Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 1 June 2013

Betulkah Perkauman Agama Bangsa Negara Adalah Kronik?

PPM terfikir kenyataan Najib Razak yang menghuraikan masalah perkauman di negara ini semakin kronik. Ini mungkin disebabkan oleh hasil keputusan pasca PRU13. Persoalannya benarkah baru sekarang kita baru sedar atau Najib baru sedar yang masalah ini semakin kronik?

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu.

Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandar dan kelas.

Kerajaan, kata perdana menteri, akan merangka pelan terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan kebangsaan serta membaik pulih persefahaman nasional, dan ini memerlukan kerjasama semua pihak.

"Ia harus diasaskan kepada dialog membina di semua peringkat. Ia harus menjadi agenda semua pihak bagi mencapai kejayaan serta membuahkan hasil," kata Najib.

Tetapi adakah ini salah untuk orang melayu seperti aku?

Adakah ini pertanda awal buat kerajaan BN sekarang bakal menurut lagi apa jua kehendak minoriti demi mencari formula mendapat undi cina semula?

Sebelum PRU13 kita telah dipertontonkan bila pembangkang berdemo bubar PPSMI oleh seorang Sasterawan Negara bagi mendaulatkan kedudukan Bahasa Melayu. DENGAN SEPANTAS KILAT PM HAPUSKAN PPSMI. 

Kemudian timbul lagi isu ISA dan tanpa teragak-agak hapuskan ISA, kemudian datang lagi masalah orang cina desak masalah kuota bumiputera terlampau tinggi dangat maka PM bertindak kurangkan dengan menghapuskan Kementerian Dan Pembangunan Usahawan demi memastikan kuota bumiputera dari 55% di kurangkan kepada 45%

Sekarang  Zhong Dong bangkit menuntut barisan kabinet mewakili cina mesti pandai bahasa mandrin. Walhal bahasa resmi negara ini bahasa Malaysia tetapi lupakah kita siapa yang rasis sebenarnya jika di negara wujud sebuah sistem khas pendidikan yang MENGASINGKAN murid-murid mengikut kaum, iaitu kaum cina dibiarkan membesar dalam persekitaran budaya KEKIASUAN dan CHAUVINISTIC. 

Akhirnya hasil sistem ini telah membina satu termadun baru di Malaysia dimana kaum manoriti  lebih kuat suara berbanding orang melayu. Puncanya ketika ini kita berpecah belah dimain-mainkan oleh bangsa sendiri yang sanggup menjadi bangsat semata-mata mengharapkan laluan mendapat kuasa yang cepat.

Oleh sibangsat ini sanggup menggadai apa sahaja walaupun khalimah Allah malah sanggup mengatakan hak kebebasan memilih agama di dalam gereja. Adakah PPM rasis jika marah dengan tindakan melampau melebihi batas oleh sibangsat ini? Atau sudah tiba masanya kita berjuang dengan turutan utamakan Negara kemudian Bangsa dan akhirnya baru kita fikir soal agama? Tahukah siapakah yang berceramah dipentas ceramah serata Malaysia untuk mencari undi dengan slogan terbalik Negara, Bangsa & Agama dan orang itulah sedang melalak macam orang gila mengaku dirinya PM ke7?

Jikalah ini semua rasis mari kita tanya mana punca datang isu rasis ini? Persoalannya perlukah kita melutut lagi kehendak mereka setelah PRU13 kuasa melayu dinafikan kerana memperjuangkan Agama Bangsa Dan Negara yang dianggap RASIS?

Ada Bonus Besar Membalas Budi Kemenangan BN & Rakyat Sarawak

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengucapkan terima kasih kepada rakyat, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak, kerana menyokong teguh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 5 Mei lepas, serta kerana memahami janji pilihan raya itu akan dikotakan.

Taib yang juga Pengerusi BN negeri, berkata kemenangan besar itu mencerminkan sokongan padu Sarawak terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri untuk terus meneraju negara ini.

“Ini petunjuk kekuatan rakyat di Sarawak yang bersatu, stabil dan memahami bahawa banyak lagi peruntukan akan disalurkan kerajaan persekutuan bagi pembangunan yang memberi manfaat kepada mereka seperti dijanjikan (Perdana Menteri),” katanya dalam mesej sempena sambutan Hari Gawai, di sini.

