Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 1 February 2014

Rafizi Sepakat Bantu Dinasti Lim Pedajalkan Melayu Dan Pulih Kekecewaan Pengundi Cina Kajang

Semenjak Anwar sudah semakin kemaruk kejarkan cita-cita terbengkalai, Anwar makin melampau batasnya sampai terpaksa kecewakan harapan pengundi cina Kajang yang terkejut dengan tahap kebuluran Anwar mengejar kuasa.

Isu PRK Kajang cukup sinis kalau diamati, Anwar lebih cenderung bazirkan wang rakyat untuk mencari jalan dia menjadi PM ke-7. Malah anwar lebih cenderung memulih parti dengan pilihan buangkan 1.3 juta wang SPR wang rakyat dan siapa dapat duga berapa kerajaan Negeri Selangor akan berlanjakan untuk memenangkan Anwar.

Asal ada masalah wang rakyat Anwar pertaruhkan dan ini membuktikan Anwar cukup teruk. Sementara itu untuk mengalih perhatian, disnasti LIM sedang rancak canagkan isu perkauman, isu perkauman dengan mengalih perhatian yang BN puncanya.

Tetapi siapakah yang sengaja cetuskan isu Khalimah Allah kalau bukan Guan Eng dan siapa kepala perosak 13 Mei kalau bukan Lim Kit Siang.

Isu perkauman akhir-akhir ini lebih kepada soal hak Khalimah Allah disemenanjung dan siapa yang bakar apinya kalau bukan Lim Guan Eng dan kenapa BN pula harus dipersalahkan.

Manakala Rafizi jenis melayu sondol apa dia perduli nasib melayu lebih teruk ditindas oleh regim Ultra Kiasu Lim sampai anak bangsa melayu yang ada modal seratus dua untuk cari sepingan nasipun disepak-sepakan oleh Ultra Kiasu Lim.

Pernahkah Rafizi tampil menyuara nasib mereka ini melainkan memenangkan Ultra Kiasu Lim. Ini perosak bangsa dan apa nak heran kebanyakan melayu yang dalam Pakatan Kangkung Rakyat itu melayu Singapura dan sebab itulah makin biadap lagaknya.



Hujah Roketkini Memperjatuhkan Anwar, Azmin dan Khalid The Three Sekangkung

Dalam keterlekaan Roketkini cuba menghuraikan kenapa Anwar layak bertanding di Kajang, secara langsung memperlekehkan standard Anwar mantan Meteri Kewangan. Dalam hujah Roketkini mengatakan

Langkah menjadikan Anwar penasihat ekonomi Selangor juga barangkali boleh dilihat sebagai langkah untuk mewarnakannya sebagai sumber kepada segala polisi dan dasar ekonomi Selangor.

Namun malangnya pada ketika tersebut, Anwar lebih terampil sebagai personaliti nasional yang sedang diusung sebagai calon perdana menteri. Lalu Khalid diberikan segala puji-pujian atas segala kebaikan dan faedah yang dinikmati rakyat Selangor.

Kita barangkali masih ingat tentang isu kutipan sampah, selain isu air Selangor yang tidak ditangani secara politikal.

Akhirnya politik Khalid dilihat gagal apabila akur kepada perancangan Kerajaan Persekutuan BN; selain kekusutan ADUN Selangor yang mengadu payah sungguh mahu berurusan dengan Khalid kerana negeri itu ditadbirnya seakan sebuah syarikat
.
Ini sekaligus memberi pengertian yang Anwar dan Khalid gagal tetapi bagaimana Anwar yang gagal sebagai penasihat ekonomi Selangor layak menjadi MB dan Khalid yang gagal jadi MB dicadangkan Roketkini sebagai penasihat Anwar..

Apa yang boleh berbeza sangat dari sebelum buat kedua individu yang sememangnya gagal? Tetapi kenapa Roketkini takut mengwar-warkan Azmin sebagai MB kerana rata-rata Rakyat Selangor lebih yakin kepada Azmin..

Opss terlupa pula misi utama hendak jadikan Anwar PM ke-7 jadi senanglah DAP sembelih berkerat-kerat.....!!! 


Untuk Masuk Runding 1.3 Juta Wang Rakyat Dibazirkan Anwar Belum Pelaksanaan Ekonomi Kangkung



KERAJAAN membelanjakan lebih RM11 juta bagi melaksanakan 16 pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU12 yang lalu.

