Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 20 December 2012

Video Detik-detik MB Azizan Zalimi Mangsa Rakyat Kedah

Kalaulah Boleh Sumpah jadi camni
Baru tau! Gambar Hiasan
Tiada kena mengena dengan cerita ini
Ini dia yang Azizan dok buat tak tau selama ini no. Dah habis depa(mereka) kebas kaw-kaw punya masuk!. 


Sampai cerah balak ditarah cukup-cukup oleh kuncu-kuncu kroni PAS.  Inilah yang rakyat kena tanggung bala!

Sudahlah dapat Menteri Besaq jenis pembohong besaq! kena pula datang parti lagi-lagi besaq maha pembohongnya. 


Sedap mulut dok kata nak buat projek Agro Pelancongan setelah bukit habis ditarah. 

Yang kita dok pikiaq kalau nak buat pelancongan lag-lagila depa bela elok-elok hutan belantara! Ini tak nak buat Agro Pelancongan depa tarah cukup-cukup sampai lincin!
Itu dok kata duit balak boleh bantu rakyat! Bantu mangkuk ayun hangpa! Hendak harap pembangunan haram pun tak meningkat yang dok ada Hasil Negeri makin nazak. Dapat hasil balak! Rakyat yang dok buat bendang terpaksa rugi kerana banjir merosakkan padi. Sapa nak tolong sara makan anak bini depa? Nak harap kerajaan Azizan boleh harap ka? 

Bukan setakat tu! habih semua rakyat kedah pakat-pakat seorang sikit tanggung bala sebab depa dok rakus rompak duit balak entah kemana dibawaknya. Awat aai! dalam kerajaan dari didikan penuh warak sangat kononnya! Hanya pandai cari hasil pendapatan negeri dengan kutip derma dan tarah bukit belantara ja kaaa. Kalau macam ini bukan setakat negeri! dapat negara lagi terus jahanam dikerjakan depa! Jenis bangsa mangkok berayun, iyalah jenis orang melayu tak mahu mengaku melayu! yang depa tau dok kapiaq orang sana sini, macam depa gerenti sangat masuk syurga. Dapat MB pun jenis pejahanam dari parti menjahanam.


Video Kisah Penampakan Hantu Dari Orang-orang Pakatan

Kalau betullah hantu lalu berlakang Mat Sabu
Rasanya hantu itu lebih ketakutan berbanding Mat Sabu
Sebab Hantu tengok jelingan mata Anwar pun dah naik pucat
dicampur Mat Sabu pun sama hebat hantunya!
Huh! Menggemparkan apabila Mahfuz menceritakan penampakan hantu. Kisahnya hantu ini kecewa dalam hidup mereka kerana gagal mendapat sesuatu yang dihajati. Mungkin sebab ini menjadi hantu.

"Biar dia nak kata apa pun, hantu-hantu ini bila tidak dapat pulut kuning, dia mengamuk," kata Mahfuz memang pakar hantu tetapi kurang pakar mengenali hantu jenis apa yang sedang dia hadapi hehe. Sebab sebelum hendak mencari hantu kena cari bomoh yang mengjaga hantu itu dahulu.

Jadi ada patut PAS atau sesiapun termasuk Mahfuz cuba-cuba teropong tengok lebih ramai hantu kaldai dari dari hantu kecewa mendapat habuan dalam PAS. Hantu kaldai lagilah bahaya sebab dia menyerang agama bangsa negara nya sendiri demi hendak mengjaga ketuanan bomoh. Erkkk siapa bomoh hantu kaldai...... Mungkin DAP kot!!!!

Kalau iyelah DAP bomonhnya maka tidak hairanlah kalau-kalau ada wujud pengamal unsur-unsur syirik! Ini rupanya yang menjadi hantu rupanya malah lebih besar lagi rupa hantu anda kena rujuk baca kat sini ok!

DAP Suarakan Sifat Cauvinis Mereka Lagi

Bertapa ramainya melayu suka menjadi Kaldai DAP kerana mengharapkan habuan peribadi, Walaupun mereka sendiri tertanya-tanya bila hendak dapat dengan perasaan penuh curiga.

