“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR
“Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan.Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!
Sekarang adakah kenyataan terbaru Haji Hadi mengjadi Amanat ke3 Haji Hadi? buat tahun 2012? Cuba baca...
Pas tidak kisah gambaran DAP berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu, termasuk menyifatkan hubungan mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme atau kepelbagaian agama.
Perkara itu dijelaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan pluralisme merupakan satu bentuk fahaman yang tidak boleh dipaksa.Bagaimanapun, beliau meminta orang Islam supaya berpendirian tegas terhadap agama sendiri.
“Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.
SETELAH HAJI HADI MEMBUAT PERJANJIAN SULIT DENGAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENGGUGURKAN NEGARA ISLAM DAN HUDUD JIKA PAKATAN TAWAN PUTRAJAYA. SEKARANG HAJI HADI CUBA MENYAKINKAN MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA UNTUK TERIMA PLURALISME.
Iya buat masa sekarang masyarakat berlajar sekadar menerima kerana yang penting akidah kita kuat. Adakah kita perlu berlajar seperti Indonisia yang sekarang sampai tahap membenarkan perkahwinan berbeza agama?
Inilah membuktikan bertapa singkatnya akal manusia yang kemaruk ke Putrajaya.
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment