Saturday, 24 March 2012

Barisan Kepimpinan Pemuda BN Sarawak Bakal Menggegarkan Pakatan Haram

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Datuk Fadillah berterima kasih kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri) selaku Presiden parti yang memberi ruang dan peluang kepada barisan pemuda pada Pilihan Raya Negeri lepas. Beliau berazam akan meneruskan dengan pertambahan calon muda mengisi barisan kepimpinan BN Sarawak walaupun jumlahnya belum ditentukan.

Ini membuktikan semangat BN Sarawak tidak penah mengetepikan generasi baru sebagai pelapis di masa hadapan. BN Sarawak telah bersedia untuk menghadapi PRU13 bila-bila masa, apatah keadaan Pakatan Haram di Sarawak dilihat gagal untuk membawa menyeberangkan isu dari Semenanjung untuk dipergunakan sebagai isu menghasut rakyat Sarawak.

Pakatan haram juga kelihatan lemah untuk memperngaruhi rakyat luar bandar dengan memainkan isu kos sara hidup. Kegagalan ini kerana Pakatan Rakyat kurang peka perbezaan dan keperluan antara penduduk luar bandar Sarawak dengan Semenanjung. Keadaan propaganda Pakatan Haram semakin sukar diwayangkan setelah DS Najib sering datang turun padang menyelami rakyat Sarawak, dalam berberapa siri Tranformasi Kebajikan Rakyat, yang telah sampai sepenuhnya kepada rakyat. Keseluruhan meliputi Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan  E Kasih yang sedang giat digerakan di kawasan luar bandar untuk meneliti keperluan sebenar yang perlu disalurkan dengan tepat dan seberapa segera.

YB Datuk Fadillah juga telah menggerakan Armada Permuda dari program dibawah Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Program berkenaan akan dijalankan di 10 zon bermula dari Kuching hingga ke Lawas dalam usaha menggiatkan penglibatan pemimpin muda untuk turun padang. Inlah dari kesinambungan kesungguh DS Najib, BN Sarawak tidak akan membiarkan hanya DS Najib sahaja berjuang, sebaliknya bersama menjayakan keseluruhan program bersatu dengan pusat bagi menjaminkan kemenangan mutlak BN di Malaysia. Pendekatan yang digunakan itu juga akan membolehkan Pemuda PBB lebih memahami kehendak rakyat secara mendalam. Merangkumi pengisian program merangkumi khidmat masyarakat, rekreasi, sumbangan dan pendidikan.

YB Datuk Fadillah juga turut memandang serius dengan isu Lynas yang mana akan di adakan sesi khas pendengaran awam bagi mengkaji sebelum dibawa ke Parlimen. Kerana semua pemimpin BN menitik berat isu keselamatan rakyat yang menjadi keutamaan melebihi yang lain-lain.

Situasi kesungguhan BN Sarawak tidak memberi ruang kepada Pakatan haram mengimpikan Putrajaya. Apa-apa BN Sarawak tidak mengambil kedudukan selesa berdasar situasi semasa, yang penting kerja tetap kerja sehingga berjaya. Insyaallah.

Amalan Anwar Makan Diri! Makan Hati!!


Datuk Sri Najib sudah tidak mempedulikan lagi apa jua serangan dan tomahan dari Pakatan Haram terhadap dirinya. DS Najib nampak lebih yakin meneruskan Tranformasi Kebajikan Rakyat setelah momentum rakyat semakin meningkat baik, hasil dari amalan bertemu dan membantu rakyat.

Situasi ini menyebabkan Pakatan Haram mula tidak keruan memikirkan apa lagi bentuk serangan yang patut dilakukan terhadap DS Najib. Selama ini Paktan Haram selalu turun padang bertemu rakyat hanya sekadar menjaja cerita sensasi berbentuk fitnah atau cuba memecah belahkan perpaduan rakyat. Berbeza pula dengan DS Najib yang ikhlas turun padang bagi menyelami permasalahan rakyat untuk disalurkan bantuan memenuhi kehendak rakyat.

Makin ramai rakyat kian sedar dan mula meluahkan rasa keyakinan terhadap DS Najib. Janji-janji DS Najib ditunaikan serentak tampa menangguhkan apa-apa janji pada satu masa yang lama. Berbeza pula dengan Anwar yang janji-janjinya seringkali dimungkiri secara terang-terang. Intulah perbezaaan dua watak antara DS Najib dan Anwar yang membuat rakyat semakin ramai yang berasa serik mempercayai Pakatan Haram.

Anwar sudah terlupa yang rakyat sudah letih mendengar caci maki Pakatan Haram yang sekadar sedap didengar tetapi dari segi pelaksanaan Pakatan Haram gagal menunaikan janji-janji mereka semasa PRU12. Adakah rakyat masih lagi berharap dengan Pakatan Haram! rasanya Anwar tahu jawapannya Tidak!! Sebab itu semakin giat mereka reka cipta bentuk perang piskologi untuk meruntuhkan semangat jentera-jentera UMNO-BN. Sayang sekali buat Anwar dan kuncu-kuncunya sudah terlewat untuk menyuntik racun, kerana jentera-jentera UMNO-BN sudah lali dengan racun ciptaan Pakatan Haram. Nanti kita talqin ramai-ramai buat Pakatan Haram.  


Ketegasan Sarawak Dalam Isu Halal Bukan Bahan Mainan Macam PAS

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman bertegas akan menguatkuasakan perlesenan Halal tampa pilih kasih. Beliau menafi kesukaran dan tiada kadar kos yang luar biasa bagi setiap permohonan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekadar mengikut standard yang ditetapkan untuk memastikan pelaksanaan menjaga kepentingan semua pihak khasnya umat islam. Itulah yang sepatutnya dilakukan demi menjaga kepentingan bersama. Terima kasih YB Datuk Daud...


