Hai tidak habis-habis hendak buat onar!!
KUCHING: Perhimpunan Ungu yang dijadual diada-kan di Taman Sahabat dekat sini Ahad ini dipercayai didalangi pihak bermotifkan politik.
Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, semua perhimpunan selama ini yang kononnya bebas unsur politik adalah didalangi pembangkang untuk mengaburi mata rakyat.
“Apa lagi ini? Kuning…Bersih…sekarang Ungu pula? NGO (pertubuhan bukan kerajaan) mana lagi yang menganjurkan perhimpunan ini…berapa orangkah sahaja dalam NGO itu yang hendak mengajar orang Sarawak bagaimana hendak mentadbir kerajaan bersih?
“Mereka yang dua tiga orang ini yang baru pandai mengurus persatuan, ada hati hendak ajar kita bagaimana hendak mentadbir negeri… pada pandangan saya semua perhimpunan ini adalah didalangi pembangkang,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, pembangkang ibarat musang berbulu ayam yang sudah pun tahu tidak akan mendapat sambutan sekiranya perhimpunan atas anjuran pembangkang. Read more:
Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir
Friday, 16 March 2012
Bencikan Duniawi, Rela Jadi Talibarut DAP
TUDIA MAK AIIIH!! Siapa belum kenal dengan Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini seronok menyertai DAP. Itu dia orang melayu rela berjuang bersama dengan fahaman komunis. Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. Konon-kononnya DAP dapat memebela orang melayu sepertinya.
Kalau masuk PAS tu taklah kisah sangat, lantak kau lah. Tapi kalau ada jenis melayu jenis hendak jadi tali barut DAP. Memang susah hendak diharapkan. Apa dah tak ada parti melayu lainkah yang sampai tergamak hendak menyertai DAP.
Siapa tidak kenal dengan fahaman DAP yang terkenal dengan sikap pilih kasih kepada islam dan melayu. Orang PAS pun tahu tapi mereka berdiam diri kerana kemaruk ke putrajaya. Tapi bila ujud melayu macam ni. Huhh habis-habis rosak bangsa kita.
Yang menariknya sempat juga mamat ni meyumpah Najib supaya jadi ketua pembankang. Sukahatilah hendak sumpah atau tidak. Itu tidak penting kerana Tranformasi Kebajikan Najib lebih hebat dari sumpah mamat Aspan Alias.
Mengenai ulasannya mengenai duniawi di Harakah.
Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.
Adakah dia menyertai DAP kerana berjihad ke jalan Allah atau menegakan syiar islam ataupun hendak membela nasib melayu. Adakah Aspan Alias buta yang kaum india yang lebih ramai menyetai DAP kena kelentong hidup-hidup dengan DAP. Adakah Aspan Alias akan gembira apabila DAP memperlakukan sedikian rupa kepada melayu apabila mula memegang kuasa tertinggi.
Aspan Alias cuba memperdayakan orang-orang melayu dan islam supaya menjadi mangsa-mangsa seterusnya DAP. Agak-agaknya Aspan suka sangat dengan Lim Guan Eng jadi perdana menteri. Ingat zaman komunis sahaja ada melayu hendak jadi tali barut tapi sekarang pun makin ramai.
KADIR MANGSA AUTA TERBARU ANWAR
Alahai!! sejak bila pula orang lama UMNO, Kadir Sheikh Fazir pandai sebut pasal betul-memperbetul sedangkan dia sendiri dah cukup betul ke, kenapa Kadir dibuang oleh kawasan peti undinya sendiri!! Cuba bayangkan berapa ramai pengundi Kulim Bandar Bharu, ada seramai 52,127 orang, dan berapa sangat yang mengenang kehadirannya.
Pelik betul Kadir!! Selama dia menjadi menteri apa jasanya kepada rakyat Kulim, Kalau benar-benar berjasa kenapa dibuang rakyat Kulim. Adakah kehadiran bersama Anwar ada harapan baru buat Kadir. Adakah kawan arkabnya Anwar boleh tolong merasa bertanding semula. Kalau Anwar cerdik, dia tidak akan ambil resiko sejauh itu.
Yang paling hairan, Kadir sebagai veteran UMNO, cuba memberi pandangan yang kononya apa diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Berbeza pula pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan kononnya jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum. Inikah dinamakan Kadir, memberi pandangan melengkapkan tranformasi politik PM?
