Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 6 October 2012

100 Touch Points Membuatkan Anwar Ibrahim Menangis

Sekarang semua orang mahu bercakap soal berjanji itu dan ini, terutama bila hampirnya saat Pilihanraya Umum ke 13. Semua orang boleh bercakap dan berjanji sesedap mulut. 

Tapi bila tiba saat perlu melaksanakannya, timbul pula tukar cerita itu hanya sekadar manifesto. Istilah politik dan pilihanraya adalah manifesto, istilah daripada manusia kepada manusia yang lain adalah janji. Terutama yang bergelar Yang Berhormat. Sebab mereka bergelar Berhormat membolehkan apa sahaja jadi halal!

Sebab itu semasa belum mendapatkan apa yang diharap sedap cerita janjinya tetapi bile menjejak tempat idaman timbul pula helah menafinya. Kita boleh lihat apa yang sedang berlaku di Selangor dan bagaimana Lim Guan Eng sedang menjadi gangster memeras ugut Barisan Nasional Pulau Pinang, yang telah membayar wang pendahuluan RM 224, 073 bagi membeli tanah kerajaan negeri di Taman Manggis, 

BN Pulau Pinang dipaksa membayar baki wang keseluruhan tanah berkenaan iaitu RM 22,183,227 dalam masa 30 hari daripada tarikh surat. Padahal ini sebanarnya menjadi tanggungjawap Lim Guan Eng selaku Menteri Besar Pulau Pinang membina rumah kos rendah untuk rakyat miskin Pulau Pinang. Inilah yang dikatakan 'belum dapat lain, dah dapat... lain pulak jadi nyer'. Terpulanglah, jika pihak2 berkenaan masih mahu 'mengekalkan' kaedah 'berjanji kosong' sedemikian rupa.

Inilah yang sedang berlaku apabila Datuk Sri Najib Razak di dalam Bajet 2013, DSN membentangkan 100 touch points Membuatkan Anwar Ibrahim Menangis

100 touch points yang dapat membantu ekonomi semua warganegara, termasuk meneruskan BR1M 2.0, pemberian bonus satu bulan setengah kepada penjawat awam, meningkatkan had maksimum pendapatan bulanan bagi memohon skim PR1MA, mengurangkan bayaran pinjaman PTPTN, bantuan one off RM1,000 bagi bekas tentera yang tidak layak menerima skim pencen, dan sekolah rintis untuk kanak-kanak kurang upaya (prasekolah).

Ini adalah janji bukan setakat menggunakan air liur DSN tetapi telah dibuktikan bagaimana DSN telah lunaskan segala pemintaan dan harapan yang mampu dilaksanakan berdasar kemampuan kerajaan. 

Sebenarnya 100 Touch Points Membuatkan Anwar Ibrahim Menangis kerana Anwar boleh jatuh terguling dalam angan-angan sendiri yang semakin menjadi tanda tanya oleh setiap rakyat. Sedangkan rakyat masih terasa hidangan sejarah Anwar Ibrahim telah menipu hidup-hidup rakyat di Kampung Buah Pala yang jelas membuktikan dikatakan 'belum dapat lain, dah dapat... lain pulak jadi nyer' Janji beri tanah tetapi didatangi bulldozer menyodok rumah mengusir penghuninya.

Mungkin itulah kebanaran yang dikatakan Khalib Ibrahim " Manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan " Dan itulah yang dipraktikkan Anwar dan Lim Guan Eng. Yang penting siapa yang kenyang kalau bukan keduanya-duanya.

Iyelah!! Sekurang-kurang hasil tukar lori sampah lama dengan membeli 50 lori sampah model lama, Anwar boleh bergaya dengan Bas Mewah secara pemilikan percuma dari imbal balas pembelian lori sampah. Rujuk sini

Bergitu juga Lim Guan Eng dikaitkan dengan mendapat rumah banglo atas nama seorang wanita yang mempunyai kaitan dalam isu syarikat berhajat membeli tanah kerajaan negeri di Taman Manggis. Rujuk Sini

Kedua-dua cerita atas dengan jelas menunjukan bagaimana Lim Guan Eng dan Anwar mempergunakan rakyat demi kesenangan dan kemewahan mereka. Cara yang terbaik paksa pecacai-pecacai Pakatan Rakyat reka cipta cerita mengaitkan salah guna kuasa UMNO Barisan Nasional demi menutup apa yang mereka lakukan.

