Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 13 June 2014

Koo Ham cabar kesabaran umat Islam ada @NikAbdulAziz Kesah

Ahli Parlimen Beruas daripada DAP, Datuk Ngeh Koo Ham mencabar kesabaran umat Islam di negara ini apabila meminta mereka menghormati hak saudara seagama yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, adalah tidak wajar bagi Koo Ham memutarbelitkan dan membuat tafsiran sendiri terhadap peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, enakmen agama Islam di negeri-negeri dan yang paling penting bertentangan dengan kefahaman umat Islam tentang isu tersebut.

"Pandangan beliau juga adalah bertentangan dengan al-Quran dan as-sunnah yang menjadi asas utama dalam perundangan Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Koo Ham mengeluarkan kenyataan kontroversi itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Pengerusi DAP Perak itu berharap umat Islam di negara ini menerima peruntukan 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang ditafsirkan beliau memberi hak mutlak kepada mana-mana individu untuk mengamalkan sesuatu agama.

Hasan memberitahu, tafsiran tersebut menunjukkan Koo Ham gagal memahami maksud sebenar peruntukan 11(1) yang perlu dibaca dengan Fasal (4) dan Fasal (5) Perlembagaan Persekutuan.

"Umat Islam bukan sahaja dilarang keras menukar agama atau murtad malah adalah menjadi kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedahkan kepada orang Melayu perkara-perkara yang menyebabkan mereka meninggalkan agama asal," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Koo Ham menarik balik kenyataannya dan meminta maaf daripada seluruh umat Islam di negara ini.

"Sekiranya Koo Ham gagal berbuat demikian, Jati mencabar beliau mengulangi kenyataannya di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil ke atas beliau," katanya.

Hasan turut menyifatkan kenyataan Koo Ham itu mempunyai persamaan dengan tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang dianggap musuh nyata kepada umat Islam.

Wednesday 11 June 2014

Tolak #Hudud DAP Mengelabah Dengan Tindakan MCA dan Gerakan



Orang Islam wajib sokong hudud malah MCA dan Gerakan menegaskan kedua-dua parti ini bukanlah anti-Islam.

Pandangan itu disuarakan Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng yang dilihat mempunyai persepsi berbeza dengan pendirian yang diketengahkan oleh pemimpin besar Pakatan Rakyat (PR).

Liang Teck Meng…DAP sepatutnya kaji hubungan dengan PAS bukan pusing kepada MCA dan Gerakan

Ia adalah sebagai respon kepada desakan DAP terhadap MCA dan Gerakan untuk memastikan UMNO menolak cadangan melaksanakan hudud sebelum menyertai semula kabinet.

Katanya sebagai seorang Muslim adalah wajib untuk mereka menghormati undang-undang tersebut dan menyokong pelaksanaannya.

Namun jelas beliau masih terdapat aspek teknikal yang perlu diperhalusi sebelum undang-undang itu dilaksanakan.

“Saya tidak mahu komen tapi nak dengar dulu dari DAP. Tetapi pandangan saya, bagi Muslim mereka wajib sokong hudud tak ada masalah.

“Kena selesaikan teknikal dulu hal yang melibatkan Perlembagaan.

“Saya ingin tegaskan bahawa pendirian Gerakan dan MCA bukan anti-Islam, tetapi kami berpendapat ia harus dikaji secara teknikal sama ada boleh atau tidak dua undang-undang jenayah di bawah satu perlembagaan,” katanya di dalam sidang media di lobi Parlimen, Selasa.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kiong tidak sepatutnya menerima pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selagi tiada jaminan hukum hudud tidak diteruskan sebagaimana selaras dengan perlembagaan persekutuan yang menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi.


Lim Kit Siang nafi kepincangan dalam PR

Namun Ahli Parlimen Simpang Renggam ini berpandangan bahawa DAP sepatutnya memutuskan secara jelas berkenaan hubungan mereka bersama PAS di dalam PR memandangkan dua parti itu membawa dua pandangan yang lantang berbeza.

Beliau turut menyifatkan bahawa DAP pada hakikatnya gerun dengan PAS apabila parti Islam itu bertegas dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Ekoran pendirian PAS yang tegas itu, DAP dilihat cuba mengalih pandangan dengan menjadikan MCA dan Gerakan sebagai modal untuk menutup kepincangan yang wujud di dalam pakatan pembangkang tersebut.

“Melalui satu rakaman video semasa kempen di PRK Teluk Intan baru-baru ini, saya lihat DAP sewaktu berucap di komuniti Melayu dan Islam berkata tidak menentang hudud, tetapi apabila berdepan dengan masyarakat Cina, mereka kata menentang hudud pula.

“Saya tidak faham mesej apakah yang ingin dibawa DAP kepada rakyat Malaysia. Sekiranya DAP ikhlas menentang hudud, mereka patut putuskan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, bukan bergaduh dengan MCA dan GERAKAN,” katanya lagi.

Malaysiakini Cuci Tangan Salahkan Malaysian Insider Mainkan Isu Kontroversi Zarina MAIS


Malaysiakini malam ini membuat lawak jenaka terbesar apabila “mencuci tangan” mendakwa kes Zarina Abdullah Majid disensasikan oleh portal berita Malaysia Insider.

Melaporkan sidang akhbar bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu, Malaysiakini menerbitkan berita berikut,
Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain.
Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan.
“Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan,” kata Adzib dan Zarina.
Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga.
Berhubung status agama Zarina, MAIS menasihatinya memfailkan permohonan status agama di Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia terletak bawah bidang kuasanya.
“MAIS dan JAIS akan membantu mempercepatkan proses pendengaran permohonan kes beliau di Mahkamah Tinggi Syariah,” katanya.
Nada kenyataan itu bagaimanapun berbeza sama sekali dengan kenyataan Zarina pada 4 Jun lalu yang dilaporkan berkata sangat malu dan sakit hati kerana majlis tersebut tergendala.
Laporan The Malaysian Insider melaporkan Zarina sebagai berkata, tindakan pegawai JAIS itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.

Para terakhir tersebut jelas menunjukkan Malaysiakini cuba menyalahkan Malaysia Insider semata-mata, sedangkan mereka juga turut melaporkan perkara serupa walaupun memetik dari Malaysia Insider.

Sebenarnya tiada beza kedua-dua portal berita pro Pakatan ini. Mereka bukan sahaja anti Melayu dan UMNO tetapi juga anti-Islam. Apa sahaja berita yang boleh memburukkan agama Islam akan dilaporkan secara sensasi. Sumber

Tuesday 10 June 2014

Antara @AnwarIbrahim Dengan Jabatan Agama Islam Siapa Yang Berbahaya Sebenarnya

Sungguh terkejut anwar ibrahim membelakangi tanggungjawap yang dipikul oleh seluruh umat yang mengaku islam. Adalah wajib menghindar mana-mana mayat islam dari kebumikan dengan cara agama lain?

Ini merujuk kepada kenyataan media ini:
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pasukan penguatkuasa agama Selangor dan Pulau Pinang yang seolah-lah menunjukkan keangkuhan kuasa dalam menangani kes melibatkan mualaf di negeri terbabit.

“Saya kalau perkara ini berterusan ia ada satu sikap, bukan lagi soal menetapkan hukum ataupun melibatkan pengukuhan hukum, (ini) soal keangkuhan kuasa.

"Ini ada petanda yang berbahaya kepada Malaysia, bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi kepada orang Islam yang tenang dan tidak mahu dianggap angkuh.

"Janganlah dilihat seperti menghina kaum lain," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menghentikan satu majlis perkahwinan agama mengikut adat Hindu dan menahan pengantin perempuan didakwa penganut Islam, dalam kejadian di Petaling Jaya 1 Jun lalu.

Satu kejadian serupa turut berlaku di Pulau Pinang semalam apabila pasukan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang muncul di satu upacara pengebumian seorang wanita Cina dan membawa mayat berkenaan untuk disimpan di sebuah bilik mayat.

Iyalah yang paling patut patut mushkil sekali bila ahli politik yang sisabit bersalah dalam liwat2 bila bercakap soal-soal agama lagi-lagilah berbehaya tahu tak?






