Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 20 April 2014

#HadisPalsu Ustaz Dr. Zulkifli Tunjuk Sumber Rujukan Kepada Persoalan Wardina

Ini adalah hujah dan penjelasan yang Wardina cari-cari sangat hingga sanggup mengatakan "SAYA RISAU MASYARAKAT KITA DISOGOK DENGAN SUMBER CERITA TANPA RUJUKAN" tetapi tidak tahulah siapa yang di merujuk sampai berani sangat membangkitkan isu ini di media sosial, seolah-olah Ustaz Don menjadi seorang penyebar hadis palsu pulak. Dan di bawah hujah Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri: 



PENJELASAN RINGKAS ISU KISAH TELAGA BARAHUT.

*Baca sehingga tamat. Sebelum kesimpulan disertakan 7 qaul berkenaan tempat roh berada setelah keluar daripada jasad. Pendapat yg ditarjihkan Ibn Qayyim itu adalah pendapat yang diterima pakai.

a) HADIS, ATHAR DAN PANDANGAN ULAMA' BERHUBUNG TELAGA BARAHUT
1. HADIS
• Daripada Ibn Abbas R.Anhuma Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ، فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ، وَشِفَاءٌ مِنَ السَّقَمِ، وَاللَّهِ مَا عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءٌ شَرٌّ مِنْ مَاءِ بِئْرٍ بِوَادِي بَرْهُوتَ، كَرِجْلِ الْـجَرَادِ مِنَ الْـهَوَامِّ، يُصْبِحُ يَتَدَفَّقُ وَيُمْسِي لَا بِلَالَ بِهَا
Maksudnya: “Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam zam, padanya makanan daripada segala makanan, dan penawar bagi segala penyakit, dan seburuk-buruk air di muka bumi air di lembah Barahut berhampiran qubah Hadramaut seperti kaki belalang daripada serangga jadilah ia membuak-buak pada waktu pagi dan pada waktu petang tanpa sebarang basahan.” [1]

• Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasululalh SAW pernah bersabda:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، حَضَرَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، جُعِلَتْ فِي حَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ، فَيُنْطَلَقُ بِهَا إِلَى بَابِ السَّمَاءِ، فَيَقُولُونَ: مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَطْيَبَ مِنْ هَذِهِ، فَيُقَالَ: دَعُوهُ يَسْتَرِيحُ، فَإِنَّهُ كَانَ فِي غُمٍّ، فَيُسْأَلُ: مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَ فُلَانٌ؟ مَا فَعَلَتْ فُلَانَةُ؟ وَأَمَّا الْكَافِرُ، فَإِذَا قُبِضَتْ نَفْسُهُ، وَذَهَبَ بِهَا إِلَى بَابِ الْأَرْضِ، يَقُولُ خَزَنَةُ الْأَرْضِ، مَا وَجَدْنَا رِيحًا أَنْتُنَ مِنْ هَذِهِ، فَتَبْلُغُ بِهَا إِلَى الْأَرْضِ السُّفْلَى
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman apabila datang waktu kematian nescaya datang Malaikat rahmat. Apabila diambil nyawanya, maka dijadikan pada sutera putih yang di bawa dengannya ke pintu langit dan mereka berkata: Kami tidak dapati bau yang lebih harum daripada ini. Maka dikatakan: tinggalkanlahnya untuk dia beristirehat, maka sesungguhnya dia berada dalam keadaan dukacita. Lantas ditanya apa yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulan? Apa pula yang dilakukan oleh si fulanah? Adapun orang kafir apabila diambil nyawanya dan dibawa dengannya ke pintu bumi, lalu berkata penjaga bumi: “Kami tidak dapati bau yang lebih busuk daripada ini, sehingga sampai kepada perut bumi yang terkebawah.” [2]

• Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ فِيهَا أَرْوَاحَ الْكفَّار وَالْمـُنَافِقِينَ وَهِي بِئْرٌ عَادِيِةٌ قَدِيْمَةٌ عَمِيْقَةٌ فِي فَلَاةٍ وَوَادٍ مُظْلِمٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya pada telaga Barahut terdapat roh-roh orang kafir dan Munafiq, ia merupakan telaga yang berbahaya, dalam, lama pada tempat yang jauh dan wadi (lembah) yang gelap.” [3]

2. ATHAR
• Saidina Ali RA berkata:
اَبْغَضُ الْبِقَاع إِلَى الله تَعَالَى وَادي بَرَهُوْتَ بِحَضْرَ مَوْتَ فِيهِ بِئْر مَاؤُهُ أَسْوَدُ مُنْتِنٌ تَأْوِى إِلَيْهِ أَرْوَاحُ الْكفَّارِ
Maksudnya: “Tempat yang paling dibenci Allah ialah wadi (lembah) Barahut di Hadramaut. Padanya telaga air hitam busuk dan menjadi himpunan perut orang kafir.”

