Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 2 October 2014

Pembetulan Rupa-rupanya @AzminAli Takut yer nak tanggung Subsidi Minyak


Dalam kalang kelibut Azmin Ali dengan segera membuat pencerahan dan pembetulan isu tanggungan subsidi minyak negeri Selangor! Kenapa tiba-tiba jadi ketakutan untuk menyahut cabaran?

Sepatutnya Azmin Ali kena berani membuktikan PKR mampu mereialisasikan subsidi rakyat setinggi-tingginya! 
Agak-agak kerja siapa ye sebar-sebarkan berita awal dan akhirnya Azmin Ali tutup sebagai palsu.

Hakikatnya penyebaran awal dah cukup mengelirukan rakyat tetapi kalau benarpun PPM cabar PKR berlanjakan 1 bilion untuk tampung subsidi kalau tak jangan buat cerita macam mereka itu hebat sangat.


@AzminAli Bukan Salah Saya Membeku Skim Khairat Kematian @KhalidIbrahim



Azmin Ali nampak berkhidmat tetapi berdendam. Kenapa marahkan Khalid Ibrahim rakyat menjadi mangsa? Inilah yang di dedahkan oleh Faekah Husin:
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan bank supaya membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar itu.

Arahan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata, beliau percaya tindakan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

"Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini (Mohamed Azmin) seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan kepemimpinan negeri supaya mengetepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.

"Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Abdul Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SMUE yang dilancarkan pada Ogos 2008 adalah skim khairat kematian untuk menghargai warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang layak di negeri ini.

Apabila ahli skim berkenaan meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh menuntut daripada Pusat Khidmat DUN di kawasan masing-masing dan akan diberikan sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Faekah menambah, amat menyedihkan apabila tindakan tersebut dilakukan terhadap Abdul Khalid yang telah memperkenalkan beberapa program kebajikan untuk rakyat.

Tetapi kenyataan ini dinafikan oleh Azmin Ali:
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan beliau mengarahkan bank membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, pembekuan itu dibuat oleh pihak pentadbiran dan beliau sendiri tidak tahu.

Pelik dan mudah sebut je tak tahu?


Tuesday 30 September 2014

Ikrar @NikAziz Akan Bawa Gelaran Bapa perpecahan UMMAH Hingga Hujung Nyawa

Ada dua percanggah besar antara NIk Aziz dengan Haron Din yang masing-masing sering tidak sehaluan walaupun masih arkab bersama. Haron Din cuba membersih imej PAS tetapi Nik Aziz enggan melakukannya kerena dendam terhadap UMNO.

Ulama tersohor PAS yang juga seorang hafiz al-Quran, Haron Din hari ini memberi signal kepada ahli parti itu bahawa tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalin bersama DAP dan PKR untuk menghancurkan UMNO selama ini perlu dikaji semula.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu menyamakan tahaluf syiasi yang dijalin itu seperti sebuah perkahwinan yang pada bila-bila masa sahaja boleh bercerai sekiranya salah seorang (PKR, DAP & PAS dalam rumah tangga (Pakatan Rakyat) melanggar syarat dan rukun yang ditetapkan dalam Islam. Menurut Harun Din, sekiranya tahaluf telah dicalari di mana syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian bersama ketiga-tiga parti dalam Pembangkang itu dilanggar, maka ulama perlu menimbangkan semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. 

Sepatutnya usaha Haron Din boleh dicetuskan dengan menggabungkan PAS UMNO demi menyentak kesombongan DAP PKR yang beliau sendiri faham hala tuju mereka yang lebih besar percanggah dari UMNO. Tetapi dalam PAS, yang selalu menolak dan meletakkan pelbagai syarat untuk tidak bergabung adalah Nik Aziz.

Perbuatan Nik Aziz bagaikan merelakan generasi mendatang memahat namanya di buku sejerah sebagai Bapa Percahan UMMAH sehingga akhir hayatnya.

Isu Terkini

get this widget here