Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 26 October 2013

Video GST Najib Beri Bekalan Peluru 17 Bulan Buat Pakatan Serang

Seolah-olah mencabar kredibiliti Pakatan Rakyat, Najib berani dengan tenang menjawap dan memberi ruang selama 17 bulan tempoh untuk serangan yang luas buat Pakatan mahupun Rakyat jelata untuk bangkit menyerang atau berfikiran positif untuk memahami apa yang cuba dibuat oleh kerajaan. Kadang-kadang kita dengar tentang sesuatu benda, kita tanpa berfikir atau berusaha mencari maklumat yang betul.

Inilah hakikatnya kita cuma dengar dan percaya buta-buta sahaja. Alangkah bagusnya kita fahami apa itu GST secara keseluruhannya. Selamat Membaca jika anda mahu tahu akan kebenarnnya.


GST: Manfaat serta-merta

PUTRAJAYA – Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

“Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain.

“Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.

“GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain,” katanya.

Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.

Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai.

“Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan,” katanya.

Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan.

“Kami meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST.

“Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain,” katanya.

Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku.

Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.



GST tidak sebabkan harga barang naik

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

“Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang,” katanya pada Forum GST anjuran Affin Bank Bhd. di sini, hari ini.

Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

Ditanya mengenai pendaftaran syarikat di dalam sistem kerajaan, Kamariah berkata, buat masa ini belum ada sebarang pendaftaran yang diterima kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya.


GST tidak membebankan

SEMPORNA – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pertengahan 2011 tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya kadar empat peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini.

“Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali.

“Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Air di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kemas negeri, Mat Marsidi, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd. Aziz Jamman.



Cukai GST sekitar 4%

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

“Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.

“Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,รข€ katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Husni buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.

Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang yang belum dibahaskan.

Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan itu.

Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.

GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.



GST: Naik harga kena tindakan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan pada bulan Mac ini sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada pertengahan 2011.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga.

Beliau menjelaskan, di bawah GST kadar cukai yang dikenakan adalah sekitar empat peratus sedangkan di bawah kadar cukai jualan perkhidmatan (SST) semasa, kadar yang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.

”Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai pelaksanaan GST kepada para pengarang media di sini hari ini.

Husni berkata, pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas

”Kebaikannya adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam,” kata beliau sambil menambah kadar cukai sifar dan pengecualian diperkenalkan untuk mengurangkan beban rakyat.

Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

”Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional.

”Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan,” katanya.



Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat

IPOH – Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing.

”Kita telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan replika cek bernilai RM300,000 untuk pembinaan pasar di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.

Kelmarin, Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.

”Dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkan GST,” ujar Ahmad Husni.

Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.



Kajian komprehensif GST

IPOH – Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara kompetitif.

“Kita telah membuat kajian yang mendalam…matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya ketika diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak terhadap pelaksanaan GST.

Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang semasa Dewan Rakyat dan Ahmad Husni kelmarin berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus

P Kamalanathan Tunjuk Pekeliling Boleh Panggang Babi Di Sekolah Cina

Tidak habis-habis P Kamalanathan cuba mencari helah untuk menjatuhkan maruah Islam supaya.

Mereka sengaja bertindak sedemikian untuk merendah-rendahkan islam dan ini bukan penamat tetapi akan berterusan sehingga satu aganda tersembunyi tercapai. tanpa memikirkan Malaysia sebuah negara islam.

Keputusan Timbalan Menteri Pendidikan 2 P Kamalanathan yang mengesahkan tindakan melakukan ibadat korban dalam premis sekolah adalah diLARANG.

Jika benar P Kamalanathan mahu berkeras melarang sambutan Qurban  di sekolah kerana tiada dalam pekeliling. Bagus juga P Kamalanathan tolong tunjukan dimana pekeliling membenarkan majlis hari keluarga, hari hantu, hari kantin dan tahun baru cina boleh membenarkan sekolah cina memanggang, menghidang dan menjual babi di expo yang diadakan di dalam kawasan sekolah cina?

Sebab di sekolah cina ada cikgu dan murid dari orang-orang islam yang sensetif dari sudut agama dengan babi. Bagaimana pula jamuan sekolah cina boleh menghidang hidangan babi. Bukankah mereka langsung tidak hormati orang islam.

Bergitu juga Taipusan yang bertahun-tahun mengganggu di ruang depan rumah kami dengan pelbagai aktiviti hepuk kelapa. Penahkah orang islam bangkit membantah upacara yang menggangu kenteteraman kami.

Kita telah hidup dalam suasana saling menghormati agama lain pada bertahun-tahun sekian lama. Tetapi akhir-akhir ini manusia seperti N Saravanam dan P Kamalanathan sengaja mencari helah untuk mencetus perbalahan antara agama. Jika selama ini orang islam boleh berdiam dengan upacara agama mereka yang lebih kerap tetapi kenapa dengan Qurban yang berlaku setahun sekali mereka hendak bising?

Malah majlis tersebut tidak melibatkan anak murid bukan islam dan bukan dibuat di ruang depan sekolah. Cuma di surau.

Berbanding sekolah cina yang menghidang babi di tapak expo jualan sekolah, di dalam kawasan sekolah yang bebas dihadiri oleh murid-murid sekolah. Mana pekeliling yang membenarkan upacara ini?

17 Fakta Mengejutkan Bedah Siasat Kes Pegawai Ambank Ditembak Perompak

Pelbagai persoalan salahlaku mengejutkan telah dibongkarkan dalam bedah siasat kes Kes Pegawai Ambank Ditembak sebelum merompak bilik besi bank. Kes ini telah merungkai salah laku ramai pihak terbabit hingga bokeh terlrpas isu keselamatan seperti ini.

1. Siapa pengawal keselamatan AmBank itu?

2. Syarikat Kawalan Keselamatan mana yang mengambil dia bekerja?

3. Adakah pengawal itu memenuhi syarat untuk membawa senjata? pegawai-bank-ditembak-mati Mayat Norazita setelah ditembak

4. Jika tidak, bagaimana pengawal itu boleh dibenarkan membawa senjata api?

5. Apa langkah SOP keselamatan pihak Bank dalam situasi seperti itu?


Beberapa fakta yang tersebar selepas itu menambah perasaan marah dan kecewa saya:

1. Norazita sudah bekerja dengan AmBank selama 16 tahun, maknanya sejak berumur 21 tahun beliau sudah bekerja dengan Ambank;

2. Semasa kejadian, hanya Norazita dan 3 kakitangan wanita AmBank diiringi pengawal keselamatan bersenjata itu ke bilik petibesi tersebut;

3. Kejadian berlaku jam 1818hrs maknanya selepas waktu bekerja biasa dalam keadaan hujan ribut baru melanda Kuala Lumpur;

4. Pengawal keselamatan itu membawa senjata pump-gun;

5. Pengawal keselamatan itu sebenarnya bekerja di Bank bersebelahan dan dikatakan menggantikan pengawal keselamatan AmBank cawangan itu yang tidak datang bekerja hari itu. Maknanya dia bukan pengawal keselamatan di AmBank cawangan itu;

6. Pengawal keselamatan itu bernama Ardi Bin Hamza mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia nombor 770818-12-6721 dengan alamat tercatat Jalan Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah;

7. Pihak polis mendapati nama dan kad pengenalan pengawal itu tidak ada didalam sistem mereka dan dipercayai palsu!


Pelbagai persoalan timbul daripada fakta ini:

1. Bagaimana Syarikat Kawalan Keselamatan itu mengambil pengawal dengan kad pengenalan palsu?

2. Tidak adakah sistem penapisan dan pemeriksaan-timbalbalik (counter-checking system) dengan pihak keselamatan PDRM, JPN dan lain-lain; pegawai bank ditembak. Saspek dikenali sebagai Ardi Hamza dengan IC palsu

3. Bagaimana seorang pengawal yang mempunyai kad pengenalan palsu boleh dibenarkan membawa senjata api? Kerana didalam sistem keselamatan senjata-api Malaysia yang cukup ketat, pembawa atau pemilik senjata api mesti memperolehi permit 'carry & use' sebarang senjata daripada PDRM. Dan PDRM mempunyai syarat dan kriteria yang sangat ketat dalam mengeluarkan permit itu;

4. Kalau pengawal tersebut mempunyai permit (yang buat amasa ini saya percaya tidak ada), adakah ketirisan dalam prosedur penapisan dan proses pemberian permit itu kepada seorang yang mempunyai kad pengenalan palsu? Kalau ini benar (saya berharap ianya tidak benar), maka ada sesuatu yang tidak kena dengan proses kelulusan permit tersebut. Tindakan serta merta mesti diambil jika benar ini berlaku!

5. Kalau pengawal itu tidak mempunyai permit, maka syarikat itu perlu disiasat kerana membenarkan seseorang yang tiada permit membawa dan menggunakan senjata api. Jika ini benar, tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat tersebut termasuk membatalkan lesen syarikat tersebut serta merta dan menghentikan semua operasi kawalan keselamatan syarikat itu; semua pegawai dan pengurus yang terlibat wajib dikenakan tindakan termasuk pertuduhan jenayah jika cukup keterangan dan bukti.

Selain menyiasat dan menangkap serta mendakwa pembunuh tersebut, saya merasakan tindakan paling wajar sekarang ini ialah dengan menggantung serta-merta lesen Syarikat Kawalan Keselamatan tersebut dan menghentikan seluruh operasi mereka sehingga siasatan menyeluruh dibuat.

Kedua, jika didapati ada kecuaian dipihak pengurusan syarikat itu, tindakan tegas mesti diambil terhadap pengurusan syarikat termasuk dikenakan pertuduhan jenayah.

