Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 29 December 2012

[Video] Abby Abadi Terima Hidayah Bongkar Isu Tanah

Hidayah Abby Abadi makin terserlah apabila mula pandai menceritakan soal isu tanah. Bukan main banyak auta fakta al unta dihujahkan! Inilah Abby kegairahan untuk menceburi politik sampai bercakap tampa fikir hujung dan pangkalnya.

Abby mungkin boleh menceritakan soal felda dengan apa jua auta tetapi alangkah bagus sentuh-sentuh laa sikit bab Ladang Rakyat apa ceritanya? mana halanya? apa kesudahannya? Bukankah Ladang rakyat lebih menjelaskan yang muslihat PAS lebih dahsyat meranapkan harapan rakyat. Tetapi inilah tugasan Abby sebagai manusia belaan PAS bukan! Mungkin ucapan Abby halal kerana mungkin telah dijanjikan syurga!

 Kalau hendak bercakap soal kebenaran! bertanyalah Abby yang berapa jutakah rakyat Kelantan menerima faedah dari Ladang Rakyat atau Abby sengaja suka dirinya diperbodohkan dan kebutaan yang Felda banyak membantu melayu islam hidup dengan selesa melebihi 100 kaliganda berbanding Ladang Rakyat yang entah apa-apa jadinya.

Abby buka mata saksikan siapa yang zalim sebenarnya? Atau Abby pembohong besar sebenarnya?

Bukti PAS Pengecut Dengan Lim Guan Eng


Jika anda bertanya dimana kekuatan PAS? Jawapan yang paling tepat memerangi sesama islam,  mengkhianati dan memecah-belah sesama islam adalah kepakaran PAS yang paling kuat.

PAS boleh hidup selagi dia semakin kuat membenci dan merosak pertalian sesama islam. Ini dibuktikan melalaui kenyataan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut. Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. 

Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS. Pada PPM ini jelas membuktikan PAS adalah PENGECUT! BACUL dan tidak kurang juga pengkhianat kepada islam sendiri. Mereka berani serang dari jauh seperti Tuan Ibrahim menyelar Kenyataan Lim Guan Eng yang berhajat dan menutut kebenaran diberi hak kepada kristian mengeluarkan bible versi bahasa melayu dengan mengpergunakan khalimah Allah sebagai gantian nama tuhan mewakili kristian. PAS lantang dalam media alternatif haprak mereka tetapi pengecut dan bacul bila untuk membukti keberanian berhadapan dengan Lim Guan Eng. Beranikah PAS memaksa  tarik balik kenyataan Lim Guan Eng yang langsung tidak menghormati hak dan sentiviti masyarakat islam di Malaysia. Inikah rupa PAS yang diharap! sangat mengjaga agama bangsa dan negara. Kalaulah sebacul ini PAS bertindak bagus jangan berlagak didepan sebangsa dan seagama sendiri sahaja! Hakikatnya PAS bacul pertahankan agama

Published with Blogger-droid v2.0.9

[Video] Skandal Mazlan Aliman Dibongkar 4 ISU dan Kebas Duit Peneroka

Mazlan Aliman bukanya bekerjapun! Selama hidupnya menipu sana sini apatah semakin ligat bila bergelar pengerusi Anak. Ada makna tu dapat habuan duit derma sana sini. Diatas nama perjuangan kelentong terguling terlentang.

Selain didedahkan Mazlan Aliman sebagai kaki kebas duit orang dan hidu dengan sara makan duit derma.
Mazlan Aliman juga layak dipanggi pengkhinatan negara apabila cuba mensabotaj felda dengan  4 fakta isu di dalam video.

Sebenarnya PAS beria-ia menggerakan Anak (haram) ini bertujuan menutup kisah Ladang Rakyat yang amat sedih kerana bukan membantu rakyat tetapi menjahanamkan harapan rakyat dan akhir Ladang Rakyat langsung tidak membantu rakyat sebaliknya mengkhianati rakyat dengan menyenangkan kroninya juga.


Himpunan Pertahankan Kekasih Gelap Anwar Ibrahim

Akan datang Himpunan yang bakal memaparkan pelbagai onar terbaru AMK. Kali ini khas untuk membela kekasih gelap Anwar dan mempertahankan Anwar Ibrahim dari melopong kempunan jawatan Perdana Menteri.

Kalau pemimpin lain sebok untuk bantu rakyat tetapi yang seorang ini duduk kalut pertahankan kepentingan diri.