• Diriwayatkan daripada Abu Bakar al-Najad daripada Ali Bin Abi Talib RA, katanya:
خَيْرُ وَادِي النَّاسِ وَادَي مَكَّةَ، وَشَرُّ وَادِي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَافِ، وَادٍ بِحَضْرَمَوْت يُقَالُ لَهُ: بَرَهُوْت فِيهِ أَرْوَاحُ الكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik lembah kepada manusia ialah lembah Mekah, dan seburuk-buruk lembah manusia ialah lembah Ahqaf, iaitu lembah di Hadramaut, dikatakan dengan nama Barahut di mana terdapat padanya ruh-ruh orang kafir.” [4]

• Riwayat Ali bin Abi Thalib berkata:
خَيْرُ وَادِيَيْنِ فِي النَّاسِ وَادِي مَكة وَوَادِي اِرَم بِأِرْضِ الِهنْدِ، وَشَرُّ وَادِيَيْن ِفي النَّاسِ وَادِي الأَحْقَاف وَوَادِ بِحَضْرَمَوْت يُدْعَى بَرَهُوْت يُلْقَى فِيْهِ أَرْوَاحُ الْكُفَّارِ
Maksudnya: “Sebaik-baik dua wadi bagi manusia ialah, wadi Mekah dan Iram di bumi India. Seburuk-buruk dua wadi bagi manusia ialah wadi Ahqaf dan wadi Hadramaut yang dikenali sebagai Barahut, dicampak baginya roh orang kafir.” [5]

• Berkata Qatadah: Seorang lelaki menceritakan kepadaku, daripada Sa’id Ibn Musayyib daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ تُجْمَعُ بِالْجـَابِيَتَيْنِ وَأَرْوَاحُ الْكُفَّارِ تُجْمَعُ بِبَرَهُوْتِ: سَبْخَةِ بِحَضْرَ مَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang Mu’min akan dikumpulkan di al-Jabiyataini dan arwah-arwah orang kafir akan dihimpunkan di telaga Barahut (satu kawasan berhampiran di Hadramaut).” [6]

• Berkata Abu Hatim RA: Khabar ini diriwayatkan oleh Mu’az bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah daripada Qasamah bin Zuhair daripada Abi Hurairah secara marfu’
اَلْـجَابِيَتَانِ بِالْيَمَنِ وَبَرَهُوْتُ مِنْ نَاحِيَةِ الْيَمَنِ
Maksudnya: “Al-Jabiyatan di Yaman dan Barahut daripada pihak Yaman.” [7]

• Daripada Sa’id Bin Musayyib, katanya:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِأَرْضِ الجَابِيَةِ، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارُ بِسَبْخَةِ حَضْرَمَوْت
Maksudnya: “Arwah-arwah orang mukmin di tanah al-Jabiah dan arwah-arwah orang kuffar di sabkhah di Hadramaut.” [8]

3. PANDANGAN ULAMA'
Ramai ulama mengemukakan pandangan dan kisah berkenaan telaga Barahut, antaranya:

• Al-Asmu’ie berkata riwayat seorang lelaki Hadrami menyebut:
أنا نجد من ناحية برهوت رائحة منتنة فظيعة جدا فيأتينا الخبر أن عظيما من عظماء الكفار مات
Maksudnya: “Sesungguhnya kami dapati di satu sudut telaga Barahut bau yang sangat busuk. Kemudian datang khabar kepada kami bahawa seorang pembesar kafir mati di situ. Dan kami dapatinya bau tersebut memang dari situ.” [9]

• Al-Zamakhsyari berkata: “Barahut ialah telaga di Yaman, dikatakan bahawa padanya ditempatkan ruh-ruh orang kafir, dan dinamakan negeri yang terletaknya telaga itu ialah Yaman.”

• Dihikayatkan seorang lelaki tidur berhampiran wadi Barahut dan berkata:
كُنْتُ أَسْمَعُ طُوْلَ اللَيْلِ يَا دَوْمَة. يَا دَوْمَةَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِبَعْضِ أَهْلِ العِلْمِ فَقَالَ: إِنَّ المَلَكَ المُوَكِّلَ بِأَرْوَاحِ الكُفَّارِ إِسْمُهُ دَوْمَه
Maksudnya: “Aku mendengar sepanjang malam sebutan “Ya Daumah”. Lalu aku bertanya kepada ahli ilmu. Dia menjawab: “Sesungguhnya Malaikat yang diwakilkan untuk roh-roh orang-orang kafir namanya Daumah.”
Cerita yang hampir sama diriwayatkan oleh Abban bin Taghlib. [10]

• Imam Syafie telah menyebut dalam mazhabnya:
إنَّ المَاءَ المَكْرُوْهَ ثَمَانِيَةُ أَنْوَاعِ: اَلـْمُشَمَّسُ، وَشَدِيْدُ الحَرَارَةِ، وَشَدِيْدُ الْبُرُوْدَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ ثَمُوْدَ إِلَّا بِئْرُ النَاقَةِ، وَمَاءُ دِيَارِ قَوْمِ لُوْط، وَمَاءُ بِئْرِ بَرَهُوْت، وَمَاءُ أَرْضِ بَابِل، وَمَاءُ بِئْرِ ذَرْوَان
Maksudnya: “Sesungguhnya air yang makruh digunakan ada 8 jenis, antaranya: Air Musyammas, air yang sangat panas, air yang sangat sejuk, air dari perkampungan Thamud kecuali telaga Naqah, air perkampungan kaum Lut, air telaga Barahut, air bumi Babil dan air telaga Zarwan.”

