Kenapa Chai bergitu rakus menafikan Tun Faisal walaupun beliau pernah menyifatkan dirinya sebagai calon 'underdog' jika dibandingkan dengan nama-nama besar yang akan bertanding pada pemilihan peringkat Majlis Tertinggi, 19 Oktober ini.
"Saya hanya calon underdog dan merasakan peluang untuk menang terlalu sukar. Nama saya tidak diperkenalkan dalam sesi pengenalan calon yang dianjurkan oleh badan perhubungan Umno negeri," katanya kepada mStar online
Tun Faisal berkata demikian bagi mengulas keputusan Jawatankuasa Pemilihan Umno yang membenarkan beliau untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan parti kali ini.
Beliau turut menyambut baik keputusan tersebut kerana ia secara tidak langsung menunjukkan seseorang Exco Pergerakan Pemuda Umno diberi ruang untuk bertanding di peringkat MT berdasarkan sumbangan, pengalaman dan kedudukannya dalam heiraki parti.
"Alhamdulillah. Ini juga membuktikan bahawa Jawatankuasa Pemilihan mengambil kira merit cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno sekali gus menunjukkan institusi pergerakan itu dihormati," katanya.
Rupa-rupanya dugaan Tun Faisal bukan setakat itu, tetapi kali ini timbul anasir Chai pula yang cuba menafikan peluang yang adil kepada semua pihak termasuk Tun Faisal.
Pewakilan tidak sepatutnya memberi undi kerana arahan! berilah undi kerana kepentingan mencapai Matlamat ABATA.
No comments:
Post a Comment