Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 31 March 2012

Bentuk Jihad Dalam PAS

Jihad adalah ayat "power" dalam PAS. Ayat-ayat cinta yang bakal melelehkan air liur akar umbi PAS apatah Nik Aziz menjanjikan balasan pahala dan syurga buat mereka yang setia mentaati pertunjuk atau perintah PAS. Mari kIta kaji bagaimana bentuk Jihad PAS yang sedang dijalankan. Klik sini

Jihad Pertama- Perangi Hasan Ali habis-habisan
Walaupun Hasan Ali bekas ahli dan pemimpin kelahiran PAS, yang juga ahli yang paling agrasif memafaatkan kedudukannya untuk memerangi rancangan jahat pihak tertentu memarangkap umat islam terjebak dalam gejala murtad. Membasmi gejala maksiat di Selangor dan memerangi pemimpin yang rendah moral. Memandangkan yang paling rendah moral dalam Pakatan Haram adalah Anwar dab juga merupakan orang paling disayangi dan dipercayai Nik Aziz. Maka Hasaan Ali dipecat dan di istiharkan  bagaikan Jihad Memerangi Hasan Ali.

Jihad Kedua- Perangi UMNO-BN dan Halalkan PKR dan DAP
Pada PAS UMNO-BN parti nasionalis dan kalau hendak diikut-ikut, setia pada PAS dijanjikan pahala dapat syurga, tentu lawanya undi UMNO-BN dapat dosa dan dapat neraka. Dalam pada masa yang sama mengundi PKR dan DAP juga dapat habuan sama macam PAS kerana mereka sekutu PAS. Walaupun PKR-DAP
  • Menghalalkan Seksuliti Merdeka dengan menuntut golongan seks bebas.
  • Menghalalkan khalimah Allah dipergunakan pihak gereja dalam bentuk triniti.
  • Menghalalkan gejala murtad.
  • Lupuskan Hukum Hudud dari buku Jinggay
  • Lupuskan Negara Islam dari perjuangan kerana tiada dalam Al-Quran
  • Menghalalkan tanah wakaf dijual dan dimiliki mereka.  
  • Ketuai apa jua penghimpunan haram yang dipimpin kafir harbi untuk menentang kerajaan islam.
  • Bersepakat dengan kafir harbi memerangi perhimpunan bersama umat islam.
  • Memperngaruhi umat islam ini untuk mendukung keselamatan Israel.
  • Berlajar memahami hubungan dengan Yahudi dalam penyerapan kematangan PAS.
Jihad ke tiga- Perangi bangsa melayu
Oleh kerana Nik Aziz beranggap apa ada pada bangsa melayu yang menyerupai Yahudi-Klik sini

Jihad ke empat-Perangi pemberian subsidi-bantuan UMNO-BN kerana haram.
Apa jua pemberian subsidi dan bantuan dari Tranformasi Kebajikan Rakyat kelolaan DS Najib dianggap rasuah dan tidak halal walaupun ramai orang PAS malah ada juga terdiri bakas calon bertanding PAS ambil masuk poket.

Jihad kelima- Bela Perjuangan Komunis dan Patuh Kepada Ultra Kiasu
Oleh kerana perjuangan semata-mata untuk menghapuskan apa jua sejarah kegemilangan UMNO, mereka perlu berjihad menghidupkan kembali perjuangan Komunis dan menyokong Ultra Kiasu yang memeganng Fahaman Komunis Moden demi menghapuskan segala tanggapan rakyat yang UMNO perwaris kuasa yang paling banyak berjasa kepada rakyat. Klik sini

Jihad ke enam- Menyeru rakyat menyokong Anwar yang penganut fahaman pluralisma
Oleh kerana Anwar adalah kesayangan dan harapan ke putrajaya, Maka PAS halalkan beri sokong pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain 

Jihad ke tujuh- Sabotaj ekonomi negara islam
Dalam kes ini PAS dan Pakatan Haram takut Malaysia bertambah maju di bawah DS Najib. Oleh itu mereka perangi apa sahaja yang boleh menggagalkan perancangan ekonomi negara termasuk isu Lynas. Klik sini

Jihad ke lapan- Sebarkan fitnah memburuk-burukan sesama Islam
Memandangkan senjata paling berkesan untuk menarik pengaruh umat islam terjebak dalam usaha menjatuhkan  negara islam dan bangun semula bila mereka berkuasa. Tentunya lebih afdal pada PAS, dibuat dalam bentuk caci maki, fitnah dan tomahan apa sahaja menurut kaedah yang disukai dalam seruan nafsu serakah higga melampaui batas akidah, syariat dan rukun.
Itulah antara-antara bentuk jihad yang menjadi amalan dalam konsep menegak syiar Islam. Entahlah rujukan darimana mereka dapat yang boleh menghalalkan segalanya. Fikir-fikrkanlah.

Friday, 30 March 2012

Nik Aziz Buka Lagi Peluang Jaminan Ke Syurga "Free" Khas Buat Pengundi PRU13


Memang pening kalau dilayan sangat dengan apa yang diperucapkan oleh Nik Aziz. Sekali lagi Nik Aziz mengaku dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu(PAS). Itulah petikan dari wawanca antara Nik Aziz dengan wartawan Sinar Harian.

Walaupun ada setengah pendapat terutama yang fanatik mengatakan sesiapa yang ilmunya cetek tidak akan faham dengan apa yang diperucapkan Nik Aziz. Dari situ kita sudah namapak ayat samar-samar maksudnya, mampu memperngaruhi sesiapa saja yang kurang ilmu percaya undi PAS sudah pasti masuk syurga. Nampakan rancangan yang patut diragui dan dipersoalkan. Apatah masih terdapat ramai lagi penduduk luar bandar yang masih lagi tabsud dengan amanat Haji Hadi 1981 yang antara menyebut Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”. 

Sudah pasti makin ramai yang mengangap undi PAS masuk syurga. Tertapi apabila ada orang menuduh PAS memperalatkan syurga sebagai balasan mengundi PAS, Nik Aziz orang pertama mengatakan itu fitnah. Kenapa jadi bergitu, kerana mereka takut pengundi-pengundi bijak agama termakan dengan tuduhan itu. 

Dalam masa yang sama Nik Aziz menyentuh kononnya mereka menegakan syiar Islam. persoalannya dimana pembuktian mereka menegakan syiar Islam, padahal PAS akhir-akhir ini seringkali melanggar akidah, syariat dan rukun, semuanya dibungkus seperti sampah sarap? Jadi dimana sebenarnya PAS menegakan syiar Islam atau PAS sebenarnya mempolitikan Islam demi kemenangan termasuk mempolitikan Masuk Syurga dengan harapan pengikut-pengikut fanatik PAS tidak ragu-ragu tentang harapan mereka ke syurga kerana setia dengan PAS. Hebat bukan PAS mampu rasuahkan rakyat dengan pintu syurga. hendak tahu lebih lanjut baca lampiran ini  Entahlah macam PAS ini halal keluarkan apa sahaja kenyataan mengikut kesesuian masa dan keperluan misi mereka.

Siapa Sangka Wan Aizizah Penah Datang Merayu-rayu


Dalam dunia ini wanita bernama Wan Azizah memang dashat! Dia sepatutnya di anugerahkan isteri paling termalang di dunia kerana tahap pengorbanan yang membuta-tuli terhadap suaminya, walaupun semakin dibela semakin banyak Anwar melukakan hatinya.

Siapa penah menyangka yang Wan Azizah penah datang merayu kepada Tun Abdullah Badawi semasa menjadi Pedana Menteri Malaysia. Semata-mata memohon di lepaskan Anwar dari penjara. Itulah cerita seperti yang diceritakan oleh Ezam. Mungkin ramai tidak tahu beliau juga orangnya yang usung Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi untuk mengadu hal dan menagih simpati pada nasib Anwar yang dalam penjara. 

Dalam interbiu itu dengan Agendadaily tidak lama selepas Anwar dibebaskan Ezam dengan konfiden berkata ,” Kita merasa lega kerana antara matlamat kita menubuhkan parti ini (Parti Keadilan Nasional) dan saya memimpin Angkatan Muda KeADILan adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim tetapi dari sudut yang lebih besar sebenarnya pembebasan Anwar ini membawa signal yang amat penting dari sudut pengukuhan negara dan dalam kes ini... adalah mahkamah ."

Kini Ezam-Anwar berdiri di garis padang yang berbeza.Masing-masing nak ‘sumbat gol’.Anwar dengan impian nak ke Putrajaya manakala Ezam bertekad nak menyekat bekas bosnya.

Soalnya kenapa bila Anwar sudah bebas lain jadinya? Kenapa waktu Anwar dalam penjara dan perjuangan Ezam memang ‘ gelap ‘ tidak mungkin dapat apa-apa ganjaran beliau nekad terus bersama bosnya?

Katakan Ezam kekal bersama Anwar dan dengan tsunami politik Mac 2008 sekurang-kurangnya beliau sudah menikmati ganjaran lebih dari jawatan hanya sebagai Senator.Lebih-lebih lagi beliau dari Selangor.

Yang nyata tidak ramai yang tangkap sebab sebenar beliau bertindak begitu.Tambah pula ia dikaburi oleh dakyah pembangkang yang terus menerus cuba menghakis kredibilitinya dengan dakwa beliau melompat kerana dibeli oleh janji pangkat dan ganjaran wang.

Toleh kiri kanan sebenarnya ramai kalangan pemerhati politik yang hairan mengapa beliau perlu tinggalkan PKR.

Adalah cakap-cakap yang mengatakan beliau berlaga angin dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Namun itu belum cukup kuat untuk mendorongnya melangkah keluar.

Sebenarnya puncanya cukup mudah dan kecil saja.Itulah selalunya berlaku dalam politik.Benda besar tidak jadi hal tetapi yang buat sangkut sampai meletop habis…hal yang kecil saja.

Ia berdetik dari naluri seorang manusia biasa yang ‘ hairan’.

Bukan kerana Azmin maupun Anwar sendiri.

Dalam hal ini Wan Azizah perlu menyalahkan dirinya.

Ini semua gara-gara panggilan telefon isteri Anwar itu dari Washington yang bernada ‘ cukup cemas’ padanya pada satu hari.Ketika itu beliau berada di rumah Anwar lama di Bukit Damansara.

Semasa dalam tempoh edah selepas dibebaskan Anwar tidak boleh aktif politik dan banyak menghabiskan masa di luar negara menjadi pensyarah undangan.

Kebetulan waktu itu Anwar kembali ke tanah air dan Wan Azizah berada di Washington.

Kalau mengikut apa yang diceritakan oleh Ezam dari perbualan telefon itu,jangan kata beliau yang sudah dewasa,budak sekolah darjah satu pun pasti akan membuat kesimpulan sepertinya bahawa ada yang ‘ tak kena’ dengan perangai bosnya itu.

Ezam menceritakan segalanya secara detail tentang perbualan telefon itu tetapi minta ia secara off the record kerana sebab-sebab tertentu - yang dapat difahami mengapa.

Itulah kata Ezam spark off keraguannya tentang Anwar dan turning point nya.

Katanya ia bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana moral.

Glamer Punya Pasal, Apa Dia Kisah!!

Kecoh betul dari membuat hal hingga dibicara dan dipenjara, tidak habis dengan perangai menghina orang lain. Mungkin jenis sifat-sifat yang dididik dalam PAS boleh buat apa sahaja sesuka hati. Bekas imam Hoslan Husin yang menjalani hukuman penjara telah menghebohkan melalui Harakah kononnnya telah mengislamkan dua orang banduan tertapi hanyalah satu penipuan, semata-mata untuk menunjuk kepada masyarakat bahawasanya selama ini dialah yang paling mulia walaupun kurang ajar dan biadap. Emmm Kemulian dalam Kebidapan, memang bahaya betul PAS terlampau tabsud dengan politik hingga melupakan adab-adab dalam islam. Jika benarpun dia bertindak sedemikian perlukah bersikap mendabik dada dalam mengerjakan kebaikan?

SHAH ALAM - Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.

Hoslan menjalani hukuman penjara satu tahun sejak 8 Mac lalu kerana membaling kasut ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan oleh media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur Jabatan Penjara.

"Hasil siasatan mendapati laporan (media) adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan media.

Menurut Supri, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain.

Misalnya menurut beliau, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan.

"Ia bagi memastikan pengislaman tersebut dilaksanakan secara teratur," katanya.

Menurut beliau, salah seorang yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dia dipenjarakan.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam, yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat," kata beliau.

Malah dalam kenyataannya, Supri menekankan bahawa "dimaklumkan juga pegawai agama atau pembantu pegawai agama yang menjadi imam kepada banduan di surau-surau di dalam penjara dan bukannya banduan."

Selain itu kata beliau, semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara.

"Kemungkinan penama (Hoslan) di atas hanya menjadi imam di sel di mana dia dia ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu, pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah dalam sel, pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka," katanya lagi

Thursday, 29 March 2012

Kak Jah Terkejut Bang Nuar Histeria

Alahai bila kena serang bertubi-tubi jawapan yang paling tahu hendak jawap saman! tapi tak juga saman-saman. Biasalah Raja Drama!!

Antara Bezanya Sifat MB Selangor Dengan Kadam Auta


Memang kali ini rakyat Malaysia diberi rahmat oleh takdir Allah, dengan mempertontonkan wayang sendiwara Pakatan Haram dalam mentabir Selangor. Semenjak Hasan Ali dipecat, bukannya hendak memberi ruang nafas lega buat Pakatan Haram, sebaliknya makin mengelabah segala wajah-wajah Pakatan haram yang mengtabir Selangor.
Kadam oh kadam kenapa engkau buat auta.
Macam mana aku tak Auta,
Anwar yang suruh! Anwar yang Suruh!

Satu persatu tampa putus-putus wakil Pakatan Haram menyerang Hasan Ali seorang. Macam-macam edisi cerita cuba didedahkan membabitkan hal salah laku Hasan Ali. Pelik bukan! Kenapa sehingga Hasan Ali di pecat baru hendak nampak salah laku Hasan Ali. Adakah sebelum ini setiap salah laku Hasan Ali itu halal selagi dia masih bersama-sama Pakatan Haram dan bertukar menjadi haram bila keluar atau dipecat dari Pakatan Haram. Bagaimana dengan menteri yang belum dipecat, masih halalkah salah laku mereka?

Kali ini Khalib Gagap pula mendedah yang Hasan Ali masuk campur dalam urusan pemberian tender prasarana Selangor. Kenapa pulak baru sekarang Khalib baru boleh nampak dan menegur Hasan Ali. Kenapa tidak sebelum ini semasa Hasan Ali masih lagi sebahagian dari Pakatan Haram.

Apakah sebelum ini fungsi Khalib Gagap hanya sekadar kadam tua yang tidak boleh mencampuri urusan-urusan salah laku exco lain. Bukankah Menteri Besar berkuasa memantau setiap pergerakan Exco dibawahnya, dan kalau betul kuasa Menteri Besar boleh memantau kenapa Khalib Gagap kena tunggu Hasan Ali dipecat baru boleh hendak mendedahkan segala salah laku Hasan Ali.

Dimana hilangnya sistem SELCAT yang dibanga-bangakan kerajaan Selangor, yang konon paling telus dan cekap. Kenapa SELCAT tidak berfungsi untuk memantau salahlaku menteri dari Pakatan Haram atau hanya berkuasa untuk mendedah salah laku pemimpin UMNO dan mendakwa mereka sahajakah. Jika betul hanya boleh digunakan untuk menentang lawan, dimana pula letaknya intergriti sistem SELCAT yang dicanang-canangkan selama ini. Rujuk sini

Sekarang rakyat Selangor boleh lihat dengan jelas dari apa yang dipertontonkan takdir Allah. telah membuktikan selama ini pentabiran Selangor sekadar mainan wayang untuk menyelamat kroni dan bukannya berdasarkan ketulusan dan kecekapan menjaga kepentingan rakyat. Malah kesungguhan berbakti kepada rakyatpun tidak ada! Sedangkan janji-janji PRU12 dengan rakyat yang berjela-jela belum ditunaikan, sebaliknya rakyat Selangor ditipu hidup-hidup dengan dalih lagu "bangau oh bangau" menunding salah orang lain. Kini muncul lagi pembuktian menteri Pakatan Haram lebih mengutamakan kekayaan kroni dari mentabir dengan baik dan berkesan.

Berbeza pula dengan Najib yang sanggup merelakan mana-mana menteri disoal dan dibicarakan tampa campur tangan dan beliau sendiri turun ke padang, dengan sendiri untuk memenuhi pengisian Tranformasi Kebajikan Rakyat. Najib itu permata dan Pakatan Haram bukanya kaca sebaliknya plastik luntur dalam tong sampah. Allah telah takdirkan dengan pentunjuk yang jelas bahawasanya kepimpinan Pakatan Haram hanya manis dimulut tapi penjaham segala-galanya. Kenapa pula kita perlu menafikan dengan apa dipertontonkan Allah. Fikir-fikirkan sebelum terlewat dalam penyesalan.

Bila Ultra Kiasu Naik Angin?

Apalah nak naik angin sangat dengan Ultra Kiasu sorang ni. Setelah secara diam-diam buat rancangan, pandai pula berdalih mengelak bila diminta menjelaskan keadaan sebenar. Kelakarnya  bila Guan Eng berbicara mengapi-ngapikan sentimen perkauman dengan kaedah melenting hendak saman-menyaman. Inikah tahap intergriti Menteri Besar Pulau Pinang.

Ini ekoran pendedahan Shaik Hussien tentang Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group,  projek pembangunan itu termasuk dengan menjual tapak masjid yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, Guan Eng tidak seharusnya mengganggu-gugat harta milik orang Islam dan tapak masjid itu sepatutnya dipecah sempadan dan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan seterusnya diwakafkan. "Selain tapak masjid, Guan Eng juga didapati menjual tapak sekolah. Walaupun pemaju Tropicana Ivory Sdn Bhd sebelum ini bersetuju untuk membina sekolah di kawasan itu tetapi saya khuatir pelaksanaannya kelak akan diputarbelit dan mereka (pemaju) dengan hanya membina sekolah antarabangsa sepertimana pembinaan sekolah Prince of Wales International School di Botanica City, Balik Pulau yang menafikan hak anak orang miskin tempatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian 23 Mac 2012.

Apabila Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu. Sinar Harian 29 Mac 2012. Guan Eng enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti. Bukankah itu tindakan mementing diri dengan menyembunyikan status sebenar isu tersebut. Apakah rakyat Pulau Pinang tidak mempunyai hak mengetahui status kebenaran isu yang dibangkitkan oleh  Shaik Hussien  dari Pegerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Guan Eng sepatutnya menjelas secara terperinci walaupun berhajat untuk membawa kes ini ke makamah. Soal makamah itu soal antara Guan Eng dengan Shaik Hussien dan Pegerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang. Tertapi rakyat hendak tahu segera adakah Guan Eng terlibat dalam mengadaikan tapak masjid yang menjadi hak kepentingan buat umat islam di Pulau Pinang. Guan Eng jangan bermain helah untuk menanguhkan kes kerana agenda tertentu dan tersembunyi. Kami rakyat yang beragama islam mahu penjelasan segera. buktikan intergriti anda sebagai Menteri Besar Pulau Pinang yang cekap dan telus.

Kalau dah jenis Ultra Kiasu mana hendak penah mengaku mengamal dasar pilih kasih, memilih bulu sesama kaum mereka. Hairan betul MB macamni langsung tidak boleh ditegur mesti melenting punya. Kalau berani biar kerana benar bukan jadi biawak pengecut!

Revolusi Permikiran Komunis Moden Dalam Ultra Kiasu


Zaman kegemilangan komunis telah lama berakhir. tertapi budaya membawa pengaruh komunis makin menjadi-jadi. Penglibatan melayu juga semakin meluas. Melayu rela mengkhinati bangsa sendiri demi kuasa walaupun dari parti yang mengaku islam. Baru-baru ini DS Najib telah berjanji untuk menyelesaikan berberapa tuntutan dari Dong Zong atas inisiatif Najib ingin menjaga kebajikan rakyat meliputi semua pihak walaupun berbeza kaum.

Kebiadapan Dong Zong mengugut PM, mengadakan demonstrasi Ultra Kiasu yang turut diapi-apikan oleh PKR dengan memainkan sentimen yang boleh mengakibatkan rusuhan antara kaum pada akhirnya.

Bukan susah hendak faham apa niat sebenar PKR yang majoritinya melayu. Tindakan terdesak PKR hanya kerana mahu mempergunakan apa sahaja peluang yang memungkinkan mereka menang PRU13 kerana ini adalah PRU kalah mati. Tampa memikir kesannya apabila terlampau jauh terjebak di alam Ultra Kiasu. Apatah situasi Anwar dalam bahaya jika tersalah langkah penghintungan.

Berdasarkan jumlah tuntutan Dong Zong yang banyak, adalah mustahil untuk ditunaikan serta merta. Bukan semua tuntutan dapat dilunaskan tampa sesi penilaian dan pembahasan. Kita dalam negara majmuk harus faham semua bangsa ada kehendak tuntutan masing-masing. Berterima kasih la sikit bila PM bermurah hati untuk menyelesaikan berberapa perkara seberapa segera.

Semuanya suatu yang terancang! Dong Zong bertindak sedemikian atas unsur dorongan pihak-pihak tertentu terutama Ultra Kiasu, tentunya untuk meraih kuasa pengundian PRU13 yang memihak kepada Pakatan Haram. Oleh kerana melayu kian berpecah maka makin ramai ujudnya suara-suara biadap Ultra Kiasu mencabar keharmonian berbilang bangsa yang subur di negara tercinta. Malah tidak mustahil bila mereka makin naik kepala bertindak agrasif dengan cuba mengubah dasar empat perkara Agama, Bangsa, Raja dan Negara, menjadi permainan terbaru mereka untuk merampas kuasa mutlak.

Samada PAS sedar atau tidak. PAS sedang mengajar melayu menghina bangsa sendiri supaya hilang erti jati diri menghormati keturunan melayu. Inilah perang saraf halus demi melebarkan lagi jurang pepecahan sesama melayu yang dalangnya Ultra Kisau sebagai mentor PAS.

Spesis-spesis ULTRA KIASU memang sudah pandai memikat melayu, berjanji kepada yang selaras menurut hak-hak kaum dalam Perlembagaan. Semuanya untuk mengelak dari dilabel rasis dan perkauman. Penipuan ini bakal memikat golongan melayu masuk dan terperangkap dalam rancangan jangka masa panjang yang seiras dengan Revolusi Pemikiran Komunis Baru. Walaupun adakalanya perlu memendamkan prinsip asas perjuangan Ultara Kiasu demi mengikut jadual jangka panjang hingga ke matalamat utama tampa terbantut.

Memandangkan melayu suka berpolitik walaupun sampai kebulur. Tentulah sifat ini akan menjadi satapan mewah buat Ultra Kiasu. Semakin jauh melayu berpecah, semakin luas hak milik melayu tergadai. Sedarlah dari mimpi siang, sebelum menagis dalam penyesalan yang terlewat.


Wednesday, 28 March 2012

Pemuda PAS Hilang Sabar Dengan Semangat Yahudi Yang Dibawa Nik Aziz dan Haji Hadi

Pemuda PAS sudah hilang kesabaran dengan sikap Nik Aziz dan Haji Hadi yang mula berjinak-jinak mendekati pengaruh Yahudi. Ini berlaku setelah hubungan arkab mereka bersama Anwar semakin intim. Dalam pada itu Nik Aziz dan haji Hadi makin dilihat sebagai cuba menyerap pengaruh Yahudi sebagai revolusi kematangan PAS. Berbeza dengan Nasrudin Hassan yang lebih memikirkan setiap ringgit dagangan dengan Yahudi menghasilkan sebutir peluru yang meragut nyawa umat Islam terutama Palestine.

Nasrudin berpegang pada pendapat Ulama telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini. Tertapi di dalam PAS pengaruh Anwar lebih hebat dari mana-mana Ulama dalam dunia ini. Dengan itu semua hujah-hujah Nasrudin hanya sekadar celoteh membuang masa untuk di layan Nik Aziz dan Haji Hadi. PAS sudah tiada masa untuk dengar benda-benda yang dianggap semakin remeh walaupun Nik Aziz dan Haji Hadi terpaksa melanggar akidah, syariat dan rukun demi penyelarasan perjuangan bersama Pakatan Haram.

Itulah fenomena di dalam PAS yang mana suara akar umbi sudah tidak penting. Usahlah berhujah dengan bersandarkan mana-mana ulama dunia atau mana-mana petikan Al Quran atau Hadis, sebab suara Anwar mengatasi segalanya dan mampu mengubah apa jua yang haram kepada halal. Nik Aziz dan haji Hadi akan sentiasa memberi kebenaran dan kelulusan walaupun walaupun terpaksa melanggar akidah, syariat dan rukun. Yang paling penting akar umbi PAS bersedialah menjadi kaldai kepada Anwar, PKR dan DAP.

Bangsa Melayu Disamakan Dengan Bangsa Yahudi-Nik Aziz


Semakin menjadi-jadi sikap keterlaluan Nik Aziz bila bercakap soal bangsa Melayu. Kami tahulah yang Nik Aziz malu mengaku Melayu. Tertapi jangan terlampau sangat hingga memberi perbandingan dengan bangsa Yahudi. Apa hina sangatkah bangsa Melayu dimata Nik Aziz hingga bergitu tergamak disama-samakan antara Melayu dan Yahudi.


"Beliau menyifatkan tindakan masyarakat mengagungkan-agungkan bangsa seolah-olah terikut-ikut dengan pendekatan bangsa Yahudi yang mahukan masyarakatnya dihormati dengan mengetepikan hak orang lain." Sinar Harian


Walau apa jua bentuk nasihat hendak diberi oleh Nik Aziz. Adakah wajar bersikap menghina bangsa melayu sehingga disama-samakan dengan Yahudi. Seolah-olah Nik Aziz tidak bersyukur menerima Qada dan Qadar Allah yang dia dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Seandainya Nik Aziz dilahirkan sebagai bangsa Cina dan bangsa India belum tentu dia beragama Islam. Bagaimana pula kalau Nik Aziz dilahirkan dari golongan Yahudi? Fikir-fikirlah jangan keterlaluan sangat. Sedangkan orang Arab memuliakan bangsanya, kenapa kita hendak menghina bangsa kita sendiri. Sepatutnya kita memartabadkan bangsa melayu sebagai perjuang syiar Islam terbaik. Supaya lebih di hormati dari negara islam dan bukan islam lain. Bukanya menghina dengan seburuk-buruknya.

Yang peliknya sejak bila pula Nik Aziz pandai mengutuk Yahudi sedangkan dia merstui Anwar mendukung keselamatan Israel “Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal. Adakah semua ini sekadar ingin menyembunyikan perasan malu Nik Aziz yang dihina terang-terang oleh Anwar. Setelah Anwar tidak memandangpun amaran kata dua Nik Aziz dan Majlis Syura yang mendesak Anwar menarik balik kenyataan di WSJ atau menyaman WSJ.

Bangsa Melayu tidak penting buat Nik Aziz yang dia pentingkan sangat Bangsa DAP sayang sesangat! 



Harap Pengalaman Lebih Tapi Ilmu Cetek Buat Apa!!

Itudia!! bila Si Gagap memuji Raja Auta yang kuat makan puji, sampai tak ingat dunia terawang-awang dalam dunia khayalan Pakatan Haram. Hebat sangat ke King Liwat menasihat ekonomi Selangor. Gelaran terhebat Anwar Penasihat Singgit (kalau barang murah mana ada kualiti)

Untuk pengetahuan Khalib zaman Anwar jadi Menteri Kewangan dan barua IMF kadar faedah yang di kenakan kepada pinjaman melambung naik lebih dari 10%. Itu kehebatan sebenar Anwar kuat menghisap darah. Walaupun kadar faedah tinggi, prestasi ekonomi zaman Anwar masih juga tidak dapat menadingi prestasi Daim Zainuddin. 

Kehebatan Anwar semasa era Sabah sekitar 1996 ketika Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri melalui kaedah'Merry Go Round.' Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan Lesen Judi Loteri 88 kepada Diriwan Corporation Sdn Bhd (DCSB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Olympia Industries Berhad yang dipengerusikan oleh Dato' Rani Ibrahim, abang kandung Anwar Ibrahim. Siapa punya tangan magik dalam kes ini kalau bukan anwar!!

Kehebatan Anwar tahun 1990, semasa orang melayu telah mencapai penguasaan 18% ekuiti syarikat BSKL, mendadak berubah setelah Anwar mengambil alih kepimpinan di Kementerian Kewangan sehingga 1998. Walaupun ekonomi negara sedang mencanak naik ketika itu, Anwar hanya berjaya meningkatkan tidak sampai 2% daripada statistik 1990, ketika Daim Zainuddin meninggalkan Kementerian Kewangan. Kenapa Anwar masih gagal meningkatkan ekuiti Bumiputera ketika begitu banyak syarikat swasta pesat bercambah, mahu pun yang berkaitan kerajaan, disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)? Adakah kerana Ilmunya Cap Ayam!!

Kehebatan Anwar terselah lagi kerana pemilikan ekuiti Melayu dalam syarikat di BSKL menjadi harubiru akibat rancangan terselindung Anwar dengan mengamalkan konsep seperti dalam IOI Berhad di mana bapanya menjadi pengerusi tetapi saham-saham dimiliki oleh bukan Melayu? Malah kerana itu jugalah sampai sekarang Anwar mengatakan DEB gagal, wahal yang gagal semasa zamannya menjadi Menteri Kewangan bukan zaman Daim dan bukan zaman Najib yang nampak lebih berganda-ganda hebat berbanding prestasi Anwar.

Kehebatan Anwar terselah lagi apabila Anwar seorang kaki judi, mengakibatkan negara kehilangan RM9.3 billion WANG RAKYAT “Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata. Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan. Siapa yang membaik pulih keadaan kalau bukan dengan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir yang merupa PM zaman itu.

Ini kelebihan auta Anwar semasa menjadi Penasihat Ekonomi Singgit Selangor.
  • Hutang air Selangor cecah 1 billion hingga Syabas mengambil tindakan undang-undang. 
  • Projek pasir banyak dicuri dari menjadi hasil negeri. 
  • Ubahsuai pejabat Menteri paling murah RM300 ribu.
  • Gaji pokok Pengurus Besar PKNS RM 40,000 sebulan disamping kemudahan dan lain-lain elaun, 
  • Sewa tapak peniaga kecil PKNS naik 100% serta merta
  • Tanah wakaf sekolah agama pajak kepada tokey cina
  • Padang bola PKNS SS7 Kelana Jaya, dirampas buat pusat komosial.
  • Pecat Alam Flora sehingga sampah bersepah-sepah tidak terurus di serata Selangor.
  • Tidak tahu mencari sumber dana untuk melunaskan janji-janji PRU12.
  • Bagunan PKNS bakal tergadai.
Dimana yang dikatakan hebat sangat Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Singgit. Selangor kalau tidak ada kerajaan Pusat yang kuat seperti sekarang alamat habislah tergadai segala benda.
Kita sebagai rakyat jangan jadi buta?

Tuesday, 27 March 2012

LGE Tergesa-gesa Gadaikan Keselamatan Rakyat


Selama ini adakah rakyat kita sedar yang Lim Guan Eng adalah seorang menteri yang paling tidak bertanggungjawap kepada keselamatan rakyat. Siapa sangka biawak hijau ini paling buruk perangainya dengan tergesa-gesa membenarkan pembinaan kilang panel solar (photovoltaic) & komponennya terbesar di Malaysia bernilai RM2.2 bilion di Batu Kawan.  Pada 9 Mac, 2012, BOSCH Solar Energy dari Jerman telah membayar RM11.6 juta sebagai 20% bayaran pendahuluan bagi pembelian tapak kilang 32.3 hektar di Batu Kawan. Kelulusan yang tiba-tiba muncul dan tergesa-gesa, kenapa bergitu terdesaknya Guan Eng? itu dalam masa mereka menyerang Lynas kononnya atas isu alam sekitar.

Hairan!! Bagaimana projek ini mendapat kelulusan mudah dari kerajaan Pulau Pinang sedangkan tahun lepas, wilayah Zhejiang telah mengarahkan penutupan serta-merta keatas sebuah kilang solar (photovoltic), kerana kesan sampingan kepada alam sekitar.  Isu ini menyebabkan kerajaan China kerugian besar dalam sektor perikanan dan pertanian, akibat tindak balas pemperosesan besar-besaran sel solar akan menjana pencemaran alam sekitar melibatkan tanah, udara, pengaliran sungai dan laut.. Malah ujud kesan pencemaran dari pemperosesan dan pembuatan Fotovoltaik yang mengakibat ujud banyak sintom penyakit baru, melanda diwilayah tersebut. Kesan ini menyebabkan penduduk memberontak mengarahkan penutupan walaupun, setelah terlewat kerana teruk menangung kesan sampingan dari kilang tersebut.

Apa guna menikmati kesan tenaga solar yang jimat elektrik kalau kita kena tangung kesan dari penjimatan orang lain. Ada Guan Eng ambil kisah! atau Guan Eng banyak-banyak untung!!

Siapa sangka sifat jahat Guan bukan setakat itu sahaja, malah mempunyai perangkaan jahat yang lain,  Guan Eng merancang membinaan rumah kos rendah sebanyak 12000 unit di kawasan seluas 200 hektar berdekatan dengan kilang solar tersebut. Sudah pasti nanti, kebanyakannya tentu dari golongan orang melayu dan india berbanding berberapa kerat sangat orang cina. Huhh senang-senang mereka menikmati faedah rundingan ini tapi rakyat  juga jadi mangsa menangung kesan sampingan yang berpanjangan. Almaklumlah kawasan paling banyak kesan pencemaran tentu harga tanah akan jatuh. Sudah beresiko baru Guan Eng hendak gunakan sebagai bukti kebajikan rakyat. Ini sebenarnya kebajikan rakyat atau membunuh rakyat?

Selama ini mereka mempolitikan isu Lynas yang telah mendapat pelbagai kelulusan dari pakar yang mengatakan keselamatan terjamin, malah kerajaan pusat bersedia menyediakan ruang rundingan secara berterusan. Semuanya Pakatan Haram tolak mentah-mentah dan sentiasa mencari helah baru kerana agenda PRU13 (klik sini)  Sehinggakan sanggup mempolitikan isu Lynas demi mempamerkan rakyat yang Pakatan Haram bergitu prihatin menjaga kepentingan keselamatan rakyat dan alam sekitar. Peliknya, kenapa mesti "Double Standard" dengan kilang solar yang terang-terang dibuang dari China. Dimana perginya cadangan-cadangan dan tuntutan-tuntutan menjaga kepentingan seperti mereka laung-laungkan kepada isu Lynas. Hairan bukan!!

Berbeza dengan Lynas, Lim Guan Eng bergitu mudah meluluskan projek ini tampa siasatan alam sekitar dan tampa rundingan awam. Kelulusan dibuat secara tergesa-gesa tampa diberi masa untuk pembahasan dan penelitian. Apa yang sebenarnya membuatkan Guan Eng bergitu tergesa-gesa membenarkan projek ini?

Guan Eng sepatutnya mendapatkan pandangan pakar dana membenarkan penyelidikan dijalankan secara terperinci, demi mengenal pasti sejauhmana keselamatan awam dan alam sekitar tidak terjejas dengan projek ini. Tertapi semuanya berlaku secara tiba-tiba tampa sesiapapun menduga keputusan Guan Eng, yang dilihat terlampau tergesa-gesa dan terdesak. Apakah sebagai MB Pulau Pinang memberi kuasa penuh kepada Guan Eng memperlakukan sesuka hati sehingga memudaratkan nyawa rakyat dan masa depan generasi baru kita.

Rakyat harus mempersoalkan kerakusan biawak hijau ini. Mereka suka-suka buat keputusan demi sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat. 



Pratonton Wajah-wajah Syaitan Bisu

Semenjak Hasan Ali dipecat, semakin banyak cerita-cerita kemungkaran Pakatan Haram terdedah satu demi satu. Bukan suka sangat untuk mencerita hal-hal orang bergelar Ulama! tetapi setelah memperhalusi tabiat Ulama PAS lebih menurut nafsu dari menegakan kebenaran. Adalah wajib bagi kita bongkarkan demi kepentingan bersama. Apa yang diluahkan nanti bukan sekadar celoteh tertapi realiti yang tidak dapat di terima kebanyakan puak-puak Pakatan Haram yang semakin bendul tidak bertempat.
Gambar Hiasan

Dimana kedudukan Ulama dalam PAS sekarang yang kononnya mempunyai Majlis Syura mampu mengawal tindak-tanduk perjalanan Parti. Kenapa masih ramai rakyat belum sedar kehadiran Majlis Syura Ulama sekarang lebih dilihat untuk mempolitikan apa sahaja kemungkaran Pakatan Haram supaya dihalalkan. Adakah rakyat tidak nampak bagaimana PAS mempolitikan islam hingga habis melanggar akidah, syariat dan rukun, semuanya dibungkus seperti sampah sarap, demi teruja dengan janji-janji Anwar, PKR dan DAP dengan bayangan kegairahan menduduki tahta Putrajaya.

PAS sengaja putarkan pengertian Islam membenarkan politik kepada mempolitikan islam. Jika manusia mempolitikan Islam demi kepentingan nafsu serakah, bukankah wajib kita peranggi habis-habisan. Apatah sikap PAS sekarang mendabik dada membuktikan mereka lebih islam dari mana-mana islam yang tidak menyokong mereka. Adakah itu amalan mulia menjadi tuntutan Islam.

Pelik bukan bagaimana mereka boleh mengangap lebih islam sedangkan sifat mereka menyamai syaitan bisu seperti tersebut dalam surah Al Baqarah 6-18. Adakah yang pautan dibawah boleh dipangil jihad kearah kemasyuran islam atau bisikan syaitan mewarnai Pakatan Haram. Rujuk Majlis Suram PAS dan PAS Berlajar Dari Survival Anwar 

Bagaiamana semua bisikan-bisikan halus ini bermafaat buat Pakatan Haram. Kita renungkan jika ketiga-tiga kumpulan parti yang berbeza agenda,  menjalankan serang saraf kepada kelompok tertentu, yang mereka mampu menjajahi minda, impaknya akan menjadi satu pakej lengkap buat Pakatan Haram memegang semua kelompok disatukan dibawah satu perjuangan bertopeng bisikan kemusnahan Negara Islam.

Lihat rentetan peristiwa pratonton PAS sanggup berdrama menentang Ambiga dalam isu Seksualiti Merdeka mewakili kaum menuntut kebebasan sex. Bertapa tergang dan garangnya puak-puak PAS berjuang, tertapi setakat mana?

Ambiga masih berupaya meraih undi kepada golongan yang besar jumlahnya tampa merencatkan kepercayaan pengikut PAS kepada pemimpin PAS. Bukan apa!! Kalau ikut kebiasaan PAS, semangat hendak memperotes sesuatu yang bercanggah dengan perinsip perjuangan mereka, maka penuhlah atas jalan raya siap dengan sepanduk dibawa dari si bapa, ibu malah anak-anak kecil pun ada sanggup berpanas berhujan dan kalau perlu mengorbankan nyawapun bukan suatu yang sukar buat meraka. Lagi ramai cedera lagi bagus senang buat isu, kalau matipun ada harapan mati syahid, itulah kebanyakan kepercayaan yang bermain diminda pengikut-pengikut tabsud PAS.

Wahal dalam kes Ambiga PAS tidak berlaku sedemikian rupa, PAS hanya melakonkan drama mempertahankan kepercayaan pengikutnya. Itulah agenda Pakatan Haram  mempengaruhi semua sumber yang ada walaupun terpaksa melanggar akidah, syariat dan rukun. Jadi salahkah saya menganggap mereka ini golongan yang hilang pedoman hidup Islam sejati!! Bergitu juga dengan rentetan peristiwa dibawah, dibuat dalam kaedah yang sama
  • PAS rela dengan tindak tanduk Anwar meliputi nafsu yang tidak penah terbatas.
  • Menyokong Linda Joy Murtad
  • Meyokong seks bebas LGBT
  • Menggadaikan Khalimah Allah
  • Menyokong kenyataan Anwar yang undang-undang Liwat sudah lapuk 
  • Menyokong buku Jingay yang menghalang Hudud dilaksanakan
  • Menyokong ucapan-ucapan pluralisma Anwar, yang Nik Aziz sedia maklum dan berdiam diri walaupun itu ucapan yang sesat.
Bila kita perjuangkan dan mempersoalkan kesesatan PAS mesti mereka akan persoalkan UMNO boleh berkawan dengan MCA dan MIC. Cuba kita bertanya kepada PAS adakah UMNO penah menyokong dan membela Perliwat, Membela Penzina, membela hubungan sumbang antara ketua dan isteri timbalan hingga melahirkan seorang anak, membela Ambiga yang menuntut 14 perkara yang bertentangan dengan islam dan banyak lagi kalau saya luahkan semua panjang berjela. Sampai bila kita hendak bersubahat dengan kerja berunsurkan kemusnahan syiar islam.

Adakah jika Pakatan Haram menang besar nanti. PAS benar-benar akan mampu mengawal dan memperbetulkan semua semula? 

Itulah ucapan paling bodoh dan pembohong terbesar oleh PAS. Adalah mustahil buat PAS memperbetulkan semula mengikut acuan tuntutan Islam. Habis!! PAS ingat Ambiga itu tunggul kayu ke hendak biar PAS layan semua kehendak senang lenang, atau Anwar tidak perlu membuat lapuran prestasi kepada puak-puak Yahudi yang bersusah payah melabur dan menyalurkan bertapa banyaknya dana ke dalam kantung Anwar. PAS berdusta sepanjang hayat mereka kerana nafsu sehingga sanggup mengkhianati Agama Raja Bangsa Negara. Kalau hendak mengaku melayu pun dah malu!! Entahlah apa kejenis bangsa asal mereka dipungutpun tak tahulah.

Syukur Allhamdulillah Hasan Ali dipertunjukan hidayah dengan cahaya kebenaran hingga kita dapat tumpang menyaksikan siapa yang semakin sesat dalam mabuk nafsunya, kalau bukan PAS. Kita sesama islam bukan hendak menghina dan mencerca sesama kita, tapi kalau dah sampai tahap melanggar  akidah, syariat dan rukun. Salahkah saya menuduh PAS penegak kemungkaran dan wajib diperangi habis-habisan.