• Sufian berkata: “kami telah bertanya penduduk Hadramaut, lantas mereka menjawab: “Tidak ada seorang yang mampu untuk tidur di kawasan tersebut pada waktu malam.” [11]

• Al-A’masy pernah berkata: “Adalah Mujahid tidak akan mendengar perkara yang pelik kecuali beliau pergi ke situ dan melihatnya sendiri. Beliau pernah pergi ke telaga Barahut di Hadramaut dan pergi ke Babil…… " [12]

• Abu Muhammad Abdullah bin Muslim al-Dainuri yang masyhur dengan gelaran Ibn Qutaibah berkata: “Semua ruh ahli neraka ditelaga di kawasan Hadramaut dikenali sebagai Barahut.” [13]

• Ibn Uyainah berkata: “Telah dikhabarkan kepadaku seorang lelaki berada pada waktu petang berhampiran telaga Barahut, katanya: “Seolah-olah padanya terdapat suara-suara yang bertelingkah dan aku tanya penduduk Hadramaut tentang itu, mereka menjawab: “Tidak mampu seseorang berada di situ pada waktu petang. [14]

• Dalam Kitab al-Mustathraf fi Kulli Fanni al-Mustazraf oleh Syihabuddin Muhammad Bin Ahmad al-Absyihi hlm, 420, seperti berikut: “Telaga Barahut terletak di Hadramaut dimana Nabi SAW bersabda: “Ia adalah himpunan roh orang kafir.” [15]

TARJIH
Selepas melihat pendapat ulama, saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan ruh orang yang beriman di Jabiyah dan orang kafir di Barahut. Hal ini, dikuatkan oleh pendapat Ibn Qayyim yang menolak pandangan Ibn Hazm yang berpendapat ini adalah sumber daripada Syiah Rafidhah. Sebenarnya bukan begitu bahkan telah disebut oleh ramai dikalangan sahabat dan tabien dalam kalangan ahli Sunnah. Inilah juga pendapat Ibn Mandah yang menyebut riwayat ramai para sahabat dan para tabi'en.

*************
b) KISAH TELAGA BARAHUT

Cerita yang diambil oleh Sahib al-Fadhilah Ustaz Don daripada saya ialah seperti berikut:

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang telah menuju ke Baitullah al-Haram (Kaabah) untuk menunaikan haji. Setelah tiba di Kota Mekah, lalu dia menyimpan wang sebanyak 1000 dinar pada seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Kemudian orang kaya itu menuju ke Arafah untuk berwukuf di sana.

Setelah selesai dari wukuf dan amalan hajinya yang lain, dia kembali ke Mekah dan mendatangi rumah orang yang dititipkan wangnya dahulu itu, maka didapatinya orang itu sudah mati. Orang kaya tersebut lalu bertanya hal itu kepada keluarganya tentang wang yang disimpan pada orang itu dan keluarganya menjawab: Kami tidak tahu apa pun tentang simpanan itu.

Akhirnya orang kaya itu bertanya kepada seorang ulama di Mekah dengan memberitahu tentang keadaannya dan wangnya yang disimpan kepada orang yang jujur itu. Ulama itu menjawab: Nanti di tengah malam, pergilah engkau ke perigi Zamzam, dan lihat ke dalamnya. Kemudian panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjawab panggilanmu.
Maka orang kaya itu pergilah menuju ke perigi Zamzam pada waktu malam, lalu memanggil nama orang itu, sekali dan dua kali, dan seterusnya, namun tidak ada yang menjawab panggilan itu. Pada keesokannya, orang kaya itu menemui sekali lagi ulama Mekah itu, serta menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi.

Mendengar khabar itu, ulama itu terus mengucapkan kalimah istirja’ iaitu innalillahi wainna ilaihi raji'un. Aku khuatir bahawa temanmu itu, jangan-jangan dia tidak termasuk penghuni syurga. Sekarang cuba kamu pergi ke Yaman, di sana ada satu perigi Barhut namanya, yang pernah dikatakan orang bahawa perigi itu adalah mulut neraka Jahannam. Lalu datanglah dia di malam hari, serta panggillah nama si fulan itu. Jika dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjawab panggilanmu itu, dan tanyakanlah kepadanya tentang wangmu itu, di mana?

Maka pergilah orang kaya itu menuju ke Yaman, lalu bertanya kepada orang tentang tempat beradanya perigi Barhut itu. Akhirnya dia ditunjukkan orang tempatnya. Pada malamnya, dia datang ke perigi Barhut itu, lalu memanggil nama orang yang pernah menerima barang simpanannya itu. Maka dengan serta merta orang itu menjawab. Orang kaya itu bertanya: Di manakah engkau simpankan wang emas (dinar) aku itu? Orang itu menjawab: Aku telah menyimpannya di suatu tempat di rumahku. Dan aku tidak percaya kepada sesiapapun, sekalipun anakku sendiri. Sekarang pergilah engkau ke tempat ini dan itu, dan galilah di situ, nescaya engkau akan menemui wang dinarmu itu.

Kemudian orang kaya itu bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau berada di sini, sedangkan engkau orang baik, dan kami semua bersangka baik terhadapmu? Maka orang itu menjawab: Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang miskin, dan aku tidak mempedulikannya dan bertanyakan hal keadaannya serta tidak merasa kasihan kepadanya, maka kerana itulah Allah telah menyeksaku di sini dan menempatkanku di neraka jahannam.

Untuk membenarkan cerita ini, disebutkan di dalam sebuah hadis. Nabi SAW bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْـجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.” [16]

SUMBER KISAH INI
Saya akan menyebut isu ini secara poin untuk memudahkan kefahaman.

1. Kisah ini diambil daripada kitab al-Kabai'r oleh Imam al-Zahabi dan memuatkannya dalam buku Lu’lu’ lil Mukminin (Permata Buat Orang Beriman), kitab himpunan hadis jilid pertama yang saya susun.

