Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 4 May 2013

Video Ustaz PAS Bantai Haji Hadi Dan Nik Aziz Zalim

Hujah dan nas yang tyerbaik sebagai bukti siapa Nik Aziz dan Haji Hadi yang sebenarnya.

Video Gempar Berbelas Boing 747 Mendarat Di KLIA Membawa Pengundi Hantu

Video Husam Bongkar Kemelut PAS Atasi Barisan Nasional

Video Saiful Apek Bikin Panas Untuk PRU13

Adeh Saiful Buat Gempak Untuk Barisan Nasional Pulak....

Video Azhar Idrus Menyesatkan Nik Aziz ..?

Azhar Idrus kata Ustaz Rasul sesat sebab menyatakan "Allah di langit". Tapi TG Nik Aziz pun kata "Allah di langit". Jadi, dia telah menyesatkan TG Nik Aziz juga.

Beginikah akhlak seorang ustaz..? Beginikah cara dia menjatuhkan hukum..? Adakah semua orang dalam Malaysia ni Wahabi..? Beginilah jadinya apabila menjadikan org jahil sebagai rujukan. Allahu musta'an..

Imam Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunannya :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata; Yazid bin Harun menuturkan kepada kami. Dia berkata; Abdul Malik bin Qudamah al-Jumahi menuturkan kepada kami dari Ishaq bin Abil Farrat dari al-Maqburi dari Abu Hurairah -radhiyallahu'anhu-, dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara." Ada yang bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan Ruwaibidhah?". Beliau menjawab, "Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas." (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).

"Sesungguhnya Allah tidaklah mengangkat ilmu dengan sekaligus dari para hamba. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama'. Hingga bila tidak tersisa seorang pun ulama', manusia mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Mereka ditanya lalu berfatwa tanpa ilmu. Mereka pun sesat dan menyesatkan." (HR Bukhari & Muslim)

Ibn Mas'ud berkata: "Manusia tetap akan baik selama mereka mengambil ilmu dari orang-orang besar mereka, jika mereka mengambilnya dari orang-orang kecil dan jahat di antara mereka, maka mereka akan binasa." Diriwayatkan pula yang semakna dengannya dari shahabat Umar bin Khattab. (Riwayat Ibnu Abdil Bar dalam Jami' Bayanul Ilm hal: 615 dan 616, tahqiq Abul Asybal dan dishahihkan olehnya)

# PecahPalakMikir sekadar berkongsi mengikut akal anda untuk terjemahkan. Ada yang betul diantara ketiga-tiganya, kalau faham baguslah kalau tidak faham jangan susah-susah diam ajelah. Wallahuwa'alam

Sarawak Dijamin Menang 26 Kerusi Dan Populariti Najib Mendadak Naik

Alhamdulillah usaha Barisan Nasional Sarawak akan berjaya memenangi lebih dari 26 kerusi dan suasana seluruh negara akan menggambar populariti Najib Razak meningkat naik.


Barisan Nasional diyakini mengekalkan kemenangan 26 kerusi dari 31 kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Negeri Sarawak. Walaupun begitu BN memiliki 4 Kerusi 50:50.

1 kerusi 50:50 milik BN dijangka pertaruhan sengit antara BN dan SWP tapi kerusi tersebut dijangka dimenangi Barisan Nasional.

2 Kerusi 50:50 milik DAP boleh dimenangi oleh BN sekiranya jumlah pengundi yang turun mengundi pada 5 Mei 2013 melebihi 80% dikawasan bandar.


Kajiselidik terbaru Merdeka Centre yang menjalankan kajian dari tempoh 28 April hingga 2 Mei mendapati majoriti rakyat Malaysia menerima PM Najib dan percaya kepada BN. Dengan 61% responden berpuas hati terhadap prestasi PM Najib berjaya merialisasikan Tranformasi Negara dengan bergitu cermelang sekali.

50% responden mempunyai persepsi positif terhadap BN. Ini kerana perubahan yang dibawa Najib Razak bergitu ketara melalui Tranformasi yang janji ditepati dengan terbaik sekali berbanding negeri dibawah Pakatan yang gagal melaksanakan pelbagai janji pada 2008. BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13. Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja.


Berdasar kegagalan janji seperti poster di atas, Pakatan Rakyat hanya mendapat 34% persepsi positif. Namun bergitu PR masih mahu berpura-pura tidak sedemikian kerana ingin melahir momentum untuk Arab Spring sebagai langkah akhir untuk menawan Putrajaya.


