Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 30 November 2013

Gaji MB Selangor Naik! Cukai Pintu Naik! Lepas Ini Apa Lagi

Umum telah mengetahui bahawa kerajaan negeri gagal gagal menunaikan janji dalam manifesto pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) untuk menurunkan cukai pintu premis kediaman dan komersial pada kadar 10 hingga 20 peratus dan berikutan itu, mereka tidak lagi mengulangi janji yang sama pada PRU13 Mei lepas.

Sekarang DBKL berura-ura mahu naikan Cukai pintu bagi sekitar Kuala Lumpur dan adakah Kerajaan Selangor juga bakal melaku perkara yang sama seperti sebelum PRU13. Yang pasti tindakan Khalib mendapat tentangan hebat dari rakyat Selangor.

Sekarang gaji Khalib kelihatan cukup menikmati kemewahan gaji dari RM14,175.15 kepada kenaikan RM29,250. Manakala EXCO dari RM6,109.20 ke RM20,250. Speaker RM6,109.29 ke RM22,500. Timbalan Speaker RM3,327.50 ke RM15,750. Tetapi ADUN hanya dari RM6,000 kepada RM11,250 sahaja tiba-tiba lebih rendah daripada Speaker dan timbalannya.

Adakah kenaikan kali ini bakal mendorong Kerajaan Selangor bertindak menaikan cukai pintu dan itupun ketika ini kelihatan Pakatan mula memuji langkah-langkah Kuala Lumpur menaikan cukai pintu. Adakah puji-pujian ini berselirat dengan rancangan tertentu?


Berkat Penyamaran Hebat Hannah Yeoh Nikmati Ganjaran RM270,000 Dari MB Khalib Selangor

Dengan sekelip mata Hannah Yeoh sudah menjadi lebih kuat dan berpengaruh dari Wan Azizah. Dulunya sekadar individu yang tidak mempunyai apa-apa dan sekarang berbeza seperti yang digambarnya sendiri.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dengan bangga mengakui kononnya beliau tiada aset kecuali rumah teres dan kereta jenama Kia Sprento.

Adun DAP Subang Jaya itu membandingkan kenaikan gaji baru Speaker daripada RM RM6,109.29 kepada RM22,500 jauh lebih tinggi dengan apa diperolehi Perdana Menteri dan timbalannya walaupun gaji Datuk Seri Najib Tun Razak hanya RM22,826.65 manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima gaji RM18,168.15.

“Itu jauh, saya boleh isytihar aset saya,” ujarnya mengulas akhbar The Star dan ahli Barisan Nasional yang membayangkan pendapatannya melebihi Najib dan Muhyiddin.

“Saya hanya ada rumah teres, ada satu kereta Kia Sprento, tiada pendapatan lain, tiada jet peribadi.

“Suami saya pula tak ada mana-mana peranan dalam agensi kerajaan,” tegasnya menerusi laman twitter beliau ekoran isu kenaikan gaji yang disifatkan banyak pihak termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai terlalu tinggi.

Malah, beliau menegaskan, tidak akan bergantung kepada kenaikan gaji untuk berkhidmat.

Menurutnya, beliau akan meneruskan khidmat bakti yang dipegangnya sebagai wakil rakyat walau dengan berapa pun jumlah gaji yang diterimanya.

“Dan untuk rekod saya tidak hanya bergantung kepada kenaikan gaji.

“Naik gaji atau tidak, saya telah memberi khidmat pada lima tahun lepas dan akan terus berkhidmat,” katanya.

Itu alasan beliau dan mungkin ada logiknya dengan gaji sebagai Adun hanya RM6,000 sebelum kenaikan yang diluluskan DUN Selangor, Rabu, Hannah hanya mampu beli sebuah rumah dan kereta.

Bagaimana pula selepas dilantik Speaker dengan gaji baru RM22,500 dan ditambah gaji sebagai Adun yang juga naik kepada RM 11,250 sebulan?

Ini bermakna beliau memperolehi RM33,750 sebulan.

Jumlah itu besar berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini dan Hannah bolehlah menambah bilangan rumah dan kereta selepas ini.

Namun, paling menarik untuk diteliti adalah gajinya sebagai Speaker.

