Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 21 September 2013

Perang Tengku Adnan V'S Ambiga Semakin Membuak-buak Panas

Untuk kali ini Tengku Adnan tidak beri ruang barang seinci buat Ambiga untuk mengelak dari menjawap. Cukup lantang tetapi Ambiga kurang mahu menjawap kerana ada sedikit kekangan atas sikap membisunya dalam pemilihan CEC DAP.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertahankan dakwaannya yang BERSIH pernah menghantar warganegara Bangladesh yang menyamar sebagai warganegara ke kawasan parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum lalu. Tetapi Ambiga semakin cuba melarikan diri dari terjebak lebih jauh apatah CEC DAP sudah tidak lama lagi.


Ramalan Calon Yang Berjaya Mengisi Kerusi Perhimpunan Agung UMNO 2013

Macam biasa setiap kali pertandingan mesti ada ramalan siapa yang layak, kali ini cuaca alam maya telah meramalkan siapa calon-calon akan berjaya dalam PAU13.

Namun bergitu ini adalah ramalan atau mungkin juga propaganda. Kadang-kadang separuh dari nama calon ini telah ada peluang yang cerah,

Tetapi inilah senarai yang sedang merebak pantas di alam maya. segala kemungkinan boleh berlaku tetapi yang penting BERTANDINGLAH DENGAN SUASANA HARMONI. menang atau kalah bukan ukuran tetapi ABATA keutamaan.

Namun bergitu yang memuskilkan kenapa Tan Sri Muhyiddin yasin? Itulah propaganda yang sedang bermain..

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menang jawatan presiden, timbalan presiden Umno tanpa bertanding berikutan tiada borang pencalonan lain diterima apabila proses penyerahan borang ditutup 5 petang ini. - Bernama



Free Malaysia Today Pro Ideologi Komunis Serang Pendedahan Panas Datuk Idris

Sebuah portal Pro Pakatan Rakyat telah menunjuk taringnya sebagai portal yang pro parti komunis. Apabila bergitu berani dan lantang menyerang dan mempertikaikan tindakan Datuk Idris Buang menyentuh isu kaitan Komunis dan Sang Saka Malaya.

Menurut penulisan Ahli Pemikir Bebas dalam Parti Pesaka Bumiputera, Datuk Idris buang adalah jelas bila menyentuh isu ini tetapi sengaja diputar belitkan oleh FMT.

BENDERA SANG SAKA MALAYA YANG DI BELA OLEH PENYOKONG2 PEMBANGKANG ADA KAITAN DENGAN PENGGANAS KOMUNIS CHIN PENG? 
 Chin Peng merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang memang nekad dari mula2 lagi untuk memerintah Malaya dan seterusnya Malaysia. 
Mereka sanggup membunuh dengan kejam sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan mereka.Mereka main paksa dan mengguna kekerasan. 
Majoriti orang Melayu dan anak bumi Malaya , Sabah dan Sarawak memilih untuk menuntut kemerdekaan secara beradab diplomasi dan demokrasi dari British dengan di awasi Pertubuhan Bangsa2 Bersatu dan bukan cara komunis , menggunakan kekerasan dan bertumpah darah.  
Chin Peng dan rakan2 komunisnya sebenarnya bukan mahu orang Melayu atau anak bumi memerintah. CHIN peng di Malaya dan rakan seperjuangan mereka di Sarawak dan Kalimantan Indonesia di katakan ada strategi bersama.  
Mereka mahu memerintah Malaya dan Sarawak sendiri secara kuku besi. Itulah sebabnya mereka di tolak dan memang sudah jahat, mereka mengambil jalan jahat untuk menentang dan membunuh orang2 kita yang menolak mereka.  
Bukit Kepong, Tebedu Polis Station, Siburan Polis Station antara yang mereka serang dan anggota2 serta keluarga polis di bunuh dengan kejam sekali. Senjata api yang mencukupi serta organisasi yang cukup teratur dan " berdisiplin" mereka itu sama lah dengan Kongsi2 gelap tetapi bezanya , mereka beruniform , sanggup hidup dalam hutan dan gunung ganang dan kuat mengedar ideologi komunis. 
Ideologi ini nampak macam menyebelahi rakyat jelata tetapi sebenarnya memerah rakyat jelata untuk mementingkan ketua dan tampok atasan...macam gengsterlah.  
Ideologi inilah yang nak di sebar oleh orang melayu bangang macam Hishamuddin Rais, Khalid Ismath, Adam Adli,A Samad Said yang mengebarkan bendera SANG SAKA MALAYA yang sama dengan bendera yang Chin Peng kibarkan. Matsabu dan Ambiga rupnaya tak lari dari menyokong mereka menerusi BERSIH. . 
Begitu juga pemimpin2 Pakatan Rakyat yang menggunakan demonstrasi jalanan itu, sebenarnya demo jalanan BERSIH itu adalah strategi yang secara " logical inference" ada berkaitan dengan pejuangan Komunis Chin Peng yang cuba mengangkat bendera Sang Saka Malaya tersebut.  
Kalau demikian maka Anwar,Lim kit siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dll itu tentulah bersyubhah dengan gerakan mendaulatkan Sang Saka Malaya yang ada unsur2 komunis menerusi kaitan2 ini semua.  
KITA MENOLAK KOMUNIS CHIN PENG INI SERTA SEMUA PENYOKONG2 NYA DARI KALANGAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DAN NGO2 YANG BERSEKONGKOL ITU.  
MAKA KITA TIDAK IZINKAN MAYAT CHIN PENG UNTUK DI ABADIKAN DI MALAYSIA KERANA IA AKAN MEMBAWA SIAL DAN KECELAKAAN PADA KEHARMONIAN DAN KEDAULATAN NEGARA .Sumber Facebook Datuk Idris Buang

 Tetapi penulisan ini sengaja diputar-belitkan oleh FMT dan menyerang Datuk Idris kononnya terlampau pro UMNO. ADAKAH ISU PENGARUH IDEOLOGI HANYA ISU UMNO SEMATA-MATA? Hakikatnya isu Chin Peng bukanlah isu berkenaan parti mana-mana kecuali cara pendekatan Ideologi ini memang benar menjadi pendekatan gerak saraf Pakatan Haram. Datuk Idris telah hujahkan dengan terperincinya.

Pokok pangkalnya, Chin Peng tak dapat diterima kerana dia bukanlah warganegara Malaysia. Dulunya telah ditawarkan pengampunan dan kewarganegaraan sebanyak dua kali, dan kedua-duanya ditolak Chin Peng. Sekarang bila dah mampos baru terhegeh-hegeh nak datang Malaysia kenapa? 

Kerana semasa nyawanya bebaki-baki paras hidung ada pula melayu-melayu bodoh yang seperti diceritakan Datuk Idris menjadi pepatung yang tali-talinya dikawal golongan bangsa biadap. Betullah memang jenis Melayu bodoh pun sampai sanggup makan babi kerana hendak membukti bertapa setianya kepada bangsa biadap.

Itulah yang menyebabkan Chin Peng teruja sangat nak kembali masuk Malaysia. Tapi minta maaflah abupun kami tidak kami benarkan untuk jejak kebumi ini.

Namun bergitu ada juga pengikut melayu bodoh ini yang kebanyakan dari kalangan orang-orang melayu biol. Mengatakan kenapa Jepun yang juga kejam boleh datang melawat Malaysia? Nampak sangat tidak tahu membezakan antara pengkhianat dengan penjajah mana yang lebih bahaya.