Salah Laku Bar Council Perlu Dibawa Ke Parlimen Untuk Pindaan Kekebalan Melampau


Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mendesak kekebalan Majlis Peguam Malaysia yang sering menyalah kuasa yang berat sebelah berdasar matalamat politik Pakatan Rakyat, dititikan dari terus menerus menjadi badan menghasut perpecahan perpaduan negara.

Seorang pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencadangkan agar Majlis Peguam Malaysia dihadkan kuasanya oleh Parlimen serta akta Legal Profesion Act yang memberikan kuasa penuh kepada badan tersebut perlu dipinda bagi memastikan badan berkanun tersebut tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

Menurut beliau, ini memandangkan Majlis Peguam hari ini tidak ubah seperti biro undang-undang pakatan pembangkang di mana menurut beliau, badan berkanun tersebut dilihat telah menyalahgunakan kuasa di atas nama Majlis Peguam untuk membuat kenyataan yang pro kepada pihak pembangkang.

“Menghadkan kuasa badan Majlis Peguam ini penting bagi memastikan badan tersebut lebih adil dan tidak hipokrit dalam membuat kenyataan berhubung undang-undang di negara ini dan tidak hanya menyebelahi satu pihak saja.

“Biarpun secara undang-undang Majlis Peguam mewakili lebih 14,500 peguam yang ada di negara ini namun secara moralnya, mereka hanya mewakili lebih 2000 peguam, di mana itu merupakan jumlah peguam yang terlibat dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam semenjak 10 tahun yang lalu,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong yang menggesa ‎Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan saman fitnah ke atas portal berita Malaysiakini baru-baru ini.

Selain itu, Azam yang pernah bertindak menyaman Majlis Peguam tersebut kerana tidak berpuas hati dengan sistem EGM badan tersebut, turut mencadangkan agar diwujudkan sebuah badan berasingan sebagai satu tempat rujukan check and balance bagi peguam-peguam di negara ini meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya.

“Hari ini kalau kita (peguam) mahu mengadu, kita terpaksa juga mengadu kepada Majlis Peguam melalui Disciplinary Board kerana semua kuasa telah diberikan oleh parlimen kepada mereka. Tetapi masalahnya yang menduduki Disciplinary Boarditu adalah terdiri dari orang-orang mereka juga. Jadi, pi mai pi mai tang tu juga.

“Sebab itu, saya cadangkan agar diwujudkan satu badan atau jawatakuasa di luar badan tersebut agar segala aduan dari peguam di seluruh negara dapat dipertimbangkan dengan adil. Badan tersebut mungkin boleh diketuai oleh Peguam Negara misalnya.

“ Jika diwujudkan badan yang berasingan sebagai tempat rujukan dan aduan, saya yakin ramai peguam akan membuat aduan berikutan timbul rasa tidak puas hati terhadap pelbagai perkara,” tegasnya.-MediaUMNO

Monday 9 June 2014

Malaysiakini Diambang Muflis Akibat Disaman Perdana Menteri

Tahukah anda! diketika Malaysiakini telah mendapat wirit saman oleh Datuk Sri Najib, kenapa ramai dikalangan puak Pro Pakatan sanggup menjadi bodoh semata-mata untuk mempertahankan nasib Malaysiakini?

Selama ini Malaysiakini banyak menyumbang kelebihan kepada Pakatan Rakyat berbanding Harakahdaily, yang dilihat dan dianggap masyarakat tiada kredibiliti sebagai kewartawanan yang profesional. Erti kata lain Malaysiakini lebih mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Sebelum ini kita dipedengarkan Malaysiakini pernah dikatakan mendapat dana dari NED dan NDI. Tetapi diketika ini, mahukah kuasa barat dari Amerika membantu? Sedangkan sokongan Malaysia kepada AS adalah lebih penting dalam misi menjalingkan hubungan AS_China.

Mungkin Malaysiakini berpeluang mendapat bantuan tetapi kalau tidak alamat habislah terpaksalah korekpunya korek pun tak cukup. Kerana apa yang pasti saman kali ini bukan kecik anak jumlahnya.

Kalau hendak harap dana Anwar Ibrahim, alamak Anwar pun sekarang ini separuh mati diambang kejatuhan apatah diketika ini Anwar sedang kalut mendesak Papagomo membayar saman yang tidak seberapa jumlahnya.

Mungkin hanya DAP sahaja yang mampu membantu Malaysiakini tetapi DAP ada portal sendiri iaitu Roketkini yang mungkin bakal terjebak dengan sasaran seterusnya, kalau tidak kena gaya.

Apa-apapun sudah timbul spekulasi kakitangan Malaysiakini mula mencari peluang kerja baru malah ada juga spekulasi ada ura-ura orang ternama dalam Malaysiakini telah bersiap dengan strategi membuka portal baru.

Apa jua yang berlaku kepada Malaysiakini bukanlah penting sangat. Tetapi yang penting keberanian Perdana Menteri menyaman Malaysiakini dan jika menang akan menentapkan satu kedudukan kebebasan media yang lebih bertanggungjawap dalam menerbitkan apa jua penulisan, poster atau video.

Kalau ini tidak dibuat akan menjadi barah memenuhi Malaysia dengan pelbagai sumber fitnah berdasarkan spekulasi demi meraihkan populariti atau memenuhi kehendak golongan politik tertentu.

Tahniah Datuk Sri Najib kerana berani menyaman Malaysiakini.

Freedom of Speech Must be Exercised Responsibly



While democracy allows freedom of speech, citizens must exercise this right responsibly because they cannot say anything, anywhere they like at anytime. This applies to all citizens regardless of rank, status, class, race, gender. With the increase in democratic space of expression, freedom of speech is abused when netizens hurl all kinds of criticisms at victims, including the Prime Minister.

Recently, PM Najib Prime Minister Najib Abdul Razak served news portal Malaysiakini with a writ of summons (http://tinyurl.com/mkd54d5) over two ‘Yoursay’ articles (a compilation of readers' comments ) published on May 14, namely ‘A case of the PM reaping what he sows’ (http://tinyurl.com/oos33o8) and ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’ (http://tinyurl.com/ktx2qs9) deemed defamatory.

The writ and statement of claim, delivered by hand to the news portal at its Bangsar Utama office on June 3rd 2014, named Malaysiakini publisher Mkini Dotcom Sdn Bhd, editor-in-chief Steven Gan and chief editor Fathi Aris Omar as defendants. The co-claimant in the suit is Umno executive secretary Abdul Rauf Yusoh.

South of the border, Singapore Prime Minister served blogger Roy Ngerng Yi (http://tinyurl.com/p4exwta) with a letter of demand regarding an article Noy had written and published titled “Where Your CPF Money is Going: Learning from the City Harvest Trial.”

In response to the PM's move, The Malaysian Bar Council requested (http://tinyurl.com/ktqrq8a) the PM to withdraw the defamation suit and to engage Malaysiakini commenters by replying or rebutting adverse or incorrect comments. Nathaniel Tan’s comment in Malaysiakini (http://tinyurl.com/njoxzzc) advised the PM to take those criticisms in stride and keep smiling “in a healthy spirit of democracy.” Others continued to mock and deride the PM.

Many have failed to realize the legal implication of Malaysiakini's deliberate selection and publication of those virulent comments in the two offending articles, the contents of which smack of defamation.

In layman’s terms, defamation occurs when a person expresses words that may lower another person’s reputation in the eyes of the public. In the PM’s suit, the Defamation Act 1957 is applicable.

However, the Malaysian Defamation Act 1957 does not define defamation as the matter is governed by common law, which recognizes two forms of defamation that is libel and slander. The difference lies in the means or medium by which the defamatory material is communicated. It is a fundamental distinction between a written or printed word, which is, concludes as libel and spoken words, which are considered as slander.

In this case, what Malaysiakini has done can be considered as libel because the comments are expressed in a permanent form easily read by anyone such as in a book, e-mail or picture. Defamation can also be in the form of slander is when such words are expressed temporarily, when spoken or made by body movements.

However, in criminal cases of defamation, when the state prosecutes a private person for defamation, Section 499 to Section 502 of the Penal Code is applicable. Many critics have failed to realize that libel and slander are civil and criminal offences. Hence, anyone found guilty of libel or slander may be sued in court, and face jail sentence. In civil cases, the defamed will sue the maker of the defamatory words for compensation, the amount of which depends on the damage caused to the reputation of the person suing.

