Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 19 January 2013

Kenapa Nik Aziz Takut Sangat Azmin Ali

Nik Aziz akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Majlis Ulama. Kerana mungkin sebab Nik Aziz tersedar kembali di mana beliau berpijak sekarang.

Tetapi pada masa yang sama ada persoalan yang diakui Azmin Ali soal Azmin menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.“Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari,” kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR.

Sudah tentu ini bercanggah dengan pendirian Majlis Ulama yang melarang penggunaan Khalimah Allah terhadap bible versi melayu. Malah Nik Aziz engan menasihat atau memberi pandangan dan apatah menyelar tindakan Azmin Ali yang berani mempertikaikan keputusan Majlis Syura.

Malah Nik Aziz cuba sedaya upaya untuk menimbus kecelaruan dari menyelesaikan dengan satu keputusan yang sepakat. Sebab itu “Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya,” kata Nik Aziz bila diaju soalan oleh pihak media.

Sebenar apa yang Nik Aziz dan Haji Hadi takutkan sangat dengan Azmin Ali? Adakah ini hampir sama dengan isu bagaimana PAS terpaksa akur menggantung undang-undang islam kecil negeri Kelantan, yang mana undang-undang melarang unisex salon dijalankan di Kelantan mendapat tentangan DAP sehingga PAS sendiri tidak yakin dengan apa yang mereka draf dan laksanakan. Kalau ini tahapnya keupayaan PAS bagaimana mereka masih bongkak dengan idea menegakkan undang-undang islam?

Bergitu juga dengan Khalimah Allah, situasinya berkecelaru apabila keputusan sebenar tergantung antara setuju atau tidak.

Disini tidakkah rakyat nampak yang gabungan PAS dan PKR tidak pernah sefahaman dalam apa jua dasar pejuangan Pakatan Rakyat. Malah tindakan takut tidak bertempat seperti Nik Aziz tidak akan membantu langsung prinsip dan dasar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Melainkan PAS terus menerus menjadi kaldai.

Dalam situasi ini. Sebenarnya mudah difahami yang tindakan DAP berjaya memperkudakan PAS dan PKR. Kerana hanya PAS dan PKR sahaja yang bergaduh tampa sesiapapun betani menjentik DAP.

Buktinya beranikah Nik Aziz menegur atau mengasak Lim Guan Eng tarik balik permintaannya untuk membenarkan bible versi melayu menggunakan khalimah Allah sebagai perganti God?

Lansung Nik Aziz tidak berani sama ada terhadap Lim Guan Eng ataupun terhadap Azmin Ali?

Dan kesimpulannya apa gunanya Nik Aziz duduk tidur sebagai Murshidul Am PAS? Tidak guna ada jawatan itu kalau sekadar boneka mainan PKR dan DAP. Kerana jenis boneka mainan akan menjadi perosak dan peruntuh kepentingan Agama Bangsa Dan Negara sahaja.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa Nasib Kami Jika DAP Mendominasi Semuanya


Mungkin ramai yang tidak sedar bagaimana DAP dan persatuan-persatuan peniaga daripada kalangan penyokong dan pembiaya DAP telah pun menjalankan tugas mereka dengan cemerlang?

Terutama bagaimana mereka monopoli menaikkan harga barang serta mengurangkan jumlah barangan keperluan di pasaran.

Malah peranan DAP tidak pernah tampil membuat sesuatu yang boleh mengekang isu yang bergini. Sebaliknya tindak tanduk DAP dalam banyak isu seperti bagaimana kerajaan Pulau Pinang membuat operasi bersih di gerai melayu dan restoran melayu di tanjung bunga, peniaga melayu di padang kota di sita kelengkapan dan penalti melebihi nilai peralatan yg di sita, peniaga dan penjaja pasar ramadhan komtar diarah tutup. majlis perbandaran merobohkan kedai motor milik melayu, parking berbayar dilanjutkan sehingga malam, surcharge air dikenakan, cukai pintu tidak diturunkan sepertimana di janji, jambatan masih bertol, BORR sg byior masih bertol, perumahan kos rendah dan mampu milik tidak dilaksanakan oleh PDC dan kerajaan negeri, majlis perbandaran tidak mengawal kedai judi haram, masjid di setengah kawasan di pulau tidak mengazankan waktu,  adun komtar suruh peniaga mamak balik india.