Penjajah biasanya dapat tawan mana-mana negara dengan bantuan pengkhianat. Tetapi bila misi mereka gagal adalah sukar untul mengulangi rancangam kali kedua kerana kewujudan mereka adalah sesuatu yang boleh nampak dan disedari. Sudah pasti pengalaman lama menjadi pedoman pertahanan bentenh sesebuah negara.

Berbeza dengan pengkhianat bangsa negara. Mereka ini adalah dikalangan sedara-sedara yang sedarah sebangsa. Selalu menjadi kearkaban pergaulan sebagai strategi menghasut, mencuri infomasi, menyalurkan info sulit kepada penjajah, sabotaj dan menjadi proksi pada mana-mana misi rusuhan hingga boleh merebak ke perang saudara. Fungsi pengkhianat lebih kepada memecahkan benteng perpaduan supaya lebih mudah penjajah masuk.

Itu antara sebab kenapa Chin Peng dilarang masuk. Dan apatah lagi gerakan yang mendukong Sang Saka, yang terselah tahap pro Chin Peng, ini mendapat pembiayaan dari tangan kuasa asing seperti mana pernah diakui sendiri oleh Suaram atau lebih tepat Suara Anak Haram mengakui menerima dana luar untuk pergerakan mereka yang juga pro Pakatan Haram.

Jadi dimana salahnya untuk FMT memutar belit cerita? Adakah mereka di arahkan membendung perasaan takut rakyat dari resiko semakin sedar dengan pegerakan pengkhianat negara? Akibatnya segala strategi agenda gerak perang  saraf melumpuh benteng perpaduan negara, mirip dengan strategi perang saraf  ideologi komunis, menjadi gagal.

Friday 20 September 2013

NIK AZIZ? PRU13 DIakui Kemenangan PAS Kelantan Hasil Kerja DAP

Wah-wah kali ini memang kembang semangkuk Nik Aziz dan Haji Hadi dipuji-puji melambung dengan pujian-pujian PAS semakin kukuh dimata orang melayu. Tetapi rupa-rupanya kemenangan PAS mempertahankan Kelantan kerana hasil kerja DAP. Lihat ini..


PAS bukan semakin lemah malah akan terus kukuh dan kuat kedudukannya serta mendapat sokongan lebih besar masyarakat hasil kerjasama politik bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).


Kita juga dapat lihat bagaimana PAS berjaya merampas Kelantan daripada terus diperintah BN pada PRU 1990 ketika bekerjasama dengan parti Semangat 46 dan keadaan itu bertambah kukuh hasil kerjasama dengan PKR dan DAP

Walhal prestasi Pas negeri pada PRU13 jauh merosot berbanding PRU12 apabila BN berjaya menambah bilangan kerusi dari enam kepada 14 kerusi.

Barulah PPM faham selama ini selama ini PAS boleh pertahankan Kelantan dengan undi besar secara gerak kerja sendirian adalah rekod terburuk berbanding pada PRU13 10 kerusi terbang ke tangan BN, dari hasil kerjasama PKR dan DAP.

Nampaknya PAS lebih suka makan puji-pujian berbanding memandang realiti sokongan melayu terhadap PAS?

Kedai Mampu Milik - Najib Tekad Memperkasakan Bumiputera

Semenjak Datuk Sri Najib umumkan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi semakin lantang diserang puak-puak Pakatan Haram sebagai rasis. Namun bergitu Najib diharap jangan alang-alang teruskan dengan Kedai Mampu milik. Biar kali ini benar-benar diperkasakan dengan penuh lengkap supaya impian bukan menjadi sekadar harapan.
INI KENYATAAN DSN....
Kerajaan akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik bagi memastikan kaum Bumiputera tidak ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata langkah itu akan dilaksanakan di bawah fokus ketiga Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

"Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad, dan kerajaan negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada kaum Bumiputera di seluruh negara," katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Sabtu lepas, Najib mengumumkan langkah dan strategi baharu bagi memperkasa ekonomi Bumiputera, berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB), yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan beliau sendiri.