Dianggarkan sekitar antara RM318,000 dan RM1.3 juta diperlukan bagi melaksanakan sesebuah PRK.

Kebiasaannya PRK diadakan jika terdapat kerusi kawasan itu dikosongkan akibat kematian atau keuzuran, namun terdapat juga kekosongan berlaku bagi memenuhi tuntutan politik semasa.

Sinar Harian menerusi wartawan Robiatuladawiyah Abd Rashad sempat mendapatkan sedikit penjelasan daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), TAN SRI ABD AZIZ MOHD YUSOF mengenai kriteria menjadi calon dan kos mengurus bagi sesebuah PRK.

Apakah kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi Dun?

Seperti biasa, beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan dan tidak pernah di penjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman).

Boleh Tan Sri jelaskan mengenai syarat yang memerlukan calon beralamat di negeri yang ingin di tandingi itu?

Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan Dun Kajang. Mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor.

Ada yang mengatakan calon bagi Dun perlu menjadi pemastautin di kawasan itu, ada tempoh tertentu untuk seorang itu dianggap pemastautin di kawasan itu?

Tidak perlu, peraturan hanya mengatakan beralamat di negeri tersebut dan tidak ada tempoh masa dinyatakan. Pada hari penamaan calon, alamat yang didaftarkan pada kad pengenalan itu yang diambil, tidak kiralah sama ada beliau baru sehari menukar alamat atau sebagainya.

Contoh Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Kajang, maka alamat kad pengenalannya mesti di Selangor. Cuma pencadang dan penyokong sahaja perlu menjadi pemastautin tetap di kawasan itu.

Berapakah kos anggaran sesebuah PRK?

Pada masa sekarang ini anggaran sudah melebihi RM1 juta. Contoh PRK terbaru di Dun Sungai Limau dan Besut melebihi RM1 juta.

Tan Sri boleh jelaskan apakah faktor yang melibatkan perbelanjaan sesebuah PRK?

Kos ini melibatkan banyak faktor, ia bergantung kepada besar kawasan, bilangan pengundi, kawasan bandar atau luar bandar.

Harga barang berbeza ikut keadaan semasa, harga sewaan pusat mengundi dan sebagainya. Antara perkara lain yang diambil kira adalah adakah kawasan itu mempunyai pengundi luar negara dan pengundi pos.

Perlu juga diteliti sama ada perlu adakan latihan atau tidak, dan jumlah petugas yang diperlukan. Apa yang pasti kos semakin hari semakin meningkat dan belanjanya besar.

Adakah jumlah calon akan turut mempengaruhi perbelanjaan itu nanti?

Tidak. Cuma jika tiada pertandingan kosnya berkurangan. Tetapi biasalah bila ada peluang orang akan gunakan untuk mencuba nasib, perkara ini tidak salah. Pada PRU13 Dun Kajang berdepan dengan cabaran enam penjuru.

Ada yang mengatakan menguruskan PRK Dun lebih mudah berbanding Parlimen, komen Tan Sri?

Untuk adakah sesebuah pilihan raya bukan perkara main-main tidak kiralah sama ada untuk Dun ataupun Parlimen. Urusannya melibatkan kos yang besar, masa yang panjang dan ramai pihak terutamanya pengundi.

Jangan ingat SPR sahaja yang keluar belanja, pihak lain juga terlibat terutamanya agensi penguatkuasa. Perkara ini bukan boleh dibuat main-main.

Bolehkah seseorang Adun itu melepaskan jawatan mereka tanpa sebab yang kukuh seperti keuzuran atau kematian dan apakah produser yang perlu dilalui?

Boleh. Adun boleh berhenti daripada menjadi ahli dengan mengutus surat yang ditandatangani kepada Speaker Dun. Speaker Dun kemudian akan memaklumkan kekosongan kerusi Dun kepada SPR supaya di adakan pilihan raya kecil semula.

Adakah Adun itu boleh dikenakan tindakan undang-undang?

Tiada peruntukan untuk itu. Adun itu boleh meletakkan jawatan atas kemahuannya sendiri, cuma dari segi moral nampak tidak baik. Rakyat telah bersusah payah keluar mengundi, ada yang terpaksa ambil cuti, beratur panjang dan berpanas.