Sebelum ini Karpal Singh dicabar membuat penafian secara terbuka  Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin seperti didakwa Datuk S. Nallakaruppan. Tetapi Karpal sendiri menuduh Anwar peliwat sebelum kejatuhan Anwar dan sekarang siapa menjadi lawyer membela kes liwat Anwar kalau bukan Karpal.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah.Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai ‘Himpunan Shamsidar’ itu dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan akti-viti biseksual.

“Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu Shamsidar menjadi saksi?

“Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.

“Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam. Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121229/po_05/Himpunan-Shamsidar-12-Januari#ixzz2GOXVs27F © Utusan Melayu (M) Bhd 
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday 28 December 2012

Kafirkah Aku Dari Amanat DHOLALAH

Inilah mainan politik yang semata mengharapkan kemenangan dari menyatakan kebenaran hingga menyebab Hadi Hadi adalah punca menambah permasalahan perpecahan masyarakat islam.

Kegairahan Haji Hadi menyebabkan berlakunya isu Sembahyang bermakmum dengan Imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadhi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam PAS tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Untuk kisah lanjut klik http://zul4kulim.blogspot.com/2012/12/amanat-dholalah_25.html?m=1
Published with Blogger-droid v2.0.9

[Video] Pendedahan Skandal Tanah Dan Balak Pas Kelantan Hanya Untuk Nafsu Kroni

Orang-orang kelantan wajib melihat [Video] Pendedahan Skandal Tanah Dan Balak Pas Kelantan Hanya Untuk Nafsu Kroni yang langsung tidak mengjaga kepentingan rakyat.

Pendedahan ini membuktikan boleh membuktikan kerajaan PAS terlampau mengjaga kepentingan kroni berbanding menjengok permasalahan rakyat kelantan yang diberlengui dengan pelbagai isu.

Bukankah ini melambangkan yang kerajaan PAS lebih zalim. Zaim sampai terlupa dengan tanggungjawapnya kepada rakyat negeri sendiri, sebaliknya terlampau sebok menyalahkan orang lain. Apa lagi yang kerajaan negeri Kelantan pandai buat selain mengabis duit dan menguip derma tanpa pandai mencari sumber pendapatan buat kegunaan kerajaan negeri, bagi memberi khidmat kepada rakyat kelantan sendiri?

Bukankah kerajaan Kelantan lebih kepada kerajaan minta sedekah? Kalaulah PAS mampu berdikari menyediakan pembangunan negeri berbanding membangunkan ekonomi kroni, sudah lama mereka diberi peluang mentabir negara. Ini bukan setakat hendak mentabir negara! hendak mentabir negeripun dah haru-biru jadinya?

[video] Bukti KRISTIANOFOBIA Ujud Di Malaysia

Tergamakkah Anda Dengan Situasi Gereja
Sidang Jemaat Allah http://bitly.com/XFo7EQ
Berapa kalikah mereka menyebut khalimah Allah yang mereka berkehendakkan sangat menuntut hak menggunakan khalimah Allah di dalam bible?

Apa masalahnya kalau tidak menggunakan khalimah Allah sedangkan selama ini tidak menggangu gugatpun ajaran mereka?

Tampa menggunakan khalimah Allah pun ajaran kristian tetap terpelihara oleh golongan mereka dan tentulah kepentingan menggunakan khalimah Allah untu bible bahasa melayu untuk kelompok sasaran yang tidak pandai berbahasa ingeris dan tentulah golongan yang sering bertutur dan membaca dalam bahasa malayu. tetapi bukankan itu sebahagian besarnya orang melayu sendiri yang beragama islam?

Jika mereka ingin menuju ke kelompok india kenapa tidak diterjemahkan kepada bahasa india dengan menggunakan tuhan mereka. Kalau ini berlaku ada orang indai tidak akan marah?

Hakikatnya tiada sebarang masalah tampa menggunakan khalimah Allah dalam ganti nama tuhan kalau bukan bertujuan mengelirukan umat islam agar terjebak dalam budaya murtad. 

Dalam masa yang sama Anwar dan Nurul Izzah adakah membela Lim Guan Eng sedangkan kedua-duanya punyai cerita yang boleh dipertikaikan/

Thursday 27 December 2012

[Video] Bongkar UMNO Zalim Jual Tanah RM133juta Untuk 2700 Hektar di Kelantan

Lihatlah bertapa zalimnya kerajaan pusat yang mempergunakan modal sebanyak RM133juta. Kerajaan Kelantan hanya berdiam diri tampa berkata apa-apa sebab ini demi kebaikan peneroka yang tidak mampu dijaga oleh Kerajaan Kelantan

Ceritanya sebenarnya. Nasiblah! UMNO Kerajaan Pusat bersedia mahu menyelamatkan tanah seluas 2700 hektar tanah di Kelantan dengan menjelaskan hutang sebanyak RM133 juta yang tertunggak dari 6000 peneroka dan perkebun kecil di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan. Hutang yang tertunggak semenjak 1978 ini amat membebankan rakyat tetapi tidak diperdulikankan kerajaan negeri.

Isu ini kalau diharapkan PAS alamat ada lagi kes tanah dapat ke tangan yang tidak sepatutnya. Kerana kerajaan negeri lebih berminat untuk mencari dana bagaimana hendak tawan Putrajaya dan bagaimana hendak  mensabotaj usaha Tranformasi Kerajaan.

Kalau berginilah cara PAS lebih mengutamakan matalamat Parti dari memikirkan perit resah rakyat diberlengu masalah. Alamat hancurlah negara ini jika memereka berjaya memerintah kelak. Apatah ketika mereka memerintah hanyalah sebagai kadam kepada PKR dan DAP. Lagi-lagilah hancus.

Berbalik pasal isu Tanah yang paling baik PAS hati dengan mengjaga kepentingan DAP seperti mana di dedahkan Pisau.Net sampai hendak saman tetapi tengoklah bagaimana mereka ingin berlaga dengan Pisau.Net

[ Video ] Pacuan Empat Roda Kembara Oren Cuba Langgar Peneroka FELDA Bukit Rokan 1

Kerja gila masuk kampung orang sampai menunjuk hendak langgar orang kampung! Kalau orang dah tidak suka berambus jelah dari datang buat onar di kampung orang.

Tidak sudah-sudah hendak gertak untuk melanggar orang sebergini rupa. kalau jadi kes pandai pula putar kiri kanan.

Video ini telah membuktikan generasi muda warga Felda sudah mula muak dengan fitnah Pakatan yang sekadar meraih simpati diberi perluang menjadi pemerintah negara. Kalau jenis yang dah ada pun tidak terjaga bagaimana orang hendak percaya kemampuan mereka. Sudahlah demikian datang kampung orang dah pandai hendak tunjuk lagak melanggar orang sedemikian rupa!

Gila punya orang sampai tidak tahu menilai baik buruk main redah je!

Tuan Ibrahim Berani Mempertikaikan [ Video Anwar Ibrahim ] Kalimah Allah Hak Kristian

Kecoh dikalangan PAS cuba berlagak membantah tindakan Lim Guan Eng, yang cuba menimbulkan semula isu kalimah ALLAH dengan menggesa Kerajaan Pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Dengan itu bangkitlah general PAS seperti Tuan Ibrahim kononnya membantah usaha Lim Guan Eng! Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Adakah Tuan Ibrahim ikhlas dalam soal ini? Kalaulah Tuan Ibrahim Ikhlas kenapa dia masih ingin mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri? Cuba Tuan Ibrahim dan kuncu-kuncu pro PAS yang sedang sedaya upaya mengalihkan isu dengan menyalahkan UMNO BN, tolong saksikan sendiri apa diperkatakan Anwar di dalam video ini.

Ini gimik PRU 13 kerana sudah hampir! Menyebabkan PAS tidak mahu memanjang lebar masalah yang boleh menggugatkan kedudukan PAS dimata masyarakat islam Malaysia. tetapi hakikatnya mereka telahpun berseetuju dengan bersetujunya melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika Pakatan tawan Putrajaya. Apa bezanya menentang Lim Guan Eng dengan menyokong Anwar Ibrahim wahal kedua-dua punyai pendirian yang sama dalam isu ini.

Kalau benarlah video di atas palsu! Bolehkah Anwar Ibrahim bersuara menyerang Lim Guan Eng?

Dokumen Mahkamah Bikin Anwar Bingung Dengan Isu Biseksual

Apa sudah jadi dengan Anwar Ibrahim yang kebingungan dengan dokumen Biseksual Nallakaruppan betul-betul memberi kelebihan dengan mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan. Dengar kata ramai lagi yang berminat untuk menjadi saksi memihak kepada Nallakaruppan tetapi enahlah berani ke Anwar membenarkan?