MEB akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Antara strategi itu ialah menangani Bumiputera yang masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. - Bernama

Gempar Antara Darjat & Calon PAU13 Mencabar Kj Buat PC Jam 3 petang

Dalam diam-diam ramai mengatakan Khairy Jamaludin tidak akan dicabar pada PAU 13. Tetapi memandangkan borang penyertaan mesti dihantar pada tarikh akhir 21/9/2013 maka mulalah kedengaran suara-suara akan membuat PC mengumumkan mencabar KJ.

PPM difahamkan calon itu akan umumkan dirinya pada jam 3 hari ini dan lokasinya dan siapa akan diberitahukan kemudian. Persoalannya adakah calon itu benar-benar bersedia mengumumkan dirinya? Biasalah kalau kedudukan di cabar lebih bagus berbanding tidak kerana boleh memberi kredit integriti kepada mana calon yang dapat bertahan atau baru naik.

Apa-apa PAU 13 UMNO bukanlah macam CEC DAP atau pesta terbang kerusi PKR. Dalam UMNO penuh demokrasi yang membenarkan siapa sahaja yang memenuhi syarat-syarat bertanding adalah layak menyuarakan kehendakannya.

Bercakap soal bertanding, yang paling sedih ada pula darjat kasta-kasta yang melarang bertanding seperti kisah malang di pautan ini (klik)

Biar Betul Gempar Akhirnya Tan Sri Musa Menyokong Chin Peng ?

Menurut sumber, Diam tak diam tibalah Tan Sri Musa Hassan mengeluarkan kenyataan menyokong Chin Peng, ini berikutan dari timbul pelbagai bantahan atau sokongan samada Abu Mendiang Chin Peng di benarkan masuk ke Malaysia. 

Kezaliman dan keganasan yang dilakukan mendiang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua terhadap negara masih lagi dirasai oleh rakyat Malaysia walaupun ada sesetengah pihak sudah melupakan dan bersedia “memaafkan” inidividu terbabit.

Bekas ketua Polis Negara, Tan Sri musa Hassan menjelaskan, Chin Peng tidak memberi sebarang makna dalam proses kemerdekaan negara walaupun sesetengah pengkaji sejarah berpendapat Chin Peng wajar ditempatkan dalam sejarah kerana mengetuai pasukan komunis menentang pencerobohan Jepun dan penjajah British.

Musa berkata, matlamat penubuhan PKM sebenar adalah melancarkan serangan untuk mengambil alih kuasa dengan membentuk satu negara komunis dan bukan memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

“Bagi saya oleh kerana dia sudah lama tidak ada di sini (Malaysia), dan menetap di negara dia sendiri hendak duduk, jadi biarlah dia bermaustatin di tempat itu,” katanya.

Menjawab pertanyaan MySuara mengapa kerajaan boleh melupakan detik hitam sewaktu dijajah oleh penjajah British dan Jepun , kenapa tidak memberi maaf serta kelonggaran untuk abu mayat Chin Peng dibawa pulang ditanah kelahiranya, Musa berkata, Chin Peng adalah seorang pengganas.

“British menjajah kita, dalam pada yang sama membanggunkan negara kita bukan merosakkan negara ini dan apabila kita menuntut kemerdekaan, mereka (British) memberi kemerdekaan kepada kita dan tidak mengubah sistem, tetapi komunis mengubah sistem ,” katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia MCCC di Hotel Crsytal Crown, tengah hari tadi. sumber

##ohh rupa-rupa Tan Sri Musa menyokong akan Abu Chin Peng dilarang masuk ke Malaysia...

