikishan persoalan yang dibangkitkan Husam Musa cukup menjelaskan ada agenda yang tersembunyi untuk menjatuhkan Najib Razak. seperti yang tertulis di malaysiakini

Husam juga membayangkan kemungkinan wujud campurtangan pihak tertentu dalam tindakan Deepak. 
"Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalam menggerakkan tindakan Deepak.
"Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya dibuat menjelang perhimpunan agung Umno – menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira. 
"Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya (agar) tidak mengambil apa-apa langkah susulan. 
"Satu kenyataan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum pilihan raya umum ke-13," tambahnya.

Hujah dan kenyataan ini cukup menggambarkan Datuk Sri Najib Razak dianayai kerana agenda politik. 

No comments:

Post a Comment

Anda memang mempunyai suara untuk memberi pandangan dengan tangungjawap anda sendiri.