Ini bukti jelas menggambarkan sifat cauvinis DAP malah dalam permilihan CEC sendiri kita telah nampak bagaimana kuatnya budaya sedemikian. Jadi bagaimana kita dapat mengharapkan DAP menjadi pemerintah di peringkat nasional?

Kaum bukan Cina berdepan risiko terpinggir

SHAH ALAM 17 Jan. Utusan Malaysia - Rakyat bukan berketurunan Cina di negara ini berdepan risiko dipinggirkan sekiranya pakatan pembangkang yang didominasi DAP diberi peluang memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Disember lalu menunjukkan parti itu tidak memberi pertimbangan kepada kaum-kaum lain.Sebaliknya, menurut beliau, hampir semua anggota CEC DAP terdiri daripada kaum Cina.

"DAP dikatakan parti berbilang kaum, ambil kira kepentingan Melayu, Cina dan India. Mereka kata akan bertimbang rasa dan tidak terlalu bersifat perkauman.

"Namun hakikatnya, apabila mereka berkuasa maka kemungkinan ini berlaku akan terjadi," katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan penulis politik, Tan Sri Abdullah Ahmad sebagai moderator program berkenaan.Berhubung masa depan orang Melayu sekiranya Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Dr. Mahathir memberitahu, nasib mereka tidak akan menjadi lebih baik berbanding sekarang.

Jelas beliau, dalam senario itu, walaupun segelintir ahli Parlimen pembangkang berketurunan Melayu, mereka dikhuatiri tidak akan memberi pertimbangan kepada keperluan dan kepentingan kaum sendiri.

"Kita dapat lihat di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Menteri Besar pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas terpaksa ikut telunjuk orang lain.

"Dia tahu nasibnya bergantung kepada undi. Kalau orang tak sokong dia takut, kerana itu dia ikut apa sahaja yang ditunjuk kepadanya," ujarnya.

Kata Dr. Mahathir, situasi sama akan berlaku sekiranya orang Melayu masih lagi tidak sedar dan terlalu mengikut perasaan.

Dalam sidang akhbar selepas program itu, ketika ditanya tentang siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing tanpa izin di Sabah berkaitan pemberian status kerakyatan kepada warga asing yang didakwa berlaku di bawah pentadbirannya dahulu, Dr. Mahathir menjelaskan, mereka berhak menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.Katanya, sebagai Perdana Menteri pada masa itu, beliau bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan. INI LUAH TUN YANG JELAS BELIAU AMAT ARIF SIAPA DAP. SELAMA TUN LAH YANG PERJUANG NASIB SEMUA PIHAK MENGIKUT PERUNTUKAN YANG TELAH DIPERSETUJUI SEMUA PIHAK SEBELUM MERDEKA. TETAPI SIFAT DAP TIDAK MEMPERLIHATKAN MEREKA AKUR DENGAN APA YANG SEPATUTNYA. BOLEHKAH KITA MEMBIARKAN PERANAN DAP MENGHAPUS SEGALANYA?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 18 January 2013

Sketsa Nik Aziz Dan PAS Punya U Turn

Ini bukannya rekaan cerita tetapi sudah menjadi tabiat dalam permainan politik PAS yang sering mengutamakan kepentingan politik melebihi tanggungjawap sebagai orang islam mahupun sebagai pemimpin islam.

Rakyat boleh menilai dari tabiat PAS yang sering memutar belit kenyataan yang mereka guna pakai. Kerana dalam dasar PAS sekarang keutama mereka mengjaga kepentingan tertinggi buat ketuanan DAP.

Kedua kepentingan dasar Pluralisme Anwar sebagai calon PM dinobatkan Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya masyarakat umum gagal menafi secara jelas, kaitan Anwar dengan kaum LGBT dan kaitan Anwar dengan kes liwat Saiful yang dimenangi Anwar melalui kaedah hujah SUKA SAMA SUKA.

Dasar terbaru PAS inilah menyebabkan hujah Nik Aziz berubah-rubah mengikut keadaan. Asalnya Nik Aziz mengiayakan demi DAP tetapi menidakkan setelah Majlis Ulama bersuara.

