Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 23 October 2013

#SungaiLimau PAS Lebih Gusar Berbanding UMNO

4 November 2013 akan menyaksikan pertembungan sengit antara BN dan Pas dalam saingan PRK Dun Sungai Limau.Dun Sungai Limau sememangnya kubu kuat Pas, ini dibuktikan dengan kejayaan penyandangnya Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mengekalkan kemenangan kerusi tersebut selama lima penggal dalam pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpandangan Pas tidak boleh berasa selesa kerana parti itu pada 2009 pernah hampir dikalah di kubu kuat mereka di Dun Manek Urai, Kelantan apabila hanya memenanginya dengan 65 majoriti undi sahaja.

Kelmarin, BN mempertaruhkan calon anak tempatan, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menyifatkan Ahmad Sohaimi sebagai individu yang cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik,” katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi kubu kuat Pas di Dun Sungai Limau sejak 1995.

Muhyiddin turut memberitahu Umno dan Pas banyak persamaan kerana mempunyai perjuangan sama iaitu mendukung Islam dan berusaha membangunkan ummah dalam semua bidang.

Jika BN menawarkan tokoh ilmuwan sebagai calon mereka, Pas pula menamakan Ketua Pemuda Pas Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, sebagai taruhan parti dalam PRK kali ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mohd Azam yang dicanang sebagai anak didik Azizan sebagai memiliki sifat ketokohan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Mohd Azam juga dikatakan sebagai salah seorang tokoh ulama daripada Pas yang cukup dikenali dalam Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.

Selain itu, Mohd Azam juga dikatakan mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain dan tidak mempunyai musuh dalaman.

Pada PRU13, Azizan menang di kerusi Dun Sungai Limau menewaskan calon BN, Mohd Fazilah Mohd Ali dan dua calon bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.

Kedua-dua tokoh mempunyai kelebihan masing-masing, ada yang mengatakan Ahmad Sohaimi calon lebih layak kerana mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih baik berbanding Mohd Azam yang hanya sebagai Pengarah Jabatan Pasti Negeri Kedah.

Beberapa penganalis yakin BN mampu membuat kejutan di Dun Sungai Limau berdasarkan jentera parti kali ini dipimpin oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Meskipun, kalah dalam persaingan Naib Presien Umno, namun pengaruh Mukhriz tidak boleh dipandang remeh oleh pihak lawan. Ini kerana, Mukhriz berjaya untuk meyakinkan rakyat Kedah kembali menyokong BN dalam PRU13 yang lalu.

Malah, Mukhriz juga dilihat mampu menarik sokongan 5,255 pengundi muda dalam PRK kali ini kerana beliau dilihat sebagai pemimpin muda yang boleh membawa Kedah lebih maju berbanding kerajaan sebelumnya.

Perkara itu turut diperakui oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat. Samsul Adabi berkata, pengaruh atau aura Mukhriz dilihat mampu memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.

Menurutnya, selain Mukhriz, faktor Dun Sungai Limau yang berada dalam kawasan Parlimen Jerai juga mampu mempengaruhi keputusan pengundian.

PRU13 lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berjaya memenangi kerusi Parlimen Jerai dengan menewaskan calon Pas Mohd Firdaus Ja'afar dengan majoriti 1,196 undi.

“Peluang BN agak cerah kali ini, apabila ramai yang dilihat menggemari gaya kepimpinan Mukhriz di tambah pula dua Dun dalam parlimen ini sudah dikuasai BN,” katanya.

Selain itu, PRK juga dilihat sebagai peluang untuk BN merampas mana-mana kawasan yang dikuasai pembangkang sebelum ini.

"Bagi menentukan kemenangan, calon hanya salah satu faktor sahaja, tidak dinafikan kedua-dua calon hebat dan beri saingan sengit antara satu sama lain.

“Tetapi harus diingat BN akan menurunkan seberapa banyak jenteranya untuk memastikan kemenangan di pihak mereka,” katanya.

Menurut Pengarah Institut Pemikiran Dr Tun Mahathir, Prof Dr Abdul Rahman Abdul Aziz Abdul Rahman, laungan transformasi yang dibawa kerajaan BN semakin dirasai oleh rakyat Kedah.

Sehubungan itu, beliau berkata, Mukhriz perlu lebih kerap untuk turun padang memberi penjelasan kepada rakyat apakah agenda yang ingin kerajaannya berikan demi kesejahteraan semua.

“Rakyat akan memilih parti mana yang mampu membeli impian mereka. Sekarang ini kalau hanya kuat bercakap sahaja tidak guna rakyat mahu apa yg dikatakan itu dikotakan,” katanya.

Pilihan raya ini merupakan PRK kedua selepas PRU13, PRK yang perlu berlaku di Dun Kuala Besut pada 24 Julai lalu. Sementara itu, SPR menjelaskan seramai 27,222 orang pengundi layak mengundi kali ini berbanding 27,364 pada PRU13.

Sebanyak 93 peratus atau 25,323 orang ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.

Majoriti penduduk bekerja dalam sektor pertanian seperti petani dan nelayan yang berpendapatan rendah dengan kadar kemiskinan mencecah 44.6%, iaitu 33.6% miskin dan 11% miskin tegar.

Hari ini, kedua-dua calon akan menghantar nama masing-masing pada hari penamaan calon yang akan berlangsung di Dewan Dato' Madi, Yan.

Persoalannya, mampukah calon Pas Mohd Azam meneruskan legasi Azizan untuk PRK kali ini ataupun, pengaruh Mukhriz akan menjadi kelebihan kepada BN untuk merampas semula kubu kuat Pas ini.

Pengaruh siapakah yang akan memberi kelebihan kepada parti? persoalan ini akan terjawab pada 4 November nanti.

Itu analisis semasa dari sumber ini, Namun ada berberapa faktor lain yang merisaukan PAS dan tidak mustahil bakal kesan besar bagi pengikut Arwah Azizan

No comments:

Isu Terkini

get this widget here