Soal keselamatan tidak boleh dipermainkan atau dipandang remeh. Banyak pihak bergantung kepada kredibiliti dan kewibawaan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan. Mereka dibenarkan membawa dan menggunakan senjata api. Mereka dibenarkan akses ke tempat sekuriti. Mereka diamanahkan dengan keselamatan nyawa dan harta orang awam.

Nyawa, harta benda dan keselamatan orang ramai banyak bergantung kepada mereka! Tindakan tegas serta pemantauan berkala mesti dilakukan terutama dalam hal berkaitan penggunaan senjata api oleh pengawal keselamatan. Tiap pengawal yang dibenarkan membawa senjata api mesti ditapis dan diperiksa dengan teliti dan mesti disahkan oleh pihak PDRM, dan pemeriksaan berkala mesti dilakukan!

Apa pun, saya mengucapkan takziah kepada saudara Irwan Kamaruddin atas kehilangan isteri tercinta, dan kepada anak-anak yang masih kecil yang kehilangan ibu yang masih muda. Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan keampunan Nya kepada Allahyarham Norazita Abu Talib, dan meletakkan Allahyarham dalam golongan solehah dan yang diredhai, serta dimasukkan kedalam syurga. Dan moga ALLAH memberikan kesabaran kepada saudara Irwan dan keluarga dalam menghadapi musibah dan dugaan yang hebat ini. 

Akhirnya En Saravanan Boleh Pijak Majlis Agama Dalam Bab Qurban Sekolah

Wah teruja betul dengan ayat ini "Sebenarnya benda itu (sembelihan korban) tidak boleh. (Perkara) itu dah kementerian siasat. Biasanya tidak boleh, tetapi masalah yang berlaku apabila PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) tidak dimaklumkan."

 "Kalau dimaklumkan di pejabat PPD, biasanya, mereka akan menasihatkan pihak sekolah bekerjasama dengan surau-surau berhampiran. Itu yang digalakkan," Menurutnya, masyarakat umum perlu menyedari bahawa di kawasan sekolah terdapat pelbagai agama dan budaya yang perlu dihormati antara satu dengan yang lain.

Lebih teruja bila para ulama kita pakat-pakat buat bodo jee. Pemimpin dan pembangkang yang beragama islam pun buat pekak je. Harap negara ini yang islamnya agama resmi tetapi orang islam lembek takut keterlaluan dan lebih malang ramai yang mahu menjadi bangsat kerana habuan.


Friday, 25 October 2013

Pembohongan Nurul Izzah Comango Tidak Bahayakan Negara Telah Dibongkar Oleh Zulkifli Sehari Sebelum Persidangan

“Tidak bahayakan negara,” kata Nurul Izzah dipetik oleh Sinar Harian ketika diminta mengulas tindakan Comango menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Siwtzerland.

Itulahh mainan kata-kata Nurul Izzah. Dan jika anda masih ingatkah kata-kata ini 
"Apabila anda bertanya kepada saya, saya akan jawab tidak ada paksaan dalam agama ... bagaimana sesiapa sahaja boleh mengatakan maaf, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu sahaja, ia juga perlu terpakai sama rata kepada semua sama ada Melayu atau bukan Melayu."

Sekarang mainan dulu semakin jelas jika kita ukurkan sokongan Nurul Izzah terhadap Comango seperti yang diperhujahkan oleh Zulkifli Nordin di bawah.

Persidangan proses Universal Periodic Review - Semakan Berkala Sejagat berkaitan isu hak asasi manusia di Malaysia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland akan berlangsung pada 19 ZulHijjah 1434 bersamaan 24 Okt 2013.

Beberapa NGO di Malaysia yang pro kebebasan tanpa batas dan hak asasi melampau telah menubuhkan sebuah pakatan sesama mereka dengan sokongan dan bantuan beberapa NGO dan badan asing telah mengemukakan beberapa tuntutan terhadap Malaysia dalam sidang ini.

Beberapa pertubuhan Melayu-Islam Malaysia, yang peka dengan implikasi dan kesan serius daripada sidang ini telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan bernama Muslim-UPRo (Muslim-Unviersal Periodic Review Organistation) untuk menyanggah desakan NGO pro kebebasan tanpa batasan ini.

Seramai 17 orang wakil M-UPRo ini sudah berada di Geneva (dengan tanggungan sendiri) untuk maskud tersebut.

Saya mengambil kesempatan ini mengajak seluruh umat Islam terutama di Malaysia untuk bersatu dan memohon kepada ALLAH supaya menyelamatkan negara kita daripada ancaman liberalisma dan pluralisma ini. Mari kita mendirikan solat hajat dan munajat memohon kepada ALLAH agar aqidah, keimanan dan syariat Islam terus mekar dan dimartabatkan dalam negara kita.

Malaysia adalah benteng terakhir bagi umat Melayu-Islam; we are the last bastion for Malay-Muslim!!!

Dibawah saya lampirkan Memorandum M-UPRo yang dikeluarkan untuk sebaran kepada seluruh umat Melayu-Islam agar memahami isu yang sedang melanda kita sekarang.

Kalau dahulu kita bersatu menentang IFC - Interfaith Commission yang mencabar aqidah dan syariat Islam, sehingga akhirnya ia tumbang tersungkur; mengapa sekarang kita tidak boleh bersatu dengan ancaman yang lebih besar dan bersifat global ini?

Kenyataan NGO Islam UPR ini dikeluarkan pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H

Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantauNGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) diGeneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian berikut:

Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;

Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam;

Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);

Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.

Dengan latar belakang tersebut, kami berpandangan bahawa:

A. Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

B. Perbuatan COMANGO ini bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawa seliaan dan pemerhatian HRC UN.

C. Kerajaan perlu menjelaskan kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat Negara ini terdiri daripada penganut berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun Negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara Agama Islam pada semua masa.

D. Kealpaan perwakilan Negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak tuntutan-tuntutan sebegini –

i. Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”;

ii. Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir;

iii. Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;

iv. Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Negeri-negeri;

v. Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh Negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing;

vi. Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam;

vii. Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBT ;

viii. Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabiรญ itu sebagai perbuatan jenayah;

ix. Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.

x. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBT diterima oleh Malaysia;

xi. Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;

xii. Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;

Justeru, MuslimUPRo mendesak Kerajaan supaya:

i. Bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam;

ii. Menghalang pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu, institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi Islam sebagai agama Negara;

iii. Mengambil tindakan sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang memperuntukkan undang-undang melindungi Islam;

iv. Menolak tuntutan COMANGO dan Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai Agama Negara;

v. Merundingi Majlis-Majlis Agama Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.

vi. Bertegas menghalang COMANGO dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana hanya segelintir (12 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan;

vii. Mana-mana pihak yang berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara.

viii. Menyiasat sumber kewangan yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara;

Azril Mohd Amin – Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva, Switzerland 

MuslimUPRo adalah dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).

Mengganas Video Kejadian Amuk LRT Gombak 2 Maut 2 & Cedera Ditikam Pisau Rambo




Dua Maut,Dua Cedera Ditikam Lelaki Dipercayai Mengalami Tekanan Jiwa!!

Dua  maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek. Sumber Karangan

Thursday, 24 October 2013

KALIMAH ALLAH DAN KAITANNYA DENGAN PERKARA 18/20 - SABAH SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Disini saya ingin mengulas sedikit mengenai isu yang saya kira perlu ada penjelasan mengenai nya iaitu isu kalimah Allah. Sesetengah orang selalu membangkitkan dan mempertikaikan mengenai isu ini yang nyatanya di Sabah dan Sarawak telah lama menggunakan kalimah Allah dan kitab injil yang di bawa dari Indonesia.

Sebenarnya, situasi dan keadaan di Sabah dan Sarawak adalah berbeza kerana mereka di sana berpegang teguh kepada perkara 18/20 iaitu jika kita baca kembali, perkara pertama yang menyentuh perihal agama, kita akan dapat memahami situasi di sana.

[Perkara 1: Agama]

"Walaupun TIDAK ADA bantahan terhadap agama ISLAM menjadi agama RASMI di Malaysia, tetapi TIDAK ADA agama RASMI di SABAH DAN SARAWAK."

Pihak yang lainnya tidak ada kuasa untuk mengubah atau masuk campur akan hal yang telah termaktub di sabah dan sarawak tetapi bukan lah bermaksud bahawa disana boleh dengan sewenangnya melanggar undang-undang yang telah ditetapkan di malaysia, kerana masih ada garis panduan agar tidak berlaku keadaan yang memudaratkan agama masing-masing.

Kesimpulannya, di Sabah dan Sarawak bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa adanya agama rasmi disana. Ianya bukanlah bermaksud bahawa mereka dengan sewenang-wenangnya boleh menukar agama masing-masing tetapi lebih kepada kebebasan mengamal agama masing-masing tanpa adanya gangguan dan menghormati satu sama yang lain.

Sebenarnya, bagi saya sendiri, jika kita mampu ada sikap menghormati agama masing-masing, insyaAllah kita akan mampu hidup dalam suasana yang harmoni walaupun dengan adanya berbagai suku kaum dan agama.

Kita seharusnya memahami setiap agama yang lain dan menghormati sensetiviti setiap agama masing-masing agar ianya tidak mengguris setiap penganut agama lain kerana kurangnya kesedaran dalam menghormati satu sama yang lain.

Pantauan dan tindakan tegas juga harus di ambil sekiranya ada pihak tertentu yang telah menyentuh sensitiviti agama lain dan menyalahgunakan erti "kebebasan agama", mengapi-apikan setiap yang lain yang membawa kepada terpesong nya akidah dan menjurus kepada permasalahan yang lain iaitu murtad atau agama yang sesat.

Saya cuma mengharapkan tiada penyalahgunaan kalimah ini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada setiap agama. Seperti yang telah berlaku di indonesia di mana mereka menggunakan alasan "tuhan kita adalah sama iaitu Allah" dan mereka tidak perlu menukar agama kerana nama tuhan yang sama. Kekeliruan ini haruslah di cegah dengan adanya pemahaman kita yang dalam akan setiap agama masing-masing, contohnya akan jatuh murtad jika seseorang islam ingin menukar agamanya dan berkahwin berlainan agama adalah ditentang dalam islam.

Begitu juga dengan agama kristian di mana tertulis di dalam kitab injil mengenai isu murtad atau apostasi yang menyebutkan:-

"“If your brother, the son of your mother, or your son or your daughter or the wife you embrace or your friend who is as your own soul entices you secretly, saying, ‘Let us go and serve other gods,’ which neither you nor your fathers have known, some of the gods of the peoples who are around you, whether near you or far off from you, from the one end of the earth to the other, you shall not yield to him or listen to him, nor shall your eye pity him, nor shall you spare him, nor shall you conceal him. But you shall kill him. Your hand shall be first against him to put him to death, and afterward the hand of all the people. You shall stone him to death with stones, because he sought to draw you away from the Lord your God, who brought you out of the land of Egypt, out of the house of slavery." - Deuteronomy 13:6-11

Di mana saya boleh simpulkan mana-mana ajaran tidak membenarkan dan akan menghukum kepada sesiapa yang cuba ingin menukar agamanya kepada agama yang lain dan ianya adalah tindakan yang amatlah dilarang oleh mana-mana agama sekalipun.

Oleh itu, kita haruslah mempersiapkan diri dengan ilmu agama yang mencukupi agar kita tidak terpesong kelak. Alangkah baiknya kalau kita lebihkan masa kita dalam membaiki diri dan ilmu agama kita, daripada melakukan provokasi terhadap agama yang lain, menghina agama yang lain , tidak kira lah samaada agama islam, kristian, buddha mahupun apa jua agama yang lainnya.

Saya berharap agar semua sudah faham apa yang ingin saya sampaikan, dan saya juga merasa lega dengan kemenangan yang berpihak kepada kita. Cuma, teruskan berdoa agar tiada lagi isu seperti ini dibangkitkan dan merosakkan keharmonian yang telah kita capai selama ini. 

Kredit : Hati Malaya

PPM Note... Pada PPM susah untuk mengatur hal ini. tetapi kita ada tanggungjawap dan amanah yang diberi. Kita juga takut menjadi kufur. Maka wajarlah menunjukan usaha demi ke jalan Allah.

Kejam Pegawai AmBank Ditembak Sebelum Rompak Peti Besi

Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.

"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.

"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.



Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.

"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.  Sumber Cerita

Siapa Berkata Mat Sabu Turun #SungaiLimau Sebagai Saksi Kecewa Adalah Silap Menduga

Ramai yang beranggap malang Mat Sabu bertimpa-timpa. Tetapi betulkah atau sebenarnya ramai yang tersilap. Sekali pandang memang nampak tidak ubah seperti Mat Sabu sedang menerima hukuman dari akibat sebagai seorang jaguh Ketuanan DAP.

Akibat dari itu juga, berkeputusan PAS mengenepikan Mohamad Sabu daripada menjadi calonnya di kerusi Sungai Limau. Lebih malang lagi ini adalah pertanda berganda penghalang besar Mat Sabu dari memenangi sekali lagi jawatan timbalan presiden parti akhir bulan November depan.

PAS Kedah menolak Mat Sabu dengan alasan beliau menjadi punca kejatuhan PAS dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu dan sekaligus membuktikan Mat Sabu hanya layak datang ke Sungai Limau sekadar untuk menjadi saksi kepada calon Mohd Azam Abd Samad. Itupun sekadar kesian tapi kalau tak adapun siapa kisah.

Mat Sabu sendiri telah kalah di kerusi parlimen Pendang kepada veteran Umno, Datuk Othman Abdul dengan majoriti lebih 4, 000 undi. Satu kekalahan yang maha dahsyat hingga membernamkan usahanya untuk berpeluang untuk pertahankan Timbalan Presiden PAS. Lagi selama ini selama bergelar sebagai Timbalan Presiden apa yang Mat Sabu buat melainkan membuka seluas-luas pintu parti PAS demi membenarkan DAP mencabul kehormatan PAS dengan sepuas-puasnya.

Sekarang suara akar umbi PAS telah memberontak kecewa dengan tabiat Mat Sabu yang sanggup mengabaikan amaran kufur dari Harun Din angkara menghalalkan khalimah Allah dipergunakan untuk tujuan memperngaruhi gejala murtad dikalangan masyarakat islam. Harun Din pula mempunyai pengaruh besar di Kedah dan Perlis.

Sebab itulah Akar Umbi terutama Kedah dan Perlis, semakin berani memberontak, dan Mat Sabu juga terlupa yang kawasan bekas MB Arwah Azizan itu adalah pendukung islam sejati yang anti penyalahan guna Khalimah Allah untuk gejala permutadan umat. Arwah Azizan sendiri sebaris dengan Nasharudin Mat Isa serta Hassan Ali, yang selama tegas dalam mempertahankan Khalimah Allah. Ahh!! Pecah Palak Mikir Mat Sabu dibuatnya.