2. Saya begitu yakin kepada al-Imam al-Zahabi yang banyak mengkaryakan sirah Rasulullah dan sejarah Islam melalui beberapa bukunya seperti Tarikh al-Islami dan juga Siyar ‘a’lam al-Nubala’. Saya telah menyebut biografi Syeikhul Muhaddithin Imam al-Zahabi secara ringkas di dalam buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' untuk sama-sama difahami oleh pembaca yang mana beliau merupakan Tuan Guru dan ulama yang amat terkenal dalam bidang hadis, sejarah, dan lain-lain berdasarkan pujian tokoh-tokoh ulama silam, seperti Ibn Kathir dan lain-lain.

3. Kisah yang hampir sama telah diceritakan oleh Umar bin Sulaiman, katanya: “Telah mati serorang lelaki di kalangan yahudi, sedangkan beliau pernah menyimpan barangan bagi seorang Islam. Orang Yahudi tersebut mempunyai seorang anak yang beragama Islam, dan dia tidak mengetahuo di mana diletakkan barang simpanan tersebut, lalu bertanya kepada Syu’aib al-Jubbai, kemudian katanya: “Pergilah kamu ke telaga Barahut, jika kamu datang pada hari sabtu maka tujulah kepadanya sehingga sampai berhampiran mata air telaga di sana Kemudian serulah nama ayahmu, nescaya ia akan menjawab panggilanmu. Ketika itu tanyalah daripada apa yang kamu mahu dan lelaki tersebut melakukan suruhan Syeikh Syu’aib itu dengan pergi ke mata air seterusnya menyeru nama abahnya dua kali atau tiga kali. Selepas itu abahnya menjawab dan dia bertanya: “Dimanakah barang simpanan si fulan itu? Jawab abahnya: “Dibawah bendul pintu, maka angkatlah.” Cerita ini telah disebut dalam buku Bi’ru Barahut Rehlah Istiksyafiyah, Geografiyah al-Sunnah al-Nabawiyyah karya Dr. Anmar bin Yahya al-Jufri.

4. Ulama Islam bermazhab Syafie yang terkenal Imam Ibn Hajar al-Haitami juga telah menyebut cerita yang sama seperti ini dalam kitabnya yang masyhur al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair.

ULASAN SAYA
Mungkin ada sebahagian asatizah yang menggunakan hujah berdasar kepada pengtahqiq kitab al-Kabair iaitu Sayyid Ibrahim dan Sayyid al-Arabi, antara lain berpendapat: "Dimulakan kisah ini dengan kenyatan pengarang (Imam al-Zahabi) dengan perkataan Hukiya (حكي) yang memberi maksud dihikayatkan. Di dalam bahasa istilah ulama Sighah Mabni lil Majhul merupakan Sighah Tamrid (sakit dan dhaif) yakni tidak kuat dan dia termasuk daripada riwayat yang batil yang tidak wajib disebutnya sekalipun dalam bab Mau’izah (nasihat) kerana ia menafikan aqidah sahih dan akal yang sejahtera."

• Saya secara peribadi boleh menerima kisah yang dinukilkan oleh Imam al-Zahabi kerana ia bukanlah hadis tetapi penceritaan yang diterima daripada yang terdahulu.

• Disebut dengan perkataan hukiya (حكي) yang memberi maksud 'dihikayatkan' menunjukkan betapa Imam al-Zahabi begitu mencermati dalam menyampaikan maklumat supaya statusnya bukanlah menjadi hujah qat’i tetapi lebih kepada mau’izah (peringatan) semata-mata. Justeru, tidak ada masalah untuk mengambil kisah ini sebagai peringatan dengan syarat tidak menjadikannya sebagai dalil.

• Cukuplah dengan penukilan daripada ramai ulama, seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan pujian para ulama terhadap kitab al-Kabair, membuatkan kita thiqah dengan Imam al-Zahabi.
[ADMIN]

DI MANA ROH SELEPAS KELUAR DARIPADA JASAD?

Antara pendapat ulama ialah:

Pertama: Jumhur ulama berpendapat ruh orang yang beriman berada dalam tembolok burung dalam syurga yang bebas berterbangan. Ini berdasarkan beberapa riwayat hadis, Antaranya, Abdullah Bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
أَرْوَاحُهُمْ فِي جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ، لَهَا قَنَادِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ، تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ، ثُمَّ تَأْوِي إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيلِ، فَاطَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمُ اطِّلَاعَةً
Maksudnya: “Semua ruh para syuhada’ berada dalam tembolok burung-burung hijau, mereka bebas berterbangan dalam syurga mengikut kemahuan kemudian bertenggek di pelita-pelita (قنديل), maka Tuhan mereka melihat dan memerhatikan mereka.”
Riwayat Muslim dalam sahihnya (3/1502) dan al-Tayalisi dalam Musnadnya (1/38)

Kedua: Sebahagian sahabat dan tabien berpendapat: Semua ruh orang yang beriman berada di sisi Allah dan mereka tidak membincangkan lebih daripada itu, mereka berhujahkan hadis riwayat Ibn Umar R.Anhuma daripada Nabi SAW:
الْأَرْوَاح عِنْد الله فِي السَّمَاء
Maksudnya: “Semua ruh berada di sisi Allah di langit.”
Riwayat Sa’id Bin Mansur dalam al-Sunan dan al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (314)

Ketiga: Sebahagian daripada sahabat dan tabien berpendapat bahawa semua ruh dihimpun di satu tempat di bumi, maka ruh orang yang beriman di simpan berhampiran Jabiyah, ruh orang kafir di telaga Barahut. Ada pendapat di Jordan dan ada pendapat di antara langit dan bumi. Mereka berhujahkan dengan dua hadis:

• Abdullah bin Amr R.Anhuma menyebut:
إن أَرْوَاح الْمـُؤمنِينَ تجمع بالْـجَابِيَة وأرواح الْكفَّار تجمع ببئر برهوت
Maksudnya: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dihimpunkan di Jabiyah dan semua ruh orang kafir dihimpunkan di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya (7/283), al-Haithami dalam Mawarid al-Zam’an (1/187), al-Dailami dalam al-Firdaus (1/418) dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam kitab al-Ruh hlm (146)

• Daripada Ali berkata:
أَرْوَاحُ المُؤْمِنِيْنَ بِبِئْرِ زَمْزَم، وَأَرْوَاحُ الكُفَّارِ بِبِئْرِ بَرَهُوْتِ
Maksudnya: “Semua ruh orang yang beriman dihimpun di telaga zam zam dan semua ruh orang kafir dihimpun di telaga Barahut.”
Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Qayyim menyebutnya dalam al-Ruh hlm (146)

Keempat: Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ruh orang yang beriman dalam syurga dan ruh orang kafir dalam neraka. Mereka berhujah dengan hadis Ummu Mubassyir Binti al-Bara R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ نَسَمَةَ المُؤمنِ تَسَرَحُ في الجنَّةِ حَيثُ شاءَتْ، ونَسمةُ الكافِرِ في سِجِّينٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya jiwa orang yang beriman bebas pergi mari dalam syurga mengikut kehendaknya, sedangkan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.”
Riwayat Ibn Majah (1449), al-Tabarani dalam al-Kabir (19/65), al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid (2/329) dan al-Baihaqi (153) dengan sanad yang hasan

Kelima: Sebahagian ulama berpendapat bahawa ruh orang yang beriman berada di sebelah kanan nabi Adam dan ruh orang yang kafir berada di sebelah kirinya, mereka berhujahkan hadis Isra’ Mi’raj.

Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: “Sesungguhnya Ishaq bin Rahawaih berkata: “Di atas dasar inilah telah ijma’ ahli ilmu.”
Ibn Hazm berkata: “Inilah pendapat semua ahli ilmu.” Lihat al-Fasl fi al-Milali wa Ahwa' al-Nihali oleh Ibn Hazm (4/590).

Keenam: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya semua ruh orang yang beriman dan kafir berada dalam kubur kecuali ruh para syuhada’, mereka dimasukkan ke dalam syurga.” Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn Hazm daripada kebanyakan ahli hadis.

Ketujuh: Sebahagian ulama berpendapat: “Sesungguhnya ruh orang yang beriman berada dalam Illiyyin dan ruh orang kafir berada dalam Sijjin.” Inilah yang ditarjihkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang disebut oleh Imam al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (325).

Berdasarkan kepada tujuh pendapat di atas, imam al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat bahawa ruh orang yang mati syahid dalam syurga dan bukan ruh orang lain. Pendapat seperti ini juga telah dipilih oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh.

PENUTUP

Saya tidaklah mahu polemik ini lebih kepada perselisihan pendapat dan mengikut emosi tanpa bertunjangkan ilmu dan juga kefahaman yang sebenar. Justeru kami menerbitkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' sebagai mengulas secara langsung apa yang dikatakan oleh al-Fadhil Ustaz Don berdasarkan hujahan dan rujukan kitab.

Buku ini bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi hanyalah ingin memberi penjelasan dan pencerahan dengan lebih terperinci. Penulis berterima kasih kepada Sahib al-Fadhilah Ustaz Don yang juga telah berkerjasama dalam memberi penjelasan berkaitan isu ini mengikut cara dan kefahaman masing-masing.

Bagi mendapat penjelasan lanjut, boleh mendapatkan buku 'Telaga Barahut dan Persoalannya' terbitan Pustaka Cahaya Kasturi di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 pada 24 April - 4 Mei ini. Boleh bertemu saya dan sahabat2 PCK di booth G05-G06. Wallahua'lam.

___________________

NOTA KAKI

[1] Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir (11167) dan al-Ausat (3912, 8219), dan al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Mukhtar (2/114/67). Al-Haithami berkata dalam Majma’ al-Zawaid (3/289): “Rijalnya thiqah”. Dan dihasankan oleh al-Albani dalam Sahihnya (1056) dan Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (1161) dan Sahih al-Jami’ (3322). Dan berkata Ibn Hajar. Rawi-rawinya adalah perawi yang thiqah dan pada sebahagian mereka dipertikaikan, akan tetapi dikuatkan dengan mutaba’at (sokongan dan dokongan daripada riwayat yang lain)

[2] Riwayat al-Nasaie (11924), Ibn Hibban dalam sahihnya (3294) dan al-Albani dalam Ta’liq al-Targhib menyatakan sahih dan Syeikh Syu’aib al-Arnaut berkata: Sanadnya sahih mengikut syarat Syaikhan (Bukhari Muslim).

[3] Hadis ini disebut oleh al-Qazwaini dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi

[4] Disebut oleh al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur hlm (232) dan diriwayatkan daripada Ali RA semisal dengannya dengan lafaz yang banyak, dan diriwayatkan oleh Abd Razzaq dalam al-Musannif (9118), al-Azraqi dalam Akhbar Mekah (40/2), Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/468) dan selainnya. Dan lihat dalam Ahwal al-Kubur oleh Ibn Rajab hlm (118) daripada banyak riwayat. Dan dikeluarkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikhnya (2/344-345) daripada jalur Ibn Abi Dunya secara mauquf kepada Sa’id Bin Musayyib.