On the other hand, in criminal cases, the punishment for defamation is a jail sentence for a maximum of two years, or a fine, or a combination of a jail sentence and a fine [Section 500-502 Penal Code].

Freedom of expression has been abused to the extent that critics believe they have the license to say whatever they want about the government whereas the reverse never applies. If it happens and the government takes action, these critics will claim that they are being robbed of their right to express themselves.

What has been published in Malaysiakini in both articles and also in many sites are not only false and baseless allegations and libel which disparages our PM and derides his professional and personal character, credibility, and integrity.

The Malaysian Bar Council's call for the PM to respond to Malaysiakini readers failed to acknowledge that there are proper avenues for complaints, which should be carried out responsibly and respectfully. Instead, they threw a red herring and talked about engagement with readers.

The issue is about accountability and responsibility in what anyone says in oral and in written form. One cannot assume that commonplace beliefs are truths just because it has been repeated many times by different portals or people. Every statement must be substantiated by solid evidence - otherwise it is fabrication of truth.

Quite alarmingly, the call by Malaysian Bar smacks of double standards. While it stressed the need for public figures to be accountable for their actions, what the PM has done is to resolve the issue in court for the guilty and irresponsible ones to be accountable for their flippant words. Surely as a news portal, Malaysiakini should know what can and cannot be published. They must face the consequences of their failure to execute professionalism in airing appropriate articles that bind the nation.

As a professional body, they have overstepped boundaries by being involved in politics and in complete disregard and disrespect of the Prime Minister’s right to seek justice in the court of law.

I hope the PM wins this case and that it will set a precedent to deter netizens from shooting anything that pleases them and to deter media of any form of airing populist articles irresponsibly. Freedom must be cherished responsibly.

By,
Datuk Huan Cheng Guan
President Of Centre For Political Awareness

Nasib Baik Malaysiakini Bukan Di Singapura Mahu Tak Tinggal Spander



Susulan tindakan PM Najib Razak fail kes saman terhadap portal yang dinaung George Soros iaitu Malaysiakini, ramai telah mula mengadu kerajaan amalkan dasar kongkong kebebasan media...
Seperti biasa Anwar Ibrahim telah ke Chatham House di London untuk mengadu kepada rakan-rakan Zionis dia....
Hakikatnya, kebebasan media di Malaysia bawah Barisan Nasional sememangnya agak longgar...Hanya permainan persepsi yang memberi gambaran kebebasan media ditindas....
Malaysiakini (BM Version) akan kata mereka tidak diberi permit untuk cetak dan edar....Tapi, bukankah isu ini 'a non starter' memandangkan The Malay Mail kerap cetak cerita yang diterbitkan dalam portal Mkini?
Lagipun, statistik cetak dan edar telah menjunam berikutan perkembangan pesat internet dan sosial media...Jika BN zalim, kenapa tak hentikan akses kepada sesetengah website?
Turkey di bawah kawan baik Anwar Rajab Tayib Ardogan telah ban YouTube...Amerika Syarikat pula telah adakan Internet Censorship..
Malah satu kajian terperinci di Harvard University menunjukkan negara-negara yang dipegaruhi organisasi/cabang cia, National Democratic Institute - NDI dan National Endowment for Democracy dan memberontak, kini mengadapi tahap kebebasan dan tahap hidup yang lebih teruk daripada dulu...
Bukan satu negara saja yang dirujuk penganalisa Harvard...Semua negara daripada Ukraine, Tibet, Egypt, Syria, Negar ber-Arab Spring 2 dll tidak maju ke depan selepas memberontak...Mundur saja...
PM saman sebab Mkini fitnah macam sial...Lebih sial daripada Tian Chua...Anwar saman Utusan Online, labelnya demi kebenaran...Tapi kalau PM buat, itu dipanggil kongkong kebebasan?
Ain't those damn laws equal to one and all? Why double standards?
In Malaysia, ALL Iz WEll  ...

Video Bikin Telinga @AnwarIbrahim Bernanah, Tun Dr Mahathir Bikin Bergegar Dewan Ketawa


Bergegar suasana dewan dengan suara ketawa bila Tun Dr Mahathir bicara tentang Mamat Gay Tua Tidak Sedar diri!!

Isu Terkini

get this widget here