Sebab itulah setakat ini belum ada mana-mana PAS Kawasan yang mencalonkan Mat Sabu untuk mempertahankan jawatannya, hatta Mesyuarat PAS Alor Setar yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mat Sabu pada beberapa hari lepas, kelihatan terlampau memalukan Mat Sabu kerana akar umbi Kedah enggan memberi muka pada Mat Sabu sebaliknya dicalonkan pula Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Kerana apa? Kerana Mat Sabu bukan perjuang PAS sejati tetapi gunting dalam lipatan yang berpaksikan PKR dan DAP melebihi matlamat dan prinsip perjuangan PAS.

PAS sedar kekalahan PAS di Kedah lebih kerana cara kegelojohan setengah ahli PAS yang terlampau bercita-cita untuk merampas status MB dari Arwah Azizan. Kerana terlampau menyerang dan sabotaj Arwah Azizan dan juga kerana keterlampauan menjadi Pak Turut DAP. Yang menjadi contoh terbaik permasalahan ini adalah Mat Sabu. 

Kalau Mat Sabu bertanding, peluang untuk kalah sangat cerah kerana pengundi di sini tidak suka kepadanya lebih-lebih lagi selama ini DAP lah yang paling tidak suka Arwah Azizan dan Mat Sabu adalah proksinya.

Apabila Mat Sabu mendewa-dewakan Mat Indera sebagai pejuang secara melampau-lampau maka bertambah-tambahlah tahap meluat orang-orang PAS terhadap Mat Sabu termasuklah di Sungai Limau. Dan apatah lagi dengan pengundi islam atas pagar dan BN. Bertambah hancur kalau dicalonkan Mat Sabu.

Akhirnya Abdul Hadi Awang agak terpaksa mengumumkan parti itu akan meletakkan muka baru di Sungai Limau iaitu Mohd Azam Abd Samad maka meloponglah Mat Sabu dan kelamlah dunia politiknya 

Tetapi jangan lupa pula, sesiapa berkata sedemikian, sebenarnya adalah silap. Kerana Mat Sabu masih kuat sebenarnya, kerana Mat Sabu bisa menjadi ahli seumur hidup DAP. Mat Sabu punyai rangkai proksi yang hebat iaitu DAP malah DAP berlatar berlakangkan proksi perjuang tegar Kristian. Jangan lupa sunami PRU13 angkara sokongan padu Ultra Kiasu dan pejuang tegar Kristian. Jadi tidak salah lagi orang seperti Mat Sabu sesuai sangat dijadikan senjata duri DAP dalam daging umat islam Malaysia.

Oleh itu Mat Sabu boleh berpeluang menjadi calon melayu yang paling berjaya dalam DAP, kerana ketokohan utama Mat Sabu yang tiada tolok banding dalam kebanyakan ahli PAS, kerana sanggup memberlakangi Agama Bangsa Dan Negara demi memertabatkan ketuanan DAP sebagai kuasa mutlak mengatasi kepentingan ABATA.

Wednesday, 23 October 2013

Harakah Naik Meroyan Bila Gagal Melaga-lagakan Mahathir V'S Najib

Bertubi-tubi Harakah menerbitkan isu untuk menyemarakan adu-domba antara Mahathir VS Najib. Harapan meraka adalah satu untuk memecah-belahkan perpaduan UMNO dan sekaligus mendapat mamfaat besar dalam PRK Dun Sungai Limau. Tetapi sayang amat sayang jarumnya tidak jalan. Biarpun isu-isu ini dimainkan.
Najib, Muhyiddin usaha bendung kemarahan Mahathir
Analisa|Harakahdaily, 21 Okt 2013
Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk anaknya.
Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz.
Tapi itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah. Yang bakal membuat Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam Umno.


Umno tidak mahu lagi dengar cakap Mahathir

Harakahdaily, 21 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Beberapa minggu yang lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Mukhriz. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir.

“Hari ini, pendapat Tengku Razleigh Hamzah telah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi. Mukhriz kalah lagi,” tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya, semalam

Menurutnya, beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan KJ untuk jawatan ketua pemuda, Mukhriz tewas, maknanya, Dr Mahathir pun tewas

Tetapi itu hanyalah kaedah adu-domba Harakah menjalankan jarum. Hakikatnya dalam UMNO tiada siapa yang menang atau kalah dalam pertandingan diantara abang-adik dalam satu bumbung. Semuanya tetap masih sama-sama memerlukan satu sama lain untuk kekuantan UMNO Barisan Nasional bila berhadapan dengan rintangan cabaran dan juga musuh rakyat. 

Setiap ahli UMNO tetap menjadi sebahagian dari kemenangan itu. Ini dibuktikan dalam perpaduan jentera yang turun padang di Dun Sungai Limau bercampur dengan kalah dan menang dalam PAU13. Mereka sepakat di bawah UMNO. Jadi Harakah hendak meroyan apa lagi?


Bukankah Harakah mengadu-domba supaya bergaduh tetapi berbaik juga.
Ehh Tun Faisal yang kalahpun tampil membantu
Inikah dinamakan Under dog, kita tunggu...


Setpol Azizan Buktikan Haji Hadi PAS Hanya Pandai Peralatkan Nama Azizan Untuk PRK Sungai Limau

RUPA-RUPANYA MUKHRIZ LEBIH MULIA DARI HAJI HADI KEPADA AZIZAN. Lihatlah bagaimana Setpol Azizan membuktikan Haji Hadi dan PAS hanya peralatkan nama Allahyarham Tan Sri Azizan ketika sudah tiada untuk PRK Dun Sungai Limau tetapi gagal menghormati seperti mainan kata Haji Hadi semasa arwah masih hidup. Lihat ini..

PAS yakin pengaruh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau mampu memberi kelebihan kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kecil DUN tersebut 4 November depan. 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemilihan calon yang juga bekas 'anak didik politik' kepada Azizan merupakan bonus kepada mereka selain faktor calon itu sendiri yang dikatakan rapat dengan pengundi muda. 

"Beliau sangat berpengaruh di kalangan pengundi-pengundi muda. Ini sangat membantu kerana kita tahu ramai pengundi muda akan mengundi pada pilihan raya ini. "Selain itu memandangkan beliau bertugas dengan Tan Sri Azizan, maka kita yakin pimpinan akar umbi akan terus bersama beliau.... jadi kita bertolak dan bersandar dengan kekuatan itu," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi di sini, Rabu. 

Jika ingin mengetahui apa kemelut dalaman PAS terhadap Arwah baca disini ( Rahsia Dendam Terpendam Terhadap Arwah Azizan )  dan bacalah apa yang diceritakan oleh Setpol Azizan semasa arwah masih hidup. Seterusnya anda akan dapat memahami apa yang cuba diperlakukan PAS sekarang adalah tindakan yang tidak bertanggungjawap langsung kepada rakan seperjuangan dalam PAS.


Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar.  Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan. 

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar  perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan  untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."


Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang  calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah. 

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun  dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? 

MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan  meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan  Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan".  Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".

Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas. 

Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali. 

Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.

Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan  Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur. 

Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long  he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off".  Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.

Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok." 

"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah. 

Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar,  bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.

Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk.  Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan  membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu". (PPM Note.. cam tak sabar je puak-puak ni mendoa..)

Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan  qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah. 

Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.

Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur.  Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.

Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!

Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok! sumber

Bergitulah sistuasi Azizan dalam keadaan nazak sehingga akhir hanyanya. masih ada yang suka memaki hamun kerana Qada dan Qadar menentukan Kedah jatuh kepada BN. Dan sekarang pandai pula mereka cuba memperalatkan nama arwah hanya untuk memenangi PRN Dun Sungai Limau. Anda percaya ke tidak jika PRN Dun Sungai Limau PAS menang nama arwah akan dilupakan dan jika sebaliknya lebih berganda-ganda diabaikan.

Video Shahrizat Jawap Siapa Mukhriz

Bergitu berani Shahrizat Abdul Jalil menjawap siapa Mukhriz. Sekaligus bakal menjawap apa jua pandangan pelbagai pihak tentang status kekalahan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Mati kita amati siapa Mukhriz pada pandangan wanita.

Insiden Panas Penamaan Dun #SungaiLimau

Lerana kehadiran yang bergitu ramai antara kedua-dua parti yang bertanding. Situasi tentulah agak panas dengan pelbagai ragam manusia. 

Apa agaknya yang berlaku pada penyokong PAS ini semasa proses penamaan calon di PRK Sg Limau..EP harap insiden yang berlaku ini tidak serius dan semoga lelaki tersebut cepat sembuh..

Inilah gambaran awal kekuatan UMNO dan BN semasa proses penamaan calon yang sedang berlangsung di Yan Kedah..















#SungaiLimau PAS Lebih Gusar Berbanding UMNO

4 November 2013 akan menyaksikan pertembungan sengit antara BN dan Pas dalam saingan PRK Dun Sungai Limau.Dun Sungai Limau sememangnya kubu kuat Pas, ini dibuktikan dengan kejayaan penyandangnya Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mengekalkan kemenangan kerusi tersebut selama lima penggal dalam pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpandangan Pas tidak boleh berasa selesa kerana parti itu pada 2009 pernah hampir dikalah di kubu kuat mereka di Dun Manek Urai, Kelantan apabila hanya memenanginya dengan 65 majoriti undi sahaja.

Kelmarin, BN mempertaruhkan calon anak tempatan, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menyifatkan Ahmad Sohaimi sebagai individu yang cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik,” katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi kubu kuat Pas di Dun Sungai Limau sejak 1995.

Muhyiddin turut memberitahu Umno dan Pas banyak persamaan kerana mempunyai perjuangan sama iaitu mendukung Islam dan berusaha membangunkan ummah dalam semua bidang.

Jika BN menawarkan tokoh ilmuwan sebagai calon mereka, Pas pula menamakan Ketua Pemuda Pas Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, sebagai taruhan parti dalam PRK kali ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mohd Azam yang dicanang sebagai anak didik Azizan sebagai memiliki sifat ketokohan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Mohd Azam juga dikatakan sebagai salah seorang tokoh ulama daripada Pas yang cukup dikenali dalam Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.

Selain itu, Mohd Azam juga dikatakan mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain dan tidak mempunyai musuh dalaman.

Pada PRU13, Azizan menang di kerusi Dun Sungai Limau menewaskan calon BN, Mohd Fazilah Mohd Ali dan dua calon bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.

Kedua-dua tokoh mempunyai kelebihan masing-masing, ada yang mengatakan Ahmad Sohaimi calon lebih layak kerana mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih baik berbanding Mohd Azam yang hanya sebagai Pengarah Jabatan Pasti Negeri Kedah.

Beberapa penganalis yakin BN mampu membuat kejutan di Dun Sungai Limau berdasarkan jentera parti kali ini dipimpin oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Meskipun, kalah dalam persaingan Naib Presien Umno, namun pengaruh Mukhriz tidak boleh dipandang remeh oleh pihak lawan. Ini kerana, Mukhriz berjaya untuk meyakinkan rakyat Kedah kembali menyokong BN dalam PRU13 yang lalu.

Malah, Mukhriz juga dilihat mampu menarik sokongan 5,255 pengundi muda dalam PRK kali ini kerana beliau dilihat sebagai pemimpin muda yang boleh membawa Kedah lebih maju berbanding kerajaan sebelumnya.

Perkara itu turut diperakui oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat. Samsul Adabi berkata, pengaruh atau aura Mukhriz dilihat mampu memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.

Menurutnya, selain Mukhriz, faktor Dun Sungai Limau yang berada dalam kawasan Parlimen Jerai juga mampu mempengaruhi keputusan pengundian.

PRU13 lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berjaya memenangi kerusi Parlimen Jerai dengan menewaskan calon Pas Mohd Firdaus Ja'afar dengan majoriti 1,196 undi.

“Peluang BN agak cerah kali ini, apabila ramai yang dilihat menggemari gaya kepimpinan Mukhriz di tambah pula dua Dun dalam parlimen ini sudah dikuasai BN,” katanya.

Selain itu, PRK juga dilihat sebagai peluang untuk BN merampas mana-mana kawasan yang dikuasai pembangkang sebelum ini.

"Bagi menentukan kemenangan, calon hanya salah satu faktor sahaja, tidak dinafikan kedua-dua calon hebat dan beri saingan sengit antara satu sama lain.

“Tetapi harus diingat BN akan menurunkan seberapa banyak jenteranya untuk memastikan kemenangan di pihak mereka,” katanya.

Menurut Pengarah Institut Pemikiran Dr Tun Mahathir, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz Abdul Rahman, laungan transformasi yang dibawa kerajaan BN semakin dirasai oleh rakyat Kedah.

Sehubungan itu, beliau berkata, Mukhriz perlu lebih kerap untuk turun padang memberi penjelasan kepada rakyat apakah agenda yang ingin kerajaannya berikan demi kesejahteraan semua.

“Rakyat akan memilih parti mana yang mampu membeli impian mereka. Sekarang ini kalau hanya kuat bercakap sahaja tidak guna rakyat mahu apa yg dikatakan itu dikotakan,” katanya.

Pilihan raya ini merupakan PRK kedua selepas PRU13, PRK yang perlu berlaku di Dun Kuala Besut pada 24 Julai lalu. Sementara itu, SPR menjelaskan seramai 27,222 orang pengundi layak mengundi kali ini berbanding 27,364 pada PRU13.

Sebanyak 93 peratus atau 25,323 orang ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.

Majoriti penduduk bekerja dalam sektor pertanian seperti petani dan nelayan yang berpendapatan rendah dengan kadar kemiskinan mencecah 44.6%, iaitu 33.6% miskin dan 11% miskin tegar.

Hari ini, kedua-dua calon akan menghantar nama masing-masing pada hari penamaan calon yang akan berlangsung di Dewan Dato' Madi, Yan.

Persoalannya, mampukah calon Pas Mohd Azam meneruskan legasi Azizan untuk PRK kali ini ataupun, pengaruh Mukhriz akan menjadi kelebihan kepada BN untuk merampas semula kubu kuat Pas ini.

Pengaruh siapakah yang akan memberi kelebihan kepada parti? persoalan ini akan terjawab pada 4 November nanti.

Itu analisis semasa dari sumber ini, Namun ada berberapa faktor lain yang merisaukan PAS dan tidak mustahil bakal kesan besar bagi pengikut Arwah Azizan

Isu Terkini

get this widget here