AIDCNews – 26/12/12 – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Presiden Parti India Malaysia, Senator Datuk S Nallakaruppan dan dua lagi defenden mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaanbagi kes saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.

Nallakaruppan dan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak mengemukakan pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar pada 1998.

Pada 26 Mac lepas, Anwar memfailkan saman terhadap defendan berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac bertajuk ““Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla”.

Mahkamah Tinggi menetapkan 18 Jan untuk pengurusan kes saman itu.

Dalam kenyataan pembelaan bertarikh 23 Mei 2012, Nallakarupan memberi kenyataan berdasarkan kes-kes mahkamah yang pernah dihadapi Anwar termasuk kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Munawar Annes, Azizan Abu Bakar dan Shamsidar Taharin untuk membuktikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah seorang biseksual.

Nallakarupan yang lebih dikenali sebagai Nalla merupakan bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun yang diperkenalkan oleh majikannya, Datuk Lim Thian Kiat (Datuk TK Lim) pemilik Magnum Corporation.

Hubungan persahabatan Nalla dan Anwar bermula ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan menjadi semakin rapat setelah Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Ketika itu, Nalla dan Anwar terlibat dalam aktiviti sukan tenis di padang tenis Bangsar yang dibina khas oleh Datuk TK Lim.

Datuk TK Lim telah membayar seorang jurulatih tenis dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengajar dirinya, Anwar dan Nalla sekitar tahun 1993 hingga 1998.

Ini membuktikan hubungan mereka telah lama terjalin yang membolehkan Nalla merupakan sumber yang tepat untuk mengesahkan Anwar adalah biseksual.

Wednesday 26 December 2012

Surat Mufti Mengenai Fatwa Yang Patut Nik Aziz Jawapkan?

Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :-

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut

:-1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan(UMNO- Barisan Nasional)

2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orangBarisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sahsembelihannya.

3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan(UMNO- Barisan Nasional).

4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan(UMNO- Barisan Nasional).

5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dariBarisan (UMNO- Barisan Nasional).

6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan(UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidakboleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad danmereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayatorang Pas.

8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah sembahyang, puasa, naik haji kerana tidak diterima olehtuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama’ telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al’Fadhilah Dato’ Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama’ yang terdiri dari :-

1). Yang Berbahagia Dato’ Haji Ismail Bin Haji Yusoff -Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2). Al’Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar -Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3). Al’Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4). Al’Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5). Al’Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail -Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6). Al’Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman -Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7). Al’Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan -Iman Besat Masjid Muhammadi.

8). Al’Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris -Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan(JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa:-

“SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA’ YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA’ MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM”

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato’ Hj Wan Mohamed bin Yusuf )b/p Yang Dipertua. Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,

Pada 15 Jamadil Akhir 1401.

KREDIT JAWABER6 & Unspinner

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kedudukan Terkini Blogger Pro Politik Sarawak 22 Disember 2012

Alhamdulillah Pecah Palak Mikir yang pertama kali disenarai dalam ranking blogger pro politik di Sarawak telah menduduki tempat 4 bagi blogger pro politik melibatkan pro PR dan pro BN. Manakala bagi kedudukan dalam pro Barisan Nasional

PecahPalakMikir di tempat ke4 bersama team Blogger Anak Sarawak yang berkedudukan dalam rangking 5 teratas. Tahniah kawan-kawan u all terbaik!

Buat masa sekarang PPM kurang buat posting kerana tengah sesak kena cari duit dulu... Hehehe kalau dalam kepala kalut memikir duit dapur anak-bini memang semangat berblog kurang sikit. Tapi insya allah ranking ini memberi semangat sikit buat PPM menyampai fakta dengan kaedah PPM sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut klik sini http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/12/bloggers-anak-sarawak-duduki-5-tangga.html?m=1
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 25 December 2012

Video Nizar Melopong Kantoi Lulus Konsesi Balak Tanpa Ikut Tatacara Terbongkar


Itu dia terbongkarnya satu salah guna kuasa yang amat berat Video Nizar Melopong Kantoi Lulus Konsesi Balak Tanpa Ikut Tatacara Terbongkar



Sedih juga meliha Melihat Nizar melopong ternganga!

Ini membuktikan bertapa teruknya cara pemerintahan PR dimana-mana sahaja yang jelas hanya pentingkan kroni tetapi tidak mahu mengaku yang mereka jenis yang sedemikian. Sebaliknya mereka berdalih memerangi kroni. Cakap tidak serupa bikin tetapi bab Video Nizar Melopong Kantoi Lulus Konsesi Balak Tanpa Ikut Tatacara Terbongkar cukup menggambarkan situasi sebenar di dalam PR.