Tidak cukup dengan itu, Kadir menuduh BN gagal melengkapkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra. Bukankah kalau dia bercakap sedemikian ibarat meludah kepada dirinya sendiri. Atau mungkin Kadir terlupa yang dia dulunya bekas menteri yang dilantik rakyat. Kadir terlupa dulunya dia terlampau sebok urusan kesenangan kehidupan peribadi dari menunaikan tanggungjawap kepada rakyat. Oleh kerana dia gagal melengkapkan kedudukan sosio ekonomi Bandar Bahru Kulim sampai dibuang. Sekarang inilah masanya dia menjadi hero Pakatan Haram yang ingin membela rakyat demi hendak bersihkan dirinya yang kotor dahulu. Adakah itu yang cuba disampaikan Kadir. Yang dia semakin insaf setelah dibuang pengundi Bandar Bahru Kulim?
Adakah selama ini, Kadir lebih bagus ke berbanding Najib yang tertiba hendak perbetul orang Tranformasi Najib. atau benarlah kata Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang Kadir itu, hanyalah menjadi alat pembangkang. Nampak sangat dah!! Kadir dah kena auta Anwar, bak kata-kata orang kedah "kena auta sampai tak ketahuan punca". Mari kita renung sejenak apa yang dikatakan tidak ketahuan punca.
Dalam Kadir menafi menyerang UMNO sempat juga dia mendedahkan kononnya dia nampak kepincangan UMNO. Kenapa manusia macam ini boleh menafi serangan sambil melakukan serangan dengan serentak?
Boleh dipercayakah manusia macam ini yang mengaku ingin membawa perubahan setelah dibuang kawasan parlimennya kerana sikap ambil lewanya menjaga kawasan peti undi sendiri?
Kenapa baru sekarang pandai bercakap soal selesaikan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya sebelum PRU13. Kenapa semasa diatas kerusi menteri, tidak penah ada usul sedemikian. Adakah ini hasil kawan rapat dengan Anwar yang sama perangai dengannya semasa dalam UMNO dulu.
Kenapa baru sekarang pandai cerita soal rasuah dalam Parti setelah kalah dan dibuang di kawasan sendiri. Adakah selama ini dia tidak kisah atau selama ini dia memang kaki rasuah, hingga menutup mulut. Atau sebenarnya Kadir ni perasit yang kena auta Anwar sampai jadi pecacai yang setia keatas apa jua arahan Anwar.
Sekarang sudah pandai bercakap membela permit Harakah, apa namanya tu!! Ohhh!! sebab itulah puak-puak anti TV123 mengampunkan Kadir kerana mempertahankan Harakah.
Yang paling lawak ada kes, tuduh Zulkefli Nordin beli setiap pengundi dengan harga RM1000, fuhhh bayak mana yang perlu diberlanja Zulkefli kalau pengundi seramai 52k. Apa Khadir dah abis modal ke nak menuduh orang. Cubalah Kadir berfikir semula, kalau Zulkifli membeli undi dah tentu Azizah yang membiayainya dan berapa banyak PKR keluarkan untuk semua kerusi yang mereka menanggi. Kalaulah betul perkara ini Azizah yang pertama kita hadapkan ke makamah. Anwar tidak kisah ke!!
Dalam hal ini, Kadir boleh berangan sahajalah hendak jadi hero Pakatan Haram, Anwar tidak akan kenangpun. Yang untung, puak-puak tidak percaya TV123 tertiba boleh angkat Kadir sebagai Hero Merayap Malaya yang insaf cuba bangun sucikan diri. Cuci ada makna tu!!
Jagan bertanya kenapa UMNO serang Kadir, tapi bertanyalah pada diri sendiri kenapa Kadir sanggup memalukan diri sebagai Ariwanas. Kalau Kadir boleh menafikan segala-galanya dengan wartawan TV, eloklah dia membersihkan semua teks tertulis tentang ucapannya di Harakah, yang lebih dilihat cuba menjatuhkan UMNO. Adakah Kadir bolej membuktikan sejauh itu demi membuktikan keikhlasannya?
Thursday, 15 March 2012
Ajaran Sesat Bertapak Di Sarawak
TELAGA AIR: Majlis Islam Sarawak (MIS) tidak menolak kemungkinan ahli kumpulan Al-Arqam kembali aktif untuk menyebarkan ajaran sesat bagi memesongkan umat Islam di negeri ini.