Adakah ini boleh membuktikan Anwar dan Lim Guan Eng layak membuat janji-janji baru atau mengarang menifesto khas untuk PRU13. Maka ujudlah cerita Pembankang kononnya Budget 2013 adalah durian runtuh menjadikan negara kita menanggung hutang lebih besar.

Tetapi pada masa yang sama apa yang mereka janjikan tidak pula dikaitkan dengan jurang hutang yang semakin membesar, kerana Pakatan Rakyat kebal dengan corgankata Khalib Ibrahim " Manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan " Jadi terlepaslah buat pecacai percaya dalam kekeliruan mainan kata-kata orang yang tidak amanah dengan janji-janjinya sendiri. Cantik bukan pecaturan meraka!

Sebenarnya yang membuat rakyat sampai Pecah Palak Mikir untuk apa? Adakah sekadar mendengar Khalib Ibrahim " Manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan " atau menanti dengan yakin kehadiran 100 Touch Points dari Datuk Sri Najib yang membuat rakyat dapat merasa kurang sikit beban tangungan harian?

Inilah yang sedang berlaku kepada rakyat, celaru tampa hala punca dengan mainan kata-kata Pakatan Rakyat yang terpaksa mengambus segala perit sakit rakyat Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor terpaksa menanggung azab angkara " Manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan "

Anwar sekarang terpaksa bermain kata-kata janji baru. Kerana Anwar sendiri sedar kemampuan Datuk Sri Najib mengeluarkan 100 Touch Points boleh Membuatkan Anwar Ibrahim Menangis kehampaan kehilangan angan-angan ke Putrajaya.

Buat rakyat fikir-fikirkan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak berkuasa di Putrajaya dan tidak berkeupayaan boleh menawarkan perkara ‘bukan-bukan’. Padahal, masih banyak lagi janji yang dibuat pada 2008 dulu masih tidak tertunai. Bolehkah ini kita lupakan bergitu sahaja? Biarlah Pecah Palak Mikir sekarang kerana memilih yang terbaik daripada Pecah Palak Mikir meraung penyesalan.

Friday 5 October 2012

UFB - Jelajah iLMU - Edisi Khas - HUDUD

Program Yang puak-puak PAS Juangkan Tanpa mendedahlan ilmu yang sepatutnya disampaikan. Melainkan mereka memaksa anda mengikuti tampa memahami.


Sudah ! Anak Juga Haram Dalam Pakatan Haram

Sudah ! Anak Juga Haram Dalam Pakatan Haram Apa hendak jadi dengan Pakatan Haram kerana terlampau banyak soal-soal haram hinggala pertubuhan di bawahnya banyak juga yang haram. Apakah tindakan disengaja untuk tidak mendaftar petubuhan Anak yang sedang giat menjalankan kerja-kerja menghasut warga Felda membenci kerajaan.

Jika Anak juga merupakan pertubuhan haram, bagaimana sumber dana yang dimiliki oleh Anak, adakah mendapat sumbangan yang sama seperti Suaram. Memandangkan Anak bukan pertubuhan sah bermakna banyak perkara yang mungkin merbahaya tidak dikawal selia.

Apatah peranan Anak lebih kepada menjalankan kerja-kerja memecah-belah warga felda, sudah pasti banyak isu yang dirahsiakan termasuk persoalan terbesar sekali, siapa yang membiayai dana pergerakan Anak? Adakah juga sama seperti Suaram yang mendapat dana dari Soros?

Sudah ! Anak Juga Haram Dalam Pakatan Haram memang Pecah Palak Mikir dengan keujudan Pakatan Haram

SHAH ALAM - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) mengesahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang aktif sejak 2007, sebagai sebuah pertubuhan "tidak sah" kerana tidak pernah didaftarkan dengan agensi itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, rekod pihaknya menunjukkan Anak tidak pernah berada dalam senarai pertubuhan yang sah di Malaysia.
Status itu timbul ketika isu kedudukan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi topik pertikaian.
"Mengikut semakan dalam sistem kami mendapati, tiada rekod pendaftaran bagi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), jadi pertubuhan ini memang merupakan pertubuhan tidak sah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendedahkan yang Anak merupakan sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.
Anak diketuai oleh Mazlan Aliman selaku presidennya.
Mazlan berkata: "Ahmad Maslan hanya menggunakan isu basi ini sejak Anak ditubuhkan lagi.
"Jadi marilah kita berdebat atau sekurang-kurangnya berdialog supaya saya boleh mendedahkan status sebenar Anak dan beliau juga boleh dedahkan berapa banyak pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Felda.
"Saya tidak mahu komen lebih mengenai status Anak, tetapi mahu memberi amaran kepada Ahmad Maslan jika mahu menuduh saya, sila muhasabah diri terlebih dahulu," katanya.
Dua tahun lalu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) pernah mendakwa Anak pertubuhan tidak berdaftar dan cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.
Anak merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.
Tambah Abdul Rahman, Anak tidak pernah berdaftar dengan mereka dan berdasarkan semakan, sebaliknya hanya ada tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda.
Katanya, rekod RoS menunjukkan hanya terdapat tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda iaitu Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Luar Negara Malaysia, Pertubuhan Wawasan Aspirasi Kemajuan Anak Peneroka Felda Lubok Merbau Pendang Kedah dan Persatuan Anak Perempuan Peneroka Rancangan Felda Semencu Kota Tinggi Johor.
Menurut beliau, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada Anak bagi mendaftar pertubuhan mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
"Kita ada cara sendiri untuk mendaftar sesebuah pertubuhan, jika tidak tersenarai, kita akan anggap pertubuhan itu tidak sah," katanya.
Sebelum ini, banyak tohmahan dinyatakan oleh Mazlan menggunakan nama Anak seperti dalam Harakah pada 10 September lalu bertajuk "400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting".
sumber Sinar Harian

sejak bila PAS pandai menghalalkan Konsert rosak akhlak

BOYCOTT!!! Inilah perkataan terbaik untuk konsert bersih 2.0 yang akan diadakan di Granada Jaya, Selangor Stadium pada 13/10/2012 petang 06:00 dengan membeli tiket masuk syurga PAS sekurang-kurangnya bernilai RM5 untuk menjadi perosak yang digelarkan ke syurga! 

Awas! orang ramai di luar sana jangan sesekali terlibat dengan konsert perosak. Ingat lagi perhimpunan "duduk dan bantah" banyak implikasi buruk yang terjadi hingga seorang anggota polis cedera parah di buat oleh puak puak LGBT ini.. orang islam sama sekali di tegah untuk menghadiri konsert tidak bermoral ini.

Yang menghairankan mana hilangnya puak-puak PAS ini. Sampai bila kau orang menjadi pecacai ketuanan biaDAP dan sejak bila PAS pandai menghalalkan Konsert rosak akhlak

Asalkan bersama DAP dan PKR, PAS memang hilang pegangan prinsip, hilang pertimbangan waras terus jadi kaldai ketuanan biaDAP dalam Pakatan Haram. Sampai bila hendak jadi kaldai hitam hati?

Ayat yang paling kurang adap. dah konsert perosak akhlak kena pula guna perkataan Derma Menima hilangg akal ke puak-puak ini! Memang Pecah Kepala Mikir betul!! Sebab PAS jenis melayu yang tidak mengaku melayu sedang menjadi ejen perosak kepada agama bangsa sediri demi ketuanan biaDAP.

Sampai bila kita mesti tertarik idola tok guru Nik Aziz yang menjadi hamba biaDAP, sampai bila! Inilah punca menjatuhkan agama bangsa sendiri demi kemaruk ke Putrajaya.

















Gempar ! Lim Guan Eng Kenakan Bayaran Mahal Untuk YB Ingin Bantu Rakyat

Zaman sekarang kalau ada mana-mana Yang berhormat mahu berkhidmat kepada rakyat mesti membayar dengan harga yang tinggi untuk membolehkan mereka terus berbakti kepada rakyat. Ini bukan satu cerita dongeng tetapi benar-benar berlaku di Pulau Pinang. 

Buktinya Barisan Nasional Pulau Pinang terpaksa terima tawaran beli tanah Taman Manggis RM22 juta dari kerajaan biaDAP yang lebih mementingkan keuntungan dari memenuhi tuntutan dan keperluan rakyat Pulau Pinang. Sepatutnya Lim Guan Eng memperuntukkan dana bagi membolehkan projek rumah kos rendah disediakan kepada rakyat yang kurang mampu.

Kalau hendak diikutkan golongan yang tidak mampu memiliki rumah di Pulau Pinang adalah tinggi, juga melibatkan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tetapi ini bukanlah menjadi pertimbangan melebihi kroni Lim Guan Eng. 

Sedangkan DAP tidak penah membina apa-apa rumah kos rendah untuk membantu rakyat dibawah pendapatan RM3000. Kecuali Guan Eng menjalankan aktiviti merampas tanah dengan rakusnya! contoh kampung Buah Pala, Anwar janji beri tanah tetapi guan hantar bulldozer roboh rumah dan rampas tanah! 

Nampak pada awalnya tawaran Lim Guan Eng lebih kepada pelawa ayam! tetapi memandangkan Barisan Nasional Pulau Pinang bukan bermain kata seperti Guan Eng menyebabkan Guan Eng terpaksa akur dengan terlepas cakapnya.

Walaupun bergitu! Adalah gila yang amat gila! Apabila Kerajaan memerintah menggenakan harga tinggi bagi membolehkan pembangkang membantu rakyat. Sepatutnya kerajaan negerilah yang mengeluarkan peruntukan untuk membantu rakyat. Kalau berginilah cara biaDAP tabir Pulau Pinang bagus jangan jadi pemerintah, kerana Guan Eng sudah hilang kelayakan mengtabir Pulau Pinang.

Inikah yang dibangga-banggakan PAS dan PKR sesangat! Sekarang PAS dan PKR pejam mata rapat-rapat membiarkan DAP semakin rakus menjamah apa yang ada. Manakala PKR tidak kurang juga di Selangor. lebih kurang 2x5 dengan DAP. 

PAS jangan ditanya apa bendapun tidak tahu buat. Yang pandai berangan hendak buat keretapi laju. Haa lantaklah PAS memang terkenal dengan draf itu ini tetapi hendak laksanakan tidak reti!

3 Oktober 2012

Oh Tong Keong (tengah) bersama pemuda BN negeri menunjukkan sebahagian daripada wang tunai bersama mesin pengira wang semasa membuat bayaran wang pendahuluan untuk membeli tanah

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menerima tawaran daripada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah kosong seluas 0.445 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini untuk dibangunkan dengan perumahan kos rendah.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata kerajaan negeri telah menghantar surat tawaran kepada BN Pulau Pinang pada 4 Sept lepas dengan sebut harga bagi satu kaki persegi tapak tanah itu pada kadar RM450.

"Hari ini kita bawa wang tunai sebanyak RM224,073 iaitu satu peratus daripada harga keseluruhan tanah itu sebanyak RM22 juta sebagai tanda setuju di atas tawaran yang diberikan.

"Selepas ini segala urusan perjanjian dan terma dan syarat akan diuruskan oleh peguam," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan wang tunai itu kepada wakil kerajaan negeri di Komtar hari ini.

Isu tanah di Taman Manggis itu timbul selepas tanah itu yang dicadangkan untuk fasa kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dijual oleh kerajaan negeri pimpinan DAP kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.

Oh berkata pelaksanaan pembangunan rumah kos rendah di atas tanah itu akan diuruskan oleh sebuah syarikat yang telah diperbadankan iaitu Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd.

Terdahulu ketika ditanya mengenai bayaran secara tunai pada hari ini, Oh menjelaskan mereka berbuat demikian kerana di dalam surat tawaran daripada kerajaan negeri tidak menyatakan kaedah pembayaran dan kepada siapa ia harus dibuat.

