Salam 2 all.
Dibawah adalah lapuran daripada lamanweb www.mole.my yang sekali lagi mengulangi kegiatan kristianisasi yang semakin ketara akhir-akhir ini.
Malangnya ada dikalangan orang Melayu-Tanggang, termasuk yang mengaku pejuang Islam menganggap isu kristianisasi dan pemurtadan sebagai remeh. Sambil memperbetulkan serban yang meleret dan menyapu janggut yang sejemput, ada yang sampai buat kenyataan, "Putrajaya lebih penting. Dapat undi dan menang PRU 13 lebih penting daripada soal aqidah yang remeh ini!".
Na'uzubillah min zalik!
Maka teman tidak hairan apabila Nor Azman @ Beginda, calon PRU 12 Sarawak mewakili PKR, yang juga saksi Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya, terbongkar cerita rupanya dia dah murtad dan keluar daripada Islam (terbongkar semasa kes anaknya membawa sosej babi di Sarawak terdedah dahulu), langsung tidak ada reaksi daripada para parasit dan mereka yang bersekongkol dengan cauvinis berotak kominis ni!
Na'uzubillah min zalik!
Kisah murtad Azman @ Beginda ni teman yang dedahkan dalam Parlimen, mike boleh layari hansard Parlimen untuk keterangan lanjut.
Malah teman lebih tidak hairan bila meletusnya isu cubaan kristianisasi yang disyaki dilakukan oleh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), para parasit menjadi orang pertama mempertahankan pihak gereja itu! Walaupun terbukti gereja tersebut didirikan tanpa kelulusan! Walaupun terbukti secara rekod dan dokumen ada kegiatan kristianisasi!
Na'uzubillah min zalik!
Malah apabila beberapa orang Melayu yang terlibat mengaku secara terbuka dan divideokan pengakuan mereka mengenai cubaan memurtadkan orang Melayu termasuk mereka sendiri, pendedahan video itu dipandang sepi! Malah ada parasit yang mencabar video tersebut, dengan kenyataan "video pendedahan kristianisasi dan pemurtadan ini tidak penting! Yang penting undi! Yang penting menang pilihanraya"!
Na'uzubillah min zalik!
Hinggakan apabila umat Islam mengadakan perhimunan aman HIMPUN di Stadium Shah Alam untuk menyatakan bantahan dan memperkukuhkan solidariti dan ukhwah umat berdepan dengan gejala murtad dan kristianisasi ini, umat Islam diperlekehkan oleh kaum parasit ini. Sedangkan apabila kafir harbi mengadakan rusuhan haram diketuai oleh penentang Islam, kaum parasit bukak kancing tahan dada bermakmumkan kafir harbi ni semata-mata kerana gila kuasa mabuk nak ke Putrajaya.
Na'uzubillah min zalik!
Himpunan aman dengan umat Islam mempertahan aqidah dilarang, rusuhan haram dengan kafir harbi demi politik dimakmumkan tanpa soal!
Na'uzubillah min zalik!
Hinggakan titah Tuanku Sultan Selangor dalam isu pemurtadan, pendakyahan dan gerakan kristianisasi DUMC ini diperlekehkan dan dipertikaikan!
Na'uzubillah min zalik!
Kemuncaknya Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor, YB Datuk Dr. Hasan Ali yang mengetuai HIMPUN, dan yang mempertahankan tindakan JAIS menyiasat Gereja DUMC dalam kegiatan pendakyahan, pemurtadan dan kristianisasi akhirnya dipecat!
Na'uzubillah min zalik!
Akhirnya ALLAH menjauhkan dan mencabut amanah menjaga hal ehwal Islam daripada mereka; masih lagi para parasit ini "mempertuhankan" kerusi dan menjadi kaum yang pekak, bisu dan buta!
Na'uzubillah min zalik!
Kita boleh berpolitik! Kita boleh berparti! Kita boleh berbeza pendapat!
Tetapi didalam soal aqidah, kita tidak patut berkompromi! Dalam hal murtad, kita wajib bersatu! Dalam hal kristianisasi dan serangan aqidah terhadap umat Islam, kita wajib bersama!
Satu Tuhan; Satu Nabi; Satu Kitab; Satu Qiblat; Satu Aqidah - kita wajib menjadi Satu Umat!
Sebab itu teman ulangi banyak kali ungkapan 'na'uzubillah min zalik! Apa maksudnya? Maksudnya ialah supaya ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah ini! Supaya ALLAH jauhkan kita daripada kumpulan parasit ini! Supaya ALLAH jauhkan kita daripada gejala murtad ini! Supaya ALLAH jauhkan kita daripada pendakyahan kristianisasi ini!
Sebab itu na'uzubillah min zalik! Jauhkanlah diri mike daripada kaum yang sedang menjauhkan diri mereka daripada Islam, dan umat Islam! Jauhkanlah diri mike daripada kaum yang lebih gemar menghampiri kafir harbi, dan mempersaudarakan diri mereka dengan kafir harbi ini! Amin!
Cegahlah kemungkaran ini! Hentikan mereka dengan berhenti menyokong, dan mengundi mereka!
Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak daripada teman sendiri!
Wallahua'lam & Wassalam.
Wahai Na'uzubillah min zalik, benar katamu..Yang baik datangnya daripada Allah Namun yang tidak daripada anda sendiri!!
ReplyDeleteSebabtuulah saudara beranggapan orang lain tu parasit dan kafir harbi. Perlu kah saudara melenting dan naik emosi apabila orang lain gunakan nama jemaat Allah. Tahukan sebelum saudara dilahirkan dan belum lagi makan garam nama tersebut dah pun diguna pakai bukan hanya untuk orang islam sahaja!. Orang lain tak pun se emosi seperti saudara apabila nama tersebut digunakan oleh agama lain?? Takut sangatkah dengan hal murtad hingga nak paksa melayu dengan undang-undang, 'melayu mesti islam' sedangkan Allah tak bersifat memaksa? Adakah Allah mengamalkan double standard orang lain boleh memilih, melayu tak boleh?? Kalau agama kita suci tak ada tolak bandingnya kenapa takut dengan pengaruh agama lain? Berani kerana benar dan takut kerana salah..kan.? Kristianisasikah, buddhisasikah hindusasikah, apa nak ditakutkan?? Yang kafir mengkafir tu siapa? Yang mendoakan kehancuran sesama saudara tu siapa? Yang bergaduh sesama sendiri tu siapa? Ni kah nilai yang nak dipertahankan?? Musibah di Malaysia ni hanya boleh dielakkan apabila orang melayu bebas memilih agama. Apabila itu terjadi barulah orang melayu berhenti membenci dan mengkafir harbi bangsa lain dan dengan sendirinya agama akan berhenti dipolitikkan!
salam..minta tolong linkkan blog saya dalam blog yang hebat ni ye http://sangkakalajari9.blogspot.com
ReplyDeleteanon 00:29
ReplyDeletebenar kata sdr zul,
nauzubillahminzalik..
termasuklah sdr sekali .. nauzubillah minzalik..
mujur masih ada orang orang seperti sdr Zul..
kalau nak harap orang macam sdr .. nauzubullahminzalik?
selisih malaikat 44 ..
aku bersyukur apabila aku dilahirkan secara automatik aku diIslamkan ...
Aku bersyukur kerana BEBAS memilih agamaku dan aku memilihnya semasa aku DEWASA, MATANG dan sudah PANDAI berfikir sendiri. Aku beruntung kerana tidak memilih agamaku sewaktu aku KECIL, MENTAH dan TIDAK TAHU APA-APA!
ReplyDelete