Yang Dipertua MIS Datu Putit Matzen berkata, kumpulan itu pada masa ini sedang berusaha menghidupkan kembali ajaran mereka tetapi dengan menggunakan pendekatan berbeza dan bukannya dakwah seperti sebelum ini.
“Sebenarnya ajaran sesat memang tidak ada di Sarawak kecuali bekas ahli Al-Arqam cuba hendak kembali menyebarkan ajaran mereka dengan pendekatan lain.
“Memang dari dahulu lagi, kami amat mengetahui bahawa ajaran mereka tidak betul dan terpesong daripada ajaran sebenar Islam,” katanya kepada pemberita selepas penanggugan Konvensyen Saudara Kita Ke-4 di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan ajaran sesat yang kembali berkembang di seluruh negara.
Putit menjelaskan, masyarakat Islam di negeri ini pada masa sekarang tidak menyokong dan terpengaruh dengan usaha berkenaan.
“Setakat ini tiada sambutan. Umat Islam di Sarawak tidak terpengaruh,” ujarnya.
Putit berkata, ada di kalangan ahli kumpulan terbabit kini aktif dalam bidang perniagaan.
“Namun begitu, kami akan terus memantau apa yang dilakukan bagi mengelak penyebaran ajaran sesat di negeri ini,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menasihati golongan saudara kita di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan unsur menyeleweng yang semakin berleluasa sekarang.
“Jangan terjebak dan terpengaruh dengan ajaran yang hendak memesongkan anda (saudara kita).
“Kalau berasa curiga anda boleh bertanya atau minta pendapat daripada pakar agar setiap kemusykilan dapat diselesaikan dengan jalan terbaik,” kata Putit- Sumber
Wednesday, 14 March 2012
Pakatan Haram Permainkan Hak Kaum India
1.9 juta atau 7,3% dari 28 juta penduduk mewakili kaum India di Malaysia. Bukan satu jumlah kecil kerana ia mampu mengubah keputusan undi dimana-mana kawasanpun. Pakatan Haram penah mendapat mamfaat besar hingga merampas lima negeri, kerana dipengaruhi peralihan kaum india kepada Pakatan Haram. Persoalannya adakah kaum india masih belum serik dengan kebiadapan, penghinaan dan kemungkiran janji-janji Pakatan haram yang sering menindas kaum India.
Tidak dapat dinafikan kaum India terpengaruh dengan Barisan Bertindak Hak Asasi India-Hindraf, tapi merujuk video dibawah penahkah Hindraf tampil membantu kaum India apabila masalah kian meruncing kerana Pakatan haram tidak puas-puas mengencing mereka.
Adakah kaum India tidak kisah kepada Azmin yang suka-suka menghina kaum india dengan perkataan "Pariah".
Sukakah kaum india melihat Anwar sanggup berjanji sebelum PRU12 tapi berdusta setelah menang, sehingga meroboh rumah penduduk kaum India di kampung Buah Pala.
Sudah lupakah kaum India dengan Kejadian berlaku Isnin 5 Disember 2011 apabila penduduk sekitar Ijok iaitu kawasan Dun MB nie sendiri berpeluang bersemuka dgn Adun mereka yg byk menabur janji semasa memancing undi pd Mac 2008. Akhirnya janji yg ditabur entah ke mana, maruah MB jolokan "Gagap"
Nampak sangat yang Hindraf adalah dipergunakan Pakatan Haram, untuk memperdayakan kaum India. Sepatutnya kaum India berasa serik dari pembohongan Pakatan Haram dari Raja Pembohong Anwar yang kemaruk sangat hendak jadi PM. Fikirkanlah Najib yang tak henti-henti membantu kaum India, kenapa hendak dinafikan keikhlasan Najib kalau itu benar-benar membantu menyelesaikan segala permasalahan kaum India.
Nik Aziz Menipu-menipu Lagi!!
Bukankah dah betul-betul Nik Aziz, bukannya jenis boleh diharap sangat. Dia Nik Aziz kalau bercakap ikut suka mulut hendak lepas sahaja. Tengoklah apa katanya sebelum ini tidak akan tunduk dengan Pakatan Haram untuk mengadakan PRU13 berasingan, kononnya membazir wang tenaga kerja, konon!! Sekarang apa dah jadi bila Haji Hadi membawa kearah sebaliknya:
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.
Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.
Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.
"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.
Bagaimana dengan kenyataan Nik Aziz sebelum ini.
KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen meskipun tidak mendapat persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja.