58% merasakan Malaysia, secara keseluruhan, sedang berada di landasan yang betul.
Isu penting dalam kajiselidik ini adalah isu ekonomi, di mana majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dan memuji pembaharuan-pembaharuan ekonomi di mana majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dan memuji pembaharuan-pembaharuan ekonomi di bawah PM Najib.

Friday, 3 May 2013

Warkah Khas Najib Kepada Anwar Ibrahim

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan , serta 13 juta warga Malaysia yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua. 

Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.

Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur. Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.

PRU kali ini perlulah ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan. 

Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita. 

Undi tuan-tuan dan puan-puan sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah payung falsafah 1Malaysia.


Video 10 Sebab Projek UBAH Anwar Dikantoikan Oleh Cikgu Bard Dan Umi Hafilda

Anwar boleh terus mengarang cerita untuk melepas diri dari skandal sulitnya. Terus meneruslah reka pelbagai vesi cerita untuk tutup pekung tetapi takdir tidaklah menyebelahi Anwar Ibrahim. Sebaliknya Wan Azizah telah tersasul mendedahkan pelbagai bururuk perangai dalam keluarga mereka lihat ini. Buatlah apa Anwar Hendak buat kerana setiap kali dia cuba menyembunyikan sesuatu yang menjadi sejarah hitam akibatnya makin terbuka segala tembelang keluarganya sendiri.

Ini sebahagian menjadi bukti yang Anwar tidak layak sebagai PM dan lainkalilah kita undi PR.


1. Sokong Israel

2. Bantuan asing (kini terbukti SUARAM)

3. Anwar pluralisme Islam

4. Buku Jingga manifesto akan rosakkan ekonomi negara

5. Tiada kabinet bayangan. Siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

6. Sokong LGBT yang hukum haram

7. Pembohongan 916 satu politik yang amat besar

8. Mahu jatuhkan kerajaan guna demonstrasi jalanan ... Tahril Square

9. Video China doll tulin dan Anwar tak jelaskan

10.Kes liwat tak selesai daN Mahkamah Tinggi lepaskan atas teknikal






Video Anwar Kecoh Pasal Nurul Izzah

Sendiri tengok sendiri layan jangan leleh air liur sudah.......

Video Izzah Memaksa Wan Azizah Bongkar Masalah Akhlak Melanda Keluarganya

Akhirnya Wan Azizah menjelaskan segalanya dalam soal masalah gejala akhlak melanda keluarganya. Anda baca sendiri dari penulisan tanpa diganggupun walaupun seincipun. Baca dan faham betul-betul apa yang dinyatakan Wan Azizah.
Dari permahaman PPM! sahlah Anwar tidak pandai jaga anak dan bagaimana pula dia layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malah Wan Azizah sendiri gagal mendidik anaknya dan kenapa pula hendak menyalahkan orang lain. Betullah mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi.

Sekarang seperti biasa Wan Azizah bertindak saman dan saman dan saman. U Ulang I saman U!!!!! dah sudah memang tidak habis-habis dengan masalah keluarga dibawa kepada masalah negara. Nanti kalau dah jadi ketua negara pasal lampin anak cucu jadi bahan sidang dalam Parlimen.

Video Akhirnya Nik Aziz Sendiri Hilang Keyakinan Mempertahankan Hudud PAS

Video ini terang-terang menunjukan Nik Azizi telah goyah dalam memperjuangkan Hudud PAS. Selama ini bagi Nik Aziz bagi sesiapa tidak yakin untuk memperjuangkan:



“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu" Nik Aziz


Tetapi itu dulu sekarang video ini menggambarkan sebaliknya kenapa? Adakah Nik Aziz sudah tidak yakin dengan perjuangan menegakan hukum Allah lebih utama dari terpaksa melurut melutu dengan DAP. Atau hakikatnya Hukum Hudud PAS tidak memenuhi kretiria Hukum Hudud sebenar dalam islam? Lihat sendiri Yoyube dibawah dan ini juga antara yang tergolong seperti dalam link ini 30 Sebab Mengapa Rakyat Kelantan Tekad Singkirkan Nik Aziz

30 Sebab Rakyat Kelantan Nekad Singkirkan Nik Aziz




1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS.

