Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 17 May 2014

Pratonton Video @AnwarIbrahim Dedahkan Hantu-Hantu Yang Mengamuk Dalam Pemilihan PKR


Akhirnya Anwar Ibrahim dengan pelbagai bukti berbentuk video yang menampakan kelibat-kelibat hantu-hantu yang mengamuk sehinggakan Anwar sendiri terkena tempias air liur hantu tersebut. Tetapi situasi tersebut tidak pula Anwar gunakan untuk membuktikan dakwaan hujah kononnya Anwar percaya anasir luar yang bawa masuk. 




Kalau Anwar ambil kesempatan menyerang balas hantu mengamuk itu dengan membuktikan dia bukan ahli PKR. Bukankah akan membantu beliau buktikan ada anasir luar tetapi tidak dan sebaliknya Anwar tergaman. Mari kita lihat 2 artikal di bawah.

PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) PUSAT

- SIDANG MEDIA OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI)


PADA 16 MEI 2014, JAM 1115 HINGGA 1150, BERTEMPAT DI IBU PEJABAT PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR), A-1-09, MERCHANT SQUARE, JALAN TROPICANA SELATAN 1, PETALING JAYA, TELAH BERLANGSUNG SIDANG MEDIA YANG DISAMPAIKAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM – KETUA UMUM KEADILAN.

HADIR.

2. SERAMAI 40 ORANG TERDIRI DARIPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR PUSAT DAN WAKIL MEDIA TEMPATAN YANG TELAH HADIRDALAM SIDANG MEDIA. ANTARA YANG DIKENALI HADIR ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

A) TAN SRI KHALIB IBRAHIM

–MB SELANGOR.


B) MOHAMAD AZMIN BIN ALI

–TIM.PRESIDEN PKR PUSAT.


C) DATO SAIFUDDIN NASUTION

– SETIAUSAHA AGONG PKR PUSAT.


SIDANG MEDIA OLEH DSAI

3. ANTARA INTIPATI SIDANG MEDIA ADALAHiu SEPERTI BERIKUT:-


A) PIMPINAN KEADILAN MENGAMATI SITUASI PERJALANAN PEMILIHAN PARTI YANG TELAH BERJALAN TIGA MINGGU BERTURUT DENGAN SERIUS. SEPERTI YANG TELAH DISEBUT DALAM SIDANG MEDIA BELIAU SEBELUM INI, SEKIRANYA ADA ISU CACAT CELA DALAM PROSES PENGUNDIAN TERMASUK PENIPUAN, GENGSTERISME DAN DISIPLIN, MAKA SIASATAN PENUH WAJIB DIJALANKAN SERTA TINDAKAN DISPLIN HARUS DIAMBIL. PIHAK JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT (JPP) DAN LEMBAGA DISPLIN KEADILAN TELAH DIARAHKAN SUPAYA TIDAK MELINDUNGI MANA-MANA ANGGOTA PARTI YANG MELANGGAR PERATURAN PEMILIHAN.


B) DALAM MESY BIRO POLITIK LAPAN ANGGOTA KEADILAN TELAH DIGANTUNG KEANGGOTAAN BAGI MEMBANTU SIASATAN BERKAITAN PEMILIHAN PARTI DAN BELIAU DIFAHAMKAN LEMBAGA DISPLIN KINI BERMESYUARAT SETIAP HARI BAGI MEMPERCEPATKAN PROSES PEMILIHAN PARTI.


C) BELIAU JUGA TELAH MEMINTA TIGA-TIGA CALON TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN UNTUK BERSAMA BELIAU DALAM SIDANG MEDIA PADA HARI INI BAGI MEWAKILI KESEMUAN ANGGOTA KEADILAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA JPP UNTUK TERUS BERGERAK DAN MENAMBAH BAIK PROSES PEMILIHAN PARTI.


D) PIMPINAN KEADILAN AMAT PRIHATIN TENTANG INSIDEN KEKERASAN DAN GENGSTERISM YANG BERLAKU TERUTAMANYA SEWAKTU PROSES PEMBUANGAN UNDI DI NEGERI SELANGOR. BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DITERIMA SERTA BUKTI VIDEO DAN GAMBAR DI DAPATI ELEMEN BUKAN ANGGOTA PARTI YANG TELAH MENCEROBOH PUSAT-PUSAT PENGUNDIAN DENGAN NIAT MEMBURUKAN IMEJ SERTA MENGGAGALKAN PROSES PENGUNDIAN. BELIAU JUGA DIFAHAMKAN RAMAI DARIPADA ELIMEN-ELIMEN INI TELAH MASUK KEADILAN SEBELUM DAFTAR PEMILIHAN TERTUTUP DAN DISAHKAN PADA 5 MAC 2014 YANG LALU.


E) PIMPINAN KEADILAN TELAH MENGARAHKAN JPP DAN LEMBAGA DISIPLIN UNTUK MENYIASAT PERKARA TERSEBUT DENGAN LEBIH LANJUT DAN TINDAKAN DISIPLIN YANG CUKUP KERAS MESTI DIAMBIL BAGI MEMASTIKAN ELEMEN2 INI DIBENTERAS SERTA DIBUANG DARIPADA PARTI.


F) TERDAPAT PIHAK TERTENTU CUBA MEMBAWA PERKARA INI KE PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) DAN KUIMPULAN INI BEKERJA UNTUK PARTI MEMERINTAH. MENYARANKAN SEBARANG ADUAN ATAU BANTAHAN HARUS MENGIKUT SALURAN DAN BUKAN KEPADA MEDIA ATAUPUN ROS. PEMILIHAN KALI INI DIJALANKAN SEBAGAI SEMANGAT KEKELUARGAAN DAN BUKANNYA DI ANGGAP MUSUH.


G) KEKECOHAN DI NEGERI SELANGOR DAN SABAH ADALAH DISEBABKAN KEADAAN TEMPAT UNDI TIDAK SESUAI DAN KEKURANGAN KAKITANGAN UNTUK MENGENDALIKAN PEMILIHAN DISEBABKAN KEAHLIAN YANG RAMAI.