Bukan sahaja menyentuh isu Khalimah Allah tetapi tabiat mengalih isu dengan menyalahkan UMNO BN meliputi dalam segala hal kerosakan PAS. Anda nilaikan siri sketsa arahan PAS menuju ke Putrajaya.

Jangan Jadi Penipu :ORANG2 ISLAM PAS PKR TELAH MENEPATI RAMALAN HADITH NABI S.A.W YANG MENGATAKAN BAHAWA DIAKHIR ZAMAN UMAT MUHAMMAD AKAN MENGIKUTI JEJAK LANGKAH SERTA AJAKAN ORANG2 KAFIR SELANGKAH DEMI SELANGKAH HINGGA TIADA BEZANYA MEREKA ITU DENGAN ORANG2 KAFIR.

ULAMAK PAS SERTA PENGIKUT2 MEREKA SUDAH MELAKUKAN UPACARA SEMBAHYANG JENAZAH DENGAN MENYEMBAH MAYAT ORANG2 KAFIR. BUKAN SETAKAT TU SAHAJA TAPI JUGA MENYALAKAN COLOK LILIN YANG DIJADIKAN SIMBOL PERKABUNGAN BAGI ORANG2 KAFIR LAIN SPT HINDU KRISTIAN BUDDHA DLL. INI BERLAKU DI MELAKA.

PAS JUGA TELAH MENYOKONG SERTA MENURUT SAHAJA KEHENDAK KAFIR DAP DENGAN MENGARAHKAN MASJID2 MENGHARAMKAN BACAAN AYAT SUCI SERTA AZAN SEBELUM WAKTU SEMBAHYANG BERJEMAAH. INI BERLAKU DI PULAU PINANG.

MEMBIARKAN MALAH MENJEMPUT ORANG2 KAFIR MALAH WANITA2 MEREKA MEMASUKI KE MASJID2 HATTA KE HADAPAN MIMBAR TANPA MENUTUP AURAT KEMUNGKINAN JUGA DALAM KEADAAN KOTOR MEMBUAT CERAMAH POLITIK KEPADA MAKMUN. INI BERLAKU DISELANGOR.

JABATAN UGAMA ISLAM SELANGOR DIHINA KERANA MENGAMBIL TINDAKAN DAN LANGKAH2 PENCEGAHAN GERAKAN MEMURTADKAN ORANG2 ISLAM MALAH EXCO NYA JUGA DI PECAT KERANA MENJALANKAN TUGAS MEMBENTERAS AKTIVITI MURTAD. NAUZUBILLAH.

PARTY YANG MENGATAKAN MEREKA MEMPERJUANGKAN ISLAM TELAH MENURUTI KEHENDAK2 SERTA DESAKAN ORANG2 KAFIR DAN JUGA PASIQ DENGAN MEMPERTAHANKAN ZINA LIWAT LGBT YANG TERANG TERANGAN BERTENTANGAN DENGAN HUKUM ISLAM SENDIRI. INI BERLAKU DALAM KES ANWAR SERTA BEBERAPA PEMIMPIN MEREKA.

MALAH MELAKUKAN RUSUHAN DAN KEGANASAN YANG DIPIMPIN OLEH ULAMAK2 MEREKA.PAS TUNDUK KEPADA TUNTUTAN KAFIR2 DARI DALAM DAN LUAR NEGARA AGAR KONSEP LIBERALISM PLURALISM DALAM BERUGAMA DI SERAPKAN DALAM BUDAYA RAYAAT MALAYSIA YANG DENGAN JELAS AKAN MENGHACURKAN MASYARAKAT DAN BUDAYA SOSIAL KEISLAMAN ORANG ISLAM. ORANG2 BARAT CONSERVATIVE PUN MENOLAK KONSEP2 DAJJAL INI.