Di Sarawak katanya, setiap tahun kerajaan BN memperuntukkan 70 peratus daripada belanjawan, untuk pembangunan terutama di kawasan luar bandar, sebagai usaha mempertingkatkan taraf ekonomi mereka dan membasmi kemiskinan.

Taib juga gembira kerana masyarakat luar bandar semakin peka dengan kepentingan pendidikan berdasarkan peningkatan pencapaian pelajar di kawasan itu dalam peperiksaan umum.

“Mereka inilah yang akan menjadi golongan berpendidikan tinggi, menjadi pemimpin pada masa depan dan meneraju yang lain ke peringkat lebih tinggi,” katanya menambah negeri itu memerlukan lebih banyak tenaga manusia berpendidikan tinggi bagi menampung keperluan yang ditawar oleh Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dan tempat lain di Sarawak.

Atas faktor itulah kerajaan katanya mewujudkan enam institusi pengajian tinggi, sekolah vokasional dan pusat serta institusi latihan belia dengan kerjasama swasta bagi menyediakan pendidikan dan latihan teknikal kepada rakyat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata beliau melihat masyarakat luar bandar memahami sepenuhnya akan keperluan menyokong kerajaan BN yang mempunyai program dan strategi baik untuk membangunkan negeri serta menaikkan taraf hidup rakyat.

Kerajaan BN juga memastikan generasi muda mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti termasuk pendidikan teknikal bagi menjamin masa depan mereka.

“Terima kasih atas sokongan yang bertambah daripada masyarakat luar bandar,” kata Jabu dalam mesej Hari Gawainya.

Menurut Jabu, kerajaan BN akan membalas budi mereka dengan program dan pembangunan untuk rakyat yang bertuah mempunyai Najib dan Taib sebagai pemimpin mereka, kerana kedua-duanya bukan sahaja berkebolehan tetapi juga memahami keperluan rakyat termasuk kesukaran yang dihadapi penduduk di pedalaman.

Friday 31 May 2013

PRU13 Kalau Aku Fisabilillah Kenapa Ke Haluan Kanan Sahaja Di PRU14


Jika anda fisabilillah bertindak seperti fisabilillah
walaupun hakikatnya anda diperlakukan seperti pengemis jalanan
anda mungkin dijanjikan dengan pelbagai tetapi ketika matlamat telah tercapai anda menjadi pengemis yang dilupakan

Itu hakikat hidup dalam perjuangan. Dalam perjuangan menegakkan agama bangsa dan negara bukan bererti anda boleh memperolehi kemewahan malah kemudahan perlu anda keluarkan sendiri walaupun peralatan dan kemudahan itu bertujuan untuk menggerakan perjuangan.

Itulah dinamakan fisabilillah bukan? Kerana disinilah maruah perjuangan kita, perjuangan walaupun memakan masa depan diri, malah dalam perjuangan kitalah juga yang sering dihina dikeji oleh pihak-pihak yang tidak sehaluan dengan kita. Itu asam garam perjuangan kita. Itu belum kira ada blogger kita disaman kena tanggung sendiri. BERBEZA SANGAT DENGAN CYBERTROOPER PR

PecahPalakMikir sedih melihat kawan-kawan diperlakukan sebagai pengemis dan PPM sendiri pernah alami cuma tidak berminat untuk diluahkan. Kerana kita ini pernah bersumpah atas fisabilillah demi agama bangsa dan negara, walaupun dilayan ibarat pengemis, tidaklah boleh digadaikan prinsip dan matlamat perjuangan hanya kerana kecewa kepada individu tertentu.

Mungkin inikalilah takdir menuntut kita jangan berat sebelah hanya kerana sebuah parti walaupun kita sedar lebih 55 tahun telah berkhidmat kepada rakyat. Tetapi sebuah parti tidak bermakna jika dikalangan yang berpengaruh dan berpeluang mendapat dana lebih mementing diri dari menyelia dan membantu jenteranya yang lebih 5 tahun berjuang sejak sunami PRU12.

Itulah cerita-cerita sedih seluruh warga cybertrooper sejak pembubaran parlimen di pasca PRU13, serata Malaysia. PPM percaya masing-masing masih sedang merungut dan kecewa kerana layanan terhadap mereka cukup sadis. Tetapi mereka tetap bangkit berjuang sehingga saat-saat akhir PRU13 walaupun hati masih kecewa sehingga BN sekali lagi berjaya mempertahankan Putrajaya. Bukan setakat itu selepas PRU13 sekali lagi dikecewakan tanpa sebarang ucapan terima kasih. Tetapi masih juga berjuang

PPM amat berbangga dengan keikhlasan cybertrooper bn biar sakit tetap dengan semangat juang. sehingga selepas PRU13 mereka diabaikan.

PPM juga terasa, dan jika ada mahu bertanya adakah PPM akan berhenti setakat ini...... Pada PPM perjuangan agama bangsa negara tidak semestinya bersama BN dan tidak semesti menafikan kebaikan PR. Tetapi Agama bangsa dan Negara adalah subjek lebih besar dari parti yang menyara setengah invidu yang berkeuntungan. Oleh itu PPM masih akan terus berjuang bersama BN kerana generasi kita. tetapi tidak semesti mengikut haluan kanan kerana memperjuangkan parti atas fisabilillah kita harus jujur dengan yang baik kita peliharakan tetapi yang kusut yang menyangak dan yang mengutamakan kepentingan diri kita hapuskan dari terus wujud dalam BN. Ini penting jika kita tidak mahu BN jadi pembangkang selepas PRU14. 

Kita bertindak dari sekarang atau kita abaikan hingga semuanya musnah?

Tuesday 28 May 2013

Video Obama Datang Malaysia, Berjumpa Anwar Ada Yang Sabotaj

Siapa sangka heh... makin hebat pula Anwar ni yee. Sampai Obama Datang Malaysia Jumpa Anwar ke atau Anwar hendak jumpa Obama. Tapi dengar cerita Obama datang Malaysia ada yang sabotaj, sapa tu...

Wah hebat betul kasi layan kat link ini Obama Datang Malaysia, Berjumpa Anwar ke? MESTI GEMPAK KEMBANG BULU HIDUNG. Apa yang menariknya jika Obama Datang Malaysia Jumpa Anwar. Tapi kenapa Anwar yang kecut perut lakkk... sendiri layan..

Turunkan Harga Kereta 30% Kasi Ajar Syarikat Used Recond DAP

Pada pasca PRU13 kita boleh melihat bertapa beria-ianya puak-puak DAP PAS PKR, mengharap harga kereta diturunkan sehingga 30%. Malah ini agenda dan manifesto Pakatan Rakyat. Hinggakan Rafizi menunjuk kononnya cukup bijak harga diturunkan secara mendadak.

Jadi kenapalah Najib Razak harus turunkan secara berperingkat? Turunkan sahaja secara mendadak sehingga 30%, dan lepas ini kita dapat melihat bank akan menurunkan kadar harga semasa loan bagi kereta terpakai dan recond diturunkan sama dengan 30%, bagi menyeimbangkan nilai kereta baru.

Selepas itu kita lihat berapa ramai dealer kereta terpakai dan recond gulung tikar kerana sebelum harga turun, mereka menggambil kereta lebih tinggi. Jika kereta baru turun 30% bermakna harga kereta recond dan terpakai diambil sebelum turun harga akan mengelami 30% susut nilai boleh diloan berbanding harga mereka laburkan. contoh:

Beli harga RM100 000
TETAPI SELEPAS PENURUN HARGA OLEH KERAJAAN
Kereta terpakai atau recond hanya dapat loan RM70 000.
RM70K termasuk insurance dan lain-lain menyebabkan syarikat Used/Recond car kerugian hampir 40k setelah campur dengan kos-kos lain. Lepas itu barulah puas hati dengan idea Anwar Ibrahim, yetak?

Tak cukup dengan itu, lepas ini boleh kita lihat berapa ramai pengguna yang memiliki kereta terpaksa berkerugian lagi 30% dari nilai semasa dan terpaksa tambah duit hingga 30% jika mahu tukar kereta. Malah kita akan lihat berapa ramai yang beli kereta sebelum penurunan harga oleh kerajaan terpaksa tunggu dan pakai kereta sampai habis hutang kerana baki hutang kereta mereka tidak dapat mengejar nilai semasa di pasaran.