SIBU: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman menafikan dakwaan tentang kesukaran dan kos tinggi untuk memohon Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau berkata, standard tertentu seperti pengubahsuaian premis dengan memiliki lantai dan dapur yang bersih bagi mengekalkan aspek kebersihan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan.

“Bukan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang menetapkan peraturan agar pengubahsuaian (dilakukan) di bahagian dapur atau lantai sesebuah premis.
“Tetapi ia adalah peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak ber-kuasa yang berkenaan untuk premis yang beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Kompleks Islam Sarawak Sibu di Jalan Awang Ramli Amit di sini, semalam.


Ini merujuk kepada serangan hendap untuk menjatuhkan YB Daud dengan memutar belit kenyataan seolah-olah menuduh restoran atau kedai makan pengusaha Islam tidak mengambil berat langsung soal halal haram dan kebersihan semasa menyaji makanan untuk umat Islam. 

Lupakah PAS yang halal melibatkan kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi kebersihan permis, penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam. Isu kesihatan juga merupakan tuntutan utama dalam soal halal. Jadi janganlah puak-puak PAS hendak reka cipta cerita ada Mak Cik dah dua tahun tidak dapat lesen halal. Yang paling sedih sanggup puak-puak PAS ini menghasut rakyat menentang JAKIM.

Pihak PAS sepatutnya lebih sedar dan arif tentang tuntutan dan tangungjawap untuk menjamin mana pihak dengan perlepasan menggunakan logo halal, bukan sesuatu yang boleh diambil sambil lewa. Ini soal menjaga amanah Allah dan menjaga kepentingan umat islam. Jangan kerana PAS tiada isu untuk menyerang BN Sarawak sanggup mengetepikan kepentingan Islam, hanya semata-mata untuk mencari pengaruh.

Sikap PAS menyerang isu yang sepatutnya mereka lebih faham, menunjukan mereka bercakap mengikut hawa nafsu! Almaklumkah sejak bila rakyat Sarawak memandang kehadiran PAS. Jangan PAS lupa yang rakyat Serawak sedang memerhati siapa PAS di semenanjung. 




Friday, 23 March 2012

PR Buka Pekong Salah Guna Wang Rakyat Sesama Sendiri


Akhirnya bermula serang-menyerang, membuka segala pekong sesama Pakatan Haram, yang selama ini menghalalkan tabiat menyalah guna wang rakyat di Selangor secara senyap-senyap. Pendedahan ini boleh dinilaikan apabila Azmin Ali mendedahkan salah guna wang rakyat oleh bekas pemimpin Pakatan Haram. Dengan ini terbuktilah selama ini corak pemerintahan Selangor di bawah Pakatan Haram, lebih mengutamakan kroni. Bila kroni kena pecat baru hendak dedah sana-sini. Bagaimanapula dengan kroni yang masih dalam Pakatan Haram adakah akan terus dilindung demi kepentingan bersama antara pemimpin Pakatan Haram?

malaysiakini-
Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Alipada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

Itu cerita dari pihak Azmin Ali dan lain pula cerita dari pihak Hasan Ali-
Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Selangor turut mempersoalkan sikap seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor apabila menerima elaun, termasuk berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

“Individu ini pergi ke Shanghai (China), Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama. Saya bukan iri hati tapi saya memikirkan tentang hak rakyat.

“Saya hairan kenapa dia asyik ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan. Kalau dia nak pegang jawatan yang banyak pun, kita kena hadkan elaun yang diterima,” ujar beliau. sumber
 


Rakyat patut menilai semula, antara golongan pemimpin Pakatan Haram ini bukan boleh dipercayai bulat-bulat. Cakap orang pandai tapi diri yang sebat lebih!!

Majlis Suram PAS

Kalaulah orang PAS berperang mulut mempertahankan keislaman PAS, pasti akan terpacul keluar dari mulut mereka, PAS itu islam kerana mempunyai Majlis Syura Ulama untuk menentukan dasar parti. Betulke!! atau yang ramai rakyat nampak macam bubur asura je, macam-macam ada dalam bubur!!

Menurut sejarah Majlis Syura Ulama bermula semasa era kepimpinan Yusof Rawa. Fungsinya termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7(B) “Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” malah Majlis Syura Ulama diheboh-hebohkan sebagai lebih berkuasa dari jawatankuasa pusat. Persoalannya sekarang sejauhmana kekuatan atau kekuasaan Majlis Syura PAS.

Semenjak kemenangan PAS menerajui Kelantan dan Kedah pada 2008, PAS sedar kerjasama dalam Pakatan Haram lebih berkesan berbanding sebelumnya yang mana mereka berjuang sendirian. Untuk mendapat kepercayaan Pakatan Haram PAS rela berkorban mengugurkan dua perkara menjadi kekuatan kempen mereka dan juga menjadi isu perbalahan antara PKR, DAP dan PAS. Oleh kerana Nik Aziz berazam menuju ke Putrajaya akhirnya Majlis Syura PAS mencari alasan yang sesuai untuk menghalalkan penguguran Negara Islam hingga dikatakan tiada dalam Al-Quran dan penguguran Hukum Hudud dari terselit sebagai agenda dalam buku Jingay.

Inikah yang dikatakan Majlis Syura Ulama lebih berkuasa atau Majlis Pakatan Haram kaldaikan PAS. Yang pasti Kapal, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ketawa terbahak-bahak manakala Anwar lagi lebar senyumnya sebab sudah berjaya membuktikan kemampuan Anwar mengkaldaikan PAS, kepada sekutu Yahudi. Manakala Nik Aziz tidak sedarpun apa yang sebenar berlaku, mungkin disebabkan Nik Aziz terpegun melihat Elizabeth Wong menggodanya dengan memakai tudung, cair woo!!