Rakyat berharap undi mereka itu kekal bagi tempoh lima tahun tetapi sebaliknya berlaku. Kecualilah wakil rakyat di kawasan itu meninggal dunia, uzur atau disabitkan dakwaan jenayah.

Kes pengosongan kerusi tanpa kematian atau keuzuran bukan perkara baharu, sebagai pihak yang menguruskan proses demokrasi dalam negara, pada pandangan Tan Sri patut atau tidak dibenarkan terus berlaku?

Sepatutnya tidak berlakulah. Seolah-olah apa yang kita buat (memartabatkan demokrasi) ini sia-sia, kerana kes itu tidak ada sebab besar.

Kes yang berlaku lebih kepada faktor politik. Tidak sesuai guna cara ini (kosongkan kerusi), kalau betul nak tukar tunggulah lima tahun. Memanglah undang-undang membenarkan tetapi, buat pilihan raya bukan kerja main-main.

Friday, 31 January 2014

Awas Anwar Akta DUN Boleh Terbubar Kalau Khalid Letak Jawatan

Anwar mungkin sekarang tengah berkeyakinan penuh cita-citanya sebagai mengganti kekecewaan menjadi PM tetapi sekurang-kurangnya dapat jadi MB ok lahh.

Anwar sekarang nampak berkeyakinan penuh seperti mana dia terlampau yakin boleh menjadi PM ke7. Tetapi kita merancang dan Qada dan Qadar masih dalam kuasa Allah oleh itu perhatikan satu halangan yang boleh menimpa DUN Selangor..

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar) berkata, Perkara 70 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN namun tidak disebut keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, tafsiran keseluruhan Perlembagaan Negeri Selangor pada pandangannya adalah baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan iaitu apabila hampir sampai hayat DUN, maka Menteri Besar akan menasihatkan Sultan.

Kedua, kata beliau, ialah dalam keadaan lain apabila Menteri Besar telah hilang keyakinan daripada majoriti Ahli DUN dan meletak jawatan, Sultan akan membubarkan DUN.

"Satu lagi keadaan apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka Sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baharu bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

"Pada pandangan saya kalau Menteri Besar Selangor sekarang meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN.

"Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Exco yang dilantik oleh Sultan atas nasihat Menteri Besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan negeri bahawa Exco 'collectively responsible' terhadap DUN.

"Oleh itu, jika Menteri Besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan Exco juga harus meletakkan jawatan.

"Perlu diingat bahawa Sultan boleh memecat Exco pada bila-bila masa seperti dalam Perlembagaan negeri," katanya. Sumber

Satu perkara yang PPM nak tanya perlukah Anwar Azmin dan Khalid bersikap berpolitik cara kebudak-budakan dengan mencabar PM Najib yang sememang tik perlupun sahut seruan Azmin untuk bertanding, demi untuk memuas memuaskan nafsu kebudak-budakan?

PM Najib bukannya seorang yang kemaruk macam Anwar sampai ketua Pembangkang dia pegang, Pematang Pauh dan sekarang hendak jadi MB lagi.. Jadi apa nasib rakyat Pematang Pauh? Cukupkah masa Anwar untuk semua ini sedangkan selama ini dia paling sibuk memenuhi nafsu ketagih jawatan tertinggi. Ini telah lama berulang semenjak Anwar mula menapak dalam UMNO sampai sekarang. 

Fikir-fikirkanlah boleh diharapkah Anwar jika kita campur semua permasalahan Anwar yang lain?

Thursday, 30 January 2014

Team The Three Sekangkung Kantoi Tipu Twitt Najib

Cuba kita fikir jap.. Twitter apa yang boleh twit secara direct melebihi 140 huruf... Ada cuma cai-cai PR je bole dapat lesen menipu khas untuk menutup pekung kepala pakatan.

Kalau nak menipupun berpada-padalah jangan sampai memperbodohkan diri..


Ini Bukan Soal Anak Jantan Ini Soal Rakyat Terduduk Azmin Ditembak Najib



Datuk Seri Najib Razak menegaskan kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga membawa kepada pilihan raya kecil Kajang adalah masalah dalaman parti itu dan jangan dikaitkan dengannya.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mencabar Barisan Nasional (BN) agar memilih Perdana Menteri sebagai calon BN bagi menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka (PKR). Saya tidak ada sebarang masalah, ia adalah masalah dalam PKR sehingga mencetuskan pilihan raya kecil ini. Ini semua masalah dalaman (PKR).