“Biar apa pun keputusan dari Pakatan Rakyat, kita tetap melaksanakan pilihan raya bersama Pusat, kalau mereka (PR) nak bermesyuarat, itu terpulang,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu pagi ini.
Nik Aziz kalau perkara-perkara macam inipun tidak selaraskan ucapan dengan tindakan, bagaimana kita hendak mempercayai janji-janji perancangannya. Baca Selanjutnya
Monday, 12 March 2012
PR punyai "Back-up Plan" jika PRU13 UMNO-BN bila-bila masa.
Semalam Datuk Sri Sharizat mengumumkan meletak kedua-dua jawatan. Datuk Sri Najib dan seluruh UMNO-BN menyambut baik keberanian Sharizat berundur demi memberi ruang PRU13 berjalan dengan UMNO-BN bebas dari halangan.
Pengumuman pemansuhan SBPA dengan kenaikan gaji antara 7%-13% juga telah dianggap selesai dari masalah Pakatan Haram menghasut kakitangan awam. Malah Populariti Datuk Sri Najib yang semakin meningkat dengan Tranformasi Kebajikan Rakyat. Menyebabkan DSN semakin rapat dengan rakyat terutama rakyat yang berpendapatan di bawah RM1500 melalui skim BR1M. Malah isu kenaikan gaji, isu KR1M, Sara1M, Rumah Mesra Rakyat dan pelbagai peruntukan besar mengikut keperluan tempatan. Semuanya menyebabkan Pakatan Haram lemas denga keprihatinan DSN. Ditambah pula The Malaysian Insider melapurkan kadar sokongan kepada Najib naik 10% kepada 69%. Kemenangan makin sukar diramalkan buat Pakatan Haram.
Tambahan pula Pakatan Haram masih gagal memulihkan kemelut pentabiran Selangor. Isu SELCAT yang menjadi semakin panas, dimana pendedahan Raja Petra tentang projek 250 juta secara rundingan terus dan Nurul Izzah memperalatkan dan memperngaruhi MB Khalib dalam membenarkan kroni-kroni Nurul Izzah menikmati tender pasir. Malah Azmin Ali juga dituduh mengutik hasil pasir, yang kononnya untuk tabung PRU13.
Persoalanya adakah Pakatan haram akan berdiam diri. Sebenarnya PR memang telah membuat persiapan sebagai "back-up plan" jika mereka tidak sempat menghadapi dengan yakin, jika parlimen dibubarkan. Mereka punyai dua pilihan samada menagguhkan pembubaran DUN atau menapulasikan Himpunan Hijau 03 sebagai jalan terakhir samada menjatuhkan populariti Najib sebagai menteri yang berasal dari Pahang atau menimbulkan keadaan luar kawalan kepada negara. baca lanjut:
Sunday, 11 March 2012
Agenda Terancang Sabotaj PRU13 siri 2/4
pulang siri 1/4
- Isu kenyataan Anwar di Wall Street Journal yang mendukung keselamatan Israel, menjadi isu yang menyumbang atas pagar beralih kepada UMNO-BN.
- Malah Anwar tidak dapat berganjak dari kenyataan tersebut, seperti didedahkan Raja Petra, Anwar memerlukan dana sebanyak 600juta untuk PRU13. Tun Dr Mahathir juga mendedahkan hubungan Anwar dengan Yahudi, yang mampu menyalurkan dana dalam jumlah besar.
- Isu Wall Street Journal juga telah mengheret PAS bergelumang dengan masalah dalaman dari akar umbi. Akibat bertapa malunya Majlis Syura PAS yang mendesak Nik Aziz untuk bertegas dengan kata dua kepada Anwar, samaada menarik balik kenyataan di WSJ atau menyaman WSJ, menemui kegagalan. Kerana kebijaksanaan Anwar memperalatkan Tuan Ibrahim untuk mengawal dan mengubah pendirian Nik Aziz dari terus mendesak Anwar memenuhi desakan dari keseluruhan PAS.
- Populariti Datuk Sri Najib yang semakin meningkat dengan Tranformasi Kebajikan Rakyat. Menyebabkan DSN semakin rapat dengan rakyat terutama rakyat yang berpendapatan di bawah RM1500 melalui skim BR1M. Malah isu kenaikan gaji, isu KR1M, Sara1M, Rumah Mesra Rakyat dan pelbagai peruntukan besar mengikut keperluan tempatan. Semuanya menyebabkan Pakatan Haram lemas denga keprihatinan DSN. Ditambah pula The Malaysian Insider melapurkan kadar sokongan kepada Najib naik 10% kepada 69%. Kemenangan makin sukar diramalkan buat Pakatan Haram.