Kecuali Isu khalimah Allah telah menonjol kebangkitan kelakian Dr Harun Din mempertahankan Khalimah Allah sedaya upaya dengan berkata "umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran" walaupun terdapat pencagahan pendapat antara Haji Haji, dan akhirnya Nik Aziz sekali lagi tampil menundukan Dr harun Din supaya Majlis Ulama bersama-sama menjadi kaldai Pakatan Rakyat. Yelaaa hendak lawan nanti tidak merasa Putrajaya la pulak. Pokok pangkal asas perjuangan PAS ke Putrajaya adalah wajib, biar apa jua alasan dan pengorbanan samada betul atau salah, itu bukannya masalah.

Kemudian datangnya Seksualiti Merdeka yang diketuai Ambiga. Majlis Syura PAS dah letih lalu terdiam sepi, sekali sekala terdengar suara sayup-sayup dari jauh. Kerana Majlis Syura harus menentang tapi sekadar syarat kepada rakyat yang kononnya Majlis Syura masih ujud. Hendak tampil mencegah jangan harapla sebab sekali Anwar jegil lari sembunyi semuanya. Itulah tahap ketakutan PAS kepada Anwar berlarutan sehingga rela menentang Himpunan Sejuta Ummah. Hakikatnya Majlis Syura tahu Sejuta Ummah bertujuan membentras gejala memurtadkan orang islam. Memandangkan Ambiga antara orang paling kerap membela umat islam murtad. Majlis Syura hilang keberanian untuk tampil ke jalan yang benar iaitu yang dituntut Allah. Apatah ada ura-ura hendak melantik calon bukan islam sebagai calon Timbalan Presiden dan calon terdekat Ambiga. Semuanya tidak mustahil akan berlaku dalam PAS selagi bersetongkol dengan Pakatan Haram. Tertanya-tanya dimana kewibawaan Nik Aziz untuk mempertahankan maruah Majlis Ulama?

Kepincangan Majlis Ulama bersambung kepada trajedi pemercatan Hassan Ali yang merupakan ahli yang paling tegas dan komited merelisasikan perjuangan asal PAS. Semasa peristiwa itu, Majlis Syura PAS hilang bersembunyi apabila Azmin Ali menyergah PAS supaya pecat Hassan Ali serta merta. Bukan setakat itu Majlis Syura terus membisu membenarkan apa sahaja ahli-ahli PAS hendak menghina mencaci, memfitnah dan maki hamun kepada Hassan Ali tampa ada sebarang larangan. Itulah kemuskilan perkataan "Ulama". Kalau benar berdiri sebagai ulama adakah cara paling terbaik melayan bekas perjuang berani mati PAS. Akhirnya Majlis Syura terpaksa telan air liur sendiri apabila MB Khalib dengan tergagap-gagap mengumumkan hanya PKR layak menjaga hal ehwal agama di Selangor. Manakala PAS layak menjaga adat sosial sahaja. Mungkin sebab dulunya Nik Aziz tak suka dengan Bangsa Melayu hingga lupa siapa dirinya, maka Allah takdirkan PAS berlajar dari bawah untuk mendalami semula apa itu Parti Adat Sosial sampai faham!!

Anwar semakin ketawa dan berani tampil memperjuangkan mendukung keselamatan Israel. Kali ini Majlis Syura Ulama bangun dengan tegas mendesak dan terus mendesak dengan sepunuh kuasa membuktikan kelakian anggota Majlis Syura Ulama. Sehingga Nik Aziz tampil bertegang leher dengan kata dua yang amat keras dalam sejarah. Samada Anwar menarik balik kenyataan di Wall Streat Journal atau saman WSJ. Fuhhh berderu seluruh warga PAS melihat pertama kali dalam penggal ini Majlis Ulama dan Nik Aziz bergitu tegas. Tapi alahai sekejap sahaja terus kucup layu terkulai, kerana Anwar punya auta sampai NIk Aziz cair dengan janji-janji manis Anwar. 

Sampai terlupa Nik Aziz yang Perlembagaan PAS, Fasal 7(B).“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” Inlah sedangkan Nik Aziz sendiri tidak patuh, apatah ahli-ahli lain. Patutnya PAS tukar sahaja dari "mengeluar arahan" kepada "menerima arahan dari Pakatan Haram". Berani PAS mengaku hal sedemikian walaupun hakikatnya itulah realiti Majlis Syura.

Akhir kemuncak perjuangan, PAS rela membawa masuk pengaruh menghalalkan Yahudi. Wahal PAS adalah parti anti Yahudi seumur hidup. Mereka sudah lupakah yang puak-puak PAS bermati-matian bergaduh dengan FRU pada 4 April 1997 semata-mata menetang kehadiran permain kriket Israel ke Malaysia. Sampai Mat Sabu dan Salehudin Yakob di penjara. Wajah-wajah yang berkuasa menentukan arah tuju PAS adalah parasit yang mendapat arahan langsung dari Anwar. Nik Aziz sendiri tidak ada kuasa mentabir partinya sendiri. Jadi bagaimana Nik Aziz boleh layak menjadi pemimpin yang memimpin? Kalau hendak menjadi penasihat pun rasa-rasanya dah lewat sangat untuk dicuba-cubakan.

Sebenarnya terlampau banyak lagi isu yang ada pada penggal ini membabitkan kelayuan Majlis Suram Ulama. Semuanya sekadar pembohongan menipu rakyat yang kononnya PAS perjuangkan islam dengan meletak bingkai Majlis Syura Ulama di dinding sebagai ayat hiasan, PAS memcipta pelembagaan dengan cantik-cantik bunyi bahasanya tapi sekadar ayat penyedap. Kalau ayat setakat penyedap buat apa! adakah bercakap sahaja negara dah terus jadi islam!! Mana pelaksanaan dan ketegasan, fikir-fikirlah.......

Thursday, 22 March 2012

Senjata Terakhir PR


 

PRU13 dalam tempuh 2-3 bulan ini, maka bersiap-sedialah Pakatan Haram untuk membuat serangan terakhir dan mutamad. Inilah perperangan paling hebat dalam sejarah Malaysia. Dari itu, Pakatan haram telah bersiap sedia dengan senjata terakhir mereka untuk merempuh sasaran utama iaitu Datuk Sri Najib. Ini kerana faktor kesungguhan Najib adalah menjadi penghalang dan memberi kredit kepada Pakatan Haram jika tumbangnya PM.

Pakatan Haram berada dalam dilema antara mampu menawan PRU13 atau tidak. Ini berpunca dari berberapa kelemahan pentabiran yang sangat menonjol di dalam pentabiran Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Kelemahan ini menjadi igauan buruk buat Pakatan Haram yang tidak boleh dipandang remeh.

Dari hakikat ini, Pakatan Haram telah merancang mengambil kesempatan isu Lynas untuk membuat serangan terakhir, disaat-saat terakhir PRU13. Sememangnya kerajaan pusat telah menemukan satu kaedah perundingan terbaik mengkaji samada benarkah Lynas boleh memberi ancaman kepada rakyat Malaysia, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Lynas di parlimen. Semua itu ditolak mentah-mentah oleh Pakatan Haram kerana mereka perlu sentiasa memanaskan isu ini sehingga disaat pembubaran Parlimen. 

Pakatan Haram merasakan, Himpunan Hijau 0.3 mesti dijalankan sebelum PRU13. Fungsi Himpunan Hijau adalah untuk menakluk pemikiran rakyat agar sentiasa dalam keadaan mempertikaikan kredibili kerajaan pimpinan Najib. Sentimen ini akan menyebabkan rakyat terbawa-bawa sehingga tarikh menentukan siapa yang layak memerintah negara ini.

Isu Lynas mempunyai kekuatan yang mampu mengumpulkan seluruh rakyat berbilang kaum terikut terpedaya dengan tomahan Pakatan Haram. Kalaulah Pakatan Haram benar ikhlas ingin memperjuangkan isu Lynas, kenapa mesti menumpukan kepada Lynas sahaja sedangkan Pulau Pinang, Selangor dan lain-lain negeri juga mempunyai syarikat yang berpontensi sama seperti Lynas untuk dipersoalkan resikonya. Juga menjadi persoalan kenapa memboikot usul membentuk jawatankuasa khas sedangkan itu jalan terbaik mencari kecacatan tampa merugikan negara. bukankah Lynas mampu menjana ekonomi negara dengan melahirkan lebih banyak industri yang memerlukan hasil keluaran Lynas.

Aktiviti pemprosesan nadir bumi di Lynas dijangka akan memberi sumbangan besar kepada industri baru dan lama. Malah hasil ini akan mendapat harga dan permintaan yang tinggi di pasaran dunia. Bukankah akhirnya keuntungan ini akan pulang membantu Tranformasi Kebajikan Rakyat. 

Kerajaan pusat bukan jenis yang menghabiskan wang simpanan untuk membantu rakyat. Kerajaan harus cekap merevolusikan industri negara, pendapatan negara wajib terus-menerus digandakan dan mencari sumber-sumber pendapatan baru untuk revolusi ekonomi menuju negara maju dalam wawasan 2020. Semuanya untuk memenuhi pemintaan perluang pekerjaan yang semakin meningkat dan terus meningkat. 

Lynas juga punyai potensi membentuk percambahan rangkaian perniagaan baru walaupun tidak berkait  secara langsung tertapi berkait melalui pemintaaan rakyat yang meningkat. Kerana kepadatan penduduk akan meningkat dan faktor globalisasi dunia akan menjadi lebih mahal. Bagaimana kerajaan dapat mengawal semua ini jika rakyat membiarkan Pakatan Haram terutama DAP mensabotaj isu yang berkait rapat dengan ekonomi negara, hanya semata-mata untuk menjaga kepentingan politik kotor mereka dan  membela masalah ketua yang tidak bermoral. DAP biasalah! mana penah puas hati jika industri besar dimonopoli bumiputra. 

PKR selama ini ditubuhkan melalui semangat mengapi-apikan emosi rakyat dan bergitu juga dengan Pakatan Haram. Sebab itulah PRU13 ini Pakatan haram tidak dapat hidup tampa ada isu yang boleh mengapi-apikan emosi rakyat. Apatah kaedah mengadakan himpunan Bersih dan Seksualiti Merdeka tidak mempunyai taring yang kuat untuk menyatu-padukan seluruh warga negara yang berbilang bangsa. 

Inilah senjata terakhir mereka untuk menutup segala kelemahan mereka. Adakah rakyat sanggup diperalatkan dan kemudian kesan buruknya yang besar akan ditangung oleh rakyat sendiri. Dunia makin pantas bergerak meninggal banyak negara di dunia dalam dilema kemiskinan kerana kerajaan yang tidak mampu mentabir ekonomi negara. Jika Malaysia ketinggalan bermakna rakyat merana dengan tekanan yang bertimpa-timpa akibat pola kegiatan ekonomi dunia tidak selalunya setabil. Semua penilaian boleh memberi kesan langsung kepada rakyat negara tercinta ini.

Pakatan Haram sebelum ini pandai sesangat berbicara pasal inflasi sebab hendak ambil populariti dan tidak ikhlaspun untuk bertangungjawap, tapi bila negara bakal menjana pendapatan yang besar. Mereka jadi takut dengan bayangan sendiri dan pantang orang lebih baik dari mereka. Jangan dilayan sangat nafsu jahat Pakatan haram ini. 

Nik Aziz Seronok Sakan!!

Nampaknya Nik Aziz semakin ceria menyambut kedatangan Kadir yang meninggalkan UMNO.  Memang diakui kedatangan Kadir akan memberi impak yang besar buat UMNO kerana Kadir mengetahui sebelok-belok perjalanan UMNO. Itulah kelebihan buat Pakatan haram sekarang.

Biarpun bergitu, warga UMNO harus bersyukur kerana keluar lagi seorang perasit yang boleh menjatuhkan UMNO secara halus. Selama ini UMNO menghadapi masalah kerana kehadiran berberapa parasit dalam UMNO, yang sentiasa mensebotaj setiap perjalanan perancangan Tranformasi Kebajikan Rakyat. Samada Kadir berada di dalam UMNO atau tidak, kedua-duanya langsung tidak berguna untuk memajukan dan mengukuhkan UMNO. Penghijrahanan Kader lebih kepada mempelihatkan faktor strategik mendapat kedudukan diri pribadinya, dan bukannya berasaskan prinsip perjuangan. Bertambah lagi sampah-sarap dalam Pakatan Haram. Biarkan.. Biarkan..!!

Menyentuh kepada alasan Nik Aziz mengaitkan PAS semakin islam dan UMNO perjuang kebangsaan. Agaknya Nik Aziz sendiri tidak sedar dipermainkan Anwar yang cuba menyerapkan pengaruh Yahudi dan Israel ke dalam PAS melalui parasit-parasit PAS yang semakin beranak-pinak dalam kantung PAS. Bila dah beranak -pinak makin saratlah dan kalutlah kemelut kehilangan prinsip perjuangan asal. Ini bukan cakap kosong tapi rakyat boleh nampak apa yang dilalutkan PAS. Semua isu perubahan dasar perjuangan PAS, sampai sekarang gagal diperjelaskan majlis tertinggi PAS kenapa?

  • Gagal mempertahankan khalimah Allah
  • Gagal mempertahankan prinsip anti Yahudi seumur hidup.
  • Gagal memperjuangkan dan menegakan hukum Hudud dan menjadikan agenda di dalam  buku Jingay
  • Gagal memperjuangkan Negara Islam yang  kononnya tidak ujud di dalam Al-Quran
  • Gagal mengekang prinsip PAS dari bersetongkol dengan kafir harbi. Maknanya PAS tidak sedar semakin memperjuangkan Kebangsaan.
  • Menghalang aktiviti Himpunan Sejuta Ummah untuk selamatkan akidah. PAS berangapan matalamat himpunan ini lebih hina berbanding PAS menyokong sepenuh tenaga himpunan Seksualiti Merdeka yang melibatkan LGBT iaitu golongan menuntut kebebasan bermaksiat.
  • Memecat mana-mana ahli yang benar menjalankan prinsip asal perjuangan PAS kerana ingin bersama-sama puak kafir harbi. 
Oleh itu ingin diucapkan kepada PAS dengan "Selamat Datang Ke Alam Kejatuhan PAS". Masa akan menentukan kejatuhan PAS kerana hilang arah menentukan arah prinsip perjuangan. 

Wednesday, 21 March 2012

PAS Berlajar Dari "Survival" Anwar


 

Dulu Nik Aziz dan Haji Hadi tidak kisah DAP hina agama Islam macam mana pun tak apa, sebab DAP jahil agama. Memang maha hebat bila DAP boleh dikaitkan dengan jahil, macam lah DAP ada habuan akhirat!!

Sekarang Nik Aziz dan Haji Hadi lagi "advance" kerana dah tak kisah dah menyokong Yahudi, kerana menyokong Yahudi boleh dapat Dana PRU13. Gerenti halal punya! Tidak payah sebut pasal islam atau kaitkan sejarah perjuangan silam PAS lagi. Yang penting buat kali ini mesti dihalalkan demi PRU13. Inilah langkah penamat dan perlengkap PAS 4 ALL! Lengkap selogan ini makin kuatlah pengaruh PAS. Bagaimana

Bermula dengan kata dua samada Anwar menarik balik kenyataan mendukung keselamatan Israel di Wall Street Journal atau saman WSJ. Wayang WSJ memang telah diduga, sehingga membuat pertemun tertutup antara Anwar dan Nik Aziz. Ramai rakyat tertanya-tanya apalah yang dibincangkan antara mereka berdua. Rupa-rupanya sekarang baru terbongkar. Hadi boleh terima dan bekerjasama dengan Yahudi yang terang-terang menyokong Israel menyerang Palestin. Semuanya kaedah terbaik mendapatkan habuan untuk Dana PRU13. Yelahh kalau hendak berkempen PRU13, semua tidak berjalan kalau kurang dana. Rujuk sini

Ambil contoh PRN serawak yang lepas, bertapa tersiksanya PAS tidak berduit untuk berkempen di Sarawak. Buat kali ini, Nik Aziz dan Haji Hadi ambil kesempatan dengan pemurahnya Anwar membantu dapatkan dana PRU13!! Apatah lagi ruang berkempen PRU13 amat luas dan duit mesti banyak. Dengan caranya mudah, jangan tentang Anwar dan beri hujah-hujah sokongan kepada Anwar yang mendokong keselamatana Israel. Anwar boleh mempertahankan kenyataan demi mendapatkan dana 600 juta, PAS boleh tumpang sekaki! PAS memang serba boleh apa sahaja janji dapat berkempen dengan selesa untuk PRU13.