Tetapi mereka ini kumpulan yang nampak lebih mudah mendapat kuasa dalam Parti DAP, kerana tidak ramai melayu yang ada, jadi peluang lebih mudah. Sayangnya sehingga sekarang masih belum ada suara apatah haj melayu diterima dan direstui di dalam DAP kecuali DAP sahaja boleh memaksa mereka bersama kaldai PAS PKR mengikut kehendak dan keinginan DAP. Tanpa boleh membantah barang sedikitpun.




KOTA TINGGI 18 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar kenyataan Naib Pengerusi baharu DAP, Dr. Ariffin S.M. Omar yang mendakwa rasuah berpunca daripada monopoli kaum Melayu dalam perkhidmatan awam.Sambil menyifatkan kenyataan Dr. Ariffin yang mengatakan orang Melayu sebagai paling korup adalah satu perbuatan tidak bijak dan sangat tidak bertanggungjawab sekali gus jelas menunjukkan parti itu cauvinis dan perkauman.

"Bila kita sebut (cauvinis dan perkauman), DAP tak mengaku tetapi kenyataan dia menuduh orang Melayu sebagai paling korup menunjukkan ternyata benar mereka bersikap demikian.

"Kesatuan perkhidmatan kerajaan dan lain-lain sudah tentu akan merasa kecewa. Tetapi sudah memang 'fiil' begitu, kalau parti itu cauvinis, datang dari mulut siapa pun di kalangan pemimpin mereka menjelmakan hakikat sebenar," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ariffin mengenai monopoli kaum Melayu sebagai punca rasuah berleluasa dalam perkhidmatan awam yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, adalah tidak mengejutkan dakwaan itu dibuat oleh seorang Melayu yang datang dari DAP dan menunjukkan Ariffin tidak tahu kedudukannya di dalam parti itu.

Kata Muhyiddin, DAP bukan untuk orang Melayu kerana hakikat sebenar terserlah melalui proses pemilihan parti itu baru-baru ini sehingga penasihat parti itu, Lim Kit Siang sendiri mengakui kegagalan tersebut.

"Dia (Ariffin) sudah hilang identiti, jadi bila buka mulut sama sahaja dengan Kit Siang, Guan Eng dan serupa Karpal Singh. (Timbalan Pengerusi DAP Johor) Ahmad Ton pun serupa juga kerana tidak tahu arah tuju perjuangan.

"Mungkin Kit Siang rasa apologetik (mengenai kedudukan Melayu dalam DAP) tetapi sebenarnya mengakui parti itu tidak mengira kepentingan politik, bersikap perkauman dan tidak sesuai untuk orang Melayu memperjuang nasib bangsa mereka," katanya.

Justeru, Muhyiddin menegaskan orang Melayu dalam DAP patut sedar penglibatan mereka adalah sia-sia kerana tidak diberi pengiktirafan oleh parti tersebut.Sementara itu di PUTRAJAYA, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mesej jelas daripada keputusan CEC itu menunjukkan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP hanya retorik.

"Apa yang berlaku dalam parti itu sekarang ialah mereka tidak terjemahkan perkara yang dilaung-laungkan dalam ceramah dan sebagainya iaitu DAP untuk semua rakyat Malaysia.

"Mereka kata benda lain tetapi lakukan perkara sebaliknya, ini membuktikan DAP tidak menunjukkan hakikat sebenar," katanya mengulas keputusan pemilihan CEC DAP itu yang langsung tidak memilih calon dari Sabah dan Sarawak tetapi cuba tampil sebagai parti pelbagai kaum.Menurut Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, parti yang dianggap demokratik itu juga gagal membuat pembaharuan dengan terus memilih ahli keluarga tertentu untuk mengisi jawatan tertinggi.

"Dia punya sistem kata demokratik tetapi tiada siapa di sana kecuali keluarga Kit Siang dan Karpal Singh sahaja, inilah realiti yang harus dilihat dalam pakatan pembangkang ini.

