Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 24 December 2014

13 Ajaran Pluralisme Liberalisme Dari Indonesia Dibawa Ke Malaysia

Bila tak didik anak2 dengan ajaran agama,.aqidah mereka akan tergelincir spt golongan yang menganut liberalisme.& pluralisme. Awasi anak2 kita.

Racun Liberalisme Indonesia, Pengajaran buat Malaysia.

Antara perkara yang wajib dihadami oleh para pendakwah di Malaysia dalam mendepani agenda Liberalisme adalah kepelbagaian cara dan kaedah pendokong Liberalisme ini mula mencerap masuk dalam pemikiran pelbagai lapisan masyarakat hatta golongan cerdik pandai sekalipun.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Henri Solahuddin, MIRKH (peneliti INSISTS dan MIUMI) semasa membentangan kertas kerjanya dalam Seminar Liberalisme : Dimensi & Mekanisma, Dr Henri yang berasal daripada Indonesia telah memberi beberapa contoh realiti usaha liberalisme yang telah dan sedang merosakkan masyarakat Indonesia.

1. Beliau menyebut Institusi-institusi pendidikan tinggi di Indonesia telah lama dikuasai dan diresapi roh pendokong Liberalisme hingga ia begitu mudah untuk dijalankan tanpa atau secara sedar di Universiti-universiti di Indonesia.

2. Subjek Pengajian Islam yang diajar kepada Mahasiswa termasuklah tentang bagaimana cara mentafsir kalam suci al Quran menggunakan cara pentafsiran dan pembacaan Kitab Injil.

3. Malah Ketua Dekan Fakulti Pengajian Islam disebuah Universiti (yang tidak disebutkan namanya) telah menzahirkan pandangan cenderung Liberalisnya dengan mengandaikan Tomas Edison pasti akan masuk Syurga hanya kerana telah mencipta lampu untuk kegunaan orang ramai.

4. Masyarakat juga mula didoktrinkan dengan pemahaman bahawa Rukun Islam yang wajib diimani hanya 2 perkara. Percaya Kepada Allah SWT dan Percaya Kepada Hari Akhirat. Perkara yang lain adalah tidak termasuk dalam rukun Islam.

5. Penganut agama Kristian adalah dibenarkan menikahi orang Islam tanpa syarat dan begitu juga sebaliknya Orang Islam boleh menikahi Orang Kristian atas dasar kebebasan.

6. Ada dalam kalangan Liberalis Indonesia yang percaya bahawa Al Quran adalah benar kata-kata (qalam) Allah swt namun ia tidak langsung dapat memberi manfaat kepada pembacanya.

7. Allah Swt adalah athies, jadi seorang manusia yang atheis (tidak mempunyai kepercayaan agama) adalah wajar dibenarkan.

8. Pada pendapat mereka, tiadalah dalil yang kuat untuk dihujahkan melarang perkahwinan sejenis (sama jantina), Hanya orang yang berfikiran primitif yang menganggap perkahwinan sejenis berbahaya.

9. Ayat di dalam Al Quran sendiri terdapat kontradik (percanggahan).

10. Al Quran sebenarnya diturunkan sebagai perangkap kepada bangsa Quraisy, ia hanya relevan pada zaman tersebut tidak zaman sekarang.

11. Allah swt hanya menilai taqwa seseorang, tidak menilai orientasi sexual. Jadi hubungi sejenis dibolehkan.

12. Kemungkinan semua agama boleh dianggap sebagai agama Islam, jadi tiadalah salah untuk umat Islam masuk dan menyanyi di dalam gereja. Ia adalah satu bentuk toleransi antara agama.

13. Di Indonesia juga, persahabatan antara golongan Syiah dan golongan pendokong liberal dianggap satu bentuk kerjasama yang baik dalam usaha menyokong program-program yang dianjurkan golongan Liberalis, sebagai balasan mereka pula membantu Jemaah Mustafa (Syiah) daripada Iran membuka cabang mereka di Indonesia.