- Isu SELCAT yang menjadi semakin panas, dimana pendedahan Raja Petra tentang projek 250 juta secara rundingan terus dan Nurul Izzah memperalatkan dan memperngaruhi MB Khalib dalam membenarkan kroni-kroni Nurul Izzah menikmati tender pasir. Malah Azmin Ali juga dituduh mengutik hasil pasir, yang kononnya untuk tabung PRU13.
- Pendedahan Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan Selangor supaya menyegerakan 'audit forensik' berhubung dakwaan kononnya Yayasan Selangor mengalami kerugian RM500juta ketika Barisan Nasional (BN). Malah Noh Omar mengakui mempunyai bukti kukuh tentang semua isu dalam penyelewengan dari sistem SELCAT.
- Isu pentabiran pelupusan sampah negeri Selangor yang sampai sekarang belum mendapat diselesaikan telah membuktikan Anwar belum bersedia untuk mentabir negara. Isu ini telah menunjuknya bertapa ceteknya ilmu pentabiran kerajaan Selangor yang berani membatalkan kontrak Alam Flora,kemudiannya terlalu kritikal menyaingi prestasi baik Alam Flora, menyelenggara pelupusan sampah.
- Kegagalan demo Bersih yang dilihat sudah tidak bersesuaian untuk meraih simpati rakyat atau menimbulkan perbalahan dan kacau-bilau ketika menjelangnya PRU13. Menyebabkan Pakatan Haram mencari alternatif lain seperti Himpunan Hijau yang dilihat lebih kukuh tampa menyentuh isu perkauman dan menyeluruh meliputi isu keselamatan awam. Yang paling penting, Itu kawasan Najib.
Bertitik tolak dari permasalahan di atas dan dicampur banyak lagi isu-isu lain, yang juga punyai kekuatan menyumbang kejatuhan imej dan kredibiliti Pakatan Haram mengtabir negara. Pakatan Haram sedar resiko menghadapi PRU13, dan bersama berberapa NGO yang mempunyai hubungan istimewa dari Yahudi. Mereka merancang Himpunan Hijau bagi menentang Lynas yang berada di dalam negeri Perdana Menteri. Kelebihan Himpunan Hijau boleh menggangu-gugat penetapan PRU13 atau juga boleh menjadi senjata terakhir menghadapi kekalahan. Bagaimana boleh berlaku?
Sambungan 3/4 menyentuh pembuktian penafian Fauziah.
Sambungan 3/4 menyentuh pembuktian penafian Fauziah.
Agenda Terancang Sabotaj PRU13- Part 1/4
Buat rakan-rakan seperjuangan dan rakyat Malaysia yang mencintai keamanaan dan kemakmuran tanah air. Sekarang telah tiba masa untuk kita bersama bersatu teguh dan berhati-hati dengan gerakan terancang Pakatan Haram, yang tidak penah putusasa mencuba menipulasikan Himpunan Hijau bagi menagguh-nagguhkan PRU13, kerana keadaan struktur Pakatan Haram masih dalam keadaan berterabur dan berpecah belah. Malah berberapa isu besar menyebabkan imej Pakatan Haram merudum jatuh. Kita terliti dahulu antara sebab yang dikaitkan dengan Himpunan Hijau.
- Situasi semasa yang bertimpa-timpa datang menjatuhkan kredibiliti Pakatan Haram terutama kes pemecatan Hassan Ali, yang menyebabkan akar umbi PAS di dalam situasi berkecelaruan, merungkap pelbagai persoalan samar-samar punca akan kebenaran antara Hassan Ali dengan PAS. Malah tindakan Hassan Ali menjelajah seluruh negara menyebabkan ramai atas pagar terpengaruh untuk beralih keluar dari Pakatan Haram.
- Kecenderungan PAS bertelagah pendapat dan prinsip dengan DAP juga melahirkan sebab, rakyat hilang kepercayaan kepada PAS. Termasuk isu Murtad di Selangor yang mempunyai kesannya tersendiri.
- Isu liwat!! Walaupun ramai beranggap kes ini telah tamat jalan ceritanya. Tertapi Pakatan Haram tidak boleh pandang rendah kerana ada 3 kelompok merugikan iaitu rakyat amat mempercayainya, was-was dan kurang pasti, sudah membuatkan Pakatan Haram kehilangan 3 kelompok yang mempercayai, was-was dan yang tidak mahu mengambil resiko.