"Dalam surat itu hanya dinyatakan harga sekaki tanah sahaja, banyak maklumat lain tidak dinyatakan di dalam surat tawaran itu, tetapi kita (BN) mahu bantu rakyat jadi kita sediakan wang tunai supaya tidak tersilap tulis nama penerima," katanya.

Bagaimanapun setelah berjumpa dengan wakil daripada kerajaan negeri, pembayaran wang pendahuluan satu peratus itu dibuat kepada Bendahari Negeri Pulau Pinang. - Bernama

Thursday 4 October 2012

Bas Mewah Anwar Bergaya Dari Kesengsaraan Rakyat Selangor







Dahulu kecoh dengan beli lori sampah lama dengan harga mura sekarang kecoh lagi! Patutlah dengan haraga yang murah setelah ada udang disebalik batu! Anwar juga yang bergaya manakala rakyat Selangor merana kerana menanggung azab bau-bauan sampah dan dipenuhi lalat serta tikus berkeliaran sana sini. Bas Mewah Anwar Bergaya Dari Kesengsaraan Rakyat Selangor memang Pecah Palak Mikir

Inikah dinama keadilan yang cuba disampaikan Pakatan Haram. Ikuti kisah selanjutnya Bas Mewah Anwar Bergaya Dari Kesengsaraan Rakyat Selangor

Benarkah ada dakwaan yang mengatakan bahawa bas mewah yang digunakan Anwar dalam siri jelajahnya adalah milik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim?

Mengikut sumber maklumat dalaman PKR, bas tersebut bukanya disewa oleh Khalid Ibrahim, sebaliknya bas mewah itu adalah miliknya.

Menurut sumber dalaman PKR itu lagi, bas mewah milik Khalid Ibrahim yang digunakan Anwar itu adalah pemberian percuma sebagai balasan kerajaan negeri Selangor membeli 50 buah lori kompaktor sampah dari syarikat tersebut.

Segala butiran terperinci seperti salinan kad pendaftaran bas tersebut kini berada dalam simpanan. Oleh kerana menghormati permintaan pemberi maklumat, butiran mengenai bas mewah Khalid Ibrahim ini tidak dapat didedahkan kepada umum buat sementara waktu.


  • No Pendaftaran : BLU 8779
  • No Enjin : M61HA800001
  • Pembuat : Dong Feng
  • Tarikh Daftar : 03 September 2012
  • Kegunaan : Persendirian
  • Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim
Di Malaysia kita semua telah biasa dengan sistem penyewaan, samada sewa pejabat, sewa rumah , sewa kereta atau sewa lain-lain.


Barang yang disewa kebiasaanya didaftarkan di atas nama pemilik dan penyewa akan menandatangan satu perjanjian dengan pemilik. Belum wujud lagi di negara kita barang yang disewa didaftarkan atas nama penyewa.

Jika benar bas PKR yang disewa kepada Tan Sri Khalid dan pemilik yang sebenar bersetuju untuk mendaftarkan bas tersebut atas nama Tan Sri Khalid, ini bermakna pemilik itu orang yang sungguh luar biasa baiknya dan mempunyai kepercayaan yang amat tinggi kepada Tan Sri Khalid.

Kebiasaannya orang yang begitu adalah orang yang telah termakan budi yang besar atau mempunyai kepentingan dengan Tan Sri Khalid. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal ini....Pendedahan selanjutnya di SEL13.COM

Apa boleh buat Anwar juga yang betul dan untung! Bas Mewah Anwar Bergaya Dari Kesengsaraan Rakyat Selangor memang Pecah Palak Mikir dapat Penipu Rakyat macam niii!!

Bongkar Nafsu Anwar Ibrahim Lembu Korbankan Wan Azizah Lagi

Sedarkah rakyat Malaysia kisah Bongkar Nafsu Anwar Ibrahim Lembu Korbankan Wan Azizah lagi ! tentu ada yang tertanya apa sebenarnya. Jika diimbas kembali sejarah bagaimana Anwar Ibrahim menjadikan Wan Azizah sebagai lembu (yang kena ikat hidung tu) sebagai korban melempiaskan nafsu Anwar Ibrahim!