Yang amat menghairan! Dah lupakah! Nik Aziz dan Haji Hadi yang selama ini PAS menentang seumur hidup kepada Yahudi dan Israel. kali ini demi murah hati Anwar ditambah Zionis. Nik Aziz dan Haji Hadi dah lupakah yang puak-puak PAS bermati-matian bergaduh denga FRU pada 4 April 1997 semata-mata menetang kehadiran permain kriket Israel ke Malaysia. Sampai Mat Sabu dan Salehudin Yakob di penjara. Sekarang kerana dana dah terlupa perjuangan asal.

Biasalah PAS kalau sampai boleh mengadaikan khalimah Allah kepada gereja. Kira kecik sangatlah menyokong Yahudi. Bergitu jugalah PAS kalau sampai boleh gugur Hudud di campur dengan sokongan Yahudi baru lengkap segalanya.

Apa yang hendak dihairankan PAS kalau sampai boleh gugurkan Hassan Ali mempertahankan akidah umat semata-mata arahan DAP dan PKR, tidak lengkaplah kalau tidak sokong Yahudi. Selama ini PAS dah biasa mengafirkan orang islam lain demi kekuatan PAS. Akan menjadi bertambah kuatlah PAS, bila mendapat sokongan Yahudi. Ini kerana PAS berlajar dengan mengambil ikhtibar dari kejayaan Anwar, dapat menepis apa sahaja salah moralnya dengan hanya mendapat sokongan Yahudi. PAS hendak cuba supaya Nik Aziz  akan bertambah kuat dengan kaedah berkesan Anwar.

Sebab itulah PAS semakin biasa merestui apa sahaja tindak tanduk Anwar dan berlajar demi mempertahankan kekuatan PAS. Kita lihat bagaimana PAS rela dengan tindak tanduk Anwar.
  • Menyokong Linda Joy Murtad
  • Meyokong seks bebas LGBT
  • Menyokong kenyataan Anwar yang undang-undang Liwat sudah lapuk 
  • Menyokong buku Jingay yang menghalang Hudud dilaksanakan
  • Menyokong ucapan-ucapan pluralisma Anwar, yang Nik Aziz sedia maklum dan berdiam diri walaupun itu ucapan yang sesat.
Itu semua sudah tidak penting buat PAS, kerana PAS lebih mengagumi Anwar yang bangkit dalam sekelip mata, malah mampu menangkis apa jua serangan moral peribadi Anwar, walupun serangan berasaskan dengan pembuktian kukuh. Anwar tetap berdiri teguh kerana satu formula sahaja, bersahabat baik dengan Yahudi. Bila bersahabat baik Yahudi, maka segala kemudahan yang kita pakai dari peralatan dan ciptaan Yahudi, sudah tentu banyak kita tidak sedari akan tentangan halus dari Yahudi. 

Inilah menyebabkan PAS yang terlampau berangan hendak ke Putrajaya, tidak tahan lagi mengenang perjuangan mereka berpuluh tahun dengan corak maki-hamun, fitnah dan ngadu domba tapi masih juga tidak dapat menyaingi formula Anwar. 

Berdasarkan kejayaan Anwar, PAS makin berani mengangkat Muslimah Ambiga dengan menghalalkan tuntutan Ambiga. Kerana Ambiga juga mengetui NGO yang didalangi Yahudi. PAS amat kagum bagaimana Ambiga dalam sekelip mata mengerakan NGO menentang kerajaan. Ini semua PAS ingin berlajar dan serapkan sebagai perjuangan parti secara halus, iaitu mengalih perhatian ahli-ahli yang separuh mati mengatakan PAS masih perjuangan islam dan hudud,. PAS sengaja biarkan ahli masih bersikap tabsud sedemikian rupa, kerana mengelak dari mereka terhidu perancangan halus PAS berdamping dengan Yahudi.

Jadi janganlah puak-puak PAS yang masih kuno memegang lagi amanat Haji Hadi 1981 yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.

“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”

Ahli-ahli PAS diperbodohkan demi agenda-agenda besar yang belum mereka ketahui. Jangan sampai jadi sama dengan mangsa mamali hingga sekarang PAS tidak penah ambil berat kepada keluarga mangsa penipuan PAS. Setakat mengenang untuk raih populariti ahli adalah. Sekarang semua dah tak ada lagi sebab PAS sekarang hendak mendapat sokongan Yahudi melalui Anwar.
PAS 4 ALL + ISRAEL 4 ALL= Negara Kebajikan Kroni



Menerima Atau Melawan Ramalan


Adakah Sotong Sahaja Pandai Meramal

Ramai puak-puak pembankang bersorak ria dengan ramalan Tun Daim Zainuddin yang penah meramalkan BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada PRU12-2008. Ramai jualah ahli-ahli UMNO-BN seakan putus harapan dengan kenyataan itu. Malah sudah ada yang mula memikirkan hal mereka sendiri dari perjuangan.

Adakah kita setakat itu sahaja memerhati dan merintih. Sedangkan Najib tampak tenang menghadapi segala dugaan dengan melunaskan saki baki janji-janjinya kepada rakyat. Najib bergitu bersungguh-sungguh berusaha melengkapkan Tranformasi Kebajikan Rakyat dengan menyingkir apa jua tomahan dan serangan keatas diri dan keluarganya. Najib lakukan sedemikian, demi untuk menumpukan tangungjawapnya tampa memikirkan apa nasibnya selepas PRU13. Najib pamerkan keikhlasan hati menilai, merancang, mengatur dan melaksanakan semua perancangan pembangunan sehingga kebajikan secara menyeluruh, dari golongan miskin hingga yang berada. Itulah Najib tiada penat lelah bekerja untuk rakyat.