Semasa perkongsian pengalaman Indonesia menghadapi golongan Liberalis di sana, ternyata ramai dalam kalangan peserta terutamanya cendiakawan dan ahli akademik daripada timur tengah terkejut, rata-rata mereka tidak langsung menyangka penyelewengan golongan liberalis sampai ke tahap yang sangat kritikal. Dr Henri Solahuddin mengingatkan Negara-negara Islam yang hadir agar mengambil sirius ancaman Liberalisme di Negara masing-masing sebelum ia merosakkan masyarakat seperti yang telah berlaku di Indonesia.

“Ambilah pengajaran bahaya Liberalisme di negeri kami, sebelum ianya menjadi semakin sukar," katanya.

Dalam sesi soal jawab pula, Dr Anis Malik Toha (Rektor Universitas Islam Sultan Agung -UNISSULA- Semarang) daripada Indonesia juga berkongsi pendapat yang sama, malah beliau memandang matlamat Liberalisme di Indonesia boleh dikatakan sudah sampai ke peringkat menjadikan mendokong golongan ini sebagai Athies.

Di Malaysia, sesuatu yang perlu malah wajib difikirkan adalah bagaimana kesungguhan para pendakwah dan pemerintah mengambil tanggungjawab menjaga agama dan mencegah penyelewengannya oleh golongan Liberalis. Kita bukanlah bersikap samberono dalam menuduh malah bukan juga ingin menakut-nakutkan masyarakat tetapi hakikatnya sangat jelas dihadapan mata sendiri. Terdapat gerakan tersusun NGO-NGO dan individu-individu yang cenderung pemikiran Liberalnya mula menzahirkan pandangan bercanggah daripada Agama Islam. Walaupun kita tiada Jaringan Islam Liberal secara fizikal di Malaysia (seperti di Indonesia), tetapi jelas , ideologinya telah dibawa dengan bangga oleh IRF, SIS dan tokoh2 politik tanah air seperti yang dibentangkan di dalam Seminar Liberalisme ini. Hanya kita hendak mengakui atau pun tidak? "


Muhammad Aidil Idham bin Sharom.
Unit Kajian dan Informasi PEMBINA
Pengerusi PEMBINA CAW Ipoh

Tuesday 23 December 2014

Pendedahan Panas Lembaga Pengarah #1MDB Buat @TonyPhua @RafiziRamli

Memandangkan kerakuasan Tony Phua dan Rafizi Ramli cuba mempolitik isu 1MDB DENGAN PELBAGAI TUDUHAN. tetapi sebenarnya ada banyak cerita disembunyikan mereka ini seperti yang didedahkan dibawah:

Pengerusi Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Datuk Seri Lodin Wok Kamaruddin hari ini keluar dengan satu kenyataan yang menjelaskan berkenaan kedudukan sebenar syarikat pelaburan itu.

Menurut beliau, pihak mereka sedia untuk berdebat berkenaan syarikat itu kerana percaya ianya akan memberi kelebihan dan kebaikan serta mengukuhkan lagi syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

“Sebagai memenuhi keinginan untuk bersikap telus mengenai syarikat, saya telah mengadakan mesyuarat bersama pengamal media untuk mendengar keluhan dan pertikaian masyarakat terhadap kami.

“Syarikat juga telah memberikan penjelasan berkenaan tuduhan yang dilemparkan kepada kami yang mana semuanya boleh dibaca di laman web kami termasuk berkenaan kedudukan kewangan syarikat,” katanya di dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga turut menjelaskan berhubung suntikan dana dan juga kedudukan hutang 1MDB yang sebenarnya disokong dengan aset mereka yang bernilai RM51.4 bilion dari jumlah hutang mereka (RM41.9 bilion).

Jumlah itu menjadikan mereka mempunyai lebihan hampir RM10 bilion bagi mengukuhkan kedudukan kewangan mereka.

Lodin juga menjelaskan bahawa adalah penting untuk memahami bahawa perkara penyelesaian melibatkan hutang kewangan adalah tidak sama.

“Terdapat banyak faktor yang perlu diambil kira yang akan menentukan kos wang tersebut dan juga faedah yang akan dikenakan ke atas pinjaman mahupun bon.

“Apa yang ingin dijelaskan ialah; apabila kita mengambil bon, peminjam akan berdepan dengan risiko pada tahap tertentu yang mana lebih lama tempoh kematangan bon, semakin tinggi risiko pemegang bon.

“Oleh itu bon yang mempunyai tempoh matang panjang biasanya mempunyai kadar faedah lebih tinggi,” jelasnya.

Oleh yang demikian katanya adalah tidak pelik bagi 1MDB kerana mempunyai kadar faedah bon yang tinggi memandangkan tempoh matang bon diambil syarikat tersebut adalah 30 tahun.

Menurut beliau, perkara itu sudah tentu jelas berbeza dengan syarikat Petroliam Nasional (Petronas) kerana tempoh kematangan bon mereka hanya dalam masa tiga tahun untuk bon berjumlah RM100 juta.

(klik sini) Sambung baca lebih perincian kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu yang tidak puas hati atau sengaja mahu menjatuhkan 1MDB

(Video) Mahfuz Gambarkan Maruah PAS Sekadar Pengemis Kepada DAP

Sendiwara Mahfuz semakin menyerlah apabila menyamar dirinya terpaksa mengemis daripada DAP kerana UMNO. Seolah-olah PAS tidak pernah diajak bermuzakarah dalam perpaduan UMMAH.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan parti politik Melayu di negara ini terpaksa mengemis dengan bangsa lain, Mahfuz berkata kenyataan itu seperti membuka aib dan kelemahan Umno sendiri. 

Benarkah UMNO aib diri sendiri atau Mahfuz takut masyarakat islam sedar tentang aibnya PAS?

Ketika segenap lapisan masyarakat ingin melihat perpaduan islam di Malaysia. Di ketika itu usaha Harun Din dan Haron Taib berusaha mendapatkan laluan ke meja sebulat antara PAS dan UMNO. Siapakah yang bangkit menentang?

Ketika Nasharuddin Mat Isa berusaha menjalinkan perpaduan UMNO PAS dimana Mahfuz berada dan apa usahanya? Yang nampak kelibat Mahfuz antara pihak paling takut UMNO PAS bersatu. Kenapa? Kerana takutkan kepada DAP?

Butakah Mahfuz dengan apa yang berlaku dengan PAS di Selangor bangaimana DAP tidak berpuas hati bila PAS dilantik Timbalan Dipertua?

Butakah Mahfuz  dengan pelbagai tekanan DAP menidak hak-hak termaktub Islam di Malaysia dan MHfuz berpejam mata.



Apa ertinya semua ini. Adakah ini kerana Mahfuz terpaksa mengemis atau ada lain selain dari itu.

Dengan keistimewaan, bantuan dan kelebihan kepada individu seperti Mat Sabu dari DAP kerana kesetiaan tidak berbelah bahagi. adakah itu boleh dinamakan hasil mengemis atau lebih sesuai dipanggil barua?

Adakah dalam perjuangan memantabkan amanah Allah kita diwajipkan mengemis kepada bangsa anti Islam untuk mencapai matlamat islam PAS?

Jangan jadi munafik Mahfuz berpura-pura mengemis. Susah sangatkah hidup Mahfuz hingga perlu mengemis sedangkan Abangnya boleh dapat projek dari BN Kedah. kenapa tidak mengemis projek DAP?

Istilah mengemis pada Mahfuz perlu sampai tertiarap ditinjak dan dipijak DAP menentang hasrat PAS melaksakan Hudud. Adakah kita nampak Mahfuz tampil membela hak PAS laksanakan impian Hudud atau Mahfuz hanya jadi kaki dan tangan DAP? Adakah ini dinamakan menegmis atau lebih wajar dipanggil barua?

Mungkin isitilah mengemis adalah suatui yang dangkal kalau dia Mahfuz bergembira menikmati kebahagian bersama DAP.