Boleh dikaitkan bagaimana Wan Azizah bersedia melepaskan jawatan Yang Berhormat Pematang Pauh demi membenarkan Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan dan masuk ke Dewan Parlimen. Wahal Anwar Ibrahim boleh bertanding di kawasan lain dan memberi perluang dan ruang kepada kaum wanita menjadi sebahagian ahli Parliment. Puncanya Anwar tidak ada keyakinan bertanding di Kawasan yang lain.

Bukankah Anwar Ibrahim telah menafikan hak-hak wanita? sedangkan dia selalu menyindir Datuk Sri Najib mengambil alih jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, wahal Anwar 30 kali ganda teruk dari itu. Mari kita bongkar lagi.

Berkenaan isu liwat siapakah menjadi benteng pelindungan Anwar kalau bukan Wan Azizah dan Nurul Izzah? Wahal di dalam makamah Anwar dibahas oleh peguambelanya melalui usul Suka Sama Suka. Apakah itu tidak menjadi persoalan buat Wan Azizah, suaminya dibicara sebagai suka sama suka di dalam kes liwat atau lebih kasar kegiatan sex luar tabie manusia. 

Suaminya yang tidur sebantal dengan Wan Azizah! Bukankah Anwar meliaskan nafsu sambil menjadikan wanita sebagai benteng pelindung bila dikecam. Bukankah "Kedudukan isteri digadaikan, dijual demi kepentingan politik. Apakah itu satu perjuangan yang angkat martabat wanita atau penghinaan?"

Malah isu video China Doll yang terang-terang sukar dinafikan kebenarannya, apabila timbul dua video perlakuan sumbang dan video memasuki hotel. 

Bukti-bukti sebergini telah dinafikan dengan menggunakan benteng wanita iaitu Wan Azizah dan Nurul Izzah. Persoalannya adakah benar-benar Wan Azizah yakin itu bukan Anwar Ibrahim. Bukan sepatutnya sebagai bekas ahli parlimen dia berhak tampil menyiasat kebenaran demi agama bangsa dan negara! Bukankah "Kedudukan isteri digadaikan, dijual demi kepentingan politik. Apakah itu satu perjuangan yang angkat martabat wanita atau penghinaan?"

Bagaimana pula dengan kes Shamsidar, sampai bila Wan Azizah rela menjadi korban nafsu Anwar Ibrahim.

Inikah yang memberi Anwar kelayakan menghina usaha Datuk Sri Najib menghina fungsinya di dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Langsung Anwar tidak layak kerana Sejarah Nafsu Anwar Ibrahim Lembu Korbankan Wan Azizah dan sekali lagi memang Pecah Palak Mikir kalau Sejarah Nafsu Anwar Ibrahim Lembu Korbankan Wan Azizah iaitu "Kedudukan isteri digadaikan, dijual demi kepentingan politik. Apakah itu satu perjuangan yang angkat martabat wanita atau penghinaan?"
Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) sewajarnya melihat dalam pakatan pembangkang sendiri yang dengan mudah menyingkirkan wakil rakyat wanita untuk memberi laluan kepada pemimpin lelaki.

"Kalau dulu Permatang Pauh diwakili oleh seorang wanita tetapi oleh kerana mengutamakan wakil rakyat lelaki, maka terpaksa beliau (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) mengorbankan kawasan itu untuk suami beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Adakah ini adil untuk wanita? Ini mengurangkan bilangan kita sebagai wanita dalam Parlimen," katanya

Beliau merujuk kepada kenyataan Chong Eng semalam semasa membahaskan rang undang-undang itu yang antara lain mempersoalkan tindakan lelaki (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) meneraju Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Chong Eng berkata, tindakan itu mengurangkan bilangan wanita dalam Kabinet dan juga Parlimen. Nancy juga menegaskan kerjaya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam kerajaan berakhir disebabkan tindakan wakil rakyat wanita pembangkang sendiri yang mengaitkan isu 'lembu' dengan bekas menteri itu.

"Kenapa wanita sanggup menghukum seorang pemimpin wanita lain yang jelas tidak bersalah, macam-macam tuduhan terhadap beliau," katanya.