[5] Lihat Tafsir al-Qurtubi hlm 190

[6] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[7] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[8] Lihat Mukhtasar Tarikh Dimasyq 1/285 oleh Ibn Manzur

[9] Lihat Ibn Qutaibah dalam Gharib al-Hadis 1/357, dan dinukilkan juga oleh Yakut al-Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan 2/321. Lihat juga dalam al-Nur al-Safir ‘an Akhbar al-Qarn al-‘Asyir oleh Muhyiddin Abd al-Qadir al-‘Aidrusi hlm (64)

[10] Lihat Ibn Qayyim dalam al-Ruh hlm 277. Ibn Rajab dalam al-Ahwal hlm 118, al-Suyuti dalam Syarh al-Sudur 236-237 dan al-Qazwaini dalam Aja’ib al-Buldan daripadanya dinukilkan oleh al-‘Aidrusi sebagaimana disebut dalam al-Nur al-Safir hlm 64.

[11] Ini dikeluarkan oleh Ibn Mandah sebagaimana dihikayatkan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya al-Ruh hlm 277dan al-Suyuti hlm 237.

[12] lihat al-Zahabi dalam al-Siyar 20/456.

[13] Lihat kitab Ta’bir al-Ru’ya oleh Ibn Qutaibah.

[14] Lihat Gharib al-Hadis 1/357.

[15] Hadis ini hampir sama diriwayatkan oleh al-Tabarani dengan sanad yang hasan.

[16] Riwayat Muslim (2556) dan Abu Daud (45)

28 comments:

Anonymous said...

Patutlah si KAPIR, termasuk PENYAMAQ Islam mengamuk - kat Dr. Zulikifli dan Ustaz Don yg. sungguh BERILMU ini yg. cuba mencelikkan mata umat Islam, termasuk tentang kedasyatan bencana menjadi Kapir!

Nampaknya makin ramai si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRPELIWAT, termasuk MENYAMAQ sbg. umat Islam atau guna nama Melayu/Islam serta bahasa/pakaian Islam (sebut Kalimah ALLAH lagi), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA!

Mereka sedang mensasarkan Ustaz Don - yg. menarik ramai anak muda Islam/Melayu - jadi sgt. dibenci MUSUH Islam/Melayu - spt. mereka membenci Ustaz Kazim dan Ustaz Dr. Fathul Bari (yg. herannya keduanya jatuh sakit tiba-tiba dulu - aku syak para ulama TULEN makin disasarkan utk. diracun, spt. dlm PAS juga)!

Lepas tu puak KAPIRSYAITAN ni siap nak MENGKAPIRkan umat Islam pula!

Dan si BETINAPENJILATPKRPELIWAT tu baik cepat BERAMBOS balik ke Australia- bukankah dia dan keluarga nak pindah sana?

Aku syak Barat-ZIONIS dan ejen mereka dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRPELIWAT, menggunakan wanita 'cantik' menyamaq sebg. umat Islam termasuk masuk Islam/pakai tudung, termasuk menggoda dan kahwin dgn. pemimipin politik dan hartawan Islam/Melayu kita - utk. menghasut mereka menjadi si Melayu-LIBERAL-PENJAHANAM-ISLAM/umatnya! Tengok sajalah perangai yg. Islam-mcm-dah-melayang PKRPELIWAT-no-1 atau mana-mana si tua jadah, yg. masih ke kelab malam!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Cantiknya bahasa awak ni. Tuduh habis semua orang lain kafir. Istighfar.

Anonymous said...

Astaghrafirullah.. lbh baik diam drp fitnah. Fitnah zina msti di dtgkn dgn 4 org saksi.. wallahu alam..

umno keris zionis said...

bila bangang berbicara tak habis2 dgn menunjukkan kebodohan. rosmah mansor tak pakai tudung dan najib lembik minum arak xnk bising ke?

Anonymous said...

Nape mesti naikkan nama najib dan rosmah...juga politik dlm ni....? Awak nampak ke najib minum arak...kalau x...fitnah namanye...dh dpt dosa besar...kan elok berdiam diri...sy x pro mana2....tp ini sekadar peringatan pd semua...jgn suka menuduh org tanpa bukti yg kukuh...

Anonymous said...

Nape mesti naikkan nama najib dan rosmah...juga politik dlm ni....? Awak nampak ke najib minum arak...kalau x...fitnah namanye...dh dpt dosa besar...kan elok berdiam diri...sy x pro mana2....tp ini sekadar peringatan pd semua...jgn suka menuduh org tanpa bukti yg kukuh...

Anonymous said...

SY MINTA WARDINA SAFIYA BETANGGUNG JAWAB LA SKIT .... TUNJUK BUKTI SIAPA PUTRY DIANA TU ..JGN MAIN SEBAT JER .... ORG YG TAH DR MANA DATANG ,,,TERUS CEDOK... WARDINA JAWAB.... NAPE TAKUT KER ...OR MALU... MASA NAK BUAT TAK MALU...KER...

Anonymous said...

