Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 23 May 2014

DAP Terdesak Copy Paste Manifesto Parti Cinta Malaysia #PrkBukitGelugur



DAP semalam telah copy paste manifesto PCM, Kali ini mereka serang PCM seperti mana mrk serang BN. Nampaknya PCM telah benar2 memberi saingan kpd DAP.


Terbukti DAP selama ini hanya mahukan kuasa tapi tidak pernah bertanggungjawap terhadap kuasa yg di amanahkan.


Lebih jijik jentera RBA telah bertindak liar mensabotaj lebih banyak banner dan poster PCM.


Rakyat ‪#‎PrkBukitGelugur‬ harus beri peluang untuk PCM menjadi sebahagian suara mereka demi penyeimbangan kuasa di Penang

Thursday, 22 May 2014

Diplomasi Panda Boleh Beranakan Kontrak RM250 Billion



Di sebalik ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, atas dasar setiakawan serta pinjaman, Pakatan telah mengambil kesempatan memburukkan tindakan kerajaan ini sebagai membazir tanpa mengambil kira kepentingan perdagangan negara dan hubungan diplomatik dengan negara China.

Panda adalah simbol kepada negara China, jika ia dijadikan isu politik sempit tanpa sebarang pertimbangan dan justifikasi hubungan antara dua negara dan ekonomi antarabangsa, tidak musthil apa yang dianggap satu permulaan yang baik antara dua negara selepas kehilangan MH370 akan kembali suram. Tidak semua perkara wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan hubungan antara Malaysia dan China kelihatan sedikit suram beberapa bulan kebelakangan ini.

Malangnya, politik menanam kebencian dan menghasut rakyat ini tidak mengenali sempadan dan keutamaan negara. Misalnya, lidah rasmi parti Pas, harakahdaily.net menyatakan:


Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!

Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun.

Pandangan ini mungkin betul jika dilihat dari segi kos memelihara beruang panda ini sahaja. Namun memerintah negara bukan sekadar “melalak” di atas pentas ceramah, dada akhbar atau ruang siber. Mentadbir negara, memakmurkan ekonomi memerlukan seni diplomasi antarabangsa yang tidak mungkin boleh difahami oleh penulis-penulis yang jumud dan beku akal mereka dan bersarang di dalam Pakatan hanya untuk menghasut rakyat.

Berikut kami paparkan pandangan dua aktivis media sosial memperkatakan isu ini dalam konteks yang berbeza tapi sama maksudnya.

Pandangan Pertama:

Oleh Norizan Shariff

1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner) Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia – Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia – China. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. “Pinjaman” panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.

9. Kita berharap agar “pelaburan” negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China – sama seperti “pelaburan” kita ke atas hantaran perkahwinan – selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!



Nota Kaki:
“Panda Diplomacy” bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.

Kisah Menarik Ustaz Kazim " Ustaz-ustaz Afrika Yang Buta Dan Tuli Kerana Undi"


Demi politik.... Demi undi... Kesian bilaku perhatikan.. Hilang prinsip, hilang gah, hilang nilai perjuangan, skrg semua dah boleh gamaknya.. agaknya dah x mgapa kalau x bertudung malah kalau tolak hudud terang2 pun dah boleh bekerjasama...politik oh politik...Kejadian ini berlaku di Afrika, tiada kena mengena dgn Malaysia, harap maklum.

Usul Tergempar Lim Guan Eng Membela Sifat Samseng Rayer Dan Memaki "UMNO Samseng"


Inilah bila DAP sudah naik kepala, bila DAP sudah rasa calon melayu DAP boleh pujuk melayu masuk DAP.

Sekarang fasa terbaru Lim Guan Eng cuba menjadikan UMNO dibenci rakyat dengan mendidik ADUN Rayer memaki hamun sesuka hati. Dengan ini ia akan menyemai rasa benci dikalangan melayu dan perpecahan orang melayu semakin membesar.

Rentetan rasa tidak puas hati Pemuda UMNO Penang semalam (lihat cerita dan video di sini). Lim Guan Eng kali ini cuba melebel pelbagai kesalahan Pemuda tetapi menyembunyikan siapa yang mula bangkitkan kemarahan orang melayu.