Ha ini baru puas hati termasuk juru jual yang basic gaji rm800 makan basic je laaa. Kerana mereka boleh berharap pembeli yang tidak trade-in kereta sahajalah.

Amacam kalau dah suka mari kita cuba dan lepas ini boleh lihat siapa hendak melatah dan menagis tidak berlagu?

Anwar Ibrahim - Bongkar Broker Perjanjian Syaitan


Manifestasi dari setiap gerakan, perbuatan dan percakapan Anwar, tidak lain dan tidak bukan adalah PENIPUAN yang akhirnya akan menghasilkan kekeliruan, fitnah dan pertentangan pemikiran di kalangan rakyat.

Dalam kamus hidup Anwar, tidak ada istilah “mengakui” tentang sesuatu perkara, jika perkara itu boleh menjejaskan reputasi dan krdibilitinya pada pandangan umum.

Walaupun wajah diphoto itu memang wajahnya sendiri, tetapi jika seandainya photo itu mampu mencalar atau menjejaskan kredibiliti dan reputasinya, dia tidak akan mengaku wajah diphoto itu, wajahnya. Sekurang-kurangnya dia akan berkata, “looks like me, but not sure if its me”.

Perjanjian yang dia tandatangani sendiri pun dia cuba nafikan. Dia sendiri yang minta jumpa Jusuf Kalla, tapi dia kata Jusuf Kalla yang nak jumpa dia. Dia sendiri yang mintak Jusuf Kalla jadi broker mautnya untuk merealisasikan cadangan “perjanjian syaitannya” untuk memerangkap Najib. Dia sendiri yang langgar perjanjian, dia kata Najib yang langgar.

Dia sendiri yang secara sukarela menyatakan akan bersara dari politik jika kalah PRU, dia sendiri yang menarik semula persaraannya.

Dia sendiri yang minta Zaid Mat Arif aturkan untuk jumpa Tun Ghafar untuk minta maaf, dia sendiri yang jaja Tun Ghafar nak jumpa dia dan minta maaf.

Dia sendiri yang berkata tidak akan sesekali memaafkan atau berkompromi dengan Tun Mahathir, dia sendiri yang hantar wakil berjumpa Tun M untuk minta appointment yang sampai 4 kali ditolak oleh Tun M.

Segala bukti dan saksi cukup banyak untuk seluruh rakyat tidak mempercayai apa saja kata-kata yang keluar dari mulut Anwar. Tetapi semua itu tidak mencukupi untuk para penyokongnya berfikir, dan menggerakkan kebolehan akal mereka untuk berfikir.

Petang semalam berjumpa dengan sekumpulan anak muda penyokong tegar Anwar. Mereka baru pertama kali mengundi. Bila saya sembang dan sebut “semasa Anwar jadi Timbalan Presiden UMNO…bla..bla..bla”, budak2 ni terkejut dan tanya balik, “Anwar pernah jadi Timbalan Presiden UMNO ke bang..? Maknanya, budak ni tahun 1998 umur dalam lingkungan 8 ke 10 tahun.

Inilah jenis anak-anak muda yang sedang diperkotak-katikkan minda mereka hingga begitu taksub dengan Anwar…kalau anak muda melayu sendiri pun tidak tahu latar belakang Anwar, apa lagilah anak-anak muda cina@tongsan.

Jadi tidak menghairankan jika Anwar boleh senang-senang kumpulkan puluhan ribu anak muda jenis “naive” macam ni di tengah padang dan dijamu dengan makanan fitnah dan dusta yang enak-enak.

Sunday 26 May 2013

Black Out Mengaku Ada Bukti Tapi Takut Buat Report Polis

Lihatlah apa pula sendiwara puak-puak ini, sanggup buat kenyataan di akhbar mengaku ada bukti tetapi takut untuk buat report polis. Aii selama ini bukankah mereka jyak-juak yang terloncat-loncat kerana menang kes. Tapi sekarang jadi takut sangat apahal..

Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu. Setakat berani dekat luar camni kenapa?

Isu Terkini

get this widget here