H) WALAUPUN MENGAKUI TERDAPAT MASALAH LOGISTIK TETAPI IA TIDAK BOLEH MENJADI ALASAN UNTUK CAMPURAN TANGAN GENGSTERISM DALAM PROSES PEMLILIHAN. PROSES PEMILIHAN DIJALANKAN SECARA ADIL YANG MANA JPP MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS DAN CEPAT TERHADAP MANA-MANA ANGGOTA YANG MELAKUKAN KESALAHAN DAN BUKAN SEPERTI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) YANG SEKONGKOL BERSAMA UMNO MENIPU RAKYAT.


I) INSIDEN YANG BERLAKU DI SEPANJANG PEMILIHAN TERSEBUT MENUNJUKKAN ADA PIHAK LUAR CUBA SABOTAJ PARTI KEADILAN DAN BELIAU TELAH MENGARAHKAN JPP UNTUK MENDEDAHKAN KEPADA UMUM PENGLIBATAN ORANG LUAR TERSEBUT.


INSIDEN.


4. SEMASA DSAI, MOHAMAD AZMIN ALI, DATO SAIFUDDIN NASUTION DAN TAN SRI KLAHID IBRAHIM MENINGGALKAN DEWAN SIDANG MEDIA PKR PUSAT, KUMPULAN PENYOKONG S. MANIKAVASAGAM – PENYELARAS DUN MELAWATI BERHIMPUN DI LUAR PINTU MASUK DEWAN SIDANG MEDIA BERKENAAN. KETIKA KEEMPAT-EMPAT PEMIMPIN KELUAR DARIPADA DEWAN SALAH SEORANG PENYOKONG S.MANIKAVASAGAM YANG DIKENALI ZULKIFLI ABDULAH TELAH MENJERIT DENGAN KATA –KATA KESAT SEPERTI ” KHALID PENIPU , RASUAH” DAN ” KUALA SELANGOR AKAN AJAR KHALID ”. WALAUPUN DSAI CUBA MEMUJUK LELAKI BERKENAAN TETAPI IA TIDAK DIENDAHKAN OLEH BELIAU DAN TERUS MAKI HAMUN TAN SRI KAHLID IBRAHIM.


KEHADIRAN KETIGA-TIGA CALON TIMBALAN PRESIDEN ADALAH UNTUK MENYAKINKAN BAHAWA MEREKA BERSAMA-SAMA DENGAN DSAI MENYOKONG PENUH SEBARANG TINDAKAN JPP DAN LEMBAGA DISPLIN TERHADAP MANA-MANA ANGGOTA YANG MELANGGAR PERATURAN PEMILIHAN.

7. INI MERUPAKAN SIDANG MEDIA YANG PERTAMA YANG DIADAKAN OLEH DSAI BERHUBUNG PEMILIHAN PARTI. SEJAK PEMILIHAN TERSEBUT.

Nampaknya Anwar dan PKR tak salah orang lain pula yang salah tetapi ada juga Lembaga Disiplin kononnya ambil tindakan mari kita lihat:

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 14hb Mei 2014, yang dipengerusikan YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN dan dihadiri YB DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, YAB TS Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)

Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Pn Faridah, pembantu khas Penyelaras DUN Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras DUN Bukit Melawati.

Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


2) Sdr S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa TS Abdul Khalid bin Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam m/s 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr S MANIKAVASAGAM akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


3) Sdr BOBINATH A/L VELLO (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.

Sdr BOBINATH A/L VELLO akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


4) Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI (Cabang Kampar)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, m/s 7 bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus".

Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


5) Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN (Cabang Pasir Salak)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan Parti secara terbuka di laman Facebook beliau, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


6) Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN (Cabang Hulu Selangor)

Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. Tindakan ini melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang dari mengganggu sebarang proses dan acara Pemilihan Parti."

Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


7) Sdr NOOR AZMAN SAMSURI (Cabang Tanjung Karang)

Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri bin Kasnon, bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang.

Sdr NOOR AZMAN SAMSURI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


8) Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA (Cabang Setiawangsa)

Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014.

Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


YB Dato' Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN 15hb Mei 2014

Persoalannya kenapa Chegu Bard dan Rafizi yang koyak kertas undi dikecualikan dari tindakan disiplin? Awal-awal buat kerja pilih bulu. BOLEH PAKAI KE PARTI HARU BIRU INI?

Friday 16 May 2014

Pengundi #BukitGelugur perlu lihat sejarah perjuangan saya berpolitik Huan Cheng Guan @Huan2BG


MEMASUKI hari kedua berkempen, calon Parti Cinta Malaysia (PCM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan semakin sibuk menyusun gerak kempen. Usahanya itu ibarat mendapat suntikan semangat baharu selepas sambutan yang diterima dalam kalangan pengundi disifatkan di luar jangkaan. Meskipun dibayangi hakikat kerusi Parlimen itu merupakan antara kubu kuat DAP, Cheng Guan sedikit pun tidak berasa tergugat kerana mempunyai misi lebih besar iaitu menyelesaikan sebanyak mungkin masalah rakyat. Kepada wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, Naib Presiden PCM ini berkongsi matlamat serta visinya dalam merampas kerusi berkenaan pada 25 Mei ini.



UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana penerimaan pengundi setakat ini?

CHENG GUAN: Saya sebenarnya terkejut kerana sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Sebagai contoh pagi ini (semalam) saya berjumpa dengan orang ramai di pasar awam Air Itam. Mereka menerima kehadiran saya dengan baik. Malah, ramai yang memberikan galakan serta kata-kata positif untuk saya bertanding dalam PRK ini. Malah, saya juga terkejut kerana ada yang menawarkan untuk belanja saya makan dan minum menunjukkan mereka menyambut baik hasrat saya mahu menjadi wakil rakyat mereka. Saya terharu dengan perkembangan ini dan akan berusaha untuk bertemu seramai mungkin pengundi dalam tempoh berkempen ini memandangkan Parlimen ini agak luas.

Apa isu utama yang Datuk lihat boleh memberi kelebihan untuk diperjuangkan?