Mohon maaf, Rasulullah saw ajar bila menegur orang perlu beradab.Jika benar seseorang itu melakukan kesilapan yg menegur perlulah secara berhemah bukan menggunakan bahasa yg kesat.Lihatlah kembali akhlak yg ditunjukkan oleh Nabi saw ketika menegur para sahabat, baginda tidak pernah menggunakan bahasa yg kurang enak mahupun kesat, bahkan Rasulullah menjaga aib para sahabat dan menegur secara baik kerana itu baginda digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan. Ya, mungkin benar kita marah kpd seseorang, tetapi jangan sampai kita mengaibkan ia..Lupakah kita pada Sabda Nabi saw yg mulia, :"orang yg menutup aib saudaranya, Allah akan menutup aib dirinya"..andai benar dikatakan si pelaku bersalah, tegurlah secara berhemah, mgkin beliau mengeluarkan kata2nya kerana atas kekurangan ilmunya atau kejahilan dirinya..kerana itu islam membuka ruang perbincangan seluas-luasnya, berdiskusi bukan beremosi.Menerangkan bukan mengaibkan mahupun memalukan..Lihatlah contoh yg ditunjukkan oleh Saidina Rasulullah saw, berhemahnya baginda dalam menegur kesalahan para sahabat, membuatkan para sahabat tak pernah rasa diri mereka direndahkan, bahkan mereka sendiri malu dgn kesalahan yg dilakukan apabila melihat indahnya akhlak Rasulullah saw..akhir zaman ini ramai yg mengaku mencintai Rasulullah, namun akhlak dan kehidupannya adakala jauh dr apa yg diajarkan oleh Rasulullah, berbicaralah ikut panduan wahyu bukan berlandaskan hawa nafsu.seandainya teguran kita menyebabkan seseorang itu lbh jauh dr hidayah Allah dan agama Allah, kitalah yg terlebih bersalah..setiap kata-kata dan setiap perlakuan kita sentiasa diperhatikan oleh para malaikat Allah dan dicatat oleh mereka, malulah kita kepada Allah dan RasulNYA..wallahu 'alam.

nizamPTN said...

Astagfirullah hal azim...Ya Allah ampunkan kami dan semua Ummat Islam..Ummat Nabi SAW dari bermusuhan..caci-mencaci dan memutuskan silaturrahim.....terimalah taubat kami..berilah Hidayah kpd kami untuk berkasih-sayang dan saling membaiki diri sendiri...lindungilah kami dari kejahatan Syaitan musuh nyata dan bala tenteranya terdiri dari jin dan manusia...peliharalah kami dari tipudaya nafsu kami sendiri dan tipudaya dunia yang fana...Amin Ya Rabbal alamin..

Anonymous said...

tak sanggup nk baca sampai abis ...komentar di atas... ulasan org yg takder ilmu...oooo... makcik sambal belacan... mu ni islam ke kafir?

Unknown said...

errmmmm,,,, x tau nk komen apa, better diam, bagi orang yg jahil, coz, klau bsuara, akn terserlah kebodohan lagi ^^

Anonymous said...

Panjangnye komen org BODO.jgnla tunjuk sangat bodo saudara tu... kl diam kan org xtahu saudara tu bodo.. haha

Unknown said...

aku brani simpul berdasarkan komen2 makcik sambal belacan ni, beliau menulis dlm keadaan khayal bertemankan tin tin gam jenama dunlop..

makcik sambal belacan..anda berjaya menunjukkan sifat2 jahil dan mungkin ahli dajal tanpa di sedari ...sekian dan ko mmg bangang..

Unknown said...

Diam itu lg baik dan brtnya la kpda para agamawan yg luas ilmu dan pngetahuan...

Anonymous said...

Ni ke akhlak org islam? Betul la..dakwah bukan setakat pd org bukan islam saja.. org yg dpt islam dari keturunan pun perlu di dakwah juga.. bukan hanya akidahnya, tetapi akhlak dan adabnya juga.. selain hubungan dgn Allah, hubungan dgn manusia , dgn binatang dan makhluk2 lain pun kena jaga juga.. jagalah lidah.. jgn dgn mudahnya mencela dan mencerca org lain...

Anonymous said...

DIAM dan FIKIR kebesaran tuhan dari "SIBUK DENGAN NAFSU URUSAN DUNIAWI" hormati perkongsian ilmu ini,kita yang jahil
lagi menjahilkan diri,semoga bersama mendapat keberkatan diatas ilmu yang disampaikan..

Anonymous said...

Haaaa lek takd bende ah . tapi , kerajaan memang bangang tolak hukum Allah .

Anonymous said...

kalau ada hudud kat Malaysia ni.. wajib kena 80 sebatan dh.. sbb menuduh org tanpa mendatangkn 4 org saksi.. wallahua'lam.. org yg bersalah akan takut hudud.. orang xbersalah akan sokong hudud.. BN salah ke? hihi.. so nape tkut sgt ngn hudud?? answer me?

roslimh said...

Kata Hassan selanjutnya, "Kemudian aku tanyakan kepada ayahku bagaimanakah keadaan Rasulullah SAW apabila berada di luar. Maka jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa menjaga lidahnya kecuali hanya untuk berbicara seperlunya, apabila berbicara sentiasa berbicara dengan halus (lemah-lembut) dan tidak pernah berbicara dengan kasar terhadap mereka, dan sentiasa memuliakan terhadap orang yang terpandang (berkedudukan) dan memperingatkan orang jangan sampai ada yang bertindak menyinggung perasaannya dan perbuatannya. Kebiasaan Baginda selalu menanyakan keadaan sahabat-sahabatnya, dan Baginda selalu memuji segala sesuatu yang baik dan membenci segala sesuatu yang buruk. Segala urusannya itu dibuatnya sebaik mungkin. Tidak pernah Baginda lalai atau malas, demi menjaga jangan sampai mereka melalaikan dan meremehkan. Segala sesuatu dipersiapkannya terlebih dahulu, dan tidak pernah akan meremehkan (mengecilkan) kebenaran. Orang yang paling terpandang menurut Rasulullah SAW ialah mereka yang paling baik kelakuannya, orang yang paling mulia ialah mereka yang paling banyak bernasihat (memberikan petunjuk) kepada orang lain, dan orang yang paling tinggi sekali kedudukannya ialah orang yang selalu ramah-tamah dan yang paling banyak menolong orang lain.".

Anonymous said...

Ni dah ada penjelasan mengenai perkara tersebut pun masih nak jadi batu api lagi..
Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar... jangan pada IC je tulis Islam tapi .......................

Anonymous said...

Zaman sekarang bukan zaman berlembutlah, akidah umat Islam diancam oleh pihak pluralisme agama dan wahabi. Majoriti orang diatas ini ini cuma terkejut kerana ada gunakan bahasa kasar mencerca kumpulan munafik dalam agama Islam di Tanah Melayu ini yang berselindung di sebalik wadah perjuangan agama Islam. Akhirnya orang yang serba dungu ini hanya mampu melihat bab kekasaran bahasa dan isu politik dari cerita Najib minum arak dari isu sebenar yang lebih besar yang cuba disampaikan di atas. Pasal itu orang kita zaman sekarang ini mudah kena tipu dengan manusia munafik yang berselindung di sebalik bahasa lembut, pakaian yang serba Islamik, mulut manis yang bertasbih tetapi gagak melihat akidah hitam yang berselindung disebalik pakaian munafik golongan ini. Tak ingatke Hadis Rasulullah...73 umatnya terbahagi, kesemuanya masuk neraka kecuali satu.

Anonymous said...

Najib mnum arak mmg xnampak..rosmah xpakai tudung rambut mcm pokok palma saya nampak tuan

Anonymous said...

Muhasabah diri.... In sha Allah.. Allah akan bantu selesaikan semua ini.

Anonymous said...

Satu penjelasan yang mantap. Tapi kesilapan Ustaz Don ialah dia tidak cermat dalam menukilkan kisah ini. Tidak disebutkan rujukan yang sebenar, sekadar menyandarkannya pada Ustaz Zul sahaja.

Jadi benarlah Wardina bila dia kata kisah ini "disogokkan tanpa sumber rujukan". Tidak dinafikan rujukannya ada, tetapi tidak disertakan oleh Ust Don dalam ceramah beliau.

Mengaa perlu rujukan? Sebab kisah ini belum masyhur di kalangan masyarakat. Ada yang baru pertama kali dengar. Jadi perlu dinyatakan sumber dari kitab mana dan yang penting sekali status kisah tersebut berdasarkan ilmu mustalah hadis.

Kenapa perlu sangat dinyatakan sumbernya? Supaya masyarakat tidak percaya bulat-2.

Masalahnya di sini bukan hadis berkenaan telaga Barahut, bukan juga tentang kewujudan telaga Barahut, tetapi kisah yang disampaikan tentang orang yang menyeru roh dalam telaga tersebut. Jika ada orang awam yang beriktikad boleh berbicara dengan roh orang mati dalam telaga, dibimbangi akidahnya sedikit tercalar.

Kita sepatutnya arif tentang masyarakat kita yang malas mengkaji melainkan terima bulat-2 apa kata para ustaz. Nanti bukan pengajaran tentang silaturrahim yang diambil, tetapi hal bercakap dengan orang mati yang dalam telaga yang ditonjolkan.

Nanti ada pula yang nak jadi Indiana Jones pergi cari telaga tersebut. Dan kemudian berlakulah pula kepercayaan kurafat seperti menyeru roh dan bersembang dengan roh orang mati.

Jadi teguran Wardina ada kewajarannya. Lihatlah polemik ini dari kaca mata ilmu, bukan emosi atau ketidakpuasanhati terhadap orang tertentu.

Anonymous said...

Tu la wardina.. kita ni kalau rasa2 ilmu x seberapa jgn memfitnah pd mereka yg lbh arif..sy pon nk tau jg..adakah anda mempelajari tafsir Al quran n ilmu hadith secara bertalaqi atau sekadar mengutip sumber2 dr buku n internit tanpa berguru dgn para mursyidul..ini yg kita bimbangkan.. bila rasa sidi terlbh arif sdgkn kita tau tahap mana ilmu kita.. ustaz dr. Zulkifli juga merupakan seorang ulamak dan ilmuan yg arif dlm bidang tasauf. Selalu memberi kuliah tentang kitab syarah hikam. Sememamgnya dlm ilmu tasauf itu sendiri tiada pula istilah magic dan mistik.. sesungguhnya keajaiban itu dtng dr Allah s.w.t . Sesungguhnya pengetahuan2 yg wardina katakn mistik itu bg kalangan ahli2 sufi bukan lah satu perkara yg x masuk akal..krn mereka adalah pilihan Allah

Anonymous said...

Sebab itu kita di tuntun mencari ilmu supaya tidak menjadi manusia yg bodoh sombong. Ilmu Allah itu luas.. sedang kan tafsiran Alquran n hadith kita dituntut berguru dgn yg mereka arif, inikan pula ilmu kesufian.. krn dikalangan mereka yg sudah sampai pd tahap kesufian, kisah2 seperti ini bukan la satu perkara pelik dan mistik. Krn keyakinan yg tinggi mereka terhadap kekuasaan Allah.

Anonymous said...

WTF? R u serious? Jahilnya..

Anonymous said...

ini lah jadinyer bila manusia berAGAMAkan politik.. segala hidup dari bgn tido sampai nak tido asik politik.. kesian orang macam ni

Isu Terkini

get this widget here