"Kenapa mereka nak lencongkan masalah ini dan kaitkan kepada saya. Ini masalah dalaman mereka dan dia (PKR) adakan pilihan raya kecil ini kerana nak menyelesaikan masalah...kemelut yang agak serius dalam PKR.

"Jadi, kepada saya, ia membebankan rakyat...bebankan pengundi di Kajang, yang rata-rata tak senang hati kerana terpaksa mengadakan pilihan raya kecil," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan 34 pertubuhan bukan keraajaan (NGO) Melayu dan Islam di pejabatnya bagi membincangkan isu semasa negara.

Najib berkata, berdasarkan reaksi umum sekarang, kebanayakannya lebih negatif berbanding positif dan itu menjadi masalah kepada PKR.
"Jadi, mesej saya (kepada PKR) ialah jangan heret saya ke dalam ini, ini masalah dalaman anda," katanya.

Video Politik Anak Jantan Azmin Cabar Najib Demi Selamatkan Nafsu Serakah Anwar


Ini dia wayang gambar PRK Kajang dah bermula..

Bagaimana untuk ubah perhatian rakyat terutama dari Kajang untuk terus berfikir ANWAR GILA KUASA HINGGA SANGGUP BAZIRKAN WANG RAKYAT DEMI NAFSU SERAKAH TERGILAKAN JAWATAN PM DAN MB...

Ini dia.. video bawah telah buktikan bagaimana Azmin cuba alih perhatian rakyat terutama penyokong Pakatan suapaya fikirkan ini satu cubaan mememalukan Najib. Oleh itu lupakan soal pembaziran wang rakyat, ayuh kita enjoy memalukan Najib dan akhirnya Anwar tercapai hasrat nafsu yang terkawal-kawal lagi.

Inilah politik anak jantan biar membazir asalkan nafsu tertunai... Kalau berginilah cara PKR untuk menyelesaikan sebarang kemelut dalaman kerajaan dibawahnya, iaitu dengan bazirkan wang rakyat selamatkan Anwar, kalau perintah negara alamat leburlah segala aset hanya semata-mata melempias nafsu anwar. 

Maka tidak syak lagi dengan nama Pakatan Kangkung Rakyat ialah harap pucuk pimpinan sahaja mendongak ke langgit sombong bongkak mat jenin, manakala rakyat terendam didalam tanah takungan air longkang dikencing dan dikhianati.

Ambik!! Kenyataan Penuh Tun Dr Mahathir Tembak Anwar memang Tak Berlapik Lagi

Penangan maut dari Tun Dr Mahathir tepat betubi-tubi kemuka Anwar Ibrahim.. Itulah PPM dah kata perangai Anwar memang semenjak dia mula-mula masuk UMNO (klik baca disini) habis kepala orang dia pijak sekarang lagikan bini berani dia arah letak jawatan apatah orang lain macam Dun Kajang.

Mengenai langkah Anwar nak bertanding di Kajang, Dr Mahathir menilainya tidak lebih dari usahanya untuk tawan Putrajaya dan jadi Perdana Menteri.

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang 'gila kuasa', Dr Mahathir berkata : "Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.

"Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya," katanya.

Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada iamempunyai kaitan secara langsung atau tidak. 
"Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya," katanya.

Selain daripada teguran pedas di atas, Tun Dr Mahathir juga berkata : 

"Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : "Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia."

Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan.

"Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.

"Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu)," katanya sumber

Anda baca artikel calon BN di PRK Kajang : KLIK SINI kredit to DrMim

Wednesday, 29 January 2014

Faekah mengamuk dengan Anwar



Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, daripada PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan turut mendapat perhatian bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, tindakan tersebut hanya akan mengorbankan duit rakyat.

“Berapa banyak wang rakyat terkorban jika YB asyik letak jawatan. Jika alasan kukuh takpa. Ini apa alasan?” katanya di dalam laman twitter rasminya malam semalam.

Selain Asri, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin turut dilihat mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial twitter miliknya, dengan ‘menyerang’ mereka yang dilihat cuba untuk menyingkirkan bosnya.