CHENG GUAN: Isu rumah kos rendah untuk golongan kurang berkemampuan sangat kritikal di negeri ini. Ketika ini, golongan itu yang merupakan majoriti di negeri ini tidak mempunyai pilihan untuk memiliki rumah sendiri terutama di kawasan bandar kerana kebanyakan projek perumahan baharu adalah berstatus mewah iaitu untuk hanya untuk golongan kaya dan warga asing. Begitu juga di kawasan-kawasan pinggir bandar yang kini lebih banyak dibangunkan dengan projek-projek perumahan mewah yang di luar kemampuan majoriti penduduk di negeri ini.

Ada yang beranggapan Datuk bermimpi di siang hari kerana mustahil dapat mengalahkan DAP.

CHENG GUAN: Ya, saya perlu menerima hakikat hanya keajaiban yang dapat membantu saya menang di sini. Perkara itu memang tidak dinafikan kerana dalam pilihan raya lalu, mendiang Karpal Singh menang dengan majoriti cukup besar iaitu lebih 41,000. Ini adalah majoriti kedua terbesar selepas Seputeh. Sebab itu saya selalu sebutkan jika saya dapat kembali deposit pilihan raya pun adalah sesuatu yang cukup baik bagi saya. Jika dapat kurangkan majoriti DAP pula bagi saya adalah satu bonus. Tetapi saya juga ada keyakinan perkara itu bukan mustahil dan saya akan berusaha sedaya upaya. Orang sepatutnya menilai keberanian saya bertanding di kawasan kubu kuat DAP ini. Saya orang Cina dan saya bertanding di kawasan yang majoritinya masyarakat Cina. Jadi, pengundi perlu melihat kepada perkara ini.

Adakah Datuk berasakan keputusan MCA tidak bertanding memberi kelebihan kepada Datuk?

CHENG GUAN: Terus terang saya katakan jika MCA meletakkan calon mereka saya akan berdepan kesukaran. Sudah semestinya adalah sukar untuk saya menentang calon MCA kerana parti saya ini hanyalah parti kecil. Sebab itu apabila MCA tidak bertanding, saya berasakan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) akan melihat saya sebagai parti alternatif kerana mereka sememangnya tidak mahu kepada DAP. Tetapi itu bukanlah bererti saya ini proksi kepada BN.

Apa harapan terhadap pengundi?

CHENG GUAN: Pengundi di Bukit Gelugor perlu melihat kepada sejarah perjuangan saya dalam politik. Saya bukan baru mahu berjinak-jinak dalam dunia politik kerana sudah mempunyai pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Gerakan dan Ahli Parlimen Batu Kawan antara 2004 hingga 2008. Malah, sewaktu saya tidak lagi menjadi Ahli Parlimen pun, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness (Cpam). Masyarakat Cina sangat menyedari saya begitu agresif dalam berpolitik dan memperjuang nasib mereka bukan sahaja di negeri ini malah, di seluruh negara. Di media-media sosial juga saya cukup aktif membangkitkan pelbagai isu yang memerlukan perhatian baik oleh kerajaan mahupun pembangkang.

Thursday 15 May 2014

Senarai Penyagak-penyagak Paling di kehendaki Polis ( Sebarkan )



Muko Ponyagak Dikohondaki Polis. SEBARKAN! Apo-apo pun, HIDUP MELAYU!!! (kot Melayu la ponyangak-ponyangak ni...)

KEJADIAN SERANGAN TERHADAP WARTAWAN
( SEK. 147 MERUSUH ) http://nblo.gs/WU51k


Pada 1 Mei 2014 diantara jam 8.24 malam, pihak Polis telah menerima pengaduan dari seorang wartawan akbar media focus, mendakwa telah diserang oleh diantara 20 ke 30 orang peserta perhimpunan membantah GST yang berlaku disekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

2. Kejadian ini bermula diantara jam 5.00 petang, hari yang sama apabila pengadu bersama-sama rakan-rakan media yang lain, pergi meninjau kepulan asap berwarna merah yang berlaku dilaluan masuk ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Semasa membuat tinjauan tersebut, Pengadu telah ternampak diantara 20 ke 30 orang berpakaian serba hitam (peserta perhimpunan) berjalan masuk ke Dataran Merdeka, membuat bising sambil mengeluarkan kata-kata provokasi kepada pihak media dengan menjerit-jerit mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media. Secara tiba-tiba kumpulan ini, telah menyerang dengan menumbuk dan menendang Pengadu dan turut menyerang dua petugas media yang lain dari akbar Oriental Daily dan The Malaysia Reserve. Akibat serangan ini pengadu telah mengalami ketakutan dan kesakitan serta takut menjalankan tugas, bagi membuat laporan yang sebenar mengenai perhimpunan oleh kumpulan ini.

3. Berhubung kejadian serangan terhadap petugas media, sehingga kini pihak polis telah menerima dua aduan (laporan) polis dari petugas media yang diserang semasa perhimpunan tersebut. Kedua laporan polis ini telah dikelasifikasikan sebagai kejadian merusuh, suatu kesalahan yang jika dibuktikan boleh dihukum penjara selama dua (2) tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

4. Melalui Siaran Media ini, pihak polis mengambil kesempatan, untuk menyeru samada mereka yang terbabit atau mana-mana orang yang mengenali mereka seperti yang terdapat di dalam gambar yang disiarkan untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini. Mereka yang terbabit atau ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat kes ini, ASP Ananthan Rajoo yang boleh dihubungi melalui Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi melalui telefon no: 03-26977099 - Polis KL

Tahniah SPDP Bergabung SUPP Demi Memantapkan BN Sarawak


Setelah perang senyap yang agak lama hari  berita gembira menyelubungi Sarawak setelah 6 menteri kaninet dari SPDP dan SUPP telah keluar parti dan bersatu dibawah Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras). Ini permulaan yang baik bagi memantapkan strategi PRN Sarawak yang akan datang. Tahniah.

Seramai 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak dari SPDP dan SUPP isytihar keluar parti untuk menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang menyokong BN.

Mereka ialah enam dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang diketuai Presidennya, Tan Sri William Mawan dan empat lagi dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diketuai Pengerusi Cawangan Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Mawan berkata, kumpulan itu akan menyertai parti pelbagai bangsa yang diluluskan pendaftarannya baru-baru ini dikenali sebagai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).