Sekarang di Penang, melayu kena sembah tokong Guan Eng dan ahli-ahli DAP yang lain walaupun anda dimaki-hamun celaka samseng.

Tak lama lagi anda kena terima penginayaan di halau keluar dari Pulau Pinang kerana sekarangpun anda sudah tidak mampu hendak membeli rumah yang harganya ditentukan kroni DAP.

Dan sekarang inipun melayu hendak menjaja cari makanpun tidak dapat.

Dan sekarangpun kalau kena maki hamun, tetap kena melutut.

Jadi apa lagi selepas ini adakah kita perlu menjilat air ludah mereka dilantai? Ohh hinanya manusia bernama Melayu di Pulau Pinang?





Video Drama Arahan RBA "Dyana & Lim Kit Siang Dihalau Penduduk Melayu"


Baru-baru ini Lim Kit Siang mengeluh Dyana gagal raih perhatian penduduk tetapi mereka yakin menang besar di alam maya. Masalahnya bukan facabook yg beri undi.

Sejerus lepas keluhan LKS tiba2 satu lakonan khas yang berlaku dimana 2 orang melayu yangg terang macam baca skrip, membuat kecoh di kampung melayu dan mengusir Lim Kit Siang dan Dyana Sofea yang tiba diwaktu itu.

Apa yang menarik Dyana Mahupun Lim Kit Siang tidak sedikitpun terkejut malah Dyana kelihatan seronok dengan lakonan tersebut.

Inilah cara terbaik meraih undi Simpati! Lihat video ini:


Motif utama drama ini akan menggambarkan DAP sudah berjaya melaga-lagakan melayu!
DAP akan meraih undi lebih besar dari kaum Cina!
Undi simpati adalah faktor boleh memberi kemenangan besar buat Dyana.

Inilah cara terlicik bukan?



Wednesday, 21 May 2014

Video- Masak RSN Rayer adun DAP Kalau Tak Jumpa Dekat Dewan Mereka Nak Lawat Rumah


kemuncak kemarahan Pemuda UMNO Penang mebuak-buak apabila Rayer telah menjadi bacul sekadar berani bergegar suara dalam dewan. Hari ini ramai Pemuda datang melawatnya di Parlimen tetapi dia lari tapi awas Rayer Video dibawah memberi mesej boleh melawat sampai ke rumah. (Rujuk video rempuh dewan di sini)

Ish tak patut sangat jadi eloklah Rayer pergi jumpa secara jantan dengan mereka. ala mereka bukan nak makan orang cuma nak kau minta maaf itu je. Iayalah kerana mulut awak menyelar celaka kepada UMNO bermakna 3 juta ahli teresa. Jadi kenapa nak lari berdepan je lah.


video

Video + 10 Gambar - Cabaran PPM Telah Diterjemahkan Oleh Pemuda UMNO Penang Serbu Dalam Dewan Undangan Negeri Penang

Semalam PPM dah cabar RSN Rayer adun DAP Pmengelar Umno sebagai celaka..orang melayu Umno celaka… sekarang kita nak tengok dia berani cakap didepan melayu melayu ni atau tidak? (ini rujukan cabaran PPM keluarkan semalam)



video















Kenapa Dr Asri Mesti Berat Sebelah Bila Pertahankan Ustaz Azhar Idrus


Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Dr Asri tentang Cubaan sesetengah pihak untuk menjatuhkan maruah Ustaz Azhar Idrus adalah kerja jahat yang dikutuk oleh agama dan akal yang sihat.

Tetapi kenapa Dr Asri tidak bangkitkan sekali soal kekeliruan rakyat apabila Ustaz Azhar Idrus hanya cenderong untuk menyelar UMNO dan Barisan Nasional dan apabila isu yang sama melibatkan sekutu Pakatan Rakyat UIA akan buat buta dan bisu dari mengeluarkan kenyataan.

Masyarakat lebih menghormati seseorang ilmuan agama yang tidak pernah ambil setiap petkara berdasarkan islam dan tidak memelilih bulu bila bagi contoh atau menjadikan bahan ulasan.