Monday, 26 March 2012

Misteri Lembah Sirih


Projek Pembangunan Lembah Sireh (Kota Bharu Waterfront) merupakan hartanah terbesar negeri Kelantan yang mana keseluruhan projek dianggarkan bernilai RM 2 Billion sedang dimajukan oleh Pemaju Liziz Standaco Sdn Bhd. Kawasan yang terlibat adalah lebih kurang 400 ekar di mana tanah kerajaan yang terlibat ialah 150 ekar dan selebihnya adalah tanah milik persendirian penduduk kampung. Mengikut perancangan meliputi:-
  • Projek perumahan dan rumah kedai komesial.
  • Taman rekreasi dan taman awam 
  • Pusat peranginan dan hotel, 
  • Kemudahan marina dan pusat air,   
  • Jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina. 
  • Kedai komersial dan pelbagai kemudahan sosial untuk penduduk tempatan, 
  • Kompleks membeli belah antarabangsa, bangunan pejabat dan pusat komersial, 
  • Lingkaran jalan ke semua arah ke bandar Kota Bharu, 
  • Water front dan laluan pejalan kaki dan jeti awam.
Walaupun projek telah lama pemaju hanya mampu siapkan terminal bas(ala 70'an), pasaraya Tesco dan berberapa lot-lot kedai masih dalam pembinaan, kosong dan terbiar. Merujuk kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan. Menimbulkan pelbagai persoalan apa yang sedang berlaku disebalik misteri wayang gambar kerajaan Kelantan

Malah Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata. Kerajaan Pas Kelantan disifatkan tidak bijak apabila dikatakan hanya mampu memperoleh premium rendah hasil pelaksanaan projek Lembah Sireh yang didakwa membabitkan pelaburan berbilion ringgit.  Walaupun kawasan Lembah Sireh melibatkan kerja-kerja tebus guna tanah, ia sepatutnya tetap berupaya memberi pulangan lumayan kepada kerajaan negeri. Apa yang dikesalkan adalah Kerajaan Pas Kelantan yang sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir, gagal melihat peluang untuk membuat keuntungan besar dalam projek berkenaan. "Negeri lain juga ada projek melibatkan kerja-kerja tebus guna tanah, tetapi mereka boleh menjana keuntungan besar kerana kerajaan negeri terbabit bijak dalam membuat perkiraan. PAS Kelantan apa yang cuba disembunyikan?

Apa yang paling menakutkan sikap kerajaan Kelantan dari mula lagi meminggirkan kepentingan melayu dan bumiputra. Malah  Presiden OMBAK Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad menuntut supaya kerajaan Kelantan memberi penjelasan mengenai perjanjian yang dibuat dengan syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd, yang membabitkan beberapa projek bernilai lebih RM350 juta. Perjanjian antara kedua pihak menuntut syarikat berkenaan memberi sumbangan lebih RM350 juta dalam bentuk pembangunan seperti membina jambatan, masjid, stadium tertutup wanita dan sumbangan kepada tabung perumahan kos rendah dan masih belum diketahui apa untung hasilnya.

Apa yang paling ngeri, berlaku kepincangan antara kerajaan Negeri kontraktor sejak November 2010, kerajaan negeri dilapor akan mengkaji semula perjanjian yang dianggap bermasalah. Setakat ini pemaju hanya berjaya melaksanakan berberapa peratus sahaja projek melalui perjanjian tersebut, yang mungkin mengakibatkan berlakunya penamatkan perjanjian dengan pemaju hingga belakunya pecah kontrak. Ini memungkinkan projek tertangguh untuk jangka masa yang panjang dan boleh mengakibat bertambah teruk kesannya.

Adakah bakal menjadi projek Gajah Putih atau kerajaan Kelantan bakal kerugian besar, itu bergantung sejauh mana hebatnya ilmu PAS. Setakat ini rakyat tempatan nampak kerajaan Kelantan di bawah Nik Aziz belum penah membuktikan apa-apa yang dapat dibanggakan! Sejauh mana misteri Lembah Sirih menjadi Misteri. Kalau UMNO menakluki Kelantan nescaya banyak misteri-misteri Kelantan terbongkar? Apatah lagi banyak keluhan dan rintihan penduduk makin menjadi-jadi menunjukan rasa tidak puas hati dengan apa yang kerajaan Kelantan lakukan.

Rakyat Kelantan ini masanya kita memberi perluang untuk UMNO buktikan erti Tranformasi Kebajikan Rakyat untuk sepenggal dan perluang melaku bedah siasat  22 tahun misteri-misteri Kelantan.

Ilmu Ekonomi Azmin Ali Tahap Bebal Pecah Kepala


Lawak! Lawak! dah nak masuk bulan 4 tahun 2012, Azmin Ali baru hendak dedahkan Audit Kerajaan 2010! Azmin tak tahu ke apa yang terjadi pada 2011. Ilmu cap ayam negara mana dia berlajar sampai bergitu lama sangat hendak dapat Audit 2010 kena tunggu 2012. 

Patutla haru biru keewangan selangor dikerjakan puak-puak ini. Almaklumlah penasihat RM1 dia Anwar namapun puniasihat seringgit mana ada kualiti. Semua cerita ini berdasarkan sidang DUN Selangor 23/03/2012, bila Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mendedahkan bahawa Hasan Ali (Bebas-Gombak Setia) melakukan penyelewengan dalam soal pemberian kontrak penyelenggaraan jalan kepada 83 kontraktor secara runding terus, bukan tender terbuka pada 2009 – berdasarkan maklumat audit 2010.

Kau orang bayangkanlah, Hasan Ali mewakili Exco dari 2008 hingga 2011, fuhh masak pungung Anwar, Azmin dan Pak Gagap kena tembak tepat ke dahi. Itu yang melompat puak-puak ini sampai hendak mendedahkan salah guna wang rakyat oleh Hasan Ali tapi Hasan Ali tak diam mulut, dia buka juga. Perhhhh Gasak mari kita lihat satu persatu mereka buka dan membuktikan bertapa teruknya permerintahan Selangor oleh Pakatan Haram. Nak tahu lagi baca ini

Sunday, 25 March 2012

Peringatan!! Perang Nuklear Bakal Melanda Malaysia


Rakyat harus bersiap sedia dengan keperluan yang sewajarnya untuk menghadapi Perang Nuklear yang bakal melanda pada masa yang tidak diduga dengan tepat, dan kumungkinan sebelum PRU13. Serangan bertubi-tubi bakal dimulakan oleh Ummi Hafilda bakal menyelongkar segala kemelut yang tersembunyi, melalui pembuktian secara detail perangai buruk Anwar dan Azmin. Bak kata karya Wan Azizah "Dunia Sudah Terbalik"

Rakyat sebagai Hakim Negara berhak menilai sebelum PRU 13! Untuk rakyat jalani pengadilan hukuman di Mahkamah Rakyat pada PRU 13. Rakyat berhak layak ke Anwar mentabir negara setelah macam-macam perangai buruknya.

Dunia Sekarang Sudah Terbalik- karya Wan Azizah

Tertarik tajuk rencana Wan Azizah "Dunia Sekarang Sudah Terbalik". Tertawa melihat tajuknya, dan tertanya-tanya dunia siapa yang terbalik sekarang, rasanya Azizah patut berfikir kepada pengertian tajuk yang ditulisnya. Tidak terlintaskah yang dunia Wan azizah bukan setakat terbalik tapi tungang terbalik terjatuh dalam lembah yang paling hina.

