Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 7 December 2013

Bukti Hati Hitam Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Menggagalkan Muzakarah UMNO dan PAS

Siapa yang tidak kenal Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah malah seorang percipta lagu "KO Mampus UMNO BN" yang amat terkenal berbanding dikalangan ahli wanita PAS yang lain.

Dalam dia mainkan kata-kata lembut tetapi hatinya adalah hitam yang keras, tahap antinya kepada UMNO bukan alang-alang hingga sanggup berniat korban yang songsang.  Sahaja Aku korbankan UMNO pada PRU13 kerana Allah Taala dan akhirnya niat ini berbalas dengan kekalahan PAS pasca PRU13 dengan cukup memalukan dipulau pengundi melayu islam.

Oleh itu bukan setakat untuk minum teh sambil bermuzakarah malah menjadi wakil penel Muzakarah PAS lagi-lagilah tidak layak.

Seseorang yang sememangnya dah songsang masakan mampu menyuarakan soal muzakarah antara UMNO dan PAS. Jadi bagusnya tutup mulut dari menjadi dalang perosak perpanduan ummah.

Pujian Imam Masjidil Haram Menafikan Peranan Haji Hadi Nik Aziz

Setelah sekian lama permainan kotor Haji Hadi dan Nik Aziz dalam manipulasi perjuangan negara Islam. Tidak terhenti-henti sikap Nik Aziz dan Haji Hadi tanpa jemu menghasut akar umbinya yang islam itu hanya kepada PAS, manakala UMNO sering dikaitkan dalam bahasa kiasan yang mudah difahami sebagai sebaliknya.

Itulah permainan dari tahun ke tahun perjalanan PAS. Malah pengaruh ini menjadi Nik Aziz antara senarai nama ulama yang dikaitkan sebagai popular dalam ranking dunia.

Berada dalam ranking bermakna paling berpengaruh tetapi jika kita renungkan legasi Perdana Menteri Malaysia acap kali mendapat pujian pelbagai negara islam hingga dari Imam Masjidil Haram, perdana menteri, presiden dan ulama-ulama terhebat, ke atas usaha dan peranan Malaysia dari dalam hingga ke luar negara, mematabatkan syiar islam.

Ini bezanya popular kerana pengaruh individu dengan sanjungan kekuatan modul menjalankan syiar islam.

Hakikat selama ini UMNO bukan sahaja berperanan besar mematabatkan islam di Malaysia. Malah kaedah formula Malaysia itu dijadikan panduan kepada negara islam lain sebagai modul memperhebatkan syiar islam seluruh dunia.

Sebab itulah Nik Aziz dan Haji Hadi sering manipulasikan dengan apa jua cara untuk membutakan pengikutnya dari hakikat ini. 

Malah kali ini PAS lebih berani bermain di batas akidah dengan merelakan penjajaan Khalimah Allah, Azan di masjid surau, isu akidah dan isu murtad sebagai kaedah memeliharakan hubung baik bersama DAP. Malah ini juga satu formula mencari undi bukan melayu masuk menyokong PAS.

Jika Nik Aziz benar-benar telah berundur maka wajarlah generasi baru dalam PAS mengkajikan semula kedudukan parti yang semakin jauh tersasar.

Renungan kenapa saban tahun masih hanya golongan seperti Imam Masjidil Haram dan lain-lain hanya mengangkat pimpinan UMNO yang memartabatkan islam dan bukannya PAS? Adakah PAS rasa mereka cukup layak untuk melebelkan sebagai Parti Islam Malaysia?

Friday, 6 December 2013

Akhirnya Anwar Ibrahim Tunjukan Tahap Terdesak Tertinggi

Akhir terpempang jua kerisau dan kemurungan buat Anwar Ibrahim, itupun setelah terlampau banyak kegagalan Anwar menipulasi pelbagai isu menjatuh Najib.

Ohhh dimanakan suara yang menghina-hina Najib seolah-olah Najib bakal mencarinya setelah dia ditahta PM Ke7?

Bergitulah angkuhnya dirinya ketika terlampau ghairah berkempen dan terlampau yakin dialah PM Ke7. Sehinggakan dia berani mengatakan akan bersara dari politik sekiranya cita-citanya tidak tercapai di pasca PRU13.

Kemudiannya, setelah keputusan tidak menyebelahi Anwar.. Dia tidak kotakan apa yang dipercakapkan tetapi sanggup berdusta mengatakan 40500 bangla diimport untuk mengundi BN. Kemudianya setelah propaganda ini terbongkar, Anwar menafikan berkata-kata sedemikian walaupun video yang terpamoang dalam pelbagai versi youtube jelas menunjukan dirinya ada maksudkan secara langsung prihal 40500 bangla datang mengundi.

Sekarang Anwar sudah mati kutu, mati katak dan entah mengapa pula terdetik untuk mengadakan muzakarah bersama UMNO.... Ohh tidak aku dapat terima langsung selagi dia bernama Anwar. Bukan tidak boleh memaafkan tertapi tak mampu untuk mempercayainya lagi...

Video Fathul Bari Dedahkan Dalang Kepada Yahudi Dalam Operasi Fitnah Ustaz Kazim

Fathul Bari label pembangkang bersifat seperti Yahudi bila fitnah Ustaz Kazim Elias????Wakil Pergerakan Pemuda UMNO menasihati ahli-ahlinya agar tidak terus melenting jika UMNO dituduh sebagai parti bersifat perkauman. 


Menurut Dr.Fathul Bari Mat Jahya, objektif sebenar perjuangan UMNO adalah untuk memperjuangkan hak melayu serta bumiputera, maka tuduhan oleh pihak pembangkang adalah tidak wajar.

"Sebagai contoh, Parti Tindakan Demokratik (DAP), apakah sumbangan mereka (DAP) terhadap bangsa mereka?

"Sudah tentu mereka membantu bangsa mereka, kita tidak menganggu mereka, oleh itu, jika kita membantu bumiputera dan melayu jangan ganggu perjuangan kami," katanya ketika menyokong usul dasar Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sementara itu, beliau turut berkata, pihak pembangkang bersikap seperti yahudi yang tidak pernah berpuas hati dengan sebarang tindakan yang dilakukan Umno.

"Ini boleh dilihat berdasarkan pelantikan ahli Majlis Tertinggi (MT) Ustaz Mohd Kasim Elias oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, yang mahukan beliau menjadi pemimpin ulama dalam UMNO tetapi beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu UMNO terus difitnah," katanya

Terdahulu, Ustaz Kazim telah diserang dengan pelbagai kata-kata kesat oleh pembangkang yang kononya merosakkan krediliti sebagai agama, sejurus selepas lantikan diberikan

Tuesday, 3 December 2013

Angkara Ustaz Kazim, Mahfuz Takut Ulama Dalam PAS Semakin Terhakis

Bila PAS teras tergugat berginilah cara Mahfuz melatah, terloncat macam punggung dibakar api. Itu realiti dalam PAS yang meletak Ulama adalah PAS tetapi bila menentukan kedudukan sebenar Ulama dalam majlis tertinggi PAS. Peranan mereka disingkir dari dasar kononnya Ulama pembawa kejayaan PAS.

Merujuk kepada Mahfuz Omar mendakwa parti itu tidak akan 'mati' dan terjejas berikutan pengumuman keluar dari parti yang dibuat oleh pendakwah, Mohammad Kazim Elias.

Katanya, tindakan sama seperti yang dilakukan Kazim oleh beberapa bekas pemimpin PAS terdahulu tidak langsung mengurangkan pengaruh mereka di kalangan penyokong parti itu.
"Sebesar hama pun tak mengurangkan pengaruh PAS.

"Orang yang lagi besar seperti Nakhaie (Datuk Nakhaie Ahmad) yang bekas naib presiden PAS pun tak ada, PAS tak mati. PAS tak rugi pun," katanya kepada Antarapos di lobi Parlimen, hari ini.

Pendakwah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini mengumumkan keluar dari PAS akibat kecewa selepas menerima pelbagai fitnah dan tohmahan setelah ditawarkan menganggotai Majlis Tertinggi Umno, baru-baru ini.


Ini terang-terang menunjukan Mahfuz adalah mewakili PAS yang terasa amat tergugat dengan budaya ramai Pro Ulama dan Ulama dalam PAS mula meninggalkan parti itu.

Trend ini jelas menunjukan para Ulama semakin ramai dan galak mempertikaikan perjuangan sebenar PAS. Ini juga jelas terpampang dalam Mutamar PAS yang baru-baru ini jelas meminggir peranan ulama secara langsung dengan menggantikan barisan liberal yang lebih mesra kepada pengaruh Anwarinas dan Ketuanan DAP.

Jadi jika itu pendekatan PAS menggapa mereka harus kuathir akan penghijrahan ramai para ulama dalam PAS. Puncanya Mahfuz melatah adalah peranan ulama masih penting dalam PAS sebenarnya tetapi sebagai alat daya penarik undi orang-orang malayu islam demi survival PAS.

Monday, 2 December 2013

Selamat Tinggal Nik Aziz Dari Mursyidul Am PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan diganti dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Ahmad turut dilantik sebagai bendahari PAS Pusat yang baharu.

Pengumuman jawatan lantikan ini dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013 - 2015 yang pertama malam tadi.

Datuk Mahfuz Omar yang tewas dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sementara Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PAS.

Timbalan Menteri Besar Kelantan,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas kepada Mohamad Sabu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Seorang lagi calon yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden PAS, Datuk Abu Bakar Chik turut dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember nanti.-AstroAwani

Puak Pakatan Rakyat Serang Ustaz Kazim Sampai Anaknya Menanggis

SEJAK pengumuman dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lalu, pelbagai kritikan diterima Ustaz Mohammad Kazim Elias, khususnya di laman-laman sosial.

Beliau nyata amat sedih dengan pelbagai gelaran melampau yang diberi kepadanya susulan pengumuman itu sehingga ahli keluarganya turut tertekan.

Menerusi ceramah yang diadakan di ibu negara malam kelmarin, Ustaz Kazim meluahkan perasaannya mengenai isu pelantikan itu."Menangis anak perempuan saya yang kecil itu

Dua hari (dia) tak buka Facebooknya, tak sentuh langsung komputernya.

Dia sedih. Isteri dan lima anak saya ambil keputusan untuk balik
kampung, tengok sawah, bendang."Mereka tak tergamak nak tengok ayah mereka kena maki.


Isu Terkini

get this widget here