"Jangan kita terikut dengan cara mereka yang hanya berceramah dan berjanji macam-macam tapi realitinya tidak berlaku," katanya.Dalam pada itu, Mohd. Shafie menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan dengan sikap cauvinis yang diterjemahkan DAP dalam pemilihan itu.

"Kalau UMNO, MCA dan MIC kita faham memang parti-parti ini khusus untuk kaum masing-masing tetapi DAP yang melibatkan banyak masyarakat tetapi bersikap demikian sukar difahami," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121219/po_01/DAP-terbukti-cauvinis---TPM#ixzz2FZnn5nsb © Utusan Melayu (M) Bhd 
Published with Blogger-droid v2.0.9

Bala Buat Petani Kedah Demi Kerakusan Kerajaan PAS



Kerakusan aktiviti pembalakan di Kedah bakal membawa kesan negatif kepada tanaman padi khususnya untuk tempoh jangka panjang.

Berdasarkan kajian awal, dua keadaan dikenal pasti bakal menjejaskan pengeluaran padi di Kedah disebabkan kegiatan pembalakan secara berleluasa iaitu, kekurangan bekalan air dan tanaman musnah ditenggelami banjir.

Jika itu berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan sumber ekonomi hampir 55,130 keluarga tani di Kedah tetapi lebih buruk, negara mungkin terpaksa mengimport lebih banyak beras untuk menampung keperluan domestik.

Ini kerana buat masa sekarang kawasan tanaman padi di Kedah seluas 96,558 hektar di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyumbangkan 40 peratus daripada jumlah pengeluaran padi negara.

Namun, jika kawasan tadahan air di Pedu dan Jeniang yang selama ini membekal 10 peratus sumber air kepada Empangan Pedu, Muda dan Ahning dibotakkan, MADA bakal berdepan masalah penyusutan bekalan air.

Sedangkan, padi memerlukan air yang banyak terutamanya di peringkat awal tanaman kerana jika bekalan air gagal disalurkan mengikut jumlah sepatut disebabkan takungan di empangan menyusut, tanaman padi akan bermasalah.

Selain itu, aktiviti pembalakan juga memberi kesan langsung kepada pengeluaran padi kerana tanaman tersebut akan mati jika kawasan sawah ditenggelami banjir akibat sungai utama menjadi cetek kerana mendapan.

Lebih-lebih lagi, Kedah merupakan salah sebuah negeri yang saban tahun terpaksa berdepan dengan Monsun Timur Laut dan jika sungai cetek akibat mendapan hasil pembalakan tidak mustahil banjir lebih teruk daripada 2010 akan berlaku.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan wujudnya kegiatan perlombongan dan aktiviti korek pasir di Bukit Kachi yang mana sisa lumpur dalam kelikatan tinggi kemudiannya mendap di sungai-sungai utama di Kedah.

Menurut jurucakap MADA, kesan awal hasil aktiviti pembalakan secara berleluasa di kawasan tadahan air kepada tanaman padi di Kedah sudah mulai kelihatan dan keadaan itu perlu diatasi segera.

“Tanaman padi di Kedah di bawah kendalian MADA memberi hasil sehingga RM1 bilion setahun atau RM500 juta untuk satu-satu musim tetapi jika pembalakan tidak dikawal dan bekalan air berkurangan, kita akan bermasalah.

“Kebimbangan kami adalah untuk tempoh jangka panjang kerana jika pembalakan tidak dihentikan segera tanaman padi akan terjejas teruk sama ada disebab kekurangan air atau berlaku banjir lumpur," katanya.

Sementara itu, laporan pengeluaran padi yang dijalankan pihak MADA menunjukkan sudah berlaku kadar penurunan hasil pengeluaran bersih padi di Kedah untuk tempoh 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Bagi musim pengeluaran pertama 2009, kadar hasil bersih adalah berjumlah 489,783 metrik tan, kemudiannya menyusut sebanyak 46,338 metrik tan kepada hanya 443,445 metrik tan pada 2010.

Penyusutan juga berlaku untuk pengeluaran musim kedua di mana jumlah hasil bersih 2009 adalah 486,409 metrik tan tetapi menurun 17,533 metrik tan kepada hanya 468,876 metrik tan untuk 2010.

Penurunan kadar pengeluaran itu dipercayai ada kaitan dengan aktiviti pembalakan kerana kemusnahan padi akibat banjir 27 September 2010 yang membabitkan 827 hektar sawah padi hanya melibatkan satu musim pengeluaran.

Artikel Penuh: ALOR SETAR 18 Dis. -  Utusan Melayu

Wednesday 19 December 2012

Milo Suam Cuba Apikan Rakyat Pergaduhan biasa Kepada Rusuhan Kaum Tangguh PRU 13

Semalam amat kecoh kononnya berlaku rusuhan kaum dengan ditunjukan gambar seolah-olah 13 mei bakal berulang.

Banyak individu tidak bertangungjawap termasuk kenyataan facebook dari Milo Suam yang sengaja ambil kesempatan isu pergaduhan biasa dengan cuba mengapi-apikan rakyat kepada rusuhan kaum. rujuk sumber http://celahgelegar.blogspot.com/

Polis: Henti khabar angin rusuhan di Kuala Muda

10:05AM Dis 19 2012

Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta.Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku rusuhan kaum di daerah Kuala Muda.    

"Kita ingin maklumkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa berita yang tersiar dalam Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu, hakikatnya keadaan di Kuala Muda adalah aman dan tenteram. Tiada kematian atau kecederaan serius yang berlaku. 

   "Sehingga sekarang (sidang media) hanya ada beberapa insiden sahaja yang berlaku, bermula daripada insiden (pergaduan) pada awal pagi 16 Disember lalu (Ahad), yang mana hasil siasatan dan risikan yang kita kumpul mendapati insiden itu tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian," katanya dalam sidang media di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda lewat malam tadi.  

 Abdul Ghafar berkata kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang melibatkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama."Ia kes isolated, berdasarkan siasatan ia berpunca daripada kegiatan lumba motor tetapi telah berlaku pergaduhan yang mana kedua-duanya memanggil kawan masing-masing, dan berlaku empat lagi insiden lain.  

 "Kes ini bukan berpunca daripada kebencian, ia tindakan yang dibuat oleh mereka yang kurang bijak. Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan sehinggalah tersebarnya berita palsu yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya.    

Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing.  

 "Tidak ada rusuhan berlaku, jadi saya minta ahli masyarakat agar jangan bertindak balas, jangan sebarkan berita palsu dan jangan menghasut sehingga terjadi pergaduhan yang lebih besar. Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang.  

 "Mereka yang melakukan kesalahan pada insiden pertama sudah ditangkap dan akan disiasat berdasarkan kes yang berlaku," katanya.- Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 18 December 2012

Video Paling Jelas Nik Aziz betul-betul Nyanyuk

Video yang jelas memperlihatkan Nik Aziz semakin nyanyuk, terlampau mengikut hati, terlampau melayan kemarahannya. Sehingga menidakkan sembahyang orang lain melebihi hak Allah.

Walau apa jua kemarahan kita tidak perlulah mempertikaikan ibadat orang lain dengan allah. Siapakah Nik Aziz yang bergitu istimewa sehingga menafikan ibadat orang lain kepada Allah. sehingga Nik Aziz berani mempertikai sembahyang orang UMNO?

Berikutan sifat dan tindakan Nik Aziz telah berjangkit kepada anak-anaknya hingga pengikut-pengikutnya menjadi melampau dan amat terlampau berjuang mengikut perasaan marah yang melampau. Sehingga mereka lupa bahawasanya segala amalan individu dengan Allah bukan hak kita untuk menilainya. Adakah Nik Aziz mengjaga dan melihat 24 jam dengan apa yang Tun Dr Mahathir dan Najib Razak lakukan. Adakah 24 jam Nik memehatikan setiap gerak geri orang-orang UMNO hingga dia mempunyai hak menilai dan menentukan siapa yang ibadatnya diterima.

Minta maaflah hendak kata teruk-teruk kepada Nik Aziz tidak sampai hati! tetapi cukuplah PPM katakan semakin menonton Video Paling Jelas Nik Aziz betul-betul Nyanyuk
Semakin menonton Video Paling Jelas Nik Aziz betul-betul Nyanyuk tterasa PAS semakin jauh menyimpang
Semakin meneliti Video Paling Jelas Nik Aziz betul-betul Nyanyuk terang-terang membuktikan PAS tidak layak mengjaga Agama Bangsa dan Negara ini dengan baik.

Terbongkar Agenda Kezaliman Lim Guan Eng Terhadap Kaum Melayu India

Pernahkah anda cuba untuk membeli hartanah di Pulau Pinang?

Saya pernah, dan ini adalah dari pengalaman saya sendiri: Anda hanya akan mampu memiliki hartanah di Pulau Pinang sekiranya ada seorang jutawan! Rumah teres bersaiz sederhana di George Town kini mencecah RM600,000 dan ada juga yang dijual pada harga RM1 juta –sangat mahal berbanding lima tahun yang lepas! Anda juga boleh menjenguk di kawasan yang kurang dibangunkan seperti Balik Pulau yang mana saya juga telah membuat perbandingan. Rumah-rumah di sana juga kini mencecah RM400,000.00!

Pulau Mutiara adalah sebuah destinasi pelancongan tumpuan pelancong-pelancong antarabangsa tetapi kini secara perlahan telah menjadi sebuah kawasan eksklusif untuk golongan berada sahaja. Dalam kerakusan kerajaan negeri Pulau Pinang membangunkan hartanah untuk pembinaan kondominium mewah dan projek mega, saya dapat rasakan bahawa kerajaan pimpinan DAP ini telah mengenepikan nasib rakyat biasa seperti saya.

Semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan Pulau Pinang, mereka telah berjanji untuk membina sejumlah 11,500 buah rumah mampu milik pada harga sekitar RM150,000. Janji tersebut jelas hanya taburan janji-janji manis kerana mengikut Laporan Audit Negara 2011, rancangan tersebut masih belum dilaksanakan, malahan saya juga ingin tekankan kekurangan rumah di dalam lingkungan harga RM150,000 -RM350,000. Hakikatnya, tidak wujud perumahan bagi rakyat berpendapatan sederhana seperti saya di Pulau Pinang.

Ini adalah sebab utama mengapa saya di antara ribuan rakyat yang telah beratur panjang memohon perumahan di bawah inisiatif PR1MA. Lawatan Perdana Menteri ke Pulau Pinang minggu lepas ternyata telah memberikan suntikan semangat kepada ribuan rakyat Pulau Pinang yang kini sangat merasakan tempias pembangunan luar kawalan di bawah seliaan DAP.

Perdana Menteri telah meyakinkan kami bahawa sejumlah 20,000 buah rumah akan dibina, dan separuh daripadanya adalah di bawah rancangan PR1MA. Sebagai rakyat jati Pulau Pinang, saya sangat mengalu-alukan inisiatif ini. Sesiapa sahaja yang mempunyai pendapatan isirumah di antara RM2,500 hingga RM7,500 layak untuk mendaftar dalam program ini dan diberi pilihan untuk membeli rumah dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM400,000.

Pada pendapat saya Kerajaan Persekutuan jelas prihatin dengan permasalahan rakyat dan isu masalah rumah mampu milik di Pulau Pinang ini ternyata akan menjadi isu hangat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Nampaknya setakat ini hanya Barisan Nasional sahaja yang dapat menyakinkan saya bahawa mereka mendengar segala keluhan dan permasalahan rakyat. Saya telah hilang keyakinan saya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang yang hanya berminat untuk menjadikan Pulau Pinang satu daerah eksklusif buat golongan berada.

Namun begitu saya percaya kekurangan tanah di Pulau Pinang adalah salah satu sebab mengapa agak sukar untuk menyediakan kawasan perumahan mampu milik di Pulau Pinang.

Tidak keterlaluan juga kiranya saya katakan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang seolah secara sistematik sedang mengusir keluar golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang ke tanah besar. Semua sedia maklum bahawa golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang majoritinya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan India.

Adakah DAP berniat untuk menjadikan Pulau Mutiara ini persis Singapura.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Video Haji Hadi Gila Kuasa Hingga Kaum Mengkafirkan Aisyah r.a Diperlawa Menjadi Ahli PAS

Berginikah cara seseorang pemimpin yang mengakui Ahli Sunnah sehingga sanggup memperlawa kaum Khawarij dan Syiah menjadi sebahagian ahli PAS.
Syiah

Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.

Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.

Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.

Khawarij Kelompok Sesat Pertama Dalam Islam

Monday 17 December 2012

Video Skandal Pembohongan Terbesar Tahaluf Siyasi PAS

Apakah dimaksudkan Tahaluf Siyafi PAS
Pada maksud PAS adalah pakatan untuk menjatuhkan kerajaan zalim

Apakah yang di maksudkan pemerintahan yang zalim?
Pada PAS pemerintah yang zalim adalah pemerintah yang tidak mahu menjalankan hukum Islam.

Apakah yang dimaksudkan menjalankan hukum Islam?. 
Pada PAS menjalankan hukum islam adalah melibatkan hudud.

Tetapi bukankah hukum hudud telah ditolak dari Dasar perjuangan Pakatan Rakyat. Bagaimana PAS boleh mendabikan dada mengakui mereka melaksanakan hukum islam. Malah hukum islam yang digubal untuk salon di Kelantan pun PAS tidak mampu pertahankan.

Kemudian banyaklah para ustaz pro duduk kalut untuk pertahankan pembohongan PAS. Mereka bercakap mengalahkan presiden PAS pun ada. 

Terima kasih kepada Taming Sari sahabat PPM kerana sudi berkongsi melalui Youtube terbaik ini.

Hebat Anwar Ibrahim Buktikan Mertabatnya lebih Bagus Dari Soi Lek


Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan! rela menjadi alat kepada DAP, sekiranya  Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Kononnya "(Mereka kata) Anwar jadi alat Cina, jadi apa masalahnya? Lebih baik jadi alat Cina yang baik daripada kamu jadi alat Chua Soi Lek. "Lebih baik saya bersama Lim Guan Eng, jauh lebih baik daripada saya bersama Chua Soi Lek. Kamu nak pergi bersama dia silakan, tapi saya pilih pemimpin-pemimpin Cina dalam PKR dan DAP," kata beliau ketika menyampaikan ceramah di Padang Awam, Jawi semalam. Sumber

Kadang-kadang terasa lawak pun ada! Iyelah hebat juga matabat Anwar Ibrahim yang terkenal dengan kaitan Wajah Watak Aksi Porno Video China Doll. Sukar untuk menafikan wajah watak tersebut bukan Anwar. Apatah ujud bukti Anwar menaiki lif bersama kawan rapatnya menuju ke bilik hotel yang digambarkan berlakunya aktiviti tersebut.

Wahal video Soi Lek pula lebih kabur berbanding Anwar Ibrahim tetapi dia berani mengaku, Manakala Anwar lebih jelas videonya siap ada bukti Anwar menuju ke hotel bersama kawan yang mendedahkan isu tersebut.

Anwar langsung tidak berani menyentuh isu tersebut tetapi berani pula untuk membandingkan dirinya dengan Soi Lek. Seolah-olah dirinya paling bersih! Sekurang-kurang kalau Anwar Ibrahim berani bersumpah yang wajah watak porno dalam Video China Doll bukan dirinya. Pun sudah cukup untuk membersihkan dirinya.

Sebab itulah dalam Mutamar PAS baru-baru ini! Rata-rata akar umbi PAS langsung tidak yakin Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Sebab semua warga masih sukar untuk tidak mempercayai wajah watak Porno dalam video china doll bukanlah Anwar ibrahim, itu belum ambil kira 2 kes liwat?

Cuba mereka mendiamkan diri demi untuk menyelamatkan PAS. Oleh itu dengan hanya menafikan Anwar sebagai PM sudah cukup menggambarkan matabat Anwar terlampau rendah berbanding Soi Lek meletak jawatam dan dipilih semula. Itukah yang layak sangat Anwar hendak bandingkan dengan Chua Soi Lek?

Lawak betul buat seorang yang terlampau kemaruk ke Putrajaya dan terlampau Kemaruk jawatan Perdana Menteri sampai sanggup gadaikan maruah dan kredibliti diri dengan rela menjadi alat DAP sepertimana dirinya yang merela kepercayaan rakyat lebih mempercayai dia dengan watak porno tampa Anwar berani tampil bersumpah menyucikan diri!

Fikirkanlah dengan faktor kaitan Anwar dengan dana dari Soros yang popular dengan penjajahan lintah darat di banyak negara kecil, adalah bermula dengan adengan seperti atau hampir sama dengan apa yang sedang berlaku kepada Anwar Ibrahim sekarang.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Video Abby Buktikan Misi Gaza Cukup Sekadar Di Pasar Malam Tidak


Ohh inikah senjata yang Abby maksudkan sebelum ini/ Hampeh betul cakap orang lebih-lebih tetapi dirinya ambil upah dengan mempergunakan istilah membela Gaza untuk tujuan politik semata-mata.

Patutlah penontonya ciput sebab orang dah naik muak dengan politik cari makan Abby. Sudahlah status jihadnya banyak sangat perlu dipersoalkan, masih sempat juga memaki hamun orang yang benar-benar menyempurnakan misi bantuan di Gaza.

Kalau hendak bandingkan Abby dengan kumpulan yang bersusah payah ke Gaza. Alahai malunya! macam mana Abby boleh buat muka tebal semata-mata mencari makan? Itupun jangan hendak bawa senjata lagi tu!

Hai inilah akibat kalau orang yang berguru agama dengan ahli politik. Semua benda dipolitikan kerana Abby hanya ada cara yang bergini sahaja untuk menyambung rezeki hidupnya.

Sunday 16 December 2012

Video UFB Serang Lim Kit Siang

Haji Hadi telah hilang kewarasan yang sewajarnya kerana terlampau berharap sangat dengan cita-cita menuju ke Putrajaya sehingga mengabaikan tanggungjawap sebagai pemimpin yang membawa syiar islam. Nampaknya Haji Hadi lebih memperalatkan dan mempolitikkan agama demi matlamat.

Tidak tahulah jika akidah kita tergugat bagaimana kita hendak hadapi di padang Mashar dan bolehkah kita layak terima syafaat jika akidah kita terjejas? Kerana apa kita beria-ia sangat menyetujui pluralisme yang terang mengatakan semua agama itu sama! dan bagaimana pula akhidah kita jika bersetuju yang hak samarata memilih agama termasuk melayu.

Jika anda fikirkan akidah adalah isu remeh jadi fikirkan semula persoalan PPM berikan awal tadi! layakkah kita? Bila amalan kita ditimbang dan dosa lebih berat! layakkah kita mendapat peluang kedua dengan menggunakan khalimah Allah?

Inikah Amanat Ketiga Haji Hadi ? Berlajar Terima Pluralisme

Haji Hadi semakin berani merelakan perjuangan dasar Pluralisme. Ini menjadi pendekatan terbaru PAS yang pasti telah bercanggah 360 darjah berbanding amanat 1981

“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.

JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR

“Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan.Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.

JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!

Sekarang adakah kenyataan terbaru Haji Hadi mengjadi Amanat ke3 Haji Hadi? buat tahun 2012? Cuba baca...

Pas tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas terhadap agama sendiri.

“Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.

SETELAH HAJI HADI MEMBUAT PERJANJIAN SULIT DENGAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENGGUGURKAN NEGARA ISLAM DAN HUDUD JIKA PAKATAN TAWAN PUTRAJAYA. SEKARANG HAJI HADI CUBA MENYAKINKAN MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA UNTUK TERIMA PLURALISME.

Iya buat masa sekarang masyarakat berlajar sekadar menerima kerana yang penting akidah kita kuat. Adakah kita perlu berlajar seperti Indonisia yang sekarang sampai tahap membenarkan perkahwinan berbeza agama?

Inilah membuktikan bertapa singkatnya akal manusia yang kemaruk ke Putrajaya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isu Terkini

get this widget here