Suami Sendiri Tak Terjaga Dah Pandai Menunding Orang
Wan Azizah, adakah anda masih mahu hidup dalam berpura-pura menyembunyikan dimana hilangnya jam Omega. Adakah anda masih mahu berpura-pura tidak percaya sifat nafsu serakah suami awak yang bermacam cara, bermacam-macam jenis aktiviti kegemaran melempiaskan nafsu. Adakah semua video dari masuk hotel sampai adengan menyakit mata anda itu anda diamkan sahaja. Apakah sifat ini daya sifat seorang wanita sanggup menyembunyi patah hatinya terhadap perangai suaminya, semata-mata hendak memastikan Izzah tidak jatuh dalam arena politiknya. Adakah anda tidak mampu berfikir akhirnya nanti Izzah akan jatuh jua ke dalam lembah yang paling sakit dan hina, jika keluarga anda tidak lagi mampu mengawal atau membendung bau busuk bangkai yang anda selindungkan dengan naskah Keadilan Rakyat selama ini.

Fikir-fikirkanlah, Azizah! bukankah suami anda bergitu giat menghabiskan berjuta ringgit semata-mata untuk melobi yahudi bagi menaikan kembali pengaruhnya yang jatuh akibat dipecat. Siapa yang memecatnya! Siapa lagi kalau bukan orang yang ambil dan memberi didikan mendalami ilmu politik negara ini tapi akhirnya ini ucapan guru terakhir Anwar. Tun Dr. Mahathir menegaskan: ''Saya menganggap Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah. ''Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh saya, tidak dapat diterima oleh parti saya dan tidak dapat diterima oleh negara ini.''

Wan Izzah tentu lebih masak dengan perangai suaminya. Apa yang dituturkan TDM bukan setakat membuktikan zaman pemercatan Anwar, tertapi sampai sekarang isu itu berlanjutan dan terus berlanjutan. Bukan setakat itu tapi sifat suami Wan Azizah lebih buruk perangainya yang penuh dengan demdam kesumat semata marah kepada orang yang tidak merestui nafsu serakahnya. Ini sifat Anwar yang diperturunkan kepada Nurul Izzah.

Adakah wajar rakyat Malaysia menghalalkan apa sahaja Anwar lakukan!!

Apa yang hendak dihairankan sangat dengan Wan Azizah yang rela menutup bangkai pembuatan Anwar kerana asal cerita meraka dari kisah-kisah yang rosak moral. 

Anwar dari keluarga yang rosak. Bapanya Ibrahim Abd. Rahman mengambil orang gajinya sebagai isteri menyebabkan ibu Anwar Hajah Che Yan hidup tertekan dan mengidap lumpuh. Mokhtar adik Anwar pula penagih dadah. Keluarga yang tidak begitu senang dulu, menjadi kaya raya bila Anwar menjadi Menteri Kewangan. Anwar telah melarikan anak dara orang untuk bernikah di Siam. Anwar tidak mendapat restu daripada Wan Ismail bapa Azizah sehingga Wan Ismail terpaksa mengeluarkan pistolnya untuk mengusir Anwar daripada memasuki rumahnya. Akhirnya ibu Anwar mengambil inisiatif menikahkan Anwar dan Azizah dirumahnya, di Bukit Mertajam. Sikap Anwar ini memperlihatkan betapa undang-undang, peraturan tata susila dan budaya Melayu dan Islam boleh diketepikan asal ia boleh memenuhi hawa nafsunya. (YG INI PARA PEMBACA SEKALIAN BOLEH LIHAT DGN JELAS DAN NYATA SEKARANG ANWAR TAK PEDULI APA SEKALIPUN JANJI DIA BOLEH JADI PM, TERMASUK HAPUS DEB, HENTAM MELAYU DLL) 

Sekarang dunia siapa yang terbalik Wan Azizah. Dunia siapa? Tunggu sambungan ke siri 2.

Agenda PAS Hari-hari Kerja Menipu

Bila PRU13 makin hampir, makin kuat pula putarbelit PAS. Setengah mengaku Hudud akan dilakukan, ada yag kata hudud akan dilakukan kepada orang islam sahaja malah makin banyak kata bukan agenda utama serta tidak akan dilaksanakan. Bagaimana sikap berbelit-belit macam ini boleh dianggap PAS punyai ketokohan memimpin. Ada bagusnya PAS nyatakan satu pendirian yang mutamad bukan sekejap iya sekejap tidak.

Yang paling belit seorang penkarya HaramkahDelay. Menulis rencana ditegur ibunya sendiri "Kelantan tu dah lama dah PAS, tapi hudud depa tak buat pun". Terang-terang kena tegur sampai tidak terjawappun persoalan ibunya tapi masih juga berdalih dengan hujah entah kemana hala tujunya, tampa menyentuh kenapa gagal.

Keduanya penkarya tersebut bukan tidak tahu yang selama ini PAS tidak akan membawa hukum hudud sebagai perjuangan mereka. habis kenapa puak-puak PAS tidak mencanag seluruh Malaysia yang hukum hudud tidak dilaksanakan. Kenapa masih ada penceramah membawa agenda hudud sebagai agenda utama. PAS memang hari-hari buat kerja menipu rakyat. Larat ke lagi rakyat kita kena makan hasil menipu PAS yang tidak penah kesudahan? Larat ke?



Minta Tolongpun Anwar Berpeluh!!

Sudah dekat-dekat PRU13 ini bermacam-macam akal Anwar untuk menimbus jejak-jejak nafsu serakah liarnya. Ini kerana kali ini apa cara, apa kos Anwar wajib menjadi PM kalau tidak, dia!! dia sendiripun tidak dapat bayangkan apa nasibnya nanti kalau gagal dalam misi terakhir menawan Putrajaya.

Alkisah Anwar sedang berura-ura untuk mengheret Nallakaruppan ke makamah kerana menuduhnya biseksual. Maka bersorak-rialah puak-puak Pakatan Haram mendengarkan ura-ura Amwar akan bertegas menyaman sesiapa sahaja bawa cerita pasal biseksual. Baru berura-ura sudah gempak gempita keseronokan puak-puak Pakatan Haram.

Tiba-tiba Nallakaruppan bukanya berseorang, dia mempunyai rakan-rakan berani mati yang turut sama minta tolong!! saya ulangi mereka MINTA TOLONG kepada Anwar saman kumpulan sokongan ini yang terdiri daripada Ummi Halfida, Senator Ezam dan Anuar Shaari. Fuhhh sampai bunyi minta tolong saman dan kalau boleh serta merta diheret ke Makamah pun tak apa.
 
Bukan apa Encik Anwar mereka dah lama menanti disaman dengan rela hati. Apa lagi saman la mereka biar tinggal sehelai sepingang biar bankrapnya perniagaan Ummi Halfida, Sebab dulukan Azwan Ali berjaya diperalat sampai perang besar dengan Ummi tapi sekarang Azwan Ali dah bertaubat. Azmin Ali apa cerita ni adik beradik sendiri tidak penah merestui perjuangan Anda. Kalau ibu sendiri tidak merestui Anak, buat apala rakyat hendak merestui Azmin Ali sebagai seorang pemimpin.

Jalan yang terbaik saman je mereka-mereka ini, itupun kalau benar-benar Anwar yakin tidak menjerat leher sendiri. Sekarang ada orang berani minta tolong disaman sebanyak yang mungkin masih jua membuat Anwar teragak-agak. Boleh belahlaa Anwar untuk ditabalkan sebagai PM.

Isu Terkini

get this widget here