2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA.

3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM.

4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM.

5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI.

6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUANDENGAN PAS.

7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE).

8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM.

9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK.

10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM.

11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB.

12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'

13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR.

14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA.

15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.

16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS.

17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR.

18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM.

19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM.

20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM.

21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.

22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN. KELANTAN MENJADI MUNDUR.

23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN.

24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU.

25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA.

26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA.

27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.

28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN.

29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH.

30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM.

Thursday, 2 May 2013

Video Calon DAP Hina Najib Otak Sebesar Cicak

Inilah tahap calon yang DAP yang terdesak cari undi dengan menjatuhkan air muka Najib Razak. Adakah dia terasa boleh menang dengan menghina Najib sedemikian rupa? Budak-budak pun tahu Najib Razak pengendali ekonomi negara yang terbaik tapi mamat seorang sewel ke apa?

DAP & PAS 2 x 5 Tak Leh Pakai


Wednesday, 1 May 2013

Video Azmin Ali Kerah Light Blue Manok Army Dekat sarawak

Polis kesal dengan tindakan seorang calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen Petra Jaya yang menggunakan poster dengan menampilkan dirinya dalam pakaian seragam polis trafik untuk menarik sokongan pengundi.


Pegawai Pentadbiran Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Azam Abd Hamid berkata tindakan calon itu merupakan satu tindakan yang salah dari segi etika pilihan raya.

"Polis melarang sekeras-kerasnya penyalahgunaan gambar, prasarana ataupun apa-apa berkaitan pasukan polis. Tindakan calon itu merupakan kesalahan dari segi etika seperti dinyatakan di bawah Akta Pilihanraya Seksyen 4 (A).

"Saya nasihatkan kepada calon supaya tidak membuat sesuatu seolah-olah pasukan polis bersama mereka dan menyokong mana-mana parti," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media IPK Sarawak di sini, Jumaat.

Kerusi Parlimen Petra Jaya akan menyaksikan pertandingan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Fadillah Yusuf menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nazib Johari. Poster yang diletakkan di Bulatan Datuk Abang Kipali Bin Abang Akip menampilkan calon PKR tersebut dalam seragam polis trafik dan berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Petra Jaya.

Sementara itu Azam yang merupakan jurucakap rasmi polis Sarawak bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berkata pasukan petugas telah diwujudkan untuk memantau perkembangan aktiviti pertaruhan semasa PRU13.

"Pasukan itu akan pantau perkembangan aktiviti pertaruhan yang berlaku. Kita akan terus kumpul risikan dan minta mereka yang punyai maklumat atau didatangi sindiket pertaruhan supaya hubungi polis bagi membantu siasatan," katanya




Penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof akan memberi fokus terhadap usaha mengurangkan kes­esakan trafik dan kepadatan penduduk di kawasan itu sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei nanti.

Beliau memberitahu, antara projek yang bakal dilaksanakan adalah pem­binaan jambatan baharu bagi menghubungkan Matang ke Stapok untuk men­gurangkan tumpuan trafik di Bulatan Jalan Astana dan Jambatan Tun Abdul Rah­man Yakub.

Selain itu katanya, projek pembangunan yang bakal dijalankan adalah pembesaran jalan dari Kampung Gita hingga ke Taman Malihah dengan pembinaan empat laluan serta pembesaran jambatan.

“Selain surat kelulusan, kerajaan pusat telah melu­luskan peruntukan sebanyak RM145 juta dan saya harap projek itu akan dapat dimu­lakan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepeas menerima watikah pelantikan sebagai calon BN, di sini, semalam.

Fadillah yang menyambut hari lahir ke-51 semalam menyifatkan watikah pelan­tikan itu sebagai hadi­ah, namun hadiah paling bermakna baginya adalah apabila mampu memper­tahankan kerusi itu pada PRU13 kelak.

Pada PRU 2008, Fadillah berjaya meraih majoriti se­banyak 12,000 undi.

“Beri saya majoriti lebih besar pada 5 Mei (hari men­gundi) kerana itu adalah hadiah yang lebih besar apabila BN diumumkan sebagai pemenang,” ka­tanya.

Bagi mengurangkan kes­esakan penduduk Matang yang sekitar 50,000, selain membantu golongan kurang mampu, beliau akan meneliti isu perumahan di kawasan itu.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Tanjung Ma­nis Datuk Norah Tun Abdul Rahman yakin lebih banyak pembangunan di kawasan itu dapat disaksikan.

Malah dalam masa lima tahun berkhidmat katanya, kawasan itu menerima pe­runtukan lebih RM700 juta, selain peruntukan tambahan RM700 juta lagi iaitu lebih daripada jangkaan.

“Saya amat berterima kasih kepada BN atas keprihatinan mereka serta agensi-agensi kerana tanpa mereka, saya tidak dapat melaksanakan program pembangunan den­gan cepat,” katanya.

Monday, 29 April 2013

Manifesto Bukan Janji Sudah Menular Di Sarawak

Inilah manusia yang tempat sendiri gagal melaksanakan rumah kos rendah di negeri tabiran parti DAP, PKR dan PAS. Tetapi datang ke Sarawak cuba menjaja Manifesto Bukan Janji di Sarawak pula.

Hakikatnya berapa rumah haraga paling rendah bagi Rumah Kos Rendah atau Rumah Rakyat yang ditawarkan oleh LGE di Pulau Pinang? Tidak mahal serendah RM450k ke atas... Ada berani mereka buka isu ini di Sarawak?

Video Azmin Kantoi Peristiwa Hitam Di Sarawak

Azmin Ali boleh bercerita apa sahaja tentang orang lain tetapi dapatkah dirinya menafikan siapa sebenarnya dirinya dan ini bukti video yang dirinya kantoi di Sarawak.




Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.


Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor

Video Ustaz PAS Setakat Berani Belasah Tomoi Budak Kecik Boleh Laa

Yaaa Allah... Ini je tahap kemampuan ustaz PAS setakat berlasah budak kecik pandai sangat... lihat video ini dan sumber ini

Video Azmin Buat kecoh Jalan Raya Sarawak



Azmin memang buat kecoh kat jalan raya Sarawak apahal. jangan anak melaya berlagak pandai di Sarawak..

Sunday, 28 April 2013

Anwar Amat Takut Dengan Agenda Wawasan 2020

Dalam tempoh tujuh tahun ini Malaysia akan jadi maju dan berpendapatan tinggi, jadi kita perlu lahirkan modal insan untuk memenuhi keperluan sektor-sektor yang kita majukan selaras dengan pembangunan ekonomi," kata Tan Sri Muhyiddin semasa melancarkan kampus sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Taman Pagoh Jaya.

Turut hadir bersama ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin.

Dalam majlis tersebut, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyumbang RM4.8 juta kepada UTHM untuk membeli lima unit rumah kedai bagi dijadikan kolej kediaman serta modal pusingan koperasi universiti berkenaan.

Keperluan dan kepakaran untuk pembangunan negara dilahirkan menerusi pelbagai sumber terutamanya dari universiti tempatan dan kerajaan amat menitikberatkan bidang pendidikan.

Rakyat Malaysia berasa bertuah kerana di bawah Barisan Nasional (BN), pendidikan menjadi satu agenda utama Malaysia. Ini adalah aspirasi Perdana Menteri untuk melihat Malaysia mempunyai satu sistem pendidikan bersepadu dan berkualiti.

Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk memantau kerja-kerja pembinaan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) yang telah dimulakan tahun ini supaya fasa pertamanya siap mengikut jadual menjelang 2016. Jawatankuasa ini akan memastikan jika projek ini bermasalah, akan ada satu tindakan segera dan perlu diberi perhatian supaya ia tidak tertangguh di man kerja-kerja pembinaan telah dimulakan di kawasan seluas kira-kira 202 hektar.

UTHM merupakan universiti pertama berminat untuk membuka kampusnya di hab berkenaan selepas pemilik tanah, Sime Darby Property Selatan Sdn. Bhd. bersetuju menjadikan Pagoh sebagai Bandar Universiti. 

*UTHM Miliki Infrastruktur Terkini... SETERUSNYA DI SINI

#PecahPalakMikir: Tahukah kenapa Anwar perlu jadi Perdana Menteri di PRU13. Kalau Wawasan 2020 tercapai terkubur segala impian gila Anwar tu...

Video Cyberbullies DAP Gana'z Star

Kasi layan beb dengan kegana'z, gana'z gana'z punya cyberbullies DAP.... lawak dok ada!!!

Isu Terkini

get this widget here