JADI RENUNGKAN LAH APA KAH AGENDA TERSEMBUNYI ORANG2 KAFIR INI. BUKAN SAHAJA HENDAK MELEMAHKAN AQIDAH ORANG2 ISLAM MALAH INGIN MENAKLUKI MINDA ORANG2 ISLAM MALAYSIA SUPAYA SENANG DI TINDAS DAN DI HANCURKAN. TAPI YANG SEDIH NYA IANYA MENDAPAT SOKONGAN DARI PUAK2 YANG MENGELAR DIRI MEREKA PERJUANG2 YANG INGIN MENEGAK KAN DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

Inikah yang melayakkan rakyat menggundi PAS demi harapan mengjaga Agama Bangsa dan Negara. JANGAN HARAPLAH PAS PUNYAI TABIAT PEMBELIT, PENIPU, MEMUNGKIRI JANJI DAN MENGKHIANATI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

PecahPalakMikir yakin hanya logo yang bawah ini sahaja terbukti dan paling layak mengjaga amanah kita.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 17 January 2013

Bila Tun Dr Mahathir Berbicara Ramai Pakatan Rakyat Sakit Hati

PRU13: Orang Melayu ada 2 pilihan, kata Mahathir Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.Malah katanya,

“orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?

“Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan."Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya,” kata negara ini yang dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah aliran sokongan pada PRU13.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan telah memimpin Barisan Nasional pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.Antara yang hadir sama pada majlis hari ini ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Program petang ini menarik kehadirin sekitar 500 orang.Pada program itu, Dr Mahathir turut melancarkan buku Berani Tanpa Segan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad.Menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan masa depan politik orang Melayu, Dr Mahathir berkata, masa depan orang Melayu adalah berdasarkan apa yang difikirkan dan kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan, terutamanya sejauh mana kecekapan mereka untuk meneka apa yang akan serta sudah berlaku.Katanya, tidak ramai yang membuat kajian sendiri mengenai perkara seperti ini dan rata-rata apabila orang Melayu berasa marah, mereka sekadar melepaskan rasa marah.

“Kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah, sebaliknya kita hanya marah."Mengapa kita kata begitu... tak baik, itu sahaja, sebaliknya kita perlu bertindak bukan untuk mengganas seperti di negara-negara yang lain dengan mengikat bom pada badan dan letupkan diri kita.

“Hanya yang dikehendaki, kita harus berfikir secara mendalam tentang masa depan kita dan bagaimana menyelamatkan dan memajukan masa depan kita,” jelas beliau.Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno menambah, sebagai sebuah negara demokrasi, keputusan banyak bergantung kepada pemilihan orang Melayu termasuk pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.

Ujarnya lagi, jika orang Melayu bertindak berasaskan emosi dan terutamanya kebencian, beliau yakin masa depan orang Melayu tidak akan terjamin.

“Sebaliknya, jika berfikir secara mendalam, berasaskan kepada pengalaman kita berasaskan keadaan, sejarah dan keadaan yang kita lihat sekarang, saya yakin kita akan membuat pilihan bijak.

"Pilihan yang bijak akan menentukan masa depan kita akan terselamat," katanya.Dr Mahathir, seorang doktor perubatan sebelum menceburi politik dan pernah menghasilkan buku Dilema Melayu yang popular berkata:

"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam.""Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah," kata beliau.

SinarHarian
Oleh: RUZY ADILA IDRIS 
Tarikh: January 17, 2013
SHAH ALAM
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 16 January 2013

Haha Mat Sabu Calon Menteri Perdagangan Antara Bangsa Pecah Perut

Salam semua minta maaf kerana Pecah Palak Mikir di akhir-akhir ini kurang membuat posting blog atau fanpages PecahPalakMikir. Sebenar PecahPalakMikir terlibat dalam aktiviti memperjuang sesatu yang tidak molek dinyatakan disini tetapi ianya demi agama bangsa dan negara. Insya Allah mudah-mudahan usaha hampir berminggu-minggu ini membawa kesan positif kepada perjuangan BN memenangi PRU13. Buat hari ini Pecah Palak Mikir ini membawa anda berfikir bagaimana jika Mat Sabu menjadi calon di antara barisan Menteri. Apakah akan terjadi kepada negara tercinta ini?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 15 January 2013

Nik Aziz Takut Saman Artikal Khalimah Allah Ini Yang Menjatuh Imej Waraknya?

Harapkan nama sahaja Pemuda PAS tetapi pengecut dengan  ini..
Abstrak

Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak. Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

Pendahuluan

Pada 31 Disember 2007, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah 'Allah'. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal. Pada 3 Januari 2008, kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1 

November 2006. Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah ‘Allah’. Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly. Oleh itu, artikel ini digarap dalam rangka menyediakan hujah menolak penggunaan kalimah ’Allah’ oleh penganut Kristian.

Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah ‘Allah’Dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk ‘Church leaders explain use of 'Allah'. Terdapat lima alasan utama yang 
dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan 

Artikel ini telah diterbitkan di dalam Jurnal Penyelidikan JAKIM Bil. 21 Tahun 2008.2 penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang dikemukakan ialah seperti berikut:

a) Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

b) Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

c) Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

d) Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.

e) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan Persekutuan. Hujah-hujah Menolak Alasan Pihak Gereja Katolik

Alasan pertama: Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’sebagai terjemahan untuk istilah Lord. Hujah-hujah Menolak:

a) Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab. Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa asalnya. Dari segi struktur linguistik, kalimah ‘Allah’ lebih superiordaripada apa jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak disembah Oleh kerana itu, umat Islam tidak sekali-kali menterjemahkan ‘Allah’ kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan lafaznya yang asal iaitu ‘Allah’. (1990), Mengapa Kalimah Allah?, Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM KL, hal. 32-33.3

b) Di peringkat antarabangsa, penggunaan kalimah ‘Allah’ dari segi istilah adalah amat sinonim dengan agama dan umat Islam. Ia diiktiraf oleh kamuskamus serta eksiklopedia terkemuka di dunia. Antaranya:
i. Kamus Oxford - Allah : Name of God among Muslims
ii. Eksiklopedia Britannica - Allah : “God”, the one and only God in the religion of Islam
iii. Eksiklopedia Katolik - Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God

c) Dalam konteks Malaysia kalimah ‘Allah’ tidak diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan. Oleh itu kalimah ‘Allah’ di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz 
(terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut. Ini terbukti sebagaimana definisi ‘Allah’ yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat: Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg 
Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg Maha Tinggi

Kamus Pelajar pula mendefinisikan kalimah ‘Allah’ seperti berikut: Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan sifat-sifat Yang Maha Sempurna dan Yang mencipta alam ini

Oleh itu kalimah ‘Allah’ tidak boleh dianggap sebagai terjemahan tuhan dalam bahasa Melayu atau ‘god’ dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah lafaz bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat Islam yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya oleh bukan Islam di negara ini. 

d) Perbuatan pihak Gereja Katolik menterjemahkan perkataan ‘god’ kepada ‘Allah’ juga tidak menepati istilah yang digunapakai oleh masyarakat di negara ini. Perkataan ‘god’ menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu ialah: n 1. male deity, dewa, tuhan; (archaic) betara: the Greek ~s, dewadewa Yunani; 2. idol, berhala, patung; 3. so., st. deified, tuhan: money -A.S Hornby(1985), Oxford Advanced Learner’s Dictionary Of Current English, Oxford University Press, Great Britain, p. 23.

http://www.britannica.com/eb/article-9005770/Allah. Dilayari pada 8 Jun 2008.
http://www.newadvent.org/cathen/01316a.htm. Dilayari pada 8 Jun 2008.
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx. Dilayari pada 8 Jun 2008.

has become his ~, wang telah menjadi tuhan baginya; make a ~ of /so., st/, bertuhankan /sso, sst/; 4. G~, Tuhan; (in Islam) Allah

Takrifan ini dibuat oleh Kamus Dewan berdasarkan budaya yang menjadi amalan masyarakat di negara ini. Ini bermakna ‘god’ bagi selain Islamditerjemahkan sebagai dewa dan tuhan. Manakala ‘God’ (huruf ‘g’ besar) ia digunakan sebagai kata ganti nama yang merujuk kepada ‘Allah’ dan bukan terjemahan bagi kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Inggeris (seperti pada takrif no. 4 di atas). Ia seperti juga umat Islam menggunakan huruf besar untuk setiap huruf pertama bagi kata-kata ganti nama yang lain apabila merujuk 
kepada ‘Allah’ seperti Aku, Kami, Dia dan Engkau. 

e) Bible bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan kalimah ‘Allah’ juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti penterjemahan dan perundangan Malaysia. Maksud kredibiliti perterjemahan iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang terlibat dalam penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu (misalnya adakah Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk dalam hal ini?). Tambahan pula, faktor perundangan menegah penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang menjadi hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam. Oleh itu alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible bahasa Melayu adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible tersebut boleh dipertikai.