Persoalannya dimana kita. Adakah kita berdukacita sebelum terluka sedikitpun? Atau kita beralah sebelum berperang? Soal siapa kalah siapa menang, itu adalah takdir yang menentukan. Jangan kerana takut bayangan sendiri kita lari seperti Kadir. Jangan kerana tertekan kita hilang arah punca.

Yakinlah apa yang kita perjuangkan selama ini adalah benar. Bukan sekadar bercakap-cakap kosong untuk memuaskan nafsu seperti Anwar. Bukan sekadar pakat-pakat putar belit seperti Nik Aziz. Bukan setakat berpura-pura seperti Lim Guan Eng. 

Kita perjuangkan keatas sifat seorang pemimpin yang tampil dengan kerja keras untuk membantu rakyat dengan penuh keikhlasan. Kenapa kita mesti takut dengan perjuangan berasaskan ikhlasan. Adakah kita boleh berbangga dengan berjuang dalam was-was.

Tidak guna mendabik dada mengatakan kita akan menang hingga terleka bekerja. Tidak guna kita bersuka-ria bersorak terpekik terlolong tapi penampilannya kosong. Kita sepatutnya bangun berdiri dan bertindak tampa memikir apa jua yang mendatang. Itulah dinamakan ikhlas dalam perjuangan.

Biar kalah kerana pemimpin kita ikhlas dari kalah kerana hendak memenuhi kehendak nafsu pemimpin yang tidak bertempias. Kerana kekalahan dalam keikhlasan lebih bermakna dari tabsud tidak berbatas kerana keliru dalam mainan sifat nafsu pemimpin yang mahu mengadaikan negara untuk kepentingan diri. 

Insyaallah selama ini Allah sering mengeluarkan satu persatu Qada dan Qadar, kemungkaran Anwar hinggakan berkait-kait melibatkan PAS, PKR dan DAP. Yakinlah kita bersatu diberlakang Najib Kita berjaya. Insyaallah.
BERSATU TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Tuesday, 20 March 2012

Himpunan Hijau, LGE Hasilkan Radiasi!! PKR Diam!!


Apa dah jadi dengan Guan Eng lidah bercabang.
BUKIT MERTAJAM 19 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta menghentikan projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan kerana ia mengancam keselamatan penduduk di situ.

 

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, pembinaan loji tersebut akan menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima bantahan daripada nelayan dan pengusaha makanan laut yang mendakwa kehidupan mereka akan tercemar dengan sisa toksik apabila loji panel solar dibina di situ.

"Sebagai sebuah kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaungkan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat negeri ini, sepatutnya mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek itu.

"Pembinaan loji panel solar itu amat serius kerana kita ada pilihan untuk tidak membina kilang berkenaan di negeri ini.



Sekarang Pulau Pinang pun dah ada sumber menghasilkan radiasi kenapa Guan Eng Tutup mata!! 

Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat memutuskan untuk tidak menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji isu Lynas setelah mendakwa jawatankuasa itu tidak memberikan ruang kepada mereka untuk menyatakan pendapat. Semuanya auta untuk menggagalkan perancangan ekonomi negara.

Pakatan Haram memang suka buat kerja-kerja haram!! Lihatlah Fauziah berpura-pura hendak perjuangkan Alam Sekitar untuk Lynas sahaja, bagaimana pula dengan Pulau Pinang adakah mereka tampil menyiasat. Pakatan Haram ni kalau betul-betul ikhlas buat desakan keseluruhan negara, jangan main sekerat-sekerat!!

Monday, 19 March 2012

Segalanya Memenuhi Ramalan


 

Memang ramai rakyat telah menduga apa tindakan Kadir Sheikh Fadzir yang mengumumkan, keluar dari UMNO. Kadir keluar bukan kerana ingin memperbetulkan keadaan perjuangan! Tindakan beliau lebih kepada ingin mencari tempat berlindung setelah dirinya hilang keyakinan UMNO-BN boleh memenangi PRU13 dan hilang keyakinan peluang dipilih semula. 

Orang seperti ini banyak bersepah dimuka bumi ini dan sememangnya tidak dapat diharapkan, malah hendak diyakini dan diangkat sebagai pemimpin membantu rakyat langsung tidak layak. Apatah sikap pemimpin yang memuji ketika boleh makan dan mencaci ketika rasa diri terancam dengan bayangan-bayangan diri sendiri.  Hari ini tindakan Kadir keluar meninggalkan UMNO bersendirian. Memperjuangkan semangat yang semakin mendapat tentangan hebat dari pelbagai sudut, hingga melibatkan kuasa-kuasa asing. Kadir adalah tidak ubah seperti pengecut lari meninggalkan medan perang. Perang sebenar belum bermula tapi Kadir sudah lari, apa hendak dikata dan diharapkan lagi kepada orang seperti ini.

Anwar semakin arkab dengan kadir, sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk mempergunakan apa jua pengetahuan Kadir untuk menetang Najib yang hampir berseorangan menegakan Tranformasi Kebajikan Rakyat. Wahai orang-orang UMNO sampai hati anda membiarkan Najib berseorangan!! Tapi apapun , Najib berani tampil membuktikan kemampuannya walaupun dalam keperihan perjuangan terbesar dan serba mencabar ini. Teruskan Najib!! Teruskan!! Kerana Qada dan Qadar Allah yang tepat dari segala-galanya. Insyaallah!!

Dari segi kemampuan Najib, tempoh untuk dia membuktikan kemampuan mentabir setelah kejatuhan Pak Lah tentulah berat-seberatnya rintangan, kerana keadaan masa yang serba singkat. Apatah sepeninggalan jawatan Pak Lah kepada Najib, situasi UMNO berpecah dari luar dan dalam. Tempoh sepenggal ini tentulah perit gaya rupanya, buat Najib untuk merangka, menyusun dan mengerakan tindakan yang bersesuaian dengan Tranformasi Kabajikan Rakyat. 

Tapi Allhamdulillah, Najib berjaya melunas kebanyakan keperluan Kebajikan Rakyat. Rakyat wajib menghormati kesungguhan dan keberanian beliau menunaikan tanggunjawap dalam melawan arus dugaan dengan tabah dan ketika ramai yang memperkatakan UMNO bakal berkubur sebagai ketua pembankang. Situasi ini sedikitpun tidak menggangu gugat semangat memperjuangkan sehinga sanggup memperdulikan apa jua nasibnya dimasa depan, yang tangungjawap tetap tanggungjawap itu teras perjuangan Najib. Walaupun keputusan mungkin tidak menyebelahinya tapi sekurang-kurang dia ikhlas kerana Allah, dia ikhlas kerana kepentingan Rakyat. Kuasa Allah melalui ketentuannya lebih hebat dan keluar dari kemampuan fikiran manusia.

Kita sebagai rakyat sepatutnya memberi perluang sepengal lagi buat Najib berdasarkan prestasi beliau. Rakyat tidak boleh mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti Anwar yang penuh dengan persoalan-persoalan was-was. Kita sekarang mempertaruhkan kepentingan Islam, kita pertaruhkan kepentingan Melayu, kita pertaruhkan kepentingan Negara dan juga Institusi Raja yang menjadi tonggak negara ini.

Jika Anwar bergitu berani dan terdesak memdapat bantuan kuasa asing demi menajamkan serangan, kita perlu ada rasa was-was dan berhati-hati dari terjebak dan menyesal tak sudah. Fikir-fikirlah.

Sunday, 18 March 2012

Gerakan Menjatuhkan Najib Semakin Giat Bergerak

Kelebihan dan kekuatan UMNO-BN adalah terletak kepada kesungguhan dan keprihatinan Najib dalam memberi usaha penuh menjayakan Tranformasi Kebajiakan Rakyat. Hal ini amat membimbangkan Pakatan Rakyat yang tidak mampu menyaingi azam Dan semangat Najib bekerja tampa memperdulikan apa jua tomahan dan fitnah yang dituju kepadanya.
Keadaan sedemikian menyebabkan Pakatan Rakyat sepakat menjatuhkan Najib melalui serangan peribadi keluarganya dan Lynas. Kenapa Lynas menjadi keutamaan Pakatan Rakyat. Lynas merupakan isu dari negeri Pahang yang menjadi tunggak kekuatan Najib. Jika Pakatan Rakyat mampu menjatuhkan Najib dengan kekalahannya di dalam negerinya sendiri, PR akan berjaya menjatuhkan maruah Najib secara langsung dan memberi impak struktur UMNO-BN selepas PRU13.
Sekarang PR telah berupa-ura melancarkan Himpunan Hijau 0.3 sebelum kedatangan PRU13. Harus diingat yang isu Lynas mampu menyatukan semua kaum tampa mengira agama, bersama menjatuhkan Najib secara halus.
Isu Lynas juga mampu menenggelamkan segala kelemahan dan kepincangan pentabiran di negeri-negeri jajahan PR. Strategi ini adalah menjadi keutamaan untuk menipu rakyat agar mengetepikan kemampuan dan keazaman Najib dalam keprihatinannya kepada kebajikan dan keperluan rakyat secara menyeluruh dan teratur. Melumpuhkan karektor Najib adalah keutamaan PR.
Persoalannya adakah kita sebagai rakyat Malaysia belum nampak keazaman dan kesungguhan Najib untuk membantu rakyat secara menyeluruh? Kita kena ingat yang Najib bukan semata-mata ditentang PR yang di ketuai Anwar, Najib juga perlu menghadapi serangan halus kemasukan dana dari kuasa asing yang ingin menjajah negara samada secara langsung atau tidak. Relakah kita membiarkan negara ini tergadai?
Adakah kita belum boleh bersyukur dikurniakan seorang PM yang begitu komited membantu rakyat dan sanggup mengetepikan beliau demi mendengar tomahan dan fitnah PR yang belum pernah membuktikan apa wawasan mereka dalam membantu rakyat. Apa yang kita nampak PR hanya pandai bercakap melambung-lambung tampa ada sebarang bukti yang mereka di kalangan berwawasan membantu rakyat. PR boleh menabur janji membelanjakan wang simpanan kerajaan tapi PR belum pernah membuktikan apa-apa kemampuan mereka dalam menjana pendapatan buat kewangan di Negeri-negeri jajahan mereka!!
Adakah kita hanya mahu mencari kerajaan yang pandai membelanjakan wang kerajaan tampa menyeimbangkan dengan kemasukan sumber pendapatan negara? PR pandai bercakap tampa pernah membuktikan teori mereka berkesan. Lihatlah. apa yang terjadi kepada Ladang Rakyat, pasir Selangor, PKNS, tanpa pembangunan Pulau Pinang yang terencat dan keadaan pentabiran negeri Kedah yang lebih berkisar kepada siapa harus dapat kuasa di kalangan PR, bukannya kepada kebajikan dan rintihan rakyat.
Berbaloikah kita membiarkan Najib keseorangan diserang sedangkan dialah yang paling layak dan boleh diharap menjadi PM di Malaysia. Marilah kita bersama hindarkan rancangan jahat Pakatan Haram.