DUN Selangor bersidang tiga kali setahun atau sekurang-kurangnya 30 hari.

Pada 2012, sesi persidangan hanya 21 hari sahaja.

Jika Hannah menerima gaji RM22,500 sebulan bermakna setahun gajinya RM270,000 setahun.

Jumlah RM270,000 dibahagi dengan 30 hari persidangan DUN setahun, bermakna gaji Hannah Yeoh sebagai Speakar adalah RM9,000 sehari..

Share this article :thanks to faizal izwan :

Simpati Buat Nik Aziz Kerana Terkena Serangan Penyakit Terkejut Sekali Lagi

Mengenangkan usia Nik Aziz yang semakin lanjut usia, adalah teramat bersimpati dengan situasi Nik Aziz ketika ini dan sering terkena serangan penyakit terkejut.

Situasi bergini sememangnya tidak bagus untuk kesihatan Nik Aziz sebenarnya. Walaupun Nik Aziz agak kelihatan berdrama dengan permainan terkejut. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang elok bila kita berbicara dan membuat pengisian bermuzakarah sesama islam.

Isunya tentang pertemuan dua mata antara Menteri Besar Ahmad Yaakob dengan Datuk Sri Najib Razak wajar dianggap sebagai lembaran baru membuka pertalian antara sesama islam yang srmakin renggang angkara mainan taksud politik keterlampauan.

Berlakunya perhubungan ini tidak bermakna mengkhianati antara parti kedua pihak tetapi tidak bermakna kita patut abaikan dari sudut kepentingan Agama Bangsa dan Negara.

Oleh itu adalah wajar buat Nik Aziz berehat dan gunakan saki-baki usianya dengan mengetepikan komen-komen bersifat tidak kepuasan hati secara peribadi hingga menambah perpecahan sesama kita. Sebaliknya fikirkan demi tuntutan islam yang sebenar iaitu perpaduan ummah.

Usahlah mengeruhkan lagi cubaan MB Kelantan bersama Datuk Sri Najib, menjalinkan semula perpaduan yang hilang selama lebih 22 tahun.

Usaha mengkhianati boleh mengjadi hasil kerja yang sehingga kita matipun belum selesai akan kemelutnya tetapi bayangkan pula jika usaha kemuliaan individu yang bersungguh-sungguh menyatukan semula perpaduan sesama islam yang telah lama berpecah, hingga hasilnya berkekalan beratus tahun lamanya. Walaupun kita sudah menanti di alam barzakh dan bukankah usaha itu menjadi ganjaran berpanjang walaupun kita sudah tiada di dunia ini?

Tepuk dada dan ketentuan baik itu datang dari Allah dan yang buruk datang dari kita. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Friday 29 November 2013

Video Sadis. Peniaga Wanita Ini Pengsan Setelah Regim DAP Rampas Gerai Makannya

Inilah perangai DAP bila mula terasa amat berkuasa di Pulau Pinang. Peniaga Cina dibela dan dibela tetapi perniaga Melayu diusir dan dirampas dari mencari sesuap makan untuk anak bini di rumah. Kenapa bergitu kejam regim hingga tidak boleh berkongsai langsung hasil kekayaan Pulau Pinang dengan orang-orang melayu?

Mana dia perjuang PAS yang selama ini beria-ia menjamin kebebasan orang melayu mencari makan di Pulau Pinang?



Anwar dan Azmin Hanya Berdrama Bila Khalib Naikan Gaji MB EXCO

Bila Khalib umumkan kenaikan dan elaun bulanan dari 87% hingga 373% bagi barisan MB, EXCO, ADUN dan Speaker Selangor. Sebenarnya lebih kepada berita menggembirakan buat barisan tersebut kecuali rakyat Selangor suka atau tidak, pernahkah Khalib kesah.

Manakala baikpun Anwar, Azmin dan Nurul Izzah nampak sahaja menentang tetapi bukan bermakna mereka membantah. Situasi tengah panas dengan kenaikan mendadak melebihi gaji PM dan TPM, tentulah perlu sedikit drama dari tiga aktor terbaik dalam PKR. Walaupun bergegar bumi Selangor dibantah oleh mereka ini, tetapi tidak akan mengubah apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh Khalib dengan kelulusan Dewan Undangan Negeri.

Drama ini adalah sekadar menunjukan tiga aktor ini tidak bersetuju tetapi siapa tahu dalam hati mereka mungkin terlongcat-loncat terlampau gembira.

Hakikatnya PKR tidak perlukan tempoh panjang, cukup sekadar dengan memasuki ke penggal kedua pemerintahan Selangor, sudah mampu mengecapi segala titik peluh Barisan Basional membanggunkan Selangor semenjak 1957. Siapa yang mampu menafikan keuntungan melimpah ruah dikecapi dengan mudah oleh PKR walaupun sepatutnya PAS lebih berhak menyandang jawatan MB setelah Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14 kerusi. Ada siapa kisah sekarang, janji PAS dan DAP menikmati sebahagian keuntungan ini, terutama DAP.

Tetapi pernah Khalib menggambil berat soal kehendak dan kebajikan rakyat Selangor setelah PKR cukup lantang mengutuk-ngutuk usaha pembanggunan Barisan Nasional semenjak 1957 kepada Selangor hingga menjadikan negeri yang paling maju di Malaysia? Sekarang kuncu-kuncu Pakatan sedang dalam proses mengecapi kekayaan dengan cara lebih laju dan cepat berbanding BN terpeksa bersyukur dengan gaji jauh berza rendah dari PR.

Yang kita nampak Khalib berjaya menipulasi di Makamah untuk menghalang rakyat Selangor saman kerajaan negeri, setelah gagal melunas janji-janji PRU12. Dan sekarang adalah wajar buat Khalib menikmati kemewahan gaji dari RM14,175.15 kepada kenaikan RM29,250. Manakala EXCO dari RM6,109.20 ke RM20,250. Speaker RM6,109.29 ke RM22,500. Timbalan Speaker RM3,327.50 ke RM15,750. Tetapi ADUN hanya dari RM6,000 kepada RM11,250 sahaja tiba-tiba lebih rendah daripada Speaker dan timbalannya.

Kenapa Speaker dan Timbalan dari lebih layak menikmati gaji mengatasi ADUN. Adakah kerana imbalan usaha keras nereka menjayakan misi kenaikan gaji ini?

Apa yang pasti semasa PRU12 mereka laungkan janji-janji manis kepada rakyat Selangor tetapi dikencing hingga tidak sampai 50% janji ditunaikan dan sekarang selepas pasca PRU13 hasil kemenangan dari laungan Perjuangan Membela Nasib Rakyat didahulukan dengan kemewahan gaji menteri Pakatan Rakyat.




Thursday 28 November 2013

Rakyat Penjaja Kecil Diperas Denda RM50K Tapi Gaji Khalib Naik RM29,250

Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji sehingga hampir 400 peratus untuk pemimpin Selangor akan tetap dilaksanakan mulai tahun depan dan meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk terus menerima gaji asal jika tidak bersetuju dengannya.

Khalid menolak desakan Azmin yang juga Ketua Kelab

Penyokong Kerajaan Selangor supaya pertambahan gaji mendadak itu ditangguh sehingga Menteri Besar itu mengadakan dialog dengan BBC.

"Kita tidak akan kaji semula atau buat penangguhan terhadap kenaikan itu. Sebab ia dah diluluskan di dalam Dewan semalam.

"Malah persetujuan itu kita perolehi dari ADUN BN dan PR. Semuanya menyokong seratus peratus, tiada penolakan diterima,” kata Khalid.

"Jika Azmin atau mana-mana ADUN yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji itu, mereka boleh ambil gaji yang asal atau boleh juga dermakan lebihan," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Azmin berkata BBC menerima bahawa gaji pemimpin negeri dan ADUN patut dinaikkan namun menyifatkan kadar kenaikan itu terlalu tinggi.

Beliau juga mendedahkan kadar kenaikan itu diputuskan oleh Khalid tanpa sebarang dialog dengan BBC.

Semalam DUN Selangor meluluskan usul menaikkan gaji Menteri Besar daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Imbuhan untuk Speaker Dun dinaikkan daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 manakala Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.

##PPM NOTE... Itulah dinamakan Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat Rakyat’ tepi rakyat didera dengan pelbagai helah malah saman berganda-ganda sehingga warung karaoke RM1 seringgit di denda sampai RM50K Rujuk disini. Inikah dinamakan keadilan?

Hebat MB Kelantan Yaakob Buktikan Kaedah Muzakarah Haji Hadi Dan Nik Aziz Ketinggalan Zaman


Bagaimana MB Kelantan baru boleh terlupa untuk mengenakan sebarang pra syarat sebelum boleh bertemu muka dengan Perdana Menteri? Adakah MB Kelantan baruini telah lupa kepentingan survival PAS dalam memerasugut mendapatkan habuan terlebih dahulu sebelum bermula bicara?

Kali ini benar-benar tidak berlaku kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 9 pagi ini.



Pertemuan yang telah dirancang hasil permintaan Ahmad itu berlangsung kira-kira sejam di Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana di sini.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas pertemuan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana sudi meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan itu.

Ahmad berkata, pertemuan itu adalah lawatan rasmi terhadap Perdana Menteri sempena pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.
Apa yang diperbincangkan bukanlah satu isu tetapi permulaan pertemuan bisa menzahir banyak yang positif dari berdolak-dalih dengang ugutan tuntutan. Kali ini MB Kelantan secara tidak langsung membuktikan amalan Haji Hadi dan Nik Aziz yang sering mengenakan pelbagai syarat sebelum bertemu adalah sesuatu perbuatan cukup negatif pada sudut pandangan islam mahu masyarakat kita. 

Biarlah pertemuan yang berulangkali berlaku, semoga menzahirkan sesuatu yang positif kepada Agama Bangsa Negara.




Video Anwar Kebingungan Dengan Musim Keluar PKR Serata Malaysia

Zaman kejatuhan akibat tahap kredibiliti Anwar yang semakin merudum akibat dari pelbagai pecahnya tembelang Anwar. Menyebabkan sindrom ahli keluar parti semakin rancak berlaku dari Perlis hingga ke Sabah Sarawak.


Bagaimana dengan keadaan Anwar adakah masih masih berteka-teki akan isu berapa jumlah sebenar bangla yang diwar-warkan masuk ke Malaysia mengundi pasca PRU13?



Merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Jelani Hamdan dilaporkan Bernama mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 20 hingga 25 pemimpin PKR Sabah dari bahagian masing-masing dijangka akan keluar parti dalam gelombang kedua peletakan jawatan di negeri itu.



Pada 4 November lalu, Jelani bersama ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad @ Malazad telah mengumumkan keluar PKR dan menjadi ADUN bebas sokong Barisan Nasional (BN).



Jelani berkata ia berpunca daripada campur tangan pemimpin PKR pusat terhadap kepimpinan negeri terutamanya pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13). Semua ini berkait dengan kredibiliti Anwar.


Malah semalam di Sarawak 110 ahli PKR keluar parti. Rujuk kedua-dua video dibawah.




Merujuk semua situasi ini bagaimana Anwar masih berteka-teki soal berapa jumlah warga bangla sedangkan partinya sedang kucar-kacir akan kepupusan? 

Wednesday 27 November 2013

100 PKR Sarawak Akan Keluar Sertai SPDP

Pergolakan PKR Srawak semakin panas membakar apabila menjurus kepada ahli akan keluar parti secara beramai-ramai hari ini. Ini membuktikan PKR gagal membawa parti ke jalan yang dihormati ahlinya sendiri. Malah setuasi ini difahamkan berpunca daripada berberapa faktor yang menjadi kemarahan ahli.

PPM baru mendapat berita yang 100 ahli PKR dari Grass Road Divison akan keluar parti dan bakal menyertai SPDP pada jam 10 ini.. Betul atau tidak PPM update nanti.

## Gambar di atas adalah hiasan. Gambar sebanar PPM akan siarkan nanti..

Tuesday 26 November 2013

Tranformasi Majlis Syura PAS Di Era Libral Pakatan Rakyat

Masih ingatkah kita ketika dikalangan Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan. Diketika itu PAS bersama dalam hal ini, namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.
Ini adalah tuduhan yang dianggap sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, tetapi hakikatnya inilah kenyataan yang dipertontonkan kepada rakyat, bahawasanya Majlis Syura yang dikatakan pro-ulama telah terhakis akan kredibiltinya.

Sekarang tuduhan tersebut, menjadi semakin nyata apabila Majlis Syura dilihat tidak mampu menghalang kehendak dan agenda Pakatan Rakyat walaupun didalam hati mereka mengakui memperdagangkan Khalimah Allah demi meraih undi bukan islam boleh menyebabkan kufur. Ini kenyataan yang pernah diluahkan Harun Din. 

Keberanian Majlis Ulama sekali lagi hilang apabila rakyat dipertontonkan bagaimana penyingkiran Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali kerana terlampau aktif menjadi seteru menentang agenda Pakatan Rakyat.

Kini jika dikuti perkembangan pengisian ahli majlis tertinggi dalam Mutamar PAS ke 59, terang-terang pro Anwarinas dan ketuanan DAP terlah berjaya meragut sebahagian besar jawatan tertinggi dan sekaligus menyingkir peranan Pro Ulama dari menjalankan komsep dan perinsip perjuangan PAS. Melainkan sebagai mercu tanda atau topeng meraih undi Melayu Islam yang semakin kusut di pasca PRU13.

Sekarang peranan Majlis Syura Ulama PAS lebih kepada memutuskan sesuatu yang berdasarkan kehendak Pakatan Rakyat. Anadai kata revolusi di jalan raya  ditiupkan sekali lagi atas alasan jihad, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan kepada ketuanan DAP dan agendanya. Itulah baki peranan Majlis Syura PAS yang tinggal diketika ini.

Buat Akar Umbi PAS, Selamat Datang ke alam Tranformasi Majlis Syura PAS Di Era Libral Pakatan Rakyat

Monday 25 November 2013

Majlis Suyra Ulama PAS Restu Konsert Heavy Metal Mutamar PAS Ke-59

Ini satu berita baik buat anak-anak muda PAS. Kecenderungan PAS bakal menghalalkan apa sahaja asalkan anda mahu menyertai PAS. Malah perlu diingat yang PAS juga pernah membawa penyanyi menyanyi lagu cinta versi rock dalam masjid.

Ini hendak buat konsert Heavy Metal, alamak no problem punya. Persoalannya Majlis Syura diam jerr.. dah lulus ke?

Ohh mungkin kita terlupa nilai Ulama dalam PAS berbaki nilainya hanya 25 sen. Sebabnya pro Anwarinas yang lebih lebral telah menyapu sebahagian besar jawatan tertinggi parti PAS. Jadi yang tinggal Ulama sebagai topeng semata-mata. Buktinya apa jua yang pro Ulama hujah di Mutamar PAS hanya akan jadi cakap-cakap dimusim mutamar. 

Oleh itu kalau setakat konsert malah video Stopa pun sudah tidak hirau lagi berdasarkan fatwa PAS. Kalau dulu konsert Metalica punyalah ramai Pemuda PAS terpekik-pekik ditepi jalan membantah dengan laungan tabir, sekarang tidak mustahil konsert Black Metal pun PAS berani bawa asalkan boleh meraih sokongan anak muda di kalangan Melayu.

Yang penting matlamat untuk dapatkan sokongan melayu setelah kemerosotan sokongan pasca PRU13. Baik atau buruk berlakang cerita asalkan caranya boleh memberi keuntungan.


Sunday 24 November 2013

Haji Hadi Yang Selar Diri Sendiri Dagangkan Islam

Berapa lamakah PAS memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud sama seperti isu kalimah ALLAH yang mencerminkan pegagangan akidah umat Islam. Dimana hasilnya sekarang dan kenapa terhenti bila diugut oleh DAP. Bukankah itu inti pati menunjukan perdagangan agama?

Sekarang bila Mutamar PAS hadi ingin bicara mendagang Agama? Semasa Nurul Izzah pertahankan Hak Kebebasan Memilih Agama termasuk Melayu dihadapan para penganut bukan islam hingga mendapat tepukan penuh gemuruh, Apa yang Haji Hadi buat... Bukankah dia yang membela Nurul Izzah

Apabila Khalimah Allah didesak mubaligh kristian dan DAP sebagai hak kristian dalam penyebaran agama, apa yang Hafi buat.

Bila NGO COMANGO mendesak status Agama Resmi Malaysia Agama Islam dimana sokongan Haji Hadi?

Sekarang ini siapakah sebenar yang mendagangkan Agama?


Doa Buat Ayahda Tun Dr Mahathir

Buat Ayahda Tun Dr Mahathir yang kucintai. Jasamu dan pengorbananmu terhadap negara adalah terlalu besar untuk dibandingkan dengan caci maki musuhmu.

Sesungguhnya Ayahda pernah luahka kekecewaan bilamana dihari persaraan mu berakhir dengan kegagalan bangsa Melayu masih jauh ketinggalan. Itu bukanlah salahmu Ayahda. Itu kerana salah kami yang lambat memahami arah tuju perjuangan mu. 

Walaupun bergitu sebenarnya kamu sudah berjaya lebih jauh berbanding mana-mana tokoh lain. Kamulah bapa permodenan malah kamulah yang meletak Malaysia dipuncak tertinggi didunia yang bukan sekadar nama tetapi segala rakyat mengecapi dari pelbagai sudut kebaikan.

Ayahda kami amat menyanjungi ku dan dengan nama Allah diketika Ayahda sedang terlantar, kami doakan.


Haji Hadi Tergaman Melihat Wakil Selar PAS Barua DAP

Masih inggat tak bila Haji Hadi katakan jangan Dagangkan Agama dan sekarang dibalas pewakilan dengan Barua DAP. Kenapa Haji hadi mahupun Mat Sabu tidak mahu menjawap atau duduk tergamam menggengam telapak tangan menahan geram. Ini isu maruah dan isu ini cukup tepat terkena ke muka mereka sendiri.

23 Nov. - Seorang perwakilan hari ini menarik perhatian Muktamar Tahunan Pas Ke- 59 apabila beliau membangkitkan isu berhubung Pas sebagai barua DAP dan pembonceng kepada pakatan pembangkang.

Ketika membangkitkan isu itu wakil Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad mendesak barisan kepimpinan parti wajar menangani kedua-dua isu tersebut dengan segera.

Jika perkara itu tidak dilakukan beliau berkata, ahli-ahli Pas berhak menukar kepimpinan yang sedia ada.

"Kedua-dua isu ini sangat kritikal dan sangat besar kesannya. Oleh itu jika Pas gagal selesaikannya menjelang Pilihan Raya ke 14 (PRU-14) kita akan gagal ke Putrajaya, " katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Stadium Malawati di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Kamaruzaman turut mengingatkan kepada semua perwakilan bahawa Pas tidak boleh meninggalkan asas perjuangannya iaitu menegakkan syariat Islam.

"Jangan kita lupakan perjuangan menegakkan Islam hanya semata-mata kita mahu ke Putrajaya. Jangan kita tinggalkan syariat Islam di pintu pagar ke Putrajaya.

"Kita sebenarnya amat bertanggungjawab dalam menegakkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kita juga bertanggungjawab menunjukkan keadilan Islam kepada setiap rakyat," ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa Pas bukan sebuah parti yang berjuang atas sebab isu tetapi berdasarkan kepada perintah agama.

Sementara itu, wakil Pulau Pinang, Mohd. Nor Haron berkata, segala jasa dan pengorbanan Pas Pulau Pinang telah diketepikan begitu sahaja oleh rakan pakatan pembangkang sebaik sahaja negeri itu dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Malah tegas beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP telah meletakkan Pas sebagai rakan kongsi utama pakatan dalam kedudukan lebih rendah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Mohd. Nor, pihaknya tidak berhasrat membawa perkara itu kepada media namun segala saluran rasmi yang digunakan langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.

"Pas hanya diberi kerusi sebagai ahli majlis PBT (pihak berkuasa tempatan) tetapi empat kerusi diberikan NGO, adakah ini batu nisan yang hendak diberikan kepada Pas?," katanya.

Tegasnya, sebagai rakan kongsi utama pakatan, Pas sewajarnya diberi peranan besar sebagai pembuat dasar bersama tetapi yang berlaku adalah sikap 'double standard' kerajaan negeri dan berlakunya campur tangan.

"Tetapi bila hendak hampir PRU-13, mereka berjumpa kita terangkan manifesto, tetapi bila berdepan dengan kemenangan, kita disingkirkan, apakah Pas telah menjadi musuh



Isu Terkini

get this widget here