Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 18 March 2012

Gerakan Menjatuhkan Najib Semakin Giat Bergerak

Kelebihan dan kekuatan UMNO-BN adalah terletak kepada kesungguhan dan keprihatinan Najib dalam memberi usaha penuh menjayakan Tranformasi Kebajiakan Rakyat. Hal ini amat membimbangkan Pakatan Rakyat yang tidak mampu menyaingi azam Dan semangat Najib bekerja tampa memperdulikan apa jua tomahan dan fitnah yang dituju kepadanya.
Keadaan sedemikian menyebabkan Pakatan Rakyat sepakat menjatuhkan Najib melalui serangan peribadi keluarganya dan Lynas. Kenapa Lynas menjadi keutamaan Pakatan Rakyat. Lynas merupakan isu dari negeri Pahang yang menjadi tunggak kekuatan Najib. Jika Pakatan Rakyat mampu menjatuhkan Najib dengan kekalahannya di dalam negerinya sendiri, PR akan berjaya menjatuhkan maruah Najib secara langsung dan memberi impak struktur UMNO-BN selepas PRU13.
Sekarang PR telah berupa-ura melancarkan Himpunan Hijau 0.3 sebelum kedatangan PRU13. Harus diingat yang isu Lynas mampu menyatukan semua kaum tampa mengira agama, bersama menjatuhkan Najib secara halus.
Isu Lynas juga mampu menenggelamkan segala kelemahan dan kepincangan pentabiran di negeri-negeri jajahan PR. Strategi ini adalah menjadi keutamaan untuk menipu rakyat agar mengetepikan kemampuan dan keazaman Najib dalam keprihatinannya kepada kebajikan dan keperluan rakyat secara menyeluruh dan teratur. Melumpuhkan karektor Najib adalah keutamaan PR.
Persoalannya adakah kita sebagai rakyat Malaysia belum nampak keazaman dan kesungguhan Najib untuk membantu rakyat secara menyeluruh? Kita kena ingat yang Najib bukan semata-mata ditentang PR yang di ketuai Anwar, Najib juga perlu menghadapi serangan halus kemasukan dana dari kuasa asing yang ingin menjajah negara samada secara langsung atau tidak. Relakah kita membiarkan negara ini tergadai?
Adakah kita belum boleh bersyukur dikurniakan seorang PM yang begitu komited membantu rakyat dan sanggup mengetepikan beliau demi mendengar tomahan dan fitnah PR yang belum pernah membuktikan apa wawasan mereka dalam membantu rakyat. Apa yang kita nampak PR hanya pandai bercakap melambung-lambung tampa ada sebarang bukti yang mereka di kalangan berwawasan membantu rakyat. PR boleh menabur janji membelanjakan wang simpanan kerajaan tapi PR belum pernah membuktikan apa-apa kemampuan mereka dalam menjana pendapatan buat kewangan di Negeri-negeri jajahan mereka!!
Adakah kita hanya mahu mencari kerajaan yang pandai membelanjakan wang kerajaan tampa menyeimbangkan dengan kemasukan sumber pendapatan negara? PR pandai bercakap tampa pernah membuktikan teori mereka berkesan. Lihatlah. apa yang terjadi kepada Ladang Rakyat, pasir Selangor, PKNS, tanpa pembangunan Pulau Pinang yang terencat dan keadaan pentabiran negeri Kedah yang lebih berkisar kepada siapa harus dapat kuasa di kalangan PR, bukannya kepada kebajikan dan rintihan rakyat.
Berbaloikah kita membiarkan Najib keseorangan diserang sedangkan dialah yang paling layak dan boleh diharap menjadi PM di Malaysia. Marilah kita bersama hindarkan rancangan jahat Pakatan Haram.

3 comments:

Anonymous said...

Anda mampu menganalisa dan mengemukakan keterangan yang jelas tentang putarbelit politik Pembangkang.Tidak saperti mereka yang terperangkap dalam PRESET MIND sendiri walaupun mengaku PRO Kerajaan tetapi lebih kepada memburukan isu.Netizens bukannya golongan yang suka menyelesaikan kuiz atau teka teki,tetapi lebih kpd mencari kemantapan dalam berhujah.Jangan gambarkan kpd mereka/kami yg ProBN ditunggangi Badut2..

Anonymous said...

Anda merupakan salah seorang dari penulis yg rational dari beberapa kerat yang masih tinggal, dimana BN dapat sandarkan untuk menulis tentang kebenaran, dan kami di alam maya ini meletak kepercayaan tentang kebenaran fakta.Kami kecewa melihat yang lain2 hanya BERPOLEMIK (bukan berpolitik) tapi mengaku berblog PRO-BN.Golongan ini hanya akan menjadi liabiliti kepada Najib dan BN.

PecahPalakMikir said...

Thx bro kerana menyokong, saya masih baru dan masih banyak harus berlajar insyaallah tidak berudah dari apa yang asal penampilan saya. THX bro

Isu Terkini

get this widget here