- Himpunan Seksualiti Merdeka yang di ketua Ambiga telah melahirkan 3 kelompok yang sama juga mengurangkan kadar sokongan kepada Pakatan Haram
Agenda Terancang Sabotaj PRU13 siri 3/4
Pulang siri 1/4
Pulang siri 2/4
Pakatan Haram telah melantik Fuziah sebagai peneraju utama mengerakan rancangan menentang Lynas bersama dibantu Nurul Izzah dan Tian Chua. Fuziah bukanlah seorang yang pakar dalam isu Lynas, menghadapi tentangan kuat untuk memikul hal ini.
Pendedahan Dato' Ti lian Ker, Ketua Bahagian MCA Kuantan, yang juga merupakan Anggota Jawatan Pusat MCA mengenai Lynas yang mencabar dan cuba membongkar siapa Fauziah. Saya berharap rakan seperjuangan membuka semua YouTube dibawah yang menunjukan bukti-bukti rancangan jahat Pakatan Rakyat.
Pulang siri 2/4
Pakatan Haram telah melantik Fuziah sebagai peneraju utama mengerakan rancangan menentang Lynas bersama dibantu Nurul Izzah dan Tian Chua. Fuziah bukanlah seorang yang pakar dalam isu Lynas, menghadapi tentangan kuat untuk memikul hal ini.
Pendedahan Dato' Ti lian Ker, Ketua Bahagian MCA Kuantan, yang juga merupakan Anggota Jawatan Pusat MCA mengenai Lynas yang mencabar dan cuba membongkar siapa Fauziah. Saya berharap rakan seperjuangan membuka semua YouTube dibawah yang menunjukan bukti-bukti rancangan jahat Pakatan Rakyat.
Sebenarnya Fauziah sering berperang dan berganduh di dalam twiter bagi mempertahankan tugasan yang diamanah majlis tertinggi Pakatan Haram. Apabila Dato Ti Lian Ker mencabar Fauziah berdebat, Fauziah akan lari mengelak bersembunyi dengan bantuan Izzah dan Tian Chua membantu secara 1001 jenis kaedah putar-belit. Malah Fauziah akan block mana-mana pihak cuba menyerangnya melalui twit. Setelah terlampau kerap diasak dari pelbagai pihak, akhirnya Fauziah bersetuju berdebat dengan bersyarat, berdebat apabila menjelang PRU13. Bijak bukan kelincikan mereka!! Bukan setakat itu tapi mereka juga sanggup membuat video propaganda memalukan seseorang bertaraf MP, penglibatan video Namewee termasuk hari keluarga. Semuanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat sebanyak yang mungkin apabila diperlukan menjelangnya PRU13.
Dibawah saya sertakan lapuran Sinchew Daily News yang menggambarkan bagaimana Himpunan Hijau 03 dapat menggangu-gugat PRU13 atau menjadi jalan terakhir menafikan kekalahan. Kenapa dikatakan mereka perlu menafikan kekelahan dengan cara Himpunan Hijau, jika Pakatan Haram kalah segala isu kepincangan pentabiran Selangor mampu mengheret ramai ahli Pakatan Haram ke muka pengadilan. Akibat paling besar, segala-galanya bakal terencat untuk jangka panjang jika mereka gagal menawan Putrajaya.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kita harus bekerjasama menentang organisasi anasir jahat terancang dengan terus-menerus. Selamatkan Malaysia dari khianatan Pakatan Haram. Fikirkanlah samada anda hendak menentang atau menyesal dikemudian hari?
Sinchew Daily News
Perkara: perhimpunan Hijau Kuning 2.0 Kuantan Pahang
Ruangan: dalam negeri m/s 04
Tarikh: 1 Mac 2012 (Khamis)
Kak Jat Letak 2 Jawatan
Awal-awal dikejutkan dengan Kak Jat atau Datuk Sri Sharizat meletak kedua-dua jawatan. Melalui sumber rapat yang di paparkan muka New Strait Time, mengatakan Kak Jat akan bertemu PM pada hari Jumaat ini.
Semalam najib mengatakan bakal di tentukan kemudian dan pagi ini dah bunyi letak jawatan. Kita tunggu dan lihat sajala...........
Subscribe to:
Posts (Atom)