Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 23 December 2014

Agenda DAP Menghalang Perpaduan Umat Islam Pulau Pinang

Mufti Pe­rak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilaporkan ingin menggugurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul akan menghalang usaha memantapkan perpaduan umat Islam di negara ini.


Beliau berkata, perkara itu memandangkan perarakan tersebut bertujuan menunjukkan perpaduan umat Islam yang merupakan majoriti rakyat di Malaysia.

Jelas beliau, tindakan itu juga disifatkan sebagai dwistandard kerana kerajaan negeri hanya menjadikan perarakan tersebut sebagai mangsa.

“Kenapa pula ada perayaan lain memakan masa dua hari dan dua malam dibenarkan tetapi mempertikaikan pula sambutan Maulidur Rasul?

“Apa salahnya satu perarakan oleh umat Islam dibenarkan, yang semata-mata dianjurkan untuk memantapkan perpaduan umat Islam sebagai penganut agama terbesar di negara ini?” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rabu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim mengumumkan keputusan kerajaan ne­geri untuk menggugurkan acara perarakan sambutan Maulidur Ra­sul bagi tahun kedua berturut-turut.

Abdul Malik menjelaskan, tradisi sejak lebih 20 tahun tersebut digantikan dengan tazkirah, solat sunat duha, selawat dan berzanji di Dewan Sri Pinang.

Mengulas lanjut. Harussani menambah, kerajaan negeri tidak mempunyai alasan menggugurkan perarakan Maulidur Rasul berkenaan.

-Sumber Utusan Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa di Pulau Pinang. LGE membenarkan perarakan orang cina untuk 2 malam? Habis menghalang pengguna jalan raya, bising dan macam-macam lagi. LGE ingat negeri pulau pinang ini satu repuklik ker? dan apa kuasanya pulak mengahalang orang Islam dalam menjalankan ibadah didalam Negara ISLAM? Yang Exco Agama Pulau Pinang tu kita tolak tepi lah. Ingat lagi fashion show yang dulu ker lagi.

Isu Terkini

get this widget here