Pendedahan dengan Nizar boleh meluluskan projek balak tampa mendapat rundingan dan perbincangan dengan ahli jawatan kuasa betul-betul membuat Nizar ternganga melopong! saksikanlah video ini

Gempar 60 Orang Diarahkan Domunique PKR Jadi Samseng Rampas 15 tan Sawit dan Ladang Felcra ?


Sungguh hebat tiba-tiba Sarawak digemparkan dengan kejadian  60 orang telah menceroboh memasuk ladang  kelapa sawit, dibawah rancangan Felcra dan merampas 15 tan hasil  sawit. Pada 19/12/2012. 

Menurut sumber dalang yang terlibat dalam arahan ini adalah Ajensi Peguam Dominique Ng & Assosiate dan kononnya dimiliki oleh Dominique Ng Khim Ho yang juga merupakan bekas ahli tertinggi PKR Sarawak. Yang kini jawatannya telah diisi oleh Baru Bian. Malah beliau juga merupakan bekas Adun Pandungan. Walaupun telah berberapa kali mengumumkan keluar PKR tetapi cerita di Sarawak masih kuat mengatakan dia masih ahli PKR.

Jika mengikut lapuran polis 3 lelaki telah datang bersama Surat Akuan Perguam mengenai hak tuntutan tanah  dan satu laporan polis! telah membenarkan mereka mengambil alih tanah dan merampas sebanyak 15 tan hasil sawit dengan menggunakan dua buah lori.

Malah hingga melibatkan seramai 60 oarang bertindak sebagai kumpulan yang bekerjasama dalam aktiviti yang mungkin boleh disifatkan sebagai samseng jika berlakunya salah guna kuasa!

Persoalan yang boleh ditimbulkan disini dimana pula surat Arahan Mahkamah?


Adakah dalam laporan di atas, perlapor  terlupa memasukkan Surat Arahan Mahkamah di dalam laporan polis yang dibuat. Sedangkan ada disertakan dengan surat arahan makamah

atau 

sememangnya tiada sebarang surat arahan Mahkamah dilampirkan semasa kejadian ini berlaku 

atau 

belum lagi melibatkan fasa proses dibawa ke mahkamah dan ini sekadar dengan surat peguam memberi arahan sahaja tetapi telah disalah guna kuasa oleh 3 individu dalam laporan polis, hingga berlaku peristiwa di atas.

Atau 

Sememangnya surat arahan peguam tersebut menyatakan hak tindakan yang membolehkan berlakunya peristiwa mengambil alih ladang dan merampas hasil sawit sebanyak 15 tan.

Walaupun 4 persoalan ini menimbulkan tanda tanya. Tetapi bolehkah 3 individu seperti laporan di atas bertindak merampas hasil Sawit bergitu sahaja. Siapakah mereka ini dengan kaitan tanah yang dimiliki oleh peserta yang menyertai program Felcra.

Dan kenapa ada sumber mengaitkan ada arahan dari Dominique Ng Khim Ho yang sudah tentu umum mengatakan dia adalah ahli politik PKR.

Dengan ini "Pecah Palak Mikir" menuntut Dominique Ng Khim Ho memberi penjelasan yang sebenar dalam tempoh 7 hari.....................

Sunday 23 December 2012

Dasar Malaysia Negara Pluralisme



Adakah anda bersedia dengan bagaimana Pakatan terjemahan pluralisme ini.

Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.

Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.

Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.

Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza

Inilah dasar konsep dari permahamnan pluralisme "Satu kepercayaan yang mengiktiraf semua agama itu sama, walaupun berbeza dari segi gerakan,tindakan,kenyataan dan syariatnya tetapi kembali mempercayai kepada yang satu (tuhan)."

Sedangkan kita mempercayai islam adalah segala agama! Bergitu juga dengan agama-agama lain. Sesungguhnya jika percayakan pluralisme bermakna kita telah memperlekehkan Islam. Ingatkah anda apa akibat jika kita memperlekehkan Islam seperti yang di ucapkan Nik Aziz.



Sekarang tindakan Haji Hadi dan Anwar! Tidakkah Nik Aziz boleh melebelkan sebagai memperlekehkan islam?

Inilah permainan PAS PIS PUS

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isu Terkini

get this widget here