Nancy juga menegaskan tidak salah kementerian itu diteraju oleh Najib kerana selaku Perdana Menteri beliau dapat melihat secara dekat isu yang membelenggu golongan wanita, keluarga dan kanak-kanak di negara ini.

"Bagi saya, adalah prejudis apabila Yang Berhormat (Bukit Mertajam) tuduh Perdana Menteri sebagai bapa yang tidak pernah (dan) tidak perlu jaga anak. Saya rasa kenyataan itu tidak adil," katanya.

Hujah Nancy disokong Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang bangun mencelah. Abdul Rahman berkata, dalam isu kerusi Permatang Pauh, PKR mempunyai pilihan untuk menaikkan Anwar iaitu sama ada 'mengorbankan' wanita atau meminta Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim berundur kerana sudah menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok.

Khairy pula membangkitkan isu sumpah cerai isteri dengan talak tiga yang dikaitkan wakil rakyat Pas jika lompat parti.

"Kedudukan isteri digadaikan, dijual demi kepentingan politik. Apakah itu satu perjuangan yang angkat martabat wanita atau penghinaan?" katanya

Wednesday 3 October 2012

Rakyat Wajip Tibai Majlis Peguam - Sebar-sebarkan

Kita telah didedahkan bagaimana Bar Council yang sentiasa mencari akal dan helah untuk menjatuhkan Polis Diraja Malaysia. Wahal apa yang kita fahami fungsi Majlis Peguam untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang tampa bersifat pilih kasih.

Sejarah peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuktikan kejayaan khidmat mereka semenjak dari sebelum negara ini mengecapi kemerdekaan lagi. Ini tidak dapat dinafikan mana-mana pihakpun! walau ada kelihatan rancangan jahat mengahsut rakyat membencikan Polis.

Punca mereka membenci Polis, kerana Polis berkait rapat dengan usaha kerajaan menrialisasikan pembangunan ini, menyebabkan ini menjadi isu yang dianggapkan menyusah buat Bar Council. Dengan itu bermulalah siri-siri mencari helah menjatuhkan imej Polis. Adakah ini satu kaedah untuk mengajar rakyat agar supaya jangan takut dengan polis dan bersedia memerangi pihak Polis pada bila-bila masa.

Kalau kita tengok dari siri Bersih, jelas kelihatan Majlis Peguam tidak penah menyentuh kebajikan pihak Polis dan hak Polis menegakkan kedaulatan undang-undang.

Tahukah kita pentingnya fungsi Polis kepada kerajaan sebelum kita melangkau bidang-bidang lain melibatkan ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, dan jika huru-hara pilihan kita, jadi tidak perlu kita berbicara soal isu lain. lebih bagus kita berbangga dengan mengangkat senjata mengganas tampa ketahuan punca. Yang mana berkuasa berharta dan lemah melarat. itukah impian kita.


Sedangkan kehebatan PDRM terbukti dengan mendapat pengiktirafan dunia, berjaya menyelesaikan antara 36% – 48% kes jenayah setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. Tetapi ini bukan berita gembira buat Pakatan Haram menyebabkan ada akal untuk memusnahkan imej terbaik Polis. Dan kelihatan Majlis Peguam cenderung ke arah yang sama dengan Pakatan Haram.

Cuba kita lihat! bagaimana kita boleh memahami fungsi Majlis Peguam di Malaysia. Adakah Majlis Peguam memenuhi piawaian yang sewajarnya, iaitu adil tampa berbelah bahagi? Apa yang kita nampak Majlis Peguam seolah-olah satu gerakan berhaluan kiri yang sentiasa mencari akal menyalahkan kerajaan. 

Jika Majlis Peguam menafikan mereka sedemikian, jadi adalah wajar Majlis Peguam memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat dengan sifat pilih kasih kepada siapa mereka inggin memberi sokongan! Utamakan kriteria keseimbangan keadilan dinegara ini tampa pilih kasih! 

Jika tidak rakyat berhak mengadili Majlis Peguam yang semakin menyimpang dari fungsinya yang sebenar..

Isu Terkini

get this widget here