Agenda DAP Menghalang Perpaduan Umat Islam Pulau Pinang

Mufti Pe­rak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilaporkan ingin menggugurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul akan menghalang usaha memantapkan perpaduan umat Islam di negara ini.


Beliau berkata, perkara itu memandangkan perarakan tersebut bertujuan menunjukkan perpaduan umat Islam yang merupakan majoriti rakyat di Malaysia.

Jelas beliau, tindakan itu juga disifatkan sebagai dwistandard kerana kerajaan negeri hanya menjadikan perarakan tersebut sebagai mangsa.

“Kenapa pula ada perayaan lain memakan masa dua hari dan dua malam dibenarkan tetapi mempertikaikan pula sambutan Maulidur Rasul?

“Apa salahnya satu perarakan oleh umat Islam dibenarkan, yang semata-mata dianjurkan untuk memantapkan perpaduan umat Islam sebagai penganut agama terbesar di negara ini?” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rabu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengumumkan keputusan kerajaan ne­geri untuk menggugurkan acara perarakan sambutan Maulidur Ra­sul bagi tahun kedua berturut-turut.

Abdul Malik menjelaskan, tradisi sejak lebih 20 tahun tersebut digantikan dengan tazkirah, solat sunat duha, selawat dan berzanji di Dewan Sri Pinang.

Mengulas lanjut. Harussani menambah, kerajaan negeri tidak mempunyai alasan menggugurkan perarakan Maulidur Rasul berkenaan.

-Sumber Utusan Malaysia

Monday 22 December 2014

#DEFISIT Selangor Punca @RafiziRamli Lari malam

Selama ini ramai orang kenal Rafizi kerana juara mengkritik tetapi dalam masa yang sama Rafizi langsung tidak boleh dikritik kerana lagi di kritik maka terbongkarlah tembelangnya. Selama ini Rafizi cukup pantang dengan perkataan DEFISIT apatah kalau menyentuh soal tanggungjawap Perdana Menteri. Laju dia mengkritik dengan pelbagai teori yang langsung tidak membantu.

Tetapi dalam diam Selangor adalah semakin teruk walaupun merupakan sebuah negeri paling maju di Malaysia. kalau negeri paling maju boleh defisit alamatnya cara terbaik tutup terbelang cakap ajelah defisit berimbang iyalah hendak selamatkan tengkok bunyinya.

Bajet Selangor untuk tahun 2015 secara faktanya menunjukkan nilai defisit yang tinggi sebanyak RM450 juta yang mana ia seakan-akan sudah menjadi ‘legasi’ pakatan rakyat sejak mereka mula merangka bajet negeri sejak tahun 2009 lagi.

Ini kerana, dalam Bajet Selangor 2009, ia dicatatkan mengalami defisit sebanyak RM120 juta diikuti RM194 juta (2010); RM210 juta (2011); RM167.1 juta (2012) dan RM761.4 juta pada tahun 2013.

Setiap tahun kerajaan negeri membentangkan bajet dan memberikan alasan bajet negeri adalah bajet berimbang, namun setiap tahunlah juga dalam tempoh itu kerajaan negeri mengemukakan permohonan di Mesyuarat DUN Negeri untuk kelulusan peruntukan tambahan.

Bagaimana pula dengan Bajet Selangor 2015 ini?

Apakah benar-benar tiada permohonan peruntukan tambahan sebagaimana yang diucapkan oleh Menteri Besar?

Kita agak skeptikal dalam soal ini lebih-lebih lagi dengan peruntukan pembangunan yang melibatkan 46.81 peratus iaitu RM1.13 bilion daripada keseluruhan bajet negeri tahun depan.

Inilah Rafizi langsung tidak berani hendak sentuh soal difisit Selangor.. memang dasar penipu. Cubalah anda pergi twit dekat twitternya tanya kenapaa Selangor defisit paling teruk. alamat tak lama gerenti kena ban terus.

Isu Terkini

get this widget here