Alasan kedua: mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

Hujah-hujah Menolak

a) Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah telah mencatatkan antara misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini. Antara usaha-usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh masyarakat setempat. Sebagai contoh, terjemahan Bible oleh Dr. Mekhior Leidekler dalam tahun 1733, telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dandigunakan dengan meluas pada abad ke-18 dan ke-19 di Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia Kegiatan menterjemah Bible ini telah terus 
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx. Dilayari pada 8 Jun 2008.
Neill,S(1956). Colonialism and Christian Missions. London: Lutterworth Press, hal. 77.5 meningkat dengan munculnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu selepas menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Melaka pada tahun 1795. Stamford Raffles ialah seorang tokoh penjajah Inggeris yang terlibat secara langsung dalam kegiatan mengembangkan agama Kristian menerusi kegiatan menyebar terjemahan kitab Bible. Dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam tuliasan rumi dan jawi diterbit dan disebarkan dengan meluas di Tanah Melayu. Stamford Raffles juga merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh Protestant dari Pertubuhan Mubaligh London yang berhasrat untuk mendirikan pusat percetakan di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Betawi. Selain mencetak terjemahan Bible, kegiatan percetakan ini juga menerbitkan majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian dengan bertujuan pengembangan agama di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1821 – 1905 pelbagai majalah diterbitkan seperti Buletin Arifin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta Melayu

Kegiatan menyebarkan bahan propaganda Kristian ini kemudiannya telah disertai oleh para paderi Protestant dari Amerika Syarikat yang mewakili Lembaga Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika di Luar Negeri (The America Board of Commisioners of Foreign Missions)

Kesemua fakta ini menunjukkan ada alasan yang nyata untuk kerajaan tidak membenarkan pihak Kristian pada hari ini menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Bible bahasa Melayu. Ini kerana terjemahan tersebut tidak melambangkan literature sebenar doktrin agama Kristian sebaliknya bahasa hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.

b) Percubaan untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘god’ juga tertolak. Ini kerana setiap bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di negara tertentu mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza. Dalam kes ini latar belakang bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk Malaysia lahir daripada rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itu sendiri terhasil daripada agama Islam. Oleh itu, ia wajib mencerminkan kelaziman Melayu yang berpunca daripada agama Islam. Ini sudah tentu berbeza dengan latar belakang bahasa Melayu yang terdapat di Indonesia dan Singapura.

c) Berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Asia Barat juga tidak boleh dijadikan hujah. Bangsa Arab bukan Islam sememangnya telah lama menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan faktor teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat. Perkara inidijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih 10 Ibid, hal. 180-181.11Ibid.6 dan menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah ‘Allah’ yang digunapakai oleh golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani. 

d) Dalam konteks etimologi dan semantik pula, alasan Gereja Katolik untuk merujuk kepada masyarakat Kristian Arab adalah tersasar jauh. Mereka tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada Kristian Arab denganKristian di Malaysia. Apa yang berlaku di negara-negara Arab ialah pihak Kristian Arab menterjemahkan Bible daripada bahasa Suryani (Syria/Syam) atau Aramik dan bahasa Ibrani (Hebrew) kepada bahasa Arab. Perlu diketahui bahasa Arab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpun bahasa yang sama iaitu rumpun Semitik. Oleh itu, Kristian Arab mempunyai hak untuk berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ berkemungkinan berasal daripada nama asal tuhan mereka dalam bahasa Aramik atau Ibrani. Tetapi apa pula rasional pihak gereja Kristian untuk menterjemahkan ‘god’ dalam Bible bahasa Inggeris kepada ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu? Bukankah kedua-duanya adalah dua rumpun bahasa yang jauh berbeza dari segi etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan bahasa-bahasa itu?

Alasan ketiga: Mendakwa ayat-ayat al-Qur’an sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

Hujah-hujah menolak:
Bersambung.............

HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ OLEH KRISTIAN1

Mohd Aizam bin Mas’od

Cawangan Aqidah

Bahagian Penyelidikan 

Isu Terkini

get this widget here