Faekah melalui tweet lewat malam tadi meminta mereka yang berada di luar Selangor agar meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959. Dia turun mengingatkan ‘mereka’ tindakan itu boleh dilihat sebagai menghina Sultan Selangor.

“Politician outside Selangor, do study State's Constitutions, the process and procedure. Don't insult Sultan and never overestimate yourself,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mereka yang ingin memecat Khalid itu sebagai ‘bernafsu besar’.

“Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?” soalnya.

Kerusi Dun Kajang N25 bakal menyaksikan pilihan raya kecil apabila bekas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan media tiga perenggan Isnin malam, Lee antara lain hanya berkata keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat (PR) berkhidmat untuk rakyat Selangor'.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang semalam yang mengatakan akan memaklumkan secara kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Yeoh turut berkata, dia telah menerima surat peletakan jawatan Lee.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penganalisis politik yang melihat peletakan jawatan itu bagi membolehkan ‘kemelut’ dan ‘pergolakan politik’ PKR Selangor di selesaikan. Malah ada yang merasakan tindakan itu bagi membolehkan Anwar bertanding di peringkat DUN sekali gus mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Mungkin kerana ingin mengampu dan membodek Anwar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan media yang menyokong Ketua Pembangkang itu diletakkan sebagai calon.

Melalui kenyataan 5 perenggan yang dikeluarkan petang tadi, dia mengatakan HANYA Anwar yang sesuai menjadi calon.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang,” ujarnya.

Kisah PRK Kajang Adalah Sifat Anwar Semenjak Dalam UMNO

Kalau orang bernama Anwar semua dia boleh buat..
Semua orang lain salah tetapi dia ada hak istimewa untuk arah sesiapa sahaja berundur demi memberi laluan untuknya.

Sifat ini sememangnya telah berlarut sejak zaman Anwar dalam UMNO. Dia boleh pijak sesiapa sahaja, malah arah atau perjatuh sesiapa sahaja demi membolehkan dia naik.

Sebab itulah Anwar cepat naik ke Atas dan tak dinafikan cepat juga jatuh. Sebabnya suka naik cara kotor.

Sekarang Anwar belum lagi serik, malah masih melakukan hal yang sama dalam Parti keluarganya sendiri. Makna kata yang lain-lain hanyalah cai-cai mengikut terlunjuk Anwar.

Jadi apa sebenarnya fungsi Parti Keadilan Kangkung Rakyat kalau yang di utamakan hanyalah membolehkan Anwar naik. Sedangkan krisis kerajaan Selangor semuanya berkisar tentang masalah perebutan kuasa selama 2 penggal Selangor di bawah Pakatan, tidak pernah selesai dan tidak pernah habis-habis. Ada sahaja yang nak bergaduh.

Jadi bila masa hendak fikir masalah rakyat. Patutlah penggal lalu berbakul-bakul janji kepada rakyat dikencing Anwar. Itupun rakyat masih tidak serik. Sebenarnya kita mencari kerajaan untuk diri kita atau untuk diri Anwar?

Fikirlah sejenak warga Kajang...


Monday, 27 January 2014

Akhirnya Anwar Ibrahim Akui Kesilapan Karier Politiknya Kepada Malaysia

Anwar pernah bergitu berkeyakinan yang PRU13 adalah zaman kemilangan dirinya sebagai PM Ke-7. Tetapi sayangnya Qada dan Qadar tidak mengizinkan.

Anwar tetap berkeyakinan selepas pasca PRU13 mampu tumbangkan BN melalui demo Blackout, isu 40k Bangla, demo Turun malah berlambak-lambak demo secara kecil-kecilan tetapi masih juga gagal.

Ketika negara dilanda banjir besar Anwar berseronok melancong berbanding Najib dan barisan jentera menteri BN turun padang membantu rakyat.

Ketika Anwar berseronok mencari bantuan di Washinton DC, Najib menyerah diri dipintu Kaabah.

Masihkah Anwar berkeyakinan dengan memperalatkan isu khalimah Allah untuk tumbangkan Sarawak di PRN akan datang ketika, pemergian Allahyarham Harun Taib meninggal kesan dan kesedaran besar buat rakyat Malaysia tentang amanat terakhir arwah dan peninggalan perjuangan memartabatkan islam termasuk mempertahankan khalimah Allah. Ini semua menjadi ilham dan motivasi baru buat rakyat islam Malaysia.