"Kami letak semua jawatan kami dalam parti lama dan akan bekerjasama meneroka perjalanan baru dengan Wong yang diberi peranan untuk mendapatkan sokongan orang Cina terhadap parti baharu itu," katanya.

Beliau berkata, parti baharu itu akan dibuka kepada ahli SPDP dan SUPP yang berdepan masalah untuk menyuarakan perjuangan mereka.

Selain itu, Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), George LAgong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelagus.



Lima lagi ahli SPDP termasuk ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Gumbang (Batu Danau), Sylvester Entrie (Marudi) dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau.

Sementara itu, ahli SUPP termasuk ADUN Bengoh, Dr Jerip Susil, Dr Johnical Rayong (Engkilili) dan Ranum Mina (Opar).

PAS Semakin Tidak Puas Hati Krisis MB Terengganu Selesai Dalam Masa 48 jam


Itulah PAS bila hati panas baran mereka semakin memuncak. Malah semakin tidak percaya hanya 48 jam segalanya selesai bergitu sahaja. Manalah tidak kempunan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut.

"Kalau dikatakan selesai ianya berpura-pura sahaja sebenarnya tidak selesai lagi. Mungkin yang hendak diselesaikan kenduri kahwin anak Ahmad Said sahaja,"katanya.

Masalah dalaman yang gagal diselesaikan, katanya akan turut menjejaskan kerajaan sehinggakan tidak boleh menumpukan sepenuhnya kepada soal kelancaran dalam pentadbiran.

"Umno di peringkat pusat tidak tahu pergolakan sebenar yang berlaku di dalam Umno Terengganu, sebab itu mereka kata berjaya selesaikan krisis negeri ini dalam masa 48 jam.

"Mungkin bagi Umno, kembalinya Ahmad Said kepada Umno maka selesailah krisis di Terengganu. Krisis ini sebenarnya bukan setakat itu sahaja," katanya kepada Harakahdaily

Maka bermula episod menghina mencaci malah ditambah perentah politik wanglah apalah semua mereka masukan sekali. Inilah PAS masa ini boleh cakap apa sahaja tanpa perlu ada takut fitnah namanya kalau tidak ada bukti yang jelas.

Yang paling menariknya selama ini mereka katakan tidak terhegeh-hegeh hendak memujuk ahli UMNO keluar tetapi hakikatnya merekalah paling laju terpa untuk menghasut. Memang sudah diagak. Bukan tidak berminat tetapi dah berkali-kali dipujuk tidak dapat. Akhirnya mulut tak perlu fikir dosa pahala serbu jer asal terlepas kempunan.

Lim Kit Siang Gunakan Modal Perjatuhkan Haji Hadi Untuk Raih Undi #PrkBukitGelugur

Hebat betul politik DAP dan bertapa dayusnya politik PAS. Kita telah dipertontonkan bagaimana Haji Hadi seorang Presiden PAS tanpa ada maruah dan harga diri. Haji Hadi lebih rela integritinya di perdagangan demi membolehkan DAP meraih kemenangan besar di Bukit Gelugur.


Semalam 14/5/2014 satu ceramah Lim Kit Siang di lokasi Tapak Bola Keranjang, Pasar Malam Farlim. sememangnya berjaya dengan 3 Peti kutip derma diambil untuk dana PRK dan membuat kutipan sebanyak RM1068. Jualan T-shirt Karpal RM20 sehelai. Walaupun hanya seramai 200 orang berdiri dengar ceramah.

Yang paling menyedihkan Lim Kit Siang mencerita bagaimana DAP bergitu hebat menundukan Hudud PAS berbanding MCA gagal menundukan Hudud UMNO. Lim Kit Siang menggambarkan bagaimana DAP mampu mengawal tindak tanduk PAS dengan hebat sekali manakala MCA tidak berani langsung menyentuh UMNO.

Jadi dimana harga diri seorang Presiden PAS? Kerana niat hudud mereka digambarkan rapuh kepada arahan DAP?

Betul ini bakal memberi kemenangan besar buat DAP kerana kawasan majoriti yang amat besar, iaitu kaum cina di Bukit Gelugur lebih tertarik kepada kehebatan DAP.

Itu berlaku setelah penjajaan maruah Hadi Hadi didagangkan secukup-cukup hina berbanding sampah sarap ditepi jalan, jika kita pandang dari sudut sebagai seorang muslim.

Disini cukup jelas PAS merelakan kesetiaan kepada agamanya diandaikan terbawah berbanding kehebatan maruah Lim Guan Eng, Lim Kit siang dan sesungguhnya rasa cinta mereka PAS kepada Karpal Singh tiada perbandingan dengan mana-mana yang lain. Dayus!!



Wednesday 14 May 2014

Ini baru Manifesto #BukitGelugor @Huan2u Perjuang Nasib Rakyat Marhaen #LovePenang


CALON Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan manifesto pilihanrayanya bagi memberi persaingan sihat kepada calon-calon lain yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor.

Antara yang ditegaskan dalam manifesto beliau adalah untuk melobi dana bagi memperbanyakkan projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang khususnya di kawasan Parlimen Bukit Gelugor demi kepentingan rakyat bawahan.

Datuk Huan menyelar kerajaan negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng yang lebih banyak memberi keuntungan kepada pemaju berbanding rakyat ekoran harga rumah yang melambung di Pulau Pinang.

Naib Presiden PCM itu turut mengemukakan bukti melalui keratan akhbar dari media China yang melaporkan harga rumah di Pulau Pinang paling tinggi berbanding 13 negeri lain di Malaysia.

"Saya akan melobi dan cuba melaksanakan lebih banyak projek-projek perumahan kos rendah terutamanya di kawasan Bukit Gelugor bagi meringankan beban rakyat miskin di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri," jelas Huan.

Selain melobi perumahan kos rendah, manifesto calon PCM ini turut melibatkan beberapa aspek lain demi kepentingan penduduk Bukit Gelugor;

- Membasmi rasuah dalam BN/PR
- Membina 3 Pusat Khidmat untuk membantu masalah rakyat.
- Memerangi jenayah dan masalah sosial.
- Memohon dana Persekutuan untuk pembangunan.
- Mengaudit ketelusan penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri.
- Penguatkuasaan lebih berat terhadap dasar pembangunan.
- Kualiti hidup rakyat yang lebih baik.
- Menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.


Dalam sidang media di Pusat Operasi PCM Datuk Huan turut mengumumkan slogan kempenya iaitu 'Cintailah Pulau Pinang' atau 'Love Penang' yang membawa simbolik perjuangan partinya memperjuang nasib rakyat di negeri Pulau Pinang. -RR/pjo


10 Gambar Kemalangan Dahsyat @AnwarIbrahim yang perlu anda lihat



Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terbabit dalam kemalangan kereta di Desa Sri Hartamas, di sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi, Anwar Ibrahim mengalami keretakan di tangan kanan berdekatan bahu namun berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan. 

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan kedua-dua mereka dirawat sebagai pesakit luar. 

Menurutnya, kedua-dua mereka dirawat di Hospital Pakar Damansara dan kedua-duanya selamat dalam kejadian itu.


#PPM ingin ajukan satu persoalan kepada anda. Berdasarkan gambar dibawah mana satukah gambar yang benar-benar Anwar Ibrahim kemalangan?




Tuesday 13 May 2014

Mustafa Ali Pamerkan kekecewaan Melampau PAS Gagal Rampas Tahta MB Selangor

Tahap kekecewaan PAS membuak-buak panas setelah kecewa mencuri peluang untuk merampas tahta MB Terengganu yang berkesudahan dengan ADUN yang dikatakan keluar UMNO telah bertemu denan Datuk Sri Najib dan menjernihkan keadaan hingga terkawal kembali kemelut krisis kuasa MB Terengganu.

Melalui HarakahDaily MUstafa Ali meluahkan nada kekecewaan yang berbentuk menyelar UMNO:
Umno BN diingatkan agar jangan sekali-kali menggunakan tindakan yang tidak demokratik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Terengganu sekarang, seperti intimidasi atau perbuatan menakut-nakutkan orang, gertak atau sogokan.
Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri juga tidak mempunyai majoriti yang mempunyai 15 kerusi, 14 daripadanya dimiliki oleh PAS dan 1 PKR.

Oleh kerana itu, kata beliau politik Terengganu sekarang menjadi tidak stabil.

"PAS dan Pakatan Rakyat sedang mengikuti perkembangan ini dengan penuh cermat bagi melihat perkembangan selanjutnya," katanya.
Sayangnya semua ini tidak kesampaian rupanya! Sepatutnya Mustafa Ali menggunakan ayat yang sama ditujukan kepada PKR yang lagi haru biu dengan pelbagai masalah seperti dibawah ini.



Status Mantan MB Terengganu dan 3 Lagi Yang Konon Keluar UMNO berdasarkan Fasal Disiplin UMNO


Kadang pelik dah lama jadi ahli UMNO tatacara peratutan partipun boleh lupa bila nafsu marah kuasai akal? Jangan terlampau marah sangat lihat dibawah:





Pelik bukan kata tahap menteri itupun mereka boleh melatah. Bagi pemimpin2 UMNO, PPM nak ingatkan tentang niat asal kita berjuang. 

Jika kita sekalipun kita kecewa dgn pemimpin, kita tak kecewa dgn perjuangan. Kita berjuang kerana kita yakin dan kerana Allah; 

Bila niat perjuangan sudah diqasadkan kerana Allah, takkan lah kita nak kecewa, takkan kita nak kecewa dgn Allah dan kecewa kerana tak puas hati dgn Allah. 

Walaupun kami hanyalah pejuang diluar papan catur ahli tertinggi tetapi janganlah hampakan kami yang siang malam mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional.

Dilema Di sebalik Krisis Kuasa MB Terengganu yang Kita Terlepas Pandang



Ramai tidak faham cara orang politik bermain catur, termasuklah kebanyakan dari kita. Sebab kita tak nampak apa matlamat, strategi dan kekangan mereka secara pasti. 

Betul kita nampak ada org berani korbankan queen dengan harapan ada jalan Checkmate PRU14. Juga benar korbankan Queen bukan selalunya tepat atau selalunya tidak bijak, apatah ketika ini kita hanya 3 tentera dan 1 kuda. Kerana persoalan yang timbul nanti, Larat ke nak tolong cover King? kalau lawan kita masih ada separuh tentera, bishop, queen dan kuda malah ada tentera setapak lagi menuju penamat benteng kita?

Adus Pecah Palak Mikir aku layan politik camni. Tidak hairanlah diketika ini semua orang berlumba-lumba mengeluarkan spekulasi?

Tetapi berhenti sejenak dan fikirkan. Tidakkah anda terfikir Adakah DS Najib suka-suka bermain dengan api tanpa sebarang sebab?

Walhal akar umbi jugalah yang menuntut pembersihan barah dalaman. Jika benar-benar ingin dilakukan perlu ada pengorbanan dan perlu cabaran. Ini permainan catur yang tak mungkin penontonnya akan faham dengan baik.

Cuma ini suatu yang berat harus dipikul DS Najib, dengan alasan tertentu melibat Negeri dan Pusat, terpaksa dilakukan demi keutuhan UMNO.

Persoalannya sebagai akar umbi yanng mengharapkan perubahan besar dalam UMNO. Bangkit dan sedarlah, berilah peluang buat DS Najib rencanakan demi kebaikan UMNO yang perlu dilakukan sebelum PRU14.

Masakan mudah membersih barah tanpa resiko? Dan kenapa mesti mudah kita kecewa untuk tujuan yang kita harapkan? Ini masa kita bersatu merapatkan saf dan yakin kepada Perdana Menteri. 

Apa yang difahamkan dalam proses ini memang ada tolak ansur dan rundingan berbulan lamanya. 

Malah Mantan MB ada dijanji sesuatu jawatan lain oleh PM. Dan ada yang mengatakan ini melibatkan kisah istana malah bermacam-macam persoalan yang timbul. Dan jangan kita lupa cara Mantan MB datang dan pergi dimulai dengan krisis.

Lihatlah bukan mudah? dan kita dengar pun dah berserabut. Fikirkanlah!! untuk membersih barah diketika 68 tahun umur UMNO, anda fikir kerja mudah?