Ini yang masyarakat pertikaikan dan sampai sekarang UIA memilih membisu. Masyarakat tidak berminat untuk menyelar UIA sesat aytau tidak tetapi masyarakat ingin input berdasarkan contoh yang sama tetapi tidak kepada bahan mengikut citarasa kecenderongan UIA sahaja.

Kalau UIA lebih bersikap terbuka tanpa berat sebelah rasanya lebih ramai yang menyanjunginya.


Video Cubaan Ahli PKR Mengulingkan Azmin Ali #PemilihanPKR

Hasil pendidikan Parti Keadilan Rakyat kepafda penyokongnya dengan ilmu-ilmu menggulingkan kerajaan akhirnya diterjemahkan kepada bala yang menimpa PKR. Ini yang mereka didik dan ini yang mereka menikmati hasilnya

Kiranya PKR tengah pungut hasil le yee kan! tetapi betullah ini memang cara PKR selesaikan masalah!

rujuk kisah lanjut dan video dibawah dari sumber



Isu pemilihan dan proses pengundian Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih jauh daripada selesai. Walaupun Anwar Ibrahim yang sekarang ini melarikan diri ke Langkawi bersama-sama anggota keluarganya dengan menyewa tiga buah hotel mewah menggunakan nama seorang lelaki lain telah cuba menuduh UMNO dan PDRM terlibat, hakikatnya kebenaran yang terserlah ialah, yang samseng dan sentiasa tidak berpuas hati serta menimbulkan kekacauan itu adalah ahli-ahli PKR sendiri.












Terbaru, lebih kurang jam 8:15 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya, 20 sehingga 30 orang ahli-ahli PKR yang dipercayai penyokong kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang juga calon Timbalan Presiden PKR, telah memasang 11 banner yang mendesak agar Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan Azmin Ali, penyandang jawatan Timbalan Presiden dipecat dari parti. Turut didesak agar dipecat adalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang dituduh sebagai talibarut UMNO.




















Proses pemilihan dan pilihanraya PKR tercemar apabila beberapa penipuan dan penyelewengan khususnya melibatkan undi kepada Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin dikesan. Lebih 25 Cabang PKR di seluruh negara telah digantung dan sebahagian pula tidak diiktiraf.



.



#PrkTelukIntan Awas Harakah Telah Menjadi Ajen Modus Operandi RBA


Pernah tak anda bertanya kenapa DAP pada awalnya mengumumkan " DAP mungkin akan mencalonkan Dyana Sofea sebagai calon Teluk Intan?

Ini adalah sesuatu yang luar biasa dilakukan oleh DAP.

Tujuannya adalah untuk memberi signal kepada pejuang maya BN terperangkap dalam modus operandi RBA. Isu ini sebenarnya telah dibongkarkan oleh SYA sila baca secara detail disini 

Pendedahan RBA ini menyebabkan Lim Guan Panas hati malah RBA siap mengugut bunuh.

Tetapi yang menjadi jeliknya. Harakah sedia maklum hal ini boleh melibatkan diri dengan memainkan peranan ejen membantu RBA. Apakah Harakah sudah lupa hukumnya.

Apatah Harakah sedang membela caalon yang menentang hukum hudud walhal merekalah paling dahsyat menyerang Tun Mahathir jika bercakap soal hudud. tetapi dalam kes Dyana Sofea mereka menjadi pembela kepada orang yang menyangkal Hukum Hudud mewakili DAP melebihi seorang islam yang percayakan Allah. Apakah Harakah lebih menghormati Dyana berbanding Allah.

Ini bermakna harakah sanggup dua perkara melangkaui dari Allah. Pertama menjalan kerja fitnah dan keduanya menyangkal Hudud itu sendiri.

Itulah bila sudah bersubahat sampai tidak sedar akidah entah kemana?


Tuesday, 20 May 2014

Amanat Penting Buat Pengamal Media Maya BN Tolong Sebarkan Sebelum Terjebak

MINTA PERHATIAN PADA PEJUANG MEDIA SOSIAL UMNO!!

Minta sahabat pejuang media sosial UMNO jgn main video lucah yg dikatakan milik mak Dyana Sofya (calon Dap), kerana itu perangkap daripada RBA utk mencari simpati.

Jika ada diantara kita main video tu, tentu mereka akan ada kelebihan dan pelbagai tuduhan akan dibuat keatas pejuang media sosial UMNO. Malah kita sudah diperangkap dlm permainan kotor yg mereka rancang.

Hati-hati dalam info atau maklumat yg diberi. Rujuk pd pihak yg boleh dipercayai sebelum membuat posting atau sebarkan maklumat berkenaan. TQ

R.S.N Rayer DAP Setakat Berani Maki Celaka UMNO Bila Orangnya Tidak Ada


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mengecam tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer daripada DAP yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka'.

Rayer ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.

"Celaka-celaka UMNO ini kurang ajar, biadab dan selalu mengapi-apikan dengan membawa sepanduk memainkan isu rasis peristiwa 13 Mei. Celaka mereka," katanya.

Kenyataan Adun DAP itu telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati wakil rakyat BN dan menuntut beliau menarik balik perkataan 'celaka' itu yang dilihat mencemar dewan.

Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) berkata kenyataan Rayer itu adalah keterlaluan dan telah melanggar peraturan dewan.

"Jika Yang Berhormat Seri Delima mahu menzahir rasa marah ia bukan dalam dewan yang mulia ini. Sebagai ahli dewan, Yang Berhormat perlu mematuhi peraturan dewan iatu Perkara 46 yang menyebut setiap ahli dewan dilarang menggunakan perkataan yang menyakitkan hati dan sentuh peribadi pihak tertentu.

"Sepatutnya Seri Delima tidak perlu gunakan perkataan kesat seperti celaka. Justeru, saya mohon pertimbangan Speaker menangani perkara ini kerana jika ia dibenarkan, perkataan seumpama ini akan mula digunakan dalam dewan," katanya.

Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (BN-Teluk Bahang) kemudiannya bangun mencelah dan meminta Adun DAP itu menarik balik perkataan 'celaka'.

Speaker Datuk Law Choo Kiang kemudiannya menegur Rayer dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulangi perkataan kesat itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid mahu Law bertegas dalam mengendalikan sidang DUN supaya anggota dewan tidak mudah mengguna dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung.

Beliau berkata selain sebagai menghormati kemuliaan dewan, ketegasan itu juga penting memandangkan penggunaan kata-kata kesat ketika persidangan berlangsung adalah melanggar peraturan DUN.

"Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Adun Seri Delima (R.S.N Rayer) menyalahi peraturan, menggunakan kata-kata kesat kepada orang yang tidak ada di dalam dewan, memang menyakitkan hati," katanya.

Adun Penaga Mohd Zain Ahmad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu menyifatkan tindakan Adun DAP itu adalah provokasi supaya Adun BN melatah.

"Apa yang diperkatakan oleh Rayer tidak relevan langsung dengan persidangan DUN, oleh itu kami mahu Speaker dapat pastikan Rayer tidak buat lagi perkara seperti itu," katanya.

-- BERNAMA

Video Dyana Sofea Gagal Menjawab Soalan Tunku Aziz #PrkTelukIntan


Memang benar kata Tun Dr Mahathir Dyana Sofea cuma Window Dressing kalau nak buat Window Dressing mesti cari yang cantik-cantik. Tindakan itu hanya hiasan luaran sahaja tiada harapan apa-apa (diletakkan kepada calon itu), kalau dia (calon itu) menang dia menanglah,

Inilah yang sedang berlaku di dalam video ini:

5 Gambar Kereta Lim Guan Eng Langgar Calon Bebas #PrkBukitGelugur ??

Apa yang sebenarnya berlaku bila kereta Lim Guan Eng berlanggar dengan calon bebas PRK Bukit Gelugur?


Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini hanya untuk berjumpa ketua menteri Lim Guan Eng.

Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak menahan Guan Eng yang mahu beredar dengan kereta beliau kira-kira jam 2 petang.

Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya berlaku satu pelangaran antara kereta Mercedes Guan Eng dan terus terbaring di atas jalan raya.

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.

Guan Eng pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.

Emmm.. Sapa salah agaknya yee.








#PRKBukitGelugur RBA Menyebarkan Gambar Bogel Datuk Huan Cheng Guan #Huan2bg @Huan2U


Punyalah terdesak RBA yang kita tahu bernaung dibawah parti propembangkang. Berani menyebar gambar-gambar bergini. Kerana apa? Mungkin tersedesak melepas geram. Menurut SIDANG MEDIA MAJOR HUAN

sidang akhbar di kedai kopi nasi ayam sin nam huat di lorong delima 6.

Huan Cheng Guan menunjukkan gambar menghina beliau yang dimainkan oleh penyokong DAP di media maya

Admin : tidak bersetuju cara begini waima ditujukan kepada calon DAP.TIDAK BERTAMADUN!

Fulamak SYA Punya Artikel Buat Guan Eng Mengamuk! RBA Ugut Bunuh Sya Shen Yee Aun



Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan kali ini terdapat seramai 45 orang pengundi berumur lebih 100 tahun, 38.61 peratus pengundi adalah Melayu, Cina (41.94 peratus) dan India (19 peratus).

Calon DAP di Teluk Intan ialah Dyana Sofya Mohd. Daud merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang. Ibu Dyana Sofya sebenarnya bekas ahli Wanita UMNO yang aktif di peringkat bahagian. Sekiranya pembaca ada mengikuti artikel saya yang lepas maka kalian akan teringat yang saya mengatakan bahawa pakatan pembangkang sering mengambil individu yang memiliki ‘DNA’ UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan akhirnya dipakejkan sebagai jaguh dalam parti mereka.

UMNO dan BN ialah kilang penawaran bakat terbesar kepada pakatan pembangkang. Peliknya setiap hari ada sahaja tuduhan dan dakwaan disebarkan kepada orang ramai betapa lemah dan jahatnya UMNO dan BN.

Dalam isu ini sebenarnya pihak media sosial BN yang tidak peka dan terperangkap dalam jerat yang diumpan oleh pakatan pembangkang. Dalam DAP sebenarnya sama juga seperti parti PKR yang mana terdapat kumpulan yang pro Istana Segambut dan sebaliknya.

Begitu juga dalam DAP, terdapat kumpulan yang pro Dinasti Lim dan yang menentangnya. Banyak penganalisis politik sebelum ini meramalkan keluarga Dinasti Lim sudah tidak sehaluan dengan keluarga Ngeh dan Nga di Perak.

Terdapat beberapa calon berpotensi sebelum ini yang dilihat sebagai penyokong kuat keluarga Ngeh dan Nga di Perak. Mereka ialah Setiausaha Politik Nga Kor Ming, Chong Zhen Min dan Hee Kuan Yew atau lebih dikenali sebagai ‘SUPERMAN’.

Diramalkan keluarga Dinasti Lim bersama strategis dan RBA akan merangka satu strategi untuk mempromosikan Dyana Sofya untuk meningkatkan kebarangkaliannya menjadi calon kerana beliau dianggap produk Dinasti Lim.

Keadaan ini akan mengurangkan kebarangkalian calon-calon berpotensi dan anak jati Perak yang datangnya daripada musuh lama, keluarga Ngeh dan Nga.

Mereka merancang untuk mencari gambar Dyana Sofya yang mirip dengan seorang selebriti Filipina iaitu Pauleen Luna dan menyebarkan kepada penyokong BN melalui jentera RBA.

Akhirnya, penyokong BN yang kekurangan strategi dalam media sosial terperangkap dengan menggerakkan ahli-ahli mereka menyebarkan gambar palsu Dyana Sofya.

Pada ketika itu , Malaysiakini dan laman page RBA dengan cepat mengatakan wanita yang disebarkan bukan Dyana Sofya tetapi Pauleen Luna. Sekiranya tidak dirancang maka persoalannya mana mungkin gambar asal tersebut boleh dicari dengan begitu cepat?

Kini semua media, blogger, RBA dan termasuk akhbar The Star melaporkan dengan meluas bagaimana jahatnya BN mengaibkan Dyana Sofya. Teknik ini adalah serampang dua mata iaitu pertama membuat fitnah sehingga menjejaskan kredibiliti BN, mengakibatkan masyarakat memberi undi dan simpati kepada Dyana Sofya.

Nampaknya sebelum pilihan raya bermula Dinasti Lim sudah hampir menang dalam dua pertarungan iaitu secara dalaman dan luaran.

Oleh itu adalah penting bagi BN untuk sedar daripada lamunan dan tidak berterusan terperangkap dalam permainan dan taktik kotor DAP ini yang akhirnya hanya menguntungkan mereka tetapi BN pula yang terpalit dengan dakyah dan pembohongan pihak pembangkang yang didalangi RBA.

Penulis ialah Penganalisis Politik, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Pengasas blog SYA For The Nation.



Monday, 19 May 2014

Giliran Tun Dr Mahathir Pula Bantai Dyana Sofea #PrkTelukIntan



Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu.

"Tindakan itu hanya hiasan luaran sahaja tiada harapan apa-apa (diletakkan kepada calon itu), kalau dia (calon itu) menang dia menanglah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau berucap pada program Chancellor's Talk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong. - BERNAMA

Video ahli SPDP keluar parti

#PrkTelukIntan Hudud Membunuh Kejayaan Barisan Nasional



Allah Menguji Pengundi Islam PAS.

Bismillah Alhamdulillah.....

PRK Teluk Intan menunjukkan satu pertandingan yang unik pada kali ini. Barisan Nasional terus konsisten dengan semangat setiakawan apabila terus meletakkan calon Cina GERAKAN walaupun ada desakan secara dalaman supaya UMNO diberi tempat bertanding pada kali ini.

DAP pula beria-ia benar mahu menarik perhatian pengundi Melayu apabila mencuba nasib dengan meletakan calon Melayu bertanding pada PRK kali ini.
DAP optimis yang mereka akan perolehi undi yang besar dikalangan orang Cina tanpa melihat siapa calon, dan disebabkan itulah calon Melayu perlu diketengahkan oleh DAP jika mahu memecahkan undi Melayu dalam PRK ini.

3 hari sebelum pengumuman calon, DAP beria-ia menyerang dan berkempen di beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu antaranya Kampung Bahagia, ini tidak lain hanyalah untuk pecahkan undi Melayu.

Sebaliknya, dalam tempoh 3 hari itu juga kawasan Pasir Bedamar iaitu majoriti besar pengundi Cina dalam Parlimen Teluk Intan bagaikan tidak berlaku PRK. Jam 10.00 malam rumah pengundi-pengundi Cina telah tutup lampu. Kempen PRK tidak berlaku di sana.

Bijak strategi DAP. Tetapi saya tetap percaya ini juga takdir Allah. Dyana Sofia terpilih sebagai calon DAP juga adalah takdir Allah. Kita tidak perlulah mengulangi acap kali yang Dyana adalah pembelot mahupun pengkhianat. Barangkali dia juga tidak duga apa yang telah berlaku.

Saya tertarik dengan situasi di Teluk Intan ini. Saya beranggapan, Allah sedang menguji pengundi PAS yang selama ini menuduh UMNO adalah parti kafir dan jahil.

Selama ini, setiap kali PRU PAS akan dendangkan hukum hudud dipentas ceramah. Apa ayat dalam ceramah PAS? "UMNO tolak hudud, hudud hukum Allah, ini bermakna UMNO tolak Allah dan siapa mengundi UMNO menempah tempat ke neraka".

Ayat itulah berulang kali dimainkan oleh penceramah PAS untuk memburukkan UMNO biarpun UMNO tidak pernah keluarkan kenyataan menolak hukum Hudud.

Apa yang berlaku di Teluk Intan? Dengan izin Allah, calon yang mewakili parti DAP adalah Melayu. Calon ini juga secara terang mengeluarkan kenyataan menolak hudud dan akan berjuang dalam Parlimen untuk tidak menyokong hudud dilaksanakan di Malaysia.

Sebagai penyokong PAS, apakah mereka tidak sedar yang ini adalah ujian Allah untuk dibuat pertimbangan secara rasional. Jika dulu beria benar mereka kata UMNO jahil kerana tidak menyokong hudud, tapi hari ini calon pihak mereka yang juga Melayu Islam menolak hukum Allah.

Saya yakin, jika Dyana menang di Teluk Intan dengan membawa mesej "menolak hudud", ini menjadikan DAP lebih kuat untuk terus menentang hukum di Malaysia. Apa tidaknya??? Dyana secara terang berkempen menolak hudud, tapi ahli PAS tetap kibarkan bendera DAP dan berikan undi pada DAP.

Pada saya secara peribadi, PAS selama ini membohongi pengikutnya dengan hukum hudud. Harap ujian Allah di Teluk Intan ini membuka hati-hati masyarakat Islam bukan sahaja di Teluk Intan tetapi seluruh Malaysia yang mengikuti perkembangan PRK Teluk Intan.

Rafi Awang Kechik
Presiden Nadi Rakyat Malaysia.

Video Ibu #DyanaSofea Memalukan UMNO untuk DAP secara halus


Rakyat Malaysia sekali dikejutkan dengan kenyataan yang kasar tetapi dalam bahasa halus buat UMNO. Ini dugaan terbaru yang paling mengaibkan, yang pasti sukar untuk UMNO ambil sebarang tindakan kerana ada kekangan yang akan berlaku.

Jika dipecat nampak sangat UMNO ini tidak bermaruah tertapi jika tidak nampak sangat UMNO mendukung biawak hidup yang akn mencakar dan terus mencakar setiap inci tubuh UMNO. Apatah Ibu Dyana dengan bangga menyebut dirinya setiausaha Wanita UMNO seluruh Malaysia. Dan dia sama sekali berbangga menyokong anaknya menyertai DAP malah berbagga dengan DAP memberi peluang anaknya bertanding di kerusi cina.

Dari sudut itu dengan bahasa halus ibu Dyana menyindir ada aktiviti melayu bunuh melayu dalam UMNO dan apa salah dia lakukannya. Malah bunyai bahasa gertakan dirinya tidak kan keluar UMNO kecuali dipecat. Ada ketikanya dia menyebut rela menyertai DAP. Inikah status parasit yang berakar umbi dalam UMNO yan bergerak meruntuh cara paling terang-terang tanpa ada siapa mampu lakukan apa-apa?

Inilah saat-saat dugaan UMNO yang sukar diungkapkan dengan perkataan samada anda suka atau tidak kita telah masuk kealaf politik yang lebih mencabar. Cumanya dimana kebijaksanaan Majlis tertinggi UMNO untuk bertindak membendung gejala-gejala yang lebih meranapkan UMNO. Kerana apa yang datang hari ini menggambarkan akan datang yang lebih dahsyat lagi di kemudian hari.

Kita akur dalam situasi ini amat sukar untuk diterjemahkan dengan tindakan tetapi perlukah UMNO berpeluk tubuh atau menyinsing peluh jantan sahaja?


Sunday, 18 May 2014

#PrkTelukIntan Tunku Aziz Gagal Dibeli! Dyana Sofya Pengganti Legasi DAP


Terbaik DAP terus mantap bermainkan jarum-jarum halus kerana orang melayu kita sememangnya mudah diperlakukan sedemikian rupa.

Mungkin orang melayu kita dah lupa pendedahan Tunku Aziz menyentuh bagaimana DAP pandai menggunakan melayu sebagai senjata strategik, bahaya Chauvinis Cina DAP untuk melemahkan kuasa dan secara sistematik, sebagai minoriti menguasai majoriti Melayu-Islam atas bumi yang asalnya milik dan ibu pertiwi orang Melayu.

Mungkin kita lupa Tunku Aziz meninggalkan DAP kerana sayangkan bangsanya malah dia pernah akui pernah ditawarkan 50k sebagai pengunci mulut mendedahkan dalaman DAP.

Tidak cukup dengan itu siapa ada ancaman ugutan tindakan mahkamah tidak sedikit pun menggugat pendirian bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang tetap terus mendedahkan semua rancangan 'politik bajingan' DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Nampak tinggi dengan jati diri ANAK MELAYU ini. Tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan tidak sesekali menjual ‘rohnya’ kepada parti ‘ultra kiasu’ itu.

Taatnya beliau kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, mengalahkan taatnya Azmin Ali kepada Anwar Ibrahim dalam mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” tegasnya yang berani samggup menolak ugutan mendiang Karpal Singh.

Ini kalilah datang pula Dyana Sofya yang mengganti diri untuk menjadi alat DAP. Nampaknya patah tumbuh hilang berganti menjadi pertanda kejatuhan bangsa sendiri.

Isu Terkini

get this widget here