Malah pada hari yang sama Nik Aziz mengubah pendirian dan mempertahankan Khalimah Allah sebagai hak eklusif agama islam. Namapaknya Qada dan Qadar Allah makin jelas memaparkan Anwar terlalu jauh menyimpang 

Malah mana mungkin kami lupakan ucapan hak kebebasan sama rata memilih agama termasuk melayu oleh Izzah di depan para paderi dan mubaligh kristian denga bergitu gemuruh tepukannya. Ini soal akidah bukan soal politik dan mampukah kami terima melebihi tuntutan Allah.

Tidak juga kami lupa seksualiti merdeka, video porno mirip Anwar dan tertanya-tanya juga siapa hisap pisang disebalik pintu?

Ada lagi, masihkah Anwar punyai kekuatan! apabila Nurul Izzah sedang bergelut mempertahankan rumahtangganya dan terpaksa mendahului membawa kes fasak ke makamah demi meraih simpati kepada rakyat yang dirinya tidak bersalah dalam perpecahan rumah tangga. Hakikatnya kami tidak pernah lupa bagaiman Izzah dan Wan Azizah bermain air mata untuk raih simpati rakyat tetapi sekarang setelah hampir 20 tahun satu demi satu rakyat kian sedar malah satu demi satu orang kuat semasa penubuhan parti Keadilan meninggalkan Anwar. Semua ini asal dari senjata air mata bukan?

Masihkah Anwar punyai harapan kepada Selangor apabila situasinya memakan diri dengan keras kepala Khalid Ibrahim memecat Azmin Ali tanpa perdulikan siapa bos PKR. Itu bukankah pertanda PKR diambang kehancuran?

Anwar mungkin seronok bermain isu TURUN tapi tidak ada apa-apa perubahan atau Anwar cukup selesa bermain isu Kangkung tetapi nampaknya PKR mendapat gelaran baru Parti Kangkung Rakyat yang rakyat umpama akar teremdam dalam longkang dan hanya Anwar tercangak mendongak langgit sambil berperwatakan Mat Jenin.

Anwar mungkin seronok melihat jenteranya menyerang Najib sekeluarga tanpa henti-henti dan berhati perut, sebolehnya semua benda hendak diperbesarkan dan di ada-adakan. Tetapi Najib tidak pula berminat untuk arah jenteranya serang kemelut rumah tangga Izzah.

Rakyat semakin hari semakin nampak kebiadapan DAP yang dimanja-manjakan Anwar malah rakyat nampak penindasan DAP penuh resis walhal Anwar puja-pujakan.

Inikah hasil perjuangan Anwar yang selam ini cukup banyak drama sendiwara dari mata lebam , patah tengkok, patah kaki naik kerusi roda sampailah disuntik racun asenik atau HIV.

Tiba-tiba setelah kegagalan semua ini Anwar war-war perdamaian dan perpaduan kepada manusia yang pernah Anwar selar sebagai maha zalim dan pengkhianat rakyat. 

Adakah perpaduan ini bermakna Anwar mengaku yang selama ini dia silap atau Anwar sememangnya telah putus asa yang serangan pelbagai strategi Anwar telah menemui jalan buntu untuk membawanya ke kerusi PM ke-7.

Rakyat mungkin boleh maafkan Anwar jika dia mohon maaf dan berundur dari arena politik Malaysia kerana selama ini Anwar hanyalah serangga perosak Agama Bangsa Negara dan tiada apa yang kami boleh percayakan lagi akan kehadiran Anwar termasuk keluarganya dalam politik Malaysia.

Sedangkan soal akidah Anwar berani bertaruh apatah lagi soal Agama Bangsa dan Negara.

Sunday, 26 January 2014

Kisah Hamba Melayu Di Sunway Carnival

Meriah betul orang kita merayakan kejayaan menjadi hamba suruhan di Sunway Carnival.

Kisahnya... Adakah orang kita sedar latar belakang tuan besar berpolitik?

Sedangkan mereka mencabar kekuatan akidah kita untuk agenda politik dan kini kita hamba mereka, dan sia-sialah permegian Arwah Harun Taib dan berubahnya pendirian Nik Aziz, sedangkan orang kita masih menjadi hamba,

Apa-apapun tahniah laa yee.. bahagia sangat orang-orang kita menjadi hamba politik..




Isu Terkini

get this widget here