Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 23 July 2016

#SCS14 Zairil Khir Johari Termengaku Dirinya Bebal Kerana Menyokong Tun Dr Mahathir

Dalam artikel Al-Kisah Zairil Khir Johari untuk mengangkat DAP sebagai pembela melayu, dia tidak melepas peluang mencari alasan untuk menggelarkan Dato Sri Najib Razak sebagai bebal dalam text dibawah: 
Dalam erti kata lain, selagi kekhuatiran Melayu berterusan, selagi itulah Umno akan kekal relevan. Bak kata presiden Umno, Dato’ Sri Najib Razak, “Tiada Umno berkuasa terbangsatlah bangsa Melayu di bumi ini.” 
Kenyataan yang dibuat oleh presiden Umno ini sebenarnya amat bebal, kerana sekiranya benar orang Melayu ditindas dan dipinggir di negara ini, maka secara logiknya Umno sendiri yang sepatutnya bertanggungjawab kerana menguasai tampuk pentadbiran sejak kemerdekaan. 
Malah, adalah Umno sendiri yang menyebabkan kerugian besar harta negara melalui penyelewengan dan pengkhianatan seperti yang berlaku dalam skandal Bank Bumiputera pada awal tahun 1980an, skandal Forex Bank Negara pada awal tahun 1990an,
Mengapa Zairil menyokong deklarasi antara TDM DAP PKR dan PAN. Kalau Zairil menulis bebal siapa yang menyokong UMNO dengan mengaitkan contoh skandal dari Zaman Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO. Bukankah dia juga bebal?

Sebelum daripada itu layak kah Zairail mengaku melayu? Dan layakkah dia menulis perihal melayu sedangkan dirinya bukan anak melayu. Zairil boleh mereka apa sahaja kebajikan atas kertas dibuat DAP tetapi kenapa tidak sertakan sekali penyelewengan DAP.

Kenapa dia tidak menulis ucapan Hew Kuan Yau DAP menyeru orang cina menyokong calon melayu suaya mereka dapat menonton Melayu Skrew Melayu semasa PRN Sarawak.

Kenapa dia tidak serta sekali Nga Kor Ming Dap menghina wang pemberian di hari raya aidifitri sebagai dedak dan rasuah:


Kenapa dia tidak menulis bagaiamana Lim Guan Rampas 29 tanah melayu dan india, menggadaikan tanah Taman Manggis untuk Projek Perumahan Rakyat miskin demi dapat beli sebuah banglo dengan harga diskaun RM2.8 juta dari nilai sebenar RM6 juta malah kes ini sama dengan kes Khir Toyo yang DAP paling lantang menyerang.


Sebenarnya Zairil Khir Johari awak yang lebih bebal menjadi barua DAP kerana menyembunyikan segala salah-laku Lim Guan Eng kerana mengharap sesuatu demi peribadi bukan kerana memperjuangkan Agama Bangsa.



Loretta Lynch Buli #1MDB Divert Skandalnya Gubal Wang Haram Kartel Dadah & Pengganas

Dunia sedang melihat percubaan Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch menggunakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk membuli negara kecil seperti Malaysia. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengalih perhatian daripada kes skandal penggubalan wang haram dengan kartel dadah dan pengganas yang dihadapi oleh Lynch.


Semasa berkhidmat sebagai Pendakwaraya Persekutuan Amerik Syarikat (AS), wakil bagi Daerah Timur New York, Lynch, bersama-sama dengan Jabatan Kehakiman, telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai-pegawai Bank dan kakitangan lain telah menghadapi tuduhan pengubahan wang haram lebih daripada $200 juta melalui Bank AS itu. Kakitangan-kakitangan berkenaan telah didakwa membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan.


Pendakwaraya Persekutuan menuduh HSBC haram menjalankan urus niaga haram bagi pihak pelanggan di Cuba, Iran, Libya, Sudan dan Burma. Kesemua negara ini adalah tertakluk kepada sekatan yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing pada masa urus niaga dijalankan. Bukan setakat individu yang bertanggungjawab enjalankan pengubahan wang haram berkenaan tidak didakwa, Lynch sebalikya membantu membuat rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012. (Sumber: The Daily Signal)


Kedua, American Center for Law and Justice telah mengadakan petisyen yang mendesak Peguam Negara Amerika Syarikat berkenaan meletak jawatan kerana terlibat bersekongkol dengan Bekas Presiden Bill Clinton. Petisyen "Attorney General Loretta Lynch must resign" itu telah berjaya mengumpul lebih 100 ribu tandangan dalam masa 20 hari. (Sumber: ACLJ)


Pada 21/07/2016, Loretta Lynch mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) yang membenarkan perampasan aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti bersumberkan penggubahan wang haram.


Kenapa Loretta Lynch tiba-tiba mengumumkan Saman Sivil ini? Apakah beliau mahu menolong kepada publisiti isteri Bill Clinton iaitu Hillary Clinton bersaing untuk merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat? Atau adakah ini merupakan satu jalan bagi menutup salah lakunya bersekongkol dan menerima rasuah Bill Clinton?


Integriti Lynch jelas boleh dipertikaikan dan adakah tidak mustahil pasukan pelobi Bapa Andaian, Tun Dr Mahathir yang membuat aduan kepada Kleptocracy Asset Recovery Initiative dibayar berjuta-juta US dollar? Bukan merupakan suatu yang asing bagi pasukan Tun Dr Mahathir yang pernah membayar Jack Abramoff sebanyak USD1.2 Juta. Baca Harakahdaily, di sini.

Friday 22 July 2016

#SCS14 Motif Disebalik ANC Cubaan Sivil Menyakinkan Mahkamah #DOJ Rampas Aset Ghaib 1MDB

Bila timbul isu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan berberapa individu yang mengubah wang haram di Amarika dengan mengaitkan dana dari 1MDB. Ada berberapa perkara yang mengeliriukan rakyat prihal isu ini.

Yang pertamanya perlu difahami ini adalah cubaan saman sivil atau penyiasatan sivil yang prosesnya hanya baru sampai ke tahap menyakinkan Mahkamah Amarika Syarikat untuk merampas aset yang diwar-warkan. Belum sampai tahap pendakwaan pun kerana belum ada sebarang bukti yang konkrik untuk berbuat sedemikian.

Tetapi kelibat para pembangkang seperti diduga main tari lebih dari buat silat. Peluang ini dipergunakan sebaiuk mungkin untuk menagitkan 1MDB dan Dato Sri Najib.

Masalah disini nama Najib tidak dikaitkan sama sekali dan 1MDB dalam sidang medianya menyatakan pihaknya tidak pernah mempunyai sebarang aset, sudah tertentu tiada motif kepentingan kenapa perlu bertindak sehingga tahap mengubah wang haram.

Namun bergitu proses penyiasatan ini menjurus kepada individu yang dikaitkan dengan 1MDB kononnya sebanyak AS730 juta disalurkan kepada Pegawai 1 menggunakan dana 1MDB. Persoalan paling kita kena imbas sekali kenapa semasa siasatan PAC yang juga diwakili Tony Pua DAP tidak pernah menyatakan ada ketirisan dana hingga lesap AS730 ke Amarika? 

Jika ini dana dari 1MDB sudah tentu siasatan PAC lebih awal mengesan kewujudan dana ke Amarika. Mustahil langsung tidak ada kesan aliran pengeluaran yang tidak dipertikaikan oleh siasatan PAC. Malah jika Tony Pua sebahagian dari penyiasat mustahil dia akan menutup mulut prihal dana ini.

Perkara kedua yang perlu diteli Jabatan Kehakiman AS sedang mengambil tindakan berdasarkan aduan oleh ANC (Anti-Najib Campaign). Jika kita imbas kembali isu ini amat sama dengan senario zaman Anwar bergelut dengan tuduhan Mahkamah hingga pihak pembangkang cuba menimbulkan senario yang sama dengan DOJ iaitu siasatan pembunuhan Altantuya dan kapal selam melalui Mahkamah Perancis. Apa yang jadi akhirnya senyap tanpa apa-apa pendakwaan kerana prosesnya sama dalam proses menyakinkan Mahkamah tetapi tidak ada bukti konkrik.

Bezanya kes DOJ bersebab dengan situasi Lim Guan Eng berada dihujung tanduk yang mana Lim Guan Eng sendiri yakin yang dia tidak akan terlepas apatah kesnya dirujuk sama dengan Khir Toyo yang telah didapati bersalah dan menjalani hukuman.

Prihal tindak tanduk ANC (Anti-Najib Campaign) adalah sama dengan kes tahun 2000 dengan gerakan Free Anwar Campaign yang telah bertindak menyakin Makamah Amarika dengan kes 'tahanan politik' Anwar Ibrahim yang dibuat berdasarkan 'dakwaan palsu' dan 'bukti palsu liwat' untuk perhatian kerajaan AS. Itu juga gagal membantu Anwar.

Dengan membandingkan ANC dan FAC. Kesimpulan disini ANC di zaman Lim Guan Eng hadapai kes pecah amanah yang ada bukti jelas manakala FAC pula zaman Anwar dengan kes liwat yang ada bukti yang jelas. Kenapa mereka untuk mengelak dari di dakwa dengan cubaan mengaitkan Perdana Menteri. Sebabnya Pakatan Pembangkang memang selalu menyembunyikan tindak-tanduk mereka melalui proses politik hningga membabitkan kuasa-kuasa asing.

Malah perlu diingat DAP dan Anwar tellah mendapat bantuan dana dari NED, NDI dan IRI yang merupakan proksi Israel dan yahudi yang menetap di Amarika. Jadi motif sebenar isu memburuk PM lebih kepada menyelamatkan Pakatan Pembangkang dengan menggadaikan masa depan negara. Kerana apa jika mereka berjaya ini benda percuma tanpa imbal balas yang akan dituntut proksi DAP dan PKR.


Thursday 21 July 2016

#scs14 Sedih Lihat #DOJ @DrWanAzizah Sekadar #MenDAPigsButa Takut @CmLimGuanEng

Wan Azizah dah membebel tahap Mendapigbuta dan gagal mengawal perasaan benci mengatasi kewarasan seorang bergelar MP atau Yang Berhormat. Di mana agaknya teletak kehormatan Wan Azizah. 

Isu DOJ terang-terang dinyatakan siasatan tidak membabitkan Datuk Sri Najib malah untuk mengaitkan 1MDB dalam kes ini. 1MDB sendiri tidak pernah ada aset di Amerika untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti yang di dakwa DOJ. 

Pokok pangkalnya mana asas Wan Azizah hendak desak DSN letak jawatan atau bercuti. Tetapi berbeza dengan Lim Guan Eng yang terang-terang ada bukti nyata hingga telah diseret ke Mahkamah kenapa Jijah tidak sarankan perkara yang sama? 

baca lanjut pautan  bawah berkenaan detail dakwaan DOJ.



#SCS14 #Lim2GoneEnd Rahsia Di Sebalik Bubar DUN @CmLimGuanEng

Sebelum ini DAP bermati-matian menafikan P.Pinang akan bubarkan DUN untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri awal dijalankan.

Setelah hampir 2 minggu pelbagai pihak dari DAP menafikan dan melebelkan sebagai mainan jahat pihak yang cuba melaga-lagakan DAP. Semalam Lim Guan Eng dalam pertemuan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dihadiri Azmi dan Nurul Izzah telah membincangkan secara khusus prihal isu bubar DUN awal Pulau Pinang.

Dalam sidang media Lim Guan Eng meluahkan kekecewaan bila perjumpaan yang sepatutnya menjadi rahsia telah terbongkar dari pihak-pihak tertentu. Yang menjadi kelakarnya dalam kekecewaan terbongkar agenda rahsia ini, Lim Guan Eng mendedahkan 3 lagi rahsia iaitu Lim Guan Eng telah ulang-alik dari Penang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan PKR Selangor dan Mat Sabu PAN untuk mebincangkan isu yang sama hingga pertemuan semalam.

Dalam kecewa rahsia terbongkar dia bongkar lagi rahsia. Apa rahsia yang sebenarnya? Apa motif jenaka yang di buat oleh Lim Guan Eng.

Kalau di imbas kembali kenapa timbul isu bubar DUN. Semuanya berpunca dari Lim Guan Eng ditangkap dan didakwa di Makamah atas kes salah guna kuasa Ketua Menteri hingga Lim Guan Eng dapat membeli rumah banglo murah RM2.8juta dari nilai sebenar cecah RM6juta, dari Ms Phang dan syarikat Ms Pahang memiliki Tanah Taman Manggis dyang akhirnya berjaya menikmati untung atas angin RM59 juta. Isu ini sama dengan kes Khir Toyo Mantan Menteri Besar Selangor, yang menyebab beliau merengkok dipenjara.

Bila Lim Guan Eng di dakwa timbul isu Lim Guan Eng wajar letak jawatan Ketua Menteri seperti lazimnya tindakan yang diambil mana-mana menteri dan YB yang terbabit dalam kes membabitkan kes pendakwaan Mahkamah akan meletak jawatan.

Sebenarnya isu bubar DUN ada 2 sebab:

1. Sebab Lim Guan Eng hendak pelarikan isu letak Jawatan ketua Menteri kerana dia sendiri yang tahu apa yang dia lakukan sukar untuk dielak dari desakan meletak Jawatan dari hari ke hari.

2. Momentum populariti Lim Guan Eng sekarang dalam keadaan makin popular kerana simpati kaum DAPigs tetapi berapa lama boleh tahan momentum simpati. Kalau kelaziman senario politik Malaysia sesuatu simpati dari senario salah laku tak akan bertahan lama. Seperti kes Anwar Ibrahim, Khir Toyo dan ramai  lagi.

Apatah kes Lim Guan Eng amat kukuh dengan pelbagai bukti malah ada kes yang sama seperti kes Khir Toyo sebgai rujukan. Lim Guan Eng cuba mengelak dari terpaksa meletak jawatan kerana jika berlaku senario kesnya dan tanggapan masyarakat akan menjadi lebih kritikal.

Di samping itu Lim Guan Eng ada banyak isu yang lain mula meningkat popular bersama kes yang didakwa di makamah ini. Ini akan menyebabkan populariti Lim Guan Eng tidak mampu untuk bertahan untuk tempoh yang lama.

Sekiranya Lim Guan Eng mampu mendesak DUN Pulau Pinang dibubarkan sekarang tentulah dia fikir dia akan berpeluang untuk menang dengan mudah dan menangkis desakan meletak jawatan Ketua Menteri.

Tetapi hasil dari perjumpaan sulit dengan Pakatan Harapan yang didedahkan Lim Guan Eng sendiri. Menggambarkan situasi tidak sepakatan antara DAP, PKR dan PAN.

Pada Mat Sabu mungkin tidak ada masalah sebab dia mana boleh lawan Lim Guan Eng kalau tak bajet kena potong tetapi PKR akan menimbangkan berberapa perkara:

1. Kalau Lim Guan Eng menang sekarang tiba-tiba kes Lim Guan Eng kalah di Mahkamah. Impaknya adalah PRU14.

2. Isu yang dipertimbangkan PKR bukan setakat isu Banglo dan Taman Manggis tetapi pelbagai isu lain seperti isu besar Terowong Bawah laut, Bajet pengankutan Pulau Pinang dan isu sampingan lain seperti pelabur besar lari, banjir, penindasan peniaga melayu dan india malah kes rampasan 29 kampung melayu india hingga kroni untung makan hasil mula menjadi bualan semula.

Persoalannya mampukah Lim Guan Eng menangkis semua ini dan memenangi PRN Pulau Pinang jika DUN dibubar awal. Lim Guan Eng perlu ingat PRU12 PRU13 Lim Guan Eng boleh menangkis semua isu kerana dia tidak terbabit dengan kes Mahkamah tetapi senario sekarang kes adalah sukar untuk menang kerana kes Khir Toyo adalah sama dengan kesnya.

Apa yang pasti ibarat malam-malam Lim Guan Eng terkencing atas tilam. #Lim2GoneEnd

Like and Share PecahPalakMikir Facebook

Wednesday 20 July 2016

11 Kebodohan @CmLimGuanEng punca Tidak Mampu Biayai Tebatan Banjir Pulau Pinang

Lim Guan Eng memang tidak ada sentiviti terhadap permasalahan rakyat. Apa yang Lim Guan Eng berjanji dan nampak dalam tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbeza-beza mengikut kepentingan dirinya bukan berdasarkan tuntutan rakyat.

Cuba kita lihat Lim Guan Eng sanggup bermati-matian menyegerakan projek Terowong bawah laut di Pulau Pinang, walhal itu bukan keperluan utama kerana Pulau Pinang telah mempunyai 2 jabatan yang menghubungkan Pulau dengan Tanah Besar.

Tetapi untuk projek ini Lim Guan Eng sanggup bayar pendahaluan RM305 juta untuk projek yang belum berjalan melainkan dalam proses laporan Pemboleh Laksana itupun sampai sekarang belum siap. Malah projek sudah bertukar status gajah putih.

Kenapa Lim Guan Eng mesti utama projek ini dn sanggup bayar pendahaluan RM305 juta? Malah projek dibiayai Kerajaan Negeri ini akan memberi hak kepada kontraktor untuk mengutip tol selama 30 tahun. Kenapa kerajaan negeri bayar kos pembinaan dan kontraktor dapat pelbagai keistimewaan dari kutipan tol hingga kos pembinaan untuk kertas kerja sahaja sudah bayar RM305 juta. Belum projek berjalan lagi.

Kalau Lim Guan Eng seorang Ketua Menteri yang berwibawa sepatutnya duit RM305 juta itu boleh membiayai masalah tradisi Pulau Pinang seperti banjir. Kosnya RM15 juta sahaja. Kalau penting sangat Projek Terowong Bawah Laut, apa masalahnya kalau RM305 juta pembayaran kepada projek yang masih atas kertas diambil sebahagian RM15 juta untuk projek tebatan banjir Pulau Pinang?

Sekarang kebodohan Lim Guan Eng sendiri menyebabkan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan kerajaan negeri tidak ada duit untuk membiayai kos Projek Tebatan Banjir Pulau Pinang.
Intipati Kebodohan Lim Guan Eng:
1. Lim Guan Eng gagal mengenal pasti mana projek lebih bermamfaat kepada Rakyat. 
2. Ada yang tidak kena jika kerajaan Negeri manjakan kehendak Kontraktor dengan bayar pendahaluan yang gila-gila untuk projek yang terbengkalai. 
3. Lim Guan Eng menggunakan kewangan negeri berdasarkan apa yang dia hajatkan bukan kerana apa kepentingan yang menjadi keutamaan di mata rakyat. 
4. Lim Guan Eng meletakan Kroni sebagai keutamaan berbanding rakyat.
5. Lim Guan Eng Tidak bijak mengurus wang negeri. Bayar penuh RM305 juta projek belum berjalan walhal dia boleh bayar 30%-50% dan bakinya diagihkan kepada projek lain.
6. Lim Guan Eng tidak bijak mengendalikan urusan dengan kontraktor Terowong hingga Kerajaan Negeri membiyai sepenuhnya dan Kontraktor mendapat hak pungut tol selama 30 tahun. Lazimnya di Malaysia Kontraktor biayai semua kos dan dapat membuat kutipan tol tetapi kena biayai satu projek kecil lain untuk rakyat.
7. Janji Lim Guan Eng hendak selesaikan banjir Pulau Pinang dalam masa 9 bulan tetapi bagaimana benda tidak dijanjikan seperti Projek Terowong menjadi keutamaan?
8. Kenapa Lim Guan Eng jadi gila laksanakan Projek Terowong yang kos Kertas Kerja Laporan Pemboleh Laksana lebih mahal dari kos melaksanakan Projek. Bukankah ini pembaziran untuk projek beresiko tinggi berbanding menyelesaikan projek yang menyelesaikan pemasalahan rakyat seperti banjir. 
9.  Kenapa Lim Guan Eng gagal menuntut Laporan Pemboleh Laksana Kertas Kerja Terowong Pulau Pinang dan diserahkan kepada KKR untuk kerajaan meneliti. Sedangkan Lim Guan Eng telah bayar RM305 Juta.
10. Adakah masuk akal Lim Guan Eng sanggup luluskan projek Terowong dengan kadar RM10 juta per kilo metter berbanding RM15 juta untuk keseluruhan projek tebatan banjir? 
11. Adakah masuk akal Lim Guan Eng sanggup anugerahkan Projek kepada kontraktor sebelum kajian pemboleh laksanaan dijalankan? 

Orang yang macam ini hendak diagung-agungkan sebagai Ketua Menteri? Tetapi sekurang-kurangnya Lim Guan Eng mampu beri rakyat menimati ada swimming pool sendiri secara percuma dalam ruang tamu dan dapur rumah mangsa banjir. Sekurang-kurang terubatlah kekecewaan Lim Guan Eng membeli rumah banglo 60% lebih rendah dari pasaran tapi tak ada Swimming Pool


Monday 18 July 2016

#scs14 Sanggup @HajiHadi lihat PAS diperlakuan Howard Lee seperti bacul

Setiausaha Antarabangsa Sosialis Muda DAP (DAPSY) Howard Lee Chuan How memang betul-betul kerjakan PAS dengan lantang. Memang cukup makan dalam kalau Haji Hadi hendak jawab.

Isunya bukan setakat dengan apa yang diperkatan Howard Lee tetapi realiti dilema PAS ketika ini.

Apa yang disentuh Howard membidas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang berkata system dwi-parti amat mengelirukan.

Ini merujuk kepada kenyataan Khairuddin "sistem dwi-parti DAP ternyata merosakkan kerana setiap parti akan memejam mata di atas kesilapan parti masing-masing serta akan mempertahankan kebatilan.


Beliau malah turut menuduh ‘banyak onar dalam DAP’ yang membahayakan kepada negara."

Horward sudah tentu akan mempertahankan DAP dengan mengatakan PAS adalah lalang dan mempertikai kenapa PAS masih menjadi menjawat Jawatan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya DAP membuat onar yang merosakan negara.

Ini satu persoalan yang baik dibangkitkan Horward yang sukar dinafikan PAS. PAS sememangnya sedar kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat yang sudah lama terkubur tanpa DAP. Dan Pakatan Harapan, PAS tersingkir dengan sebahagian ahli PAS menyertai parti baru yang ditubuhkan DAP mengantikan PAS iaitu PAN.

Isu ini sahaja menunjukan bagaimana PAS ditinjak-tinjak ditendang dihempuk dengan teruk oleh DAP. Ini bukan kali pertama PAS dihendik dn dihina DAP. Jika dihintung berdozen-dozen ahli DAP mencaci-cercakan PAS.

Malah lebih perit PKR yang PAS anggap masih sahabat baiknya, sering menghulur tangan bersalam dengan PAS tetapi tangan kirinya menikam tepat di dada PAS secara depan-depan bukan dari belakang lagi.

Apa yang PAS buat dengan permaianan jahat di depan matanya sendiri?

Tidak cukup dengan itu, dari satu sudut PAS pernah menyuarakan, PAS sanggup tinggalkan DAP demi menyempurnakan tugasan mereka melaksanakan Hukum Hudud tetapi itu tidak berlaku, tetapi sebagai langkah pertama PAS membentangkan usul pembaikan undang-undang syariah di Parlimen.

Dari dua topik ini sahaja, cukup jelas menunjukan PAS ada hati ingin berubah dari menjadi parti pak turut kepada yang lebih tegas. Tetapi hakikatnya PAS masih takut dengan jalan yang mereka gelarkan menuju kepada seruan fisabillillah.

Pas masih keliru antara perjuangan ke jalan Allah dengan kehendak atau impian dunia. PAS masih was-was dengan apa yang mereka rangkakan.

Buktinya PAS masih ditakuk lama buat kerja sekerat-sekerat atau berjalan separuh jalan dan patah balik. 

Kalau PAS berani mereka akan buat lebih dahsyat berbanding DAP. DAP marahkan sanggup tubuh parti PAN. PAS marahkan DAP juga berbuat sedemikian, buang DAP keluar dari Pakatan tetapi mengharap ehsan PKR. 

Walhal PAS tahu PKR berbaik sambil menikam, serentak diperlakukan kepada PAS. Bukankah ini betul yang PAS ini penakut, bacul dan pengecut. Ibarat PAS beriterikan PKR tetapi bukan dalam diam-diam sebaliknya berdepan PKR bersama DAP dan tikam PAS balik. Kalau kisah suami isteri orang PAS tahu gelarkan bacul tetapi sekarang ini?

Persoalannya bagaimana PAS mampu tarik ahlinya yang lari masuk PAN jika PAS masih penakut dan bacul dengan perjuangan mereka sendiri.

Tanyalah siapa sahaja dalam PAS baik Haji Hadi, Nik Abduh atau sesiapa sahaja, bab melontar kata-kata adalah tajam tetapi tindakan mereka tumpul atau langsung tidak bertindak. Kalau tak dah lama mereka menyeluk perkasam dengan memberi kata dua kepada PKR samada bersama PAS atau DAP dan sekiranya PKR masih bertuankan DAP, PAS bertindak tinggalkan jawatan dunia DUN Selangor demi agenda islam mereka.

PAS!! orang menanti dan melihat apa yang PAS buat... Orang PAS mungkin merasa ini bahasa kasar tapi fikirkan balik apa yang PAS sedang buat.

Sunday 17 July 2016

@WanAzizah Iktiraf Hukuman Liwat Anwar Zaman TDM Adalah Benar

Wow memang dasar Cheff Bengkang Tua keras-keras ubi lembut jua bila menjadi bengkang. Ini semua kerana penangan Dapigs mengayat.

Selama setahun kita telah telah dipertontonkan dengan drama bagaimana semenjak Tun Dr Mahathir mula menyertai Pakatan Harapan ops!! dah lama mampus, silap-silap Pakatan Harapan melalui dekarasi Pakaton. Wan Azizah bersama anaknya Nurul Izzah memaksa Tun Dr Mahathir memohon maaf kepada semua kezalimannya terhadap Anwar Ibrahim (Kezaliman berdasar kaca mata anak-beranak laa).

Apa yang Tun Dr Mahathir buat. Langsung tidak layan dengan buat kering macam tak ada apa-apa. Hingga anak beranak ini tidak mengiktiraf Dr Mahathir malah Anwar siap menulis surat dari penjara yang dikata sulit, hanya untuk tatapan PKR tetapi disiarkan oleh anak beranak sendiri. Langsung tak faham apa yang menjadi sulit sampai di siarkan di Facebook?

Sekarang apa dah jadi? Apabila Tun mengumumkan akan menubuh parti baharu. 90% majlis tertinggi dalam PKR menyambut dengan gembira. Tetapi pendirian Wan Azizah dekat mana? Akhirnya Wan Azizah akur dengan kehendak parti walaupun akar umbi kecewa. Bukan apa Wan Azizah mengiktiraf salah laku Anwar dengan melutut kepada kehendak Tun Dr Mahathir juga akhirnya.

Wan Azizah melalui sidang media menyatakan dia akan menyokong parti baharu yang diasaskan Tun Dr Mahathir. Erti katanya dalam diam memang benar Anwar buat salah meliwat hingga dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Politik oh politik bila matalamat menghalalkan cara...

Tetapi walaupun Wan Azizah ini Presiden PKR dan Ketua Pembangkang, hakikatnya dia memang tak tahu buat kerja dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat sebab itu semasa Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar Wan Azizah fikir keperluan utama tuntutan rakyat di kawasan itu hanyalah resepi rahsia bengkangnya. Sebab itu dia menawarkan resepi bengkang tertua miliknya akan diberikan kepada rakyat jika Pakatan Tak Ada Harapan Menang.

Share and like at Facebook Pecah Palak Mikir



Isu Terkini

get this widget here