Video Anwar Selindung Malu Terkena Buah K'O Tun Dr Mahathir

Akhirnya dengan hanya 5 soalan Tun Dr Mahathir cukup untuk membuatkan tampil dengan penuh malu, Anwar berpeluh-peluh bukan setakat sehari tetapi seminggu telah diberi peluang. Rupa-rupanya Anwar hanya mampu tewas sebelum sempat membidas balik serangan Tun Mahathir. Lihat apa dah jadi klik video ini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seakan-akan berdalih dari dakwaannya apabila tidak menyalahkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam 'Projek IC' sepertimana yang didakwanya sebelum ini.

Menurut beliau, Mahthir tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya dalam hal tersebut dan siasatan lanjut perlu dilaksanakan bagi mencari dalang sebenar penyerahan kerakyatan negara kepada warga asing.

"Mahathir tidak perlu dipersalahkan sepenuhnya. Ianya cuma perkara ini berlaku ketika pemerintahan beliau dan berterusan selepas tamat pemerintahannya," katanya kepada Panel Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini.

Anwar dalam kenyataanya turut menyebut, hal ini bukanlah sebuah propaganda besar parti Barisan Nasional (BN) tetapi merupakan agenda individu di dalam parti yang ingin meraih sokongan.

Beliau kemudiannya terus menafikan pembabitannya bersama Projek IC dengan mendakwa pergerakannya disekat semenjak berada di dalam kabinet menteri.

"Semenjak memegang jawatan sebagai Naib Presiden UMNO hingga ke Timbalan Presiden UMNO pergerakan saya disekat. Di mana-mana sahaja akan ada Pegawai Cawangan Khas akan mengekori saya.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan tidak pernah dijemput dalam mana-mana mesyuarat bagi membincangkan isu memberi kerakyatan kepada warga asing," ujarnya.

Tambah beliau, beliau juga tidak pernah diberitahu mengenai hal tersebut ketika memangku jawatan Perdana Menteri sewaktu Tun Mahathir berada di luar negara selama dua bulan.

“Ketika memegang jawatan sebagai pemangku Perdana Menteri saya juga tidak diberi taklimat berhubung dengan projek ini. Malah tidak pernah melihat ataupun menandatangani sebarang dokumen untuk kelulusan pemberian IC.

“Dulu dalam kerajaan setiap perkara yang ingin dilakukan perlu mendapat kebenaran ataupun kelulusan dari Perdana Menteri, sesiapa pun tidak boleh membuat sebarang keputusan termasuk memberi IC tanpa kebenaran Mahathir,” ujarnya lagi.

Anwar merupakan saksi ke-210 dalam perbicaraan RCI Projek IC selepas Tun Mahathir memberi kenyataannya di tempat sama minggu lalu.

Menurut Tun Mahathir, Anwar yang tahu mengenai isu tersebut pada ketika itu boleh menggunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing.

Thursday 19 September 2013

Kesian Video Anwar Dihina Tidak Layak Mewakili Islam

Kadang-kadang terasa kesian juga dengan Anwar Ibrahim apabila semakin ramai rakyat bangkit menghina Anwar tanpa takut-takut lagi. Mungkin inilah budaya pernah diajar olehnya fulu dan sekarang makin makan diri.

Kisahnya bangkitnya seorang melayu meluahkan perasaan tidak sukanya Anwar mewakili umat Islam negara ini ke dialog peringkat tertinggi antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Sepanyol. Anda dengar sendirilah dengan Tengok Video ini

Video Skandal Pergaduhan Antara 3 Darjat DAP

Itulah DAP asal permilihan je mesti bergaduh, bergaduh bergaduh. Sebenar PPM amat terpegun dengan pendedahan skandal darjat-darjat yang tertera di kalangan DAP tetapi dalam banyak-banyak darjat DAP satu sahaja paling-paling tidak berguna iaitu pecacai kebulur taik DAP sampai sanggup menggadaikan perjuangan ABATA. Bukan setakat CEC DAP telah menjadi isu pergaduhan dalaman seperti video ini (klik)

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i) Cawangan sijil A
ii) Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP

Clare Rewcastle Terburai Skandal Projek Baitulmal Sarawak



Sekