Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 19 October 2013

#PAU13 KEPUTUSAN NAIB PRESIDEN UMNO MUKHRIZ VS HISAMMUDDIN SENGIT (UPDATE JAM 6)

Mukhriz vs Hisammudin masih sengit berentap dengan 3 perbezaan bahagian. Mungkin bakal menentukan satu kejutan antara mereka.


#PAU13 Keputusan Jam 5 Naib Presiden UMNO Mukhriz Bersaing Hisammuddin

Keputusan setakat jam 5 petang ini telah menunjukan pesaingan hebat tempat ketiga antara Hishamuddin vs Mukhriz yang hanya berbeza kepada 5 bahagian sahaja.

Manakala Zahid Hamidi masih mendahului 63 Bahagian
Shafie 56
Hishammuddin 35
Mukhriz 30
Isa samad 4
Ali Rustam 4

Keputusan Naib Presiden Jam 4.30 Mukhriz Bersaing Hebat Dengan Hissammuddin

Keputusan setakat jam 4.30 petanng ini telah menunjukan pesaingan hebat tempat ketiga antara Hishamuddin vs Mukhriz yang hanya berbeza kepada 3 bahagian sahaja.

Manakala Zahid Hamidi masih mendahului 30 Bahagian
Shafie 24
Hishammuddin 18
Mukhriz 15
Isa samad 3
Ali Rustam 3

#PAU13 Panas! Tun Faisal Bongkarkan Kemelut Dinamakan Politik Wang

Perh Tun Faisal bongkar kemelut dinamakan Politik Wang dalam UMNO. Tujuan Tun adalah jelas sebagai pencerahan demi integriti UMNO. Tetapi untuk memahami apa sebenarnya dimaksudkan politik wang, itu agak berbelit-belit jika kita gagal teliti dengan sebaik-baiknya.

Perlu ada pemahaman yang jelas di antara istilah menggunakan wang untuk kos perbelanjaan kempen dengan menggunakan wang bagi membeli undi, kata Tun Faisal Ismail Aziz. 

Menurut calon bagi ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu, kesilapan membezakan kedua-dua perkara tersebut boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap pemilihan Umno hari ini.

Malah, ia juga secara jelas akan memburukkan lagi imej calon yang dikaitkan.

Katanya, ini kerana setiap calon yang bertanding tidak akan terlepas daripada membelanjakan wang, namun sekiranya wang yang dibelanjakan berniat untuk membeli undi, maka ia sememangnya adalah satu kesalahan dan perwakilan sewajarnya menolak untuk memilih calon terbabit sebagai pemimpin.

"Maknanya apa saja kempen yang dibuat, perlu menggunakan perbelanjaan kempen. Keduanya, politik wang patut didefinisikan sebagai penggunaan wang untuk membeli atau meraih undi.

"Kena bezakan antara jentera parti, perbelanjaan kempen dengan orang yang menggunakan wang untuk membeli undi," katanya kepada Antarapos.
Isu politik wang kembali hangat sebaik sahaja Umno mengadakan pemilihan dan mesyuarat perwakilannya bagi penggal 2013-2016 Sabtu lepas.

Dan menjelang pemilihan Majlis Tertinggi Umno hari ini ia semakin rancak diperdebatkan.

Malah, Umno sebelum ini pernah mengheret beberapa pemimpinnya kerana didakwa terlibat membeli undi, antaranya Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas ahli majlis tertinggi Umno, Norza Zakaria.

Isa kemudiannya digantung selama tiga tahun, manakala Norza telah diheret ke mahkamah untuk menghadapi dua tuduhan menawarkan rasuah kepada perwakilan untuk mengundi beliau dalam pemilihan parti. Bagaimanapun Norza mengaku tidak bersalah dan memenangi kes itu.

Begitu juga dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang turut dikaitkan, namun beliau tidak diambil tindakan kerana ketiadaan bukti.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata dengan melakukan pindaan perlembagaan yang membolehkan ahli akar umbi menentukan pemimpin tertinggi, Umno telah membuktikan bahawa parti itu berani membuat perubahan dalam membuktikan ketelusan proses pemilihan.

Tun Faisal yang pernah menjadi exco Pemuda Umno menambah, jumlah perwakilan yang terlibat dalam pemilihan kali ini iaitu seramai 146,500 juga memungkinkan politik wang sukar terjadi.

Namun beliau berkata, calon yang bertanding juga kadangkala 'terperangkap' disebabkan faktor teknikal yang sememangnya wujud dalam musim pemilihan.

Jelasnya lagi, perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen kadangkala disalah tafsir sebagai cubaan untuk membeli undi.

"Kita kena berkempen sebab kita nak kenalkan diri, kena 'market' diri kita sebagai ahli politik. Tapi kadang-kadang perbelanjaan kempen melibatkan sejumlah wang. Kalau kata perwakilan yang membayar pembiayaan, ia tak masuk akal," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mendedahkan bahawa terdapat kes-kes terpencil sebelum ini yang mana terdapat perwakilan yang dibayar untuk membuat pengakuan palsu.

"Bila kalah, ada orang mengaku terima wang. Padahal orang yang mengaku terima wang ini sebenarnya dibayar untuk mengaku," katanya.

Pokok pangkalnya, Tun Faisal berkata, keputusan bijak perwakilan adalah kunci dalam menentukan keberkesanan pindaan perlembagaan ini, selain ia juga menentukan halatuju parti masa depan.

"Yang kita nak sebenarnya supaya pemimpin yang kita pilih itu biarlah orang yang berwibawa, yang boleh membantu parti. Itu hasrat sebenar.

"Tapi kalau kata kita pilih pemimpin kerana pemimpin itu boleh beri sesuatu kepada kita, itu dah belakangkan hasrat sebenar kita untuk memilihnya bagi menguatkan parti. Sayanglah.," katanya lagi.

Seramai 146,500 anggota akar umbi akan menentukan saf kepimpinan tertinggi parti hari ini.

Sebanyak 71 orang calon akan bertanding untuk merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan dalam Majlis Tertinggi iaitu timbalan pengerusi tetap (tiga calon), naib presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62). sumber

Laju Betul Malaysian Insider Minta Ampun Kat Mukhriz "Tahu Takut"


Heh kali ini baru bertemu buku dan ruas, laju betul portal Malaysian Insider minta ampun minta maaf dekat Mukhriz.. Dan terbuktilah selama ini portal ini selalu buat cetira setakat serkap jarang. Kalau tak masakan dia tergopoh-gapah mohon ampun hanya kerana amaran Mukhriz (klik sini) yang disiarkan awal pagi ini. 2 jam je nak mohon maaf ambik kau.

Tetapi satu perkara yang patut kita lihat, Mukhriz tak ada beri masa lama untuk keluar amaran setakat 2 jam je.. hehe bukan macam-macam menteri dulu-dulu amaran tempoh 2 hari, amaran tempoh semingu, amaran tempoh sebulan tetapi last-last diri sendiri terkena karan. Lain kali bagi amaran biar keras sikit 2 jam.. heh baru kaw. Ini dah lah bagi amaran sebulan lepas tu tiada apa-apa tindakan bila amaran tinggal amaran.

Tabik Mukhriz kalau cakap buat jangan bermain amaran je. Terbaik..

DAP DISELAR LETAK LAMBANG SALIB PADA KAIN RENTANG AIDIL ADHA!

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan permit penggantungan kain rentang sambutan Hari Raya Aidiladha yang mempunyai lambang menyerupai salib pada gambar kain penutup Kaabah diselar.

Kain rentang dengan kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu dikesan digantung di pekarangan beberapa masjid dan laluan utama di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Turut tertera pada kain rentang berkenaan adalah wajah beberapa pemimpin DAP seperti Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menunaikan Ibadah Korban. Bro Ayim

#MM4VP Sejam Lagi Mukhriz Akan Saman Malaysian Insider

Betulkah! Mukhriz benar-benar bertekat akan menyaman Malaysian Insider? Jika ini benar-benar berlaku kita akan mempunyai seorang pemimpin yang tegas bila berkata-kata. Kerana kita sudah mangli dengan hidangan menteri amaran. 

Jika kita mengikuti laporanan Utusan Malaysia hari ini:

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya tuduhan portal propembangkang, The Malaysian Insider kononnya beliau mengamalkan politik wang menjelang saat-saat akhir kempen pemilihan parti.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kedah mendesak The Malaysian Insider supaya menarik balik artikel fitnah tersebut dan memohon maaf kepadanya secara terbuka sebelum pukul 10 pagi ini (Sabtu) atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

"Ini satu perbuatan berniat jahat yang bertujuan mencemar reputasi saya. Saya tidak pernah mengamalkan politik wang dalam karier politik saya. Sebaliknya saya penentang keras amalan politik wang. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan The Malaysian Insider.

"Saya beri tempoh sehingga pukul 10 pagi kepada portal tersebut tarik balik artikel dan mohon maaf secara terbuka kepada saya. Jika tidak tindakan undang-undang akan diambil," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Adakah calon No.5 Naib Timbalan Presiden ini benar berpegang kepada kata-katanya...? BERANI BERUBAH.


Friday 18 October 2013

Panas!! Khalimah Allah Zulkifli Tembak Bertubi-tubi Kenyataan Dr Maza


Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Itu yang di perhujahkan oleh Dr Maza dan bagaimana dengan Zulkifli Nordin membalas hujah dari persoalan yang dibangkitkan Dr Maza. Harap-harap anda mampu bersabar mentelaah hujah dibawah.


Salam 2 all.


Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.

Semuanya akibat mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah mensyirikkan danmengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.

Antara isu dan persoalan yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah seperti berikut:

1. 'Arab kristian dah lama pakai!


Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.


Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.

Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: الله


Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.


Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:
Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.

Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?

Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.

Tetapi bila melihat tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

Bahasa Melayu membezakan 'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.

Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu: الله


Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'.

Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.


Itulah perbezaannya. Ini namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.


Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!


Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad.


Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.

2. Jadi apa nama tuhan yang diguanakan oleh arab kristian?

Sebab itu bila kita tanya orang kristian arab apa nama tuhan dia, mereka tidak akan sebut 'ALLAH'. Sebaliknya mereka akan sebut seperti berikut:


بِاسْÙ…ِ الآبِ ÙˆَالاِبْÙ†ِ Ùˆَالرُّوحِ الْÙ‚ُدُسِ


Atau dalam tulisan rumi ditulis seperti berikut: Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus; Dengan nama Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Kudus; In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit!


Dan orang arab kristian tidak menggunakan nama 'Jesus' sebaliknya mereka menggunakan perkataan Al-Masīḥ atau Ø£َÙ„ْÙ…َسِيح atau Yasu - iaitu terjemahan perkataan atau Yeshuadalam bahasa Hebrew.


Jadi kita orang Melayu tidak sepatutnya keliru atau dikelirukan dengan hujah sesat menyatakan memandangkan kristian 'arab boleh pakai kalimah allah, maka kristian Malaysia pun boleh guna! Itu adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan!

3. Kenapa kristian tidak terjemah gantinama 'god' dengan perkataan lain?

Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Perkataan 'god' dalam Bahasa Inggeris sepatutnya dan betulnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah dengan menggunakan perkataan 'tuhan', bukan 'allah'.


Kita orang Melayu tidak terjemah perkataan 'God The Father, God The Son & God The Holy Spirit' dengan 'Allah Bapak, Allah Putra & Allah Roh Kudus'.


Kita tahu itu tidak betul. Sepatutnya diterjemahkan dengan betul ke Bahasa Melayu dengan perkataan 'Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Tuhan Roh Kudus'. Itu baru betul!


Atau mereka boleh terjemah menggunakan perkataan Hebrew iaitu Eli atau Eloi atau Elohim(semuanya bermakna 'god' dalam bahasa Hebrew dan memang digunakan dalam Kitab Perjanjian Lama sehingga sekarang). Maka ia akan jadi 'Eli Bapak, Eli Putra & Eli Roh Kudus'.


Kenapa mereka berdegil mahu terjemah perkataan 'god' dengan menggunakan kalimah ALLAH saya pun tidak tahu! Adakah mereka mempunyai agenda tersirat?

Tetapi kalau ikut pendedahan majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.

4. Habis macam mana kristian nak nyanyi lagu Negeri Kedah?

Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!

Lirik Lagu Kebesaran Negeri Kedah

Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata


Saya sampai menggelengkan kepala bertanya, awat lah hangpa boleh jadi bengong sampai macam tu?


Jawapannya mudah sahaja. Dalam konteks lirik lagu Negeri Kedah diatas, kalimah ALLAH dalam lirik ALLAH selamat Sultan Mahkota itu membawa maksud ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu.


Sesiapa pun yang menyanyi lirik lagu itu faham, atau kena faham ianya membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu! Ia tidak pernah bermaksud, dan tidak diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Tiga Dalam Satu, Allah Triniti, Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Suci!!!


Bukan...bukan...bukan!!!

5. Lencana Polis, Askar macam mana?

Ada juga memberi hujah yang kurang cerdik; habis polis bukan Islam pakai lambang atau lencana ada kalimah 'ALLAH' macam mana?


Sekali lagi, seperti soalan lagu Negeri Kedah, kalimah ALLAH yang tertera di lencana polis, tentera atau mana-mana di Malaysia ini membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu. Ia tidak pernah bermaksud, atau diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga Dalam Satu, atau Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Kudus!!!


Samada yang memakai lencana tertera kalimah ALLAH itu bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, atau beragama Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sikh atau Tao; maksud kalimah ALLAH dilencana atau lambang polis, tentera dan lain-lain itu ialah ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu!

6. Dalam Al-Quran kafir sebut kalimah ALLAH!

Ini hujah yang cukup popular dikalangan peliwat democrazy dan para parasit pelesit dan yang sewaktu dengannya!


Mereka akan mencemek bibir sambil berkata, Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:


'Dan sesungguhnya jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir dan musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan(untuk faedah makhluknya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab ALLAH. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan ALLAH dan memtauhi perintahNya?'.
Al-Ankabut: 29-61 (rujuk juga Al-Ankabut: 29:63-66)


Maka bertempiklah para peliwat democrazy dan parasit pelesit dengan penuh ketakburan! Tengok, ALLAH sendiri kata kafir guna kalimah ALLAH dalam menjawab soalan yang ditanya!


Dalam ayat-ayat seperti ini, kalimah ALLAH digunakan dalam bentuk rubbubiyah; dalam bentuk sifat. Sifat ALLAH sebagai pencipta langit, sifat ALLAH sebagai pencipta bumi, sifat ALLAH sebagai penurun hujan, sifat ALLAH sebagai pemberi nyawa, sifat ALLAH sebagai pencipta matahari, bulan, bintang, cakrawala, lembu, unta, dan macam-macam lagi sifat ALLAH.


Kalau non-Muslim hendak menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk rubbubiyah, pakailah. Kita tidak ada masalah. Cuma jaga adab dan syarat penggunaan. Seperti jangan pakai dalam toilet, jangan pakai sambil nak beli nombor ekor, jangan guna masa nak berliwat atau berzina, jangan pakai masa nak makan babi, dan lain-lain syarat seperti yang ditetapkan syara'.
 
7. Habis tu, kenapa kita larang kristian gunakan kalimah ALLAH?

Kita menentang kristian di Malaysia ini guna kalimah ALLAH kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i'tiqad atau aqidah.yang syirik dan kufur!

Iaitu mereka mengatakan ALLAH itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak & Allah Ruh Kudus.


Mereka telah, samada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah ALLAH!


Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah ALLAH yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah ALLAH itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti – Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.
  1. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.
  2. Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;
  3. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;
  4. Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;
  5. Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;
  6. Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;
  7. Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;
  8. Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;
  9. Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;
  10. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;
  11. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;
  12. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;
  13. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;
  14. Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, SebabAllah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;
  15. Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapaengkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor
Sedangkan ALLAH telah berfirman dengan cukup jelas didalam Al-Quran:

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata 'Sesungguhnya ALLAH ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam'. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata,'Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyengutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka ALLAH pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim.

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata,'Bahawasanya ALLAH ialah satu daripada tiga tuhan.' Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih".

Surah Al-Maidah:72-73


Jadi bagi kita umat Islam ini adalah soal aqidah! Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah ALLAH!

Atas sebab itulah kita menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun dalam isu ini!

8. Kalimah ALLAH bukan hakmilik mutlak orang Islam!

Memang benar kalimah ALLAH bukan milik umat Islam. Kalimah ALLAH bukan milik Nabi Muhammad saw. Kalimah ALLAH bukan milik UMNO. Kalimah ALLAH bukan milik PAS. Kalimah ALLAH bukan milik Mahkamah!

Betul...betul...betul!!!

Jadi siapa pemilik kalimah ALLAH?

Jawapannya mudah.

Pemilik kalimah ALLAH ialah ALLAH sendiri!

Dialah Pemilik mutlak kalimah itu. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang boleh menggunakannya. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat penggunaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan deskripsi kalimah itu! Hanya Dia - ALLAH swt!!!

Dan Dia telah menegaskannya dengan cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun didalam Al-Quran:

Katakanlah bahawa (kalimah) ALLAH itu (bermaksud) Maha Esa (Yang Satu);

(Dan sifatnya ialah) kepada ALLAH tempat segala sesuatu bergantung;

Dia ALLAH tidak beranak, atau diperanakkan;

Dan tidak ada sesuatu apapun yang setara atau sekufu dengan ALLAH! 

Al-Ikhlas: 112:1-4


Jadi Pemilik Mutlak kalimah ALLAH telah menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah ALLAH persilakan tetapi mesti merujuk kepada empat syarat iaitu Dia hanya Satu; Dia tempat bergantung segala makhluk; Dia tidak ada anak; Dia tidak ada sekutu!

Sebaliknya bila kristian mahu mengguna kalimah ALLAH ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti berikut:

Katakanlah bahawa ALLAH itu Tiga-Dalam-Satu;

Kami bergantung kepada Jesus (untuk penebus dosa dan lain-lain);

Bahawa ALLAH ada anak bernama Jesus;

Bahawa Ruh Suci (malaikat) itu sekutu dan setara dengan ALLAH;

Maka jelas sejelas-jelasnya bahawa maksud yang dibawa oleh kristian dalam penggunaan kalimah ALLAH adalah bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah ALLAH itu sendiri nyatakan!

Rumusan: jadi apa pendirian kita?

Pendirian kita umat Islam ialah berpegang semula kepada Al-Quran. Dan jelas didalam Al-Quran ALLAH menyebut:


Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH sebagai Pelindung (An-Nisaa' 4: 171).



Tugas dan tanggunjawab kita umat Islam ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredhai perbuatan mensyirikkan ALLAH yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita beriya-iya punya nak sokongan dan undi mereka sampai sanggup menggadai aqidah dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa.

Tak boleh. Kita bukan syiah yang sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal aqidah!

Kita ahli sunnah wal jamaah patutnya cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita bersorok-sorok, main aci-aci bukak pintu semata-mata kerana gila undi, gila kerusi! Sampai bangga dipanggil Mat Gereja!!!

Tugas dan tanggunjawab kita pertama ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar ini. Kerja kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini. Maknanya kita kena turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut kristian. Malah ini merupakan satu peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah saw - DAKWAH!

Beritahu mereka dengan jelas; kalimah ALLAH yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa maksud ALLAH Tuhan Yang Satu, ALLAH yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia (bukan makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa ALLAH itu tidak ada anak dan tidak ada bapak; dan ALLAH itu tidak ada yang sama setaraf dan sekufu dengan dia!

Nah, itulah kerja dan tugas kita. Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Kata Nabi saw,baalighul anni walau aayah - sampaikan daripada ku walau sepotong ayat!

Semoga ALLAH swt memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita, memelhiara keimanan dan aqidah kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitan ini insya ALLAH! sumber

PPM bukan bertujuan melaga-lagakan tetapi memandangkan Kedua-dua mempunyai latang berlakang dan kemampuan yang mampu membicarakan isu ini. Jadi pandai-pandailah anda menilai.

Video Panas Mantan Biarawati Dedah Muslihat Gereja Dan Qurban Tony Pua

Video pendedahan bekas Biarawati yang memeluk islam telah mendedahkan bagaimana liciknya Modus Operandi Gereja menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk aktiviti seperti Tony Pua mamfaatkan peluang dalam majlis Qurban, Aidilfitri, salah guna surah Al Quran malah lebih hebat lagi mengambil peluang berceramah di mimbar surau dan sekarang Khalimah Allah.
Kita tahu siapa sebenarnya PAS yang bekerjasama dengan DAP. Mereka cukup arkab, bekerjasama dan menampil budaya saling memahami. Cukup indah dipandang hubungan mereka bagaikan satu jalinan talian hidup.

Hakikatnya yang ramai tidak nampak, satu drama kedua-dua parti termasuk PKR bekerjasama mempergunakan sentimen agama Islam demi kepentingan politik keji mereka. Namun begitu tidak semua rakyat sedar akan hakikat ini.

Maka telah menjadi “fardu kifayah” untuk kita terangkan kepada bangsa Melayu akan “kelicikkan” DAP terutamanya. Setelah sekian lama bangsa Melayu diperbodohkan oleh parti PAS maka sudah sampai masanya kita ‘berjihad” demi agama bangsa dan tanahair.
Kita tahu bahawa musuh Islam seperti DAP sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam. Mereka telah menjalankan agenda menggoyangkan iman umat Islam sekaligus menghancurkan perpaduan supaya senang untuk mereka merampas Negara.

Oleh itu pelbagai agenda memurtadkan bangsa Melayu dan salah satunya agenda menegelirukan akidah melalui Khalimah Allah. Semperna bulan Qurban ini adalah peluang terbaik buat mereka mendekati orang islam dengan harapan dapat mengaburkan muslihat sebenar mereka. Jangan lupa mereka DAP boleh mendapat laluan berceramah di mimbar masjid malah diberi hak mengpergunakan ayat-ayat suci Al'Quran untuk tujuan dakyah politik.

Mungkin ada dikalangan kita cukup teruja dengan kehadiran puak-puak DAP bersama-sama menyempurnakan ibadah Qurban. Terutama dari golongan penyokong setia PAS. Lupakah kita atas apa yang mereka lakukan selama ini hingga cukup terpukau dengan muslihat  Kemuliaan Qurban dan Jihad PAS Bersama DAP?

Sampai bilakah umat islam kita sanggup menjadi dalang kepada puak-puak ingin menjatuhkan kekuatan islam? Sekarang kita berperang sesama sendiri demi mempertahankan atas apa yang masing-masing percaya atau harapkan, tetapi samada naik atau jatuhnya bangsa dan agama kita akan dirasai bersama-sama.

Beringat sebelum kita menangis tanpa air mata.

#MM4VP Biarpun Mukhriz Kuat #SungaiLimau PAS Gembira Sabotaj Chai #PAU13

Ini kisah dua situasi perjuangan berbeza buat Mukhriz tetapi inilah adat perjuangan. Tidak selalu di jalan mudah. PAS hakikatnya agak gementar tetapi mereka juga yakin mampu menggangu emosi Mukhriz.

Tindakan Pas  menganggap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dilabel sebagai ugutan jelas memperlihatkan Pas sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, Kamarol Salleh dakwaan Pas itu sebenarnya membuktikan bahawa parti itu sememanganya gagal membela nasib pengundi terutama membawa pembangunan di kawasan itu meskipun kawasan itu sebelum ini adalah milik Menteri Besar Kedah yang menguasai negeri ini sejak tahun 2008.

Jelas beliau sekiranya Pas melakukan banyak jasa dan pembangunan di kawasan itu sepatutnya Pas tidak perlu berasa gentar dengan janji-janji BN.

“Mereka (Pas) takut bayang-bayang sendiri.  Kalau betul mereka sudah banyak buat kerja mereka boleh buktikan dalam kempen mereka nanti bagi menafikan janji-janji yang akan dibawa BN.  Kalau sudah banyak buat pembangunan sudah pasti pengundi akan tolak janji pembangunan BN.

“Jelas mereka tiada isu. Apa yang mereka dakwa janji pembangunan sebagai politik ugutan hanya memperlihatkan mereka mengakui mereka tak buat kerja untuk pengundi di Sungai Limau,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini pemimpin Pas  menganggap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau sekiranya BN menang dilabel sebagai tidak wajar dan bersifat ugutan.

Malah terdapat juga pimpinan Pas lain yang mengeksploitasi  pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut Kamarol seterusnya menegaskan pihaknya akan turun padang untuk sama-sama membantu kemenangan BN pada  pilihan raya kecil itu nanti.

“Kita percaya sokongan dan sumbangan kita nanti sedikit sebanyak akan memberi nilai tambah kepada kekuatan jentera Pemuda yang lain di Sungai Limau nanti.

“Insyaallah kita juga bersedia untuk sama-sama membantu jentera tempatan khususnya menangkis serangan dan juga pelbagai tohmahan nanti selain dariapda tugasan hakiki yang lain. Ini adalah tugas dan tanggungajwab yang akan kita pikul bersama-sama. Insyaallah,” ujarnya.

Keputusan Sudah Tersebar
Itu kedudukan Mukhriz mengepalai misi menawan PRN Sungai Limau tetapi sedih chai PAU13 telah rangka helah menyingkir peluang calon Mukhriz sebagai Naib Timbalan Presiden.

Inikah budaya UMNO yang masih mendidik pewakilan mengundi berdasar arahan? Ayuh remajakan Perhimpunan Agung UMNO kali ini dengan tulus ikhlas mengundi keatas keyakinan hati demi ABATA.

Undi berdasarkan hati seorang perjuang ABATA bukan kerana arahan dan balasan

#TF4MT Tun Faisal Calon "Underdog" Dinafikan Peluang Adil Oleh Chai

Kenapa Chai bergitu rakus menafikan Tun Faisal walaupun beliau pernah menyifatkan dirinya sebagai calon 'underdog' jika dibandingkan dengan nama-nama besar yang akan bertanding pada pemilihan peringkat Majlis Tertinggi, 19 Oktober ini. 

"Saya hanya calon underdog dan merasakan peluang untuk menang terlalu sukar. Nama saya tidak diperkenalkan dalam sesi pengenalan calon yang dianjurkan oleh badan perhubungan Umno negeri," katanya kepada mStar online

Tun Faisal berkata demikian bagi mengulas keputusan Jawatankuasa Pemilihan Umno yang membenarkan beliau untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan parti kali ini.

Beliau turut menyambut baik keputusan tersebut kerana ia secara tidak langsung menunjukkan seseorang Exco Pergerakan Pemuda Umno diberi ruang untuk bertanding di peringkat MT berdasarkan sumbangan, pengalaman dan kedudukannya dalam heiraki parti.

"Alhamdulillah. Ini juga membuktikan bahawa Jawatankuasa Pemilihan mengambil kira merit cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno sekali gus menunjukkan institusi pergerakan itu dihormati," katanya.

Rupa-rupanya dugaan Tun Faisal bukan setakat itu, tetapi kali ini timbul anasir Chai pula yang cuba menafikan peluang yang adil kepada semua pihak termasuk Tun Faisal.

Pewakilan tidak sepatutnya memberi undi kerana arahan! berilah undi kerana kepentingan mencapai Matlamat ABATA.



Video Bapa Murid India Hina Qurban Sekolah Digantikan Dengan Babi

Panas!! Sebuah Youtube telah di upload yang mengambarkan bagaimana seorang bapa kepada murid India menyerang guru besar sekolah, kerana tidak puas hati Quban Lembu dilakukan di sekolah. Malah bapa murid ini mempersoalkan kenapa tidak digantikan dengan babi.

Mengikut sumber, telah terima video ini berupa satu perbualan talipon antara pemanggil yang menggunakan nama Saravanan dengan seorang yang dikenali ( melalui perbualan ) sebagai Gurubesar SK Puchong Jaya.


Warga berbangsa india sengaja membangkitkan isu bersifat rasis semata-mata tidak bertempat. Walhal amalan ini telah lama dipraktikan tanpa melibatkan mana-mana murid yang bukan beragama islam.

Jadi apa masalah mereka sebenarnya?

Perhimpunan PPB Calon Gelombang Biru Pernah Mendapat Pujian Muhyiddin Yasin

Muhyiddin Yasin pernah bersuara kepada gerakan Gelombang Biru Sarawak : Atas dasar itu kita mempunyai keyakinan bahawa kita mendapat sokongan cukup mantap dan nampaknya gelombang biru sudah meningkat serta sudah dirasa di mana-mana kawasan di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada pasca PRU13. Sumber

Ini cukup terbukti peranan anak-anak muda yang bekerja keras bersama Gelombang Biru Sarawak mempunyai peranan besar menentukan kemenangan PRU13 di Sarawak.

Adakah kita perlu sia-siakan kekuatan mereka?

PPM ingin meluahkan satu soalan Kenapa kali ini kita tidak boleh benarkan Anak-anak muda yang telah berjuang bermati-matian di dalam Gelombang Biru Sarawak pasca PRU13. Dibawa masuk ke dalam Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PPB ke-13.

Sedangkan mereka ini juga terdiri dari golongan profesional seperti juruaudit, peguam, usahawan dan pelbagai bidang lagi berada dalam kelompok tersebut untuk terus lebih efektif membantu PPB dan Barisaan Nasional.

Cuma mereka ini hanyalah dari golongan biasa tetapi matalamat perinsip perjuangan mereka adalah jelas demi keutuhan PPB dan Barisan Nasional, apatah negeri Sarawak bakal hadapi PRN dalam tempoh terdekat ini dan PRU14 seterusnya.

Berilah sokongan kepada genetasi baru demi meremajakan kekuatan PBB.














Thursday 17 October 2013

Skandal Pembohongan "Wang Rakyat" Anwar, Nik Aziz Lim Guan Eng Terbongkar

Kali ini Encik Epul berjaya membongkarkan pembohongan  bersiri "Wang Rakyat" oleh Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng dan diikuti para kuncu-kuncu mereka, demi mengaburi mata rakyat dan menghalalkan perbuatan khianat mereka. Selama Pakatan Rakyat cukup licik mengaburi setiap pekung mereka dari rakyat menyedari siapa sebenar Pakatan Rakyat termasuk PKR PAS dan DAP.

Cuba kita fahami sejenak apa yang dibongkarnya.

Selama ini rakyat benar-benar keliru dan tertipu dengan apa yang sebenar istilah "Wang Rakyat"?

Rakyat lebih tertipu lagi apabila kita mengenangkan kembali Wang Derma Lebuhraya Kelantan... Kemana menghilangnya? Bukan itu juga boleh dikira wang rakyat? Dalam isu ini bila masa agaknya Nik Aziz boleh buat pencerahan?

Rakyat akan lebih tertipu lagi dengan Anwar yang sehingga sekarang gagal menjawap isu dibawah ini. Rujuk sini untuk pautan lebih jelas

Lim Guan Eng pula projek trowong dasar laut, masih menyembunyikan dan berdiam diri dalam soal pemberian kontrak kepada syarikat kroni dan rumah Lim Guan Eng tinggal sekarang bernilai dari pendedahan pautan ini

Agak-agak anda mereka dapat semua ini melalui wang jatuh dari langit? Maka benarlah apa yang dikatakan oleh saudara kita ini.



#OpCantas Gobind Bimbang SOP Baru N Surendran Mati Katak

Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo mula gelisah tidak sedap duduk bila mengenang apa nasib N Surendran yang terlajak cakap dan terpaksa sertai OpsCantas kerana sahut cabaran PDRM. Kebimbangan ini agak berasas kerana baju kalis peluru hanya tutup badan sahaja jadi bila-bila boleh mati katak.

Apatah N Surendran mungkin akan bertindak dengan sistem SOP baru iaitu beri salam kepada penjenayah bersenjata dan pujuk serah diri untuk masuk lokap. Satu kaedah yang menarik yang bakal diperkenalkan N Surendran. Inilah yang membimbangkan Gobind. Mana tidaknya kelak ada yang mati katak pulak.

Sebab itu Gobind memberi amaran kepada Kerajaan malaysia mesti bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak wajar ke atas Surendran.

Tetapi yang peliknya tahu pula mereka lahir kebimbangan ancaman nyawa N Surendran. Walhal selama ini anggota polis bersabung nyawa untuk jaga keselamatan awam sering menjadi bahan pertaruhan politik kotor mereka.


Kaedah Licik Meliwat Surah Ali-Imran 64 Demi Salah Guna Khalimah Allah


Benarkah dakwaan segelintir missionary dan peliwat democrazy bahawa keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Kerajaan dan melarang kristian daripada menggunapakai kalimah ALLAH bercanggah dengan Surah Ali-Imran: 64?

Nampak gaya segelintir yang telah diliwat otaknya sengaja tidak mahu dan tidak mengerti menghormati keputusan Mahkamah yang tidak menyebelahi mereka. Kalau keputusan Mahkamah memihak kepada mereka, maka mereka akan melolong betapa Mahkamah kini bebas dan pro-pembangkang. Tetapi jika tidak menyebelahi mereka, mereka akan melalak mengutuk Mahkamah sebagai barua dan agen UMNO dan BN!

Terbaru mereka mendakwa Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Kerajaan melarang kristian menggunapakai kalimah ALLAH telah menjadi balaci UMNO. Malah mereka mendakwa UMNO sekarang sudah menjadi 'Almighty UMNO' kerana mengatasi Al-Quran sedangkan kata mereka Al-Quran sendiri membenarkan kristian, seperti juga Islam, boleh menggunakan kalimah ALLAH.

Dan mereka merujuk kepada Surah Ali-Imran: 64 dengan memetik seperti berikut, 'Say (O Muhammad): (O people of the scriptures (Jews and Christians)! Come to a word that is just between us and you, that we worship none but ALLAH'. Didalam Bahasa Melayu disebut, 'Katakan (wahai Muhammad), 'wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Marilah kita menuju ke satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH!'.

Sebahagian ayat 64 Surah Ali-Imran


Memang sesiapa yang membaca petikan ayat seperti diatas akan terpengaruh; ya tak ya, ALLAH sendiri berfirman kalimah ALLAH boleh diguna oleh Islam, Yahudi dan Kristian; jadi mengapa mereka dilarang daripada menggunakannya?

Untuk menjawab soalan ini, saya merujuk selang tujuh ayat iaitu Ali-Imran: 71, dimana ALLAH menempelak golongan ahli kitab (Yahudi & Kristian) dengan firman Nya, 'O people of the scriptures (Jews & Christians)! Why do you mix truth with faslehood, and conceal the truth while you know?'. Dalam Bahasa Melayu ia bermaksud 'Wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Mengapa kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu menyembunyikan kebenaran?'

Surah Ali-Imran: 71

Putar belit dan berbohong, cuba untuk menyesatkan kita!

Dan itulah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh segelintir diantara mereka, dengan memetik hanya sebahagian daripada ayat 64 Surah Ali-Imran, dan menyembunyikan sebahagian daripadanya.

Dan tujuannya jelas. Ini disebut sendiri oleh ALLAH dalam ayat 69, 'Some of the people of the scriptures (Jews & Christians) wish to lead you astray. But they shall not lead astray anyone except themselves, and they perceived not'. Bermaksud 'segolongan ahli kitab ingin menyesatkan kamu. Padahal sesungguhnya mereka tidak menyesatkan melainkan diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedari'.
Surah Ali-Imran: 69

Adalah jelas mereka cuba meliwat ayat Al-Quran dengan hanya membaca sekerat sahaja ayat 64 Ali-Imran, dan menutup sebahagian yang lain. Sedangkan kalau dibaca sepenuhnya, ayat 64 sebenarnya menempelak Yahudi dan Kristian. Dan jika dibaca sehingga ayat 80, sebenarnya ALLAH bukan sahaja mengutuk mereka, malah mendedahkan pekung dan niat busuk mereka.

Di ayat 78, ALLAH mendedahkan, 'And verily, among them is a party who distort the Book with their toungues (as they read), so that you may think it is from the Book, but it is not from the Book, and they say, 'This is from ALLAH', but it is not from ALLAH, and they speak a lie against ALLAH while they know it' bermaksud 'Dan sungguh diantara mereka niscaya ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca kitab, agar kamu menyangka yang mereka baca itu sebahagian daripada kitab, padahal itu bukan daripada kitab dan mereka berkata 'Itu dari ALLAH', padahal itu bukan dari ALLAH. Mereka mengatakan hal yang dusta terhadap ALLAH, padahal mereka mengetahui'.

Surah Ali-Imran: 78

Cubaan mereka adalah untuk berbohong dan memutarbelitkan ayat 64 dengan menyembunyikan sepenuhnya ayat itu konon untuk menunjukkan ALLAH menyatakan kalimah ALLAH boleh diguna oleh Islam dan Kristian! Betulkah? Mari kita perhatikan sepenuhnya ayat 64:

'Say (O Muhammad): 'O people of the Scripture (Jews and Christians)! Come to a word that is just between us and you, that we worship none but ALLAH (Alone), and that we associate no partners with Him, and that none of us shall take others as lords besides ALLAH'. Then if they (the Jews and Christians) turn away, say, 'Bear witness that we are Muslims'.

'Katakan (wahai Muhammad), 'wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Marilah kita menuju ke satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH, dan kita tidak mempersekutukan Nya dengan sesuatu pun, dan bahwa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain ALLAH. Jika mereka berpaling maka katakanlah, :Persaksikanlah bahawa kami orang Muslim!'. 
Surah Ali-Imran: 64

Adalah jelas ayat 64 bukan sahaja tidak membenarkan mereka menggunakan kalimah ALLAH, malah menempelak mereka yang cuba menyengutukan kalimah ALLAH dengan seseorang atau sesuatu!

Dan itulah sebenarnya yang dilakukan oleh kristian zaman ini! Mereka menyengutukan Tuhan dengan seseorang dan sesuatu; mereka mendakwa ALLAH ada anak bernama Jesus, dan ada sekutu bernama Holy Spirit! Dan mereka cuba menamakannya dengan ALLAH The Father, ALLAH The Son & ALLAH The Holy Spirit; ALLAH Bapak, ALLAH Putra & ALLAH Ruh Suci!

Dan ALLAH memerintahkan Nabi Muhammad saw (dan kita umat Islam, supaya memperbetulkan amalan syirik dan kufur ini dengan mengajak mereka kembali menyembah ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Yang Satu, dengan menyeru mereka bahawa;

'He is ALLAH, The One. He is ALLAH the Self-Sufficient Master, to whom all creatures need. He begets not, nor was he begotten. And there is none co-equal or comparable unto Him';

'Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa. ALLAH, Tuhan tempat meminta segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang sekufu setara dengan Nya'.

Surah Al-Ikhlas

Dan jika mereka, Yahudi dan Kristian, tidak mahu mengangkat syahadah pengakuan bahawa ALLAH itu Maha Esa, maka kita umat Islam disertu supaya berkata kepada mereka:

KAMI ADALAH MUSLIM. KAMI MENYEMBAH HANYA ALLAH MAHA ESA!

Dan kita diseru memberi amaran kepada kaum kristian:

'O people of the scripture (Jew and Christian)! Do not exceed the limits in your religion, nor say of ALLAH but the truth. The Messiah 'Isa (Jesus), son of Maryam (Mary), was (no more than) a Messenger of ALLAH and His word, ("Be!" - and he was) which he bestowed on Maryam (Mary) and a spirit (Ruh) created by Him. So believe in ALLAH and His Messengers. Say not: "(ALLAH is) Three (Trinity)!" Cease! (it is) better for you. For ALLAH is (the only) One Ilah (God), Glorified is He (Far Exalted is He) above having a son. To Him belongs all that is in the heavens and all that is in the earth. And ALLAH is All-Sufficient as a Disposer of affairs'.

'Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH sebagai Pelindung'.

Surah An-Nisa' 4: 171

Dan jika mereka masih terus mahu mensyrikkan ALLAH, dan bersikap kufur, maka ALLAH berfirman:

'Say (O Muhammad) to these musyrikin dan kaafiruun: "O Al-Kaafiruun (disbelievers in ALLAH, in His Oneness, in His Angels, in His Books, in His Messengers, in the Day of Resurrection, and in Al-Qadr)! "I worship not that you worship, nor will you worship that which I worship; And I shall not worship that which you are worshipping, nor will you worship that which I worship. To you be your religion, and to me my religion (Islamic monotheism)';

'Katakan (wahai Muhammad), "Wahai orang-orang kafir (yang ingkar tidak percaya ALLAH, kepada keesaan ALLAH, kepada Malaikat Nya, kepada Kitab-Kitab Nya, kepada Rasul utusan Nya, kepada Hari Kebangkitan, kepada Qada' & Qadar)!. "Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untuk mu agama mu, untukku agama ku'.


Surah Al-Kaafirun
Saya menyeru kepada semua umat Islam, tidak kira apa fahaman politik dan patar-belakang kita, berpeganglah kepada tali ALLAH, dan bersatu-padulah dibawah ukhwah Islamiyyah. Puak kafir, musyrikin dan munafiq sedang menyerang kita dari segala penjuru; dan segala arah. Ini telah disabdakan oleh Rasulullah saw kepada kita akan berlaku di akhir zaman, di zaman fitnah.

Kita sedang melalui zaman itu sekarang. Kita sedang mengharungi fitnah itu sekarang!

Janganlah kita menjadi seperti ahli kitab Yahudi dan Nasara, yang telah diberitahu melalui Rasul, Nabi dan utusan-utusan ALLAH melalui wahyu, kitab dan peringatan. Namun mereka menolak kebenaran itu bila ia datang; dan mereka menjadi kufur, syirik dan sesat!

Al-Quran ditangan kita, Hadis Nabi saw bersama kita; segala kitab peringatan ada di pundak kita. Mengapa kita meilih untuk menolaknya? Mengapa kita memilih untuk bersekongkol dengan kebatilan, kekufuran, kesyirikan dan kemunafikan?

Kembalilah ke jalan ALLAH! Kembalilah kepada Al-Quran.

Kepada kaum kafir, we know what you are up to! Don't think we Muslim are stupid fools, although you have succeeded in making a fool from some of us who are plainly stupid!

Please remember Al-Quran is not a comic book like Doraemon comic! Al-Quran is not a story book! Al-Quran is Al-Quran! There is strict discipline in reading it! Don't do to Al-Quran what you did to your own book! Please, we know what you know, we know what you may not know! For ALLAH is All-Knowing!

And we say to you:

Lakum dii nukum waliyadiin!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Wednesday 16 October 2013

Video Ustaz Kazim - Orang Islam Indonesia Benarkan Kristian Guna Khalimah Allah Tak Apa-apapun

Mari kita dengar hujah terperinci Ustaz Kazim menceritakan apa hendak dihairankan di Indonesia ada 200 juta umat islam benarkan kristian gunakan Khalimah Allah, tidak ada apa-apapun. Perhhh PANAS beb!!

Hujah terperinci melalui sudut pandanfan islam ini bakal membantu anda menjawap segala kekeliruan politik Malaysia.


Harun #Khalimah-Allah DAP Bergegar Dengan Suara UMNO PAS Bersatu

Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik. 

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, pada masa sama, keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald juga mesti disokong umat Islam. 

Beliau menegaskan, walau apa cara sekalipun, umat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu supaya kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak sekali-kali menjadi bahan senda penganut agama lain. 

"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam). 

"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Harun diminta mengulas keputusan mahkamah itu semalam yang tidak membenarkan majalah berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya. 

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. 

Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri. 

Yang turut dinamakan perayu terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah dan Selangor serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma). 

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah. 

Hakim Mohamed Apandi (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) dalam penghakiman bertulisnya setebal 43 muka surat menyatakan, penggunaan kalimah Allah berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini. 
Pada hemat beliau, penggunaannya memberi kesan terhadap kesucian agama Islam yang termaktub di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan tenteram. 

Mengulas lanjut mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu semalam, Harun menjelaskan, perkara berkaitan kalimah Allah sememangnya perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam dan keputusan mahkamah itu mesti disokong dan dihormati. 

"Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain," ujarnya ~ Utusan

Kemuliaan Qurban Dan Jihad PAS Bersama DAP

Kita tahu siapa sebenarnya PAS yang bekerjasama dengan DAP. Mereka cukup arkab, bekerjasama dan menampil budaya saling memahami. Cukup indah dipandang hubungan mereka bagaikan satu jalinan talian hidup.

Hakikatnya yang ramai tidak nampak, satu drama kedua-dua parti termasuk PKR bekerjasama mempergunakan sentimen agama Islam demi kepentingan politik keji mereka. Namun begitu tidak semua rakyat sedar akan hakikat ini.

Maka telah menjadi “fardu kifayah” untuk kita terangkan kepada bangsa Melayu akan “kelicikkan” DAP terutamanya. Setelah sekian lama bangsa Melayu diperbodohkan oleh parti PAS maka sudah sampai masanya kita ‘berjihad” demi agama bangsa dan tanahair.
Kita tahu bahawa musuh Islam seperti DAP sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam. Mereka telah menjalankan agenda menggoyangkan iman umat Islam sekaligus menghancurkan perpaduan supaya senang untuk mereka merampas Negara.

Oleh itu pelbagai agenda memurtadkan bangsa Melayu dan salah satunya agenda menegelirukan akidah melalui Khalimah Allah. Semperna bulan Qurban ini adalah peluang terbaik buat mereka mendekati orang islam dengan harapan dapat mengaburkan muslihat sebenar mereka. Jangan lupa mereka DAP boleh mendapat laluan berceramah di mimbar masjid malah diberi hak mengpergunakan ayat-ayat suci Al'Quran untuk tujuan dakyah politik.

Mungkin ada dikalangan kita cukup teruja dengan kehadiran puak-puak DAP bersama-sama menyempurnakan ibadah Qurban. Terutama dari golongan penyokong setia PAS. Lupakah kita atas apa yang mereka lakukan selama ini hingga cukup terpukau dengan muslihat  Kemuliaan Qurban dan Jihad PAS Bersama DAP?

Sampai bilakah umat islam kita sanggup menjadi dalang kepada puak-puak ingin menjatuhkan kekuatan islam? Sekarang kita berperang sesama sendiri demi mempertahankan atas apa yang masing-masing percaya atau harapkan, tetapi samada naik atau jatuhnya bangsa dan agama kita akan dirasai bersama-sama.

Beringat sebelum kita menangis tanpa air mata.

Chua Jui Meng Persenda Peranan Rasulullah Terhadap Khalimah Allah

Kerana percayakan kalimah ALLAH sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian. Membuatkan semakin biadap tindakan Chua Jui Meng semenjak berhijrah ke PKR. Ini yang sebenarnya mereka mahu. Meraka mahu kehendak mereka dijadikan hak mutlak tanpa boleh dibangkang atau dihalang.

Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan pagi Isnin 14 Oktober perlu insaf bahawa ALLAH baru memberi “separuh kemenangan” pada perjuangan mereka yang berpaksikan keyakinan ALLAH tidak boleh disalahanggap sebagai mempunyai ciri-ciri Tuhan Kristian – Tuhan, anak Tuhan dan Ruhul Kudus!

Mahkamah Tinggi tersilap, kata hakim

Hakim Mahkamah Persekutuan, Apandi Ali, yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Abdul Aziz Abdul Rahim dan Mohd Zawawi Salleh memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi silap apabila membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengeluarkan perintah larangan berkenaan.

“Pengamatan kami ialah kalimah ALLAH bukanlah sebahagian teras kepercayaan dan amalan agama Kristian.

“Berdasarkan hakikat ini kami tidak nampak sebab mengapa pihak responden (Ketua Uskup Gereja Katolik) bertegas mahu menggunakan istilah ALLAH dalam penerbitan mingguan mereka.
Tetapi puak-puak tidak akan berdiam diri. Lebih malangnya ada sebahagian islam dalam Barisan Nasional mengeluarkan ayat yang mengiakan tuntutan mereka kerana terpaksa atau sengaja hanya allah yang mengetahui.

Persoalanya Adakah anda sanggup terjebak dengan kufur semata-mata hendak jaga hati rakan agama lain?

Pada PPM lebih utamakan Khalimah Allah dari parti dan kelak ketentuan apa yang berlaku kepada Malaysia datang dari Qada dan Qadar Allah sendiri. 

Mengapa kita harus takut untuk perjuangkan atas nama Allah. Kita bukan merusuh tetapi kita hanyalah berpaksikan keyakinan ALLAH tidak boleh disalahanggap sebagai mempunyai ciri-ciri Tuhan Kristian dan kita mahu menghalang penyalahgunaan melalui undang-undang.


Jika anda umat islam sejati dan mengutamakan kaedah usul fiqh sudah tentu kita tidak akan berganjak untuk mempertahankan khalimah Allah dari dibenar untuk disalahgunakan oleh agama lain. Sebab itulah kita letakan Agama mendahuli Bangsa dan Negara dalam iltizam perjuangan kita.


Buat Chua Jui Meng sememang cukup melampau dengan sengaja mempertikaikan peranan Rasulullah yang kita cintai dalam mengjaga kesucian khalimah Allah. Inilah akibatnya bila sesama islam tidak bersatu demi Allah.


Isu Terkini

get this widget here