Monday 12 May 2014

Muslihat Batalkan #hudud Haji Hadi Bersangkutan Dengan Hajat Karpal Dan #BukitGelugur


Pembatalan Hudud semalam bukan dibuat kerana masalah teknikal tetapi masalah PAS bersama DAP. Yang bersangkutan dengan Piliharaya Kecil Bukit Gelugor dan sebagai menghormati amanat Karpal Singh yang beria-ia untuk menggagalkan hasrat PAS melaksanakan hukum Hudud.

Disebabkan desakan demi desakan dari diugut dipecat keluar Pakatan Rakyat hinggalah menyekat semua bantuan-bantuan kewangan dari DAP buat Kelantan. PAS juga terdesak kerana mereka tahu kawasan Bukit Gelugur adalah majoriti cina dan jika isu ini tidak selesaikan, mungkin bakal memalukan DAP dengan kekalahan.

Oleh itu semalam di batalkan dan hari ini Muslimah dan ahli PAS diarah memberi sokongan dengan penuh rasa cinta dan sayang kepada Karpal Singh hingga melupakan yang Karpal itu Pro Anti Hudud yang paling lantang berbanding mana-mana ahli DAP yang lain.

Dengan ini sekali lagi PAS menangguh atau terus terbatallah segala niat untuk menggerjakan apa yang meraka akui kerja perintah Allah. Makna kata DAP didahalukan agama diketipikan. Tahniah.

Namun bergitu sebagai mana Ahmad Yakub  Menteri Besar Kelantan  telah bersumpah di dalam Dewan Rakyat adalah wajar dirinya mengotakan. Kerana apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang disengajakan dan mereka tahu di dalam Parlimen nanti DAP tidak sama sekali akan menyokong usul Hudud tersebut melainkan UMNO sahaja yang beria-ia ingin membantu tetapi mereka layan macam sampah tepi jalan.

Inikah cara PAS melaksanakan amanah Allah. Utamakan yang menentang dan menendang yang sokong?


Malam Ini Akan Berlaku Angkat Sumpah Menteri Besar Baru Terengganu

Nampaknya khabar angin siapa Menteri Besar baru bukan lagi persepsi sebaliknya bakal berlaku. Kenapa dan mengapa tidak banyak diketahui kecuali dengan pengumuman Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu. Ianya bererti seakan pasti berlaku.

Semasa beliau ditemui Bernama, selepas mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di TH Hotel & Convention Centre di sini, petang tadi. 

"Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) ada berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini," katanya ringkas. 

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya siapa yang bakal menjadi Menteri Besar baru tetapi sekadar berkata, calonnya adalah dalam kalangan EXCO.

Ada sumber mengatakan, majlis angkat sumpah Menteri Besar baru akan diadakan di Istana Syarqiyyah, di sini, malam ini dan antara nama yang disebut ialah Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Team Muslimah PAS Menghargai Jasa-jasa Pro Anti Hudud Karpal

Tahniah buat muslimah PAS kerana tahap ketaatan dan kecintaan anda melebihi segala-galanya terbaik sehingga sekarang PAS pun dah tidak berminat lagi melaksanakan hudud. Tahniah kerana menafikan sendiri usaha ahli PAS yang cuba memperjuangkan hudud di Penang. Orang PAS bunuh perjuangan mereka sendiri. Hancus


#Huan2BG Datuk Huan Bikin Lim Guan Eng Panas Baran Lagi #BukitGelugur


Lim Guan Eng sebenar cukup panas hati BN tidak menghantar calon, kerana dia terasa terlampau berkeyakinan yang DAP akan menang besar. Iye semua orang bertanggapan DAP akan menang besar apatah melibatkan faktor undi kasihan yang lebih hebat dari Wan Azizah semasa PRK Kajang.

Lim Guan Eng cuba mencari lepas geram dengan menyelar Datuk Huan yang kononnya proksi BN. Iyalah Datuk Huan bukanlah orang baru dalam media sosial malah beliau juga sering turun padang membantu rakyat walaupun tanpa sebarang jawatan. Berikutan serangan Lim Guan Eng, ini kenyataan Datuk Huan.
Calon Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan menafikan dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa beliau adalah proksi Barisan Nasional (BN). 
Malah, beliau membidas kenyataan Guan Eng itu yang disifatkan sebagai tuduhan melulu dan dibuat tanpa bukti sahih kerana beliau bertanding atas tiket partinya sendiri dan sebagai Naib Presiden PCM. 
Menurutnya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang jawatannya belum disahkan, perlu mengakui beliau sendiri sebenarnya proksi kepada Pas kerana menyokong parti itu.
"Saya harap Guan Eng dapat dedahkan siapa sebenarnya proksi yang dimaksudkan itu kerana yang saya tahu beliaulah proksi kepada Pas. 
"Saya bertanding dalam PRK kali ini atas kapasiti parti saya sendiri dan akan mencuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik kepada pengundi kawasan itu," katanya. - UTUSAN ONLINE
Pengundi Bukit Gelugur tentu tidak asing lagi dengan siapa Datuk Huan malah bagi untuk mengenali lebih lanjut rujuk pautan biografi beliau disini.

Datuk Huan sebelum ini adalah orang yang paling lantang menyerang Lim Guan Eng atas kapasiti NGO. Itu indentiti beliau yang sering membuat panas punggung pada setiap kali Datuk Huan membongkarkan segala pekung busuk Lim Guan Eng seperti cerita ini:
HUAN CHENG GUAN merupakan antara yang lantang menentang penghapusan AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI!
Sebelum ini, Huan Cheng Guan telah mendesak agar pentadbiran Lim Guan Eng mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab meneroka tanah secara haram di Bukit Relau di Jalan Bukit Gambir. 
Huan turut mendesak kerajaan DAP menggunakan majoriti dua pertiganya dalam DUN Pulau Pinang untuk mencabar keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang mengharamkan 40 istilah Arab digunakan oleh bukan Islam di negeri itu, memandangkan Lim Guan Eng dan seluruh DAP begitu beria-ia berkempen agar KALIMAH ALLAH dibenarkan guna di kalangan bukan Islam di seluruh Malaysia. 
Di bawah sub-seksyen 48 (3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Islam Pulau Pinang 2004, 40 istilah Arab tidak dibenarkan guna oleh bukan Islam di Pulau Pinang. Pewartawaan telah dikuatkuasakan pada 29 April 2010. Mereka yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak kurang dua tahun atau kedua-duanya sekali. sumbung baca sini
Oleh itu untuk kali ini Datuk Huan adalah calon paling sesuai untuk mengekang segala keburukan DAP kerana beliau boleh membantu menyimbangkan sifat ketamakan DAP yang terlampau menumpukan kroni melebihi rakyat. 

Gagal Laksanakan Hudud Ahmad Yakub MB Kelantan Letak Jawatan Kotakan Sumpahnya


Bahana kerana tunduk kepada DAP. Akibatnya Ahmad Yakub  Menteri Besar Kelantan kena pikul apa ikrarnya sekiranya gagal melaksanakan hudud.

Disini tidak timbul bagaiman hudud itu gagal sama ada kerana camput tangan DAP PKR atau serangan dalaman tetapi apabila mulut telah luahkan dan hudud telah gagal dilaksanakan maka. Mahu atau tidak pasti ada dlam PAS yang bakal ambil kesempatan mempergunakannya demi memastikan kerusi itu dikosongkan.

Kerana mulut MB Kelantan sekarang harus buktikan kewibawaannya tau menjadi sindiran sepanjang hayatnya. Apa-apapun merujuk Harakah Pas membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat.



Hilang Akal @AnwarIbrahim Salahkan TV3 Punca 12 Ranting Terbang Kerusi

Ini baik punya pusing senang-senang TV3 juga yang salah lee yee. Sedanp je Anwar ungkapkan persepsi suka mulutnya. 

Kalau inilah cara Anwar gagal setelah 15 tahun menghidupkan PKR tetapi cerca merba juga jadinya ada hati nak tabir negara?





Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan apabila 12 daripada keseluruhan 22 pemilihan cabang parti itu di Selangor dibatalkan atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.


Lebih memalukan PKR apabila pemilihan cabang Kuala Selangor, yang merupakan kawasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut dibatalkan.

Selain Kuala Selangor, pemilihan yang dibatalkan membabitkan cabang Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang.

Pembatalan pemilihan cabang Kuala Selangor diumumkan oleh wakil petugas pemilihan cabang itu pada 1.45 tengah hari selepas beberapa anggota parti membuat bantahan berhubung cara ia dikendalikan selain terdapat dakwaan ada wakil calon menandakan kertas undi yang sepatutnya ditanda pengundi sendiri.

Situasi sama turut berlaku di PKR Cabang Kota Raja apabila pemilihannya terpaksa dibatalkan ketika proses pengundian apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan MPK.

Pembatalan pemilihan cabang itu diumumkan oleh wakil jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti, Nadarajan K. Raju kira-kira 4.30 petang ini atas alasan peti undi dipecahkan.

Selain itu, pemilihan PKR Cabang Klang juga turut dibatalkan apabila tiga calon jawatan ketua cabang berkenaan iaitu P. Krishnasamy, Zudin Asrmad dan Arahyah Ibrahim sepakat memboikot proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus.

Mereka mendakwa wujudnya pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mensabotaj proses pemilihan parti itu di cabang Klang dengan menukarkan senarai calon yang diberikan kepada para pengundi.

Ekoran dakwaan itu, ketiga-tiga calon berkenaan menggesa pemilihan cabang itu dibatalkan sebelum ia diumumkan secara rasmi oleh wakil JPP kira-kira 2.30 petang ini.

Selain itu, pemilihan cabang Sabak Bernam dan Sungai Besar turut dibatalkan masing-masing pada 1 tengah hari dan 3 petang tadi berikutan anggota parti cabang itu tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus serta wujud unsur penipuan.

Pada masa sama, pemilihan PKR bagi cabang Subang, Sepang, Selayang, Hulu Selangor, Kapar dan Hulu Langat turut dibatalkan atas alasan yang sama.

Dalam pada itu, pemilihan PKR Cabang Shah Alam dibatalkan kira-kira 6 petang ini atas dakwaan proses pemilihan lemah selain wujud kertas-kertas undi yang dipinda.

Rata-rata penyokong calon yang bertanding serta pengundi menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mengetahui ada segelintir pengundi yang mengundi sebanyak dua kali, malah terdapat calon ketua cabang yang berkempen di kawasan larangan.

Sebelum itu, calon Ketua Cabang PKR Shah Alam Rodziah Ismail dilaporkan mencetuskan rasa tidak puas hati para penyokong lawannya, Yaakop Sapari apabila didakwa berkempen di kawasan larangan serta meraih undi ketika proses pemilihan sedang berlangsung.

Dalam perkembangan lain, kekecohan berlaku ketika proses pemilihan PKR Cabang Kuala Langat apabila sekumpulan lelaki dipercayai anggota parti berang dan mencetuskan kekecohan berikutan tidak puas hati terhadap proses pengundian pemilihan cabang itu di Dewan Wawasan Batu 9, Telok Panglima Garang, lima minit sebelum pusat pengundian ditutup pada 5 petang ini.

Mereka mendakwa proses pengundian cabang berkenaan tidak telus dan bertindak memecahkan sebahagian daripada tujuh peti undi di pusat pengundian tersebut selain cuba mengasari anggota parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga calon ketua cabang serta beberapa petugas di pusat pengundian.

Bagaimanapun, pemilihan cabang berkenaan tidak dibatalkan sebaliknya kesemua peti undi dihantar ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya untuk proses pengiraan.

-- BERNAMA



Sunday 11 May 2014

9 gambar Ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias Di Brunei Mendapat Sambutan Luar Biasa @ustazkazim


Walaupun rakyat ada rakyat Malaysia mencercanya malah mengganggu keluarganya kerana fahaman politik semata-mata. Allah telah tunjukan bagaimana penghargaan rakyat Brunei ingin menuntut ilmu darinya. Tahniah Ustaz Mohd Kazim Elias kerana Di Brunei berjaya mendapat sambutan luar biasa.










Ugutan DAP Berjaya Mendesak Haji Hadi Gugurkan Agenda #Hudud

Tahniah seperti yang telah diramalkan PPM sila rujuk pautan ini akhirnya Tahaluf Siyasi berjaya mengakurkan pejuangan Hudud dibuabarkan sebelum sempat dibentang di Parlimen.

KUALA LUMPUR - Pas membatalkan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, pada sidang media di Ibu Pejabat Pas sebentar tadi. 
Menurut Mohammad Sabu, pembatalan tersebut dibuat selepas Pas Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan. 
"Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Parlimen pada bulan enam ini tidak akan diteruskan. 
"Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya," katanya.
Tetapi usahlaah dirisaukan kerana penyokong PAS tetap membuta tuli menerimanya. Tahniah Nik Aziz angan-angan mat jening ini sempatkah sebelum dia pergi?



Hasil Tahaluf Siyasi DAP Membenarkan PAS Letak Calon #BukitGelugur



Hebat Mat Sabu menjadi orang suruhan DAP sehingga menjadi pengumum PAS meletak calon menggunakan logo DAP yang hanya diumumkan DAP.

Ini membuktikan bertapa hebatnya proses Tahaluf siyasi PAS di dalam Pakatan Rakyat. Cuma yang membezakannya hanya untuk memenuhi kehendak DAP.

Ketika PAS diberi janji yang siap  bertandatangan oleh Lim Guan Eng menggenai pelaksanaan hudud. Dimungkiri DAP dengan helah sehingga sanggup mengugut PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat.

Sungguh sadis bila dikhabarkan PAS amat berharap bantuan kewangan dari DAP sehingga mereka sanggup bermuka-muka dengan rakyat islam yang menyokong segala usaha mereka dalam pelaksanaan hudud. 

Malah ketika UMNO menghulur bantuan samada dalam bentuk kewangan mahupun menjadi jentera penerangan Hukum Hudud. PAS hanya pandang sinis dan tidak cukup dengan itu diterjemahkan Nik Aziz dalam page:
PAS sudah lama memperjuangkan hukum hudud. Tiba-tiba UMNO pun sama setuju. Adakah PAS sudah bersama UMNO? Jawabnya sudah pasti tidak.



Sebagaimana hari ini, 9 Rajab sama dengan 9 Mei, adakah Mei itu Rajab dan Rajab itu Mei? Tentu sekali tidak! Rajab tetap Rajab dan Mei tetap Mei. Nik Aziz
Dari maksud ayat ini UMNO seolah-olah terhegeh-hegeh untuk tampil membantu dengan agenda menyatukan umat islam demi UMNO. Sungguh sinis dan perit sesama islam diperlakukan sedemikian. 

PAS langsung tidak memandang dalam bentuk perpaduan kaum majoriti islam dan kelebihan disisi islam. PAS sebenarnya cukup jelas mempamerkan keinginan melaksanakan hudud atas agenda lain dari benar-benar melakukannya. 

PAS amat berharap UMNO memberi sokongan padu bila hukum Hudud dibentangkan di parlimen tetapi dalam masa yang sama, meminta UMNO menjauhi PAS dari usaha-usaha penyatuan umat islam. Bolehkah ini membantu pelaksanaan hudud berlaku dengan berjaya?

Itulah PAS dengan Tahaluf Siyasi yang hanya untuk memenuhi penghambaan kepada DAP dan PKR.

Maka dengan ini bakal menyemarak lagi pepecahan dikalangan umat islam dan seterusnya PAS akan terus menipu diri sendiri dan pengikutnya yang kononya, hudud akan berlaku di Malaysia.



Tips bagaimana Cara-cara Mencari Follower Twitter Terpantas Seperti Pemimpin Kita

Untuk mencari follower twitter dengan pantas bukan sesuatu yang mudah apatah melibatkan peminat yang setia dan sentiasa memberi sokongan setiap apa yang kita twit sehinga sanggup retwit berkali-kali.

Ini mungkin kaedah paling sesuai untuk anda jika anda berkemampuan mengeluarkan berlanja mengikut bajet. dan hasil mungkin seperti ini





Untuk lebih lanjut rujuk pautan ini




UMNO Di Kesan Sebagai Dalang Merosakan Pemilihan PKR



MUAR 10 Mei - Ahli Majlis Ter-tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa UMNO adalah dalang yang menyebabkan pemilihan parti itu kecoh di seluruh negara sebagai mahu menutup kepincangan sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, tidak berasas dan berniat jahat untuk menyembunyikan kelemahan serta masalah dalaman parti itu.

UMNO tidak terlibat dalam mana-mana kekecohan yang berlaku semasa pemilihan cabang-cabang PKR terutama di Pulau Pinang. Semuanya berpunca daripada kumpulan atau kem-kem antara calon yang bertanding dan kelemahan pentadbiran PKR.

Terdapat banyak kecelaruan misalnya senarai ahli yang meragukan digunakan dalam pemilihan PKR sekarang, ini membawa kepada kekecohan dan pergaduhan semasa proses pengundian," katanya mengulas dakwaan pihak tertentu dalam PKR menuduh UMNO sebagai punca kekecohan pemilihan pada kali ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Parit Sakai Laut di Dewan Orang Ramai Parit Sakai Laut, di sini malam tadi.

Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytihar sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri.

Razali berkata, insiden paling memalukan pada kali ini apabila pemilihan di cabang Permatang Pauh iaitu tempat Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seakan-akan tidak mendapat sokongan ahlinya.

Katanya, kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu mendapat tamparan hebat kerana hanya 240 daripada 6,900 ahli terlibat dalam pemilihan di cabang Permatang Pauh dengan peratusan kehadiran hanya empat peratus.

Selain itu, katanya, beberapa pemimpin utama Melayu PKR di negeri itu yang gagal merebut atau mempertahankan jawatan ketua cabang turut menimbulkan tanda tanya sama ada usaha secara halus menyingkir pemimpin kaum itu sedang dilakukan.

Atas semua kelemahan tersebut, katanya, PKR tidak layak mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mereka gagal menguruskan pemilihan parti itu yang jauh lebih kecil jumlah pengundinya berbanding badan bebas tersebut yang berjaya menguruskan lebih tiga juta pengundi di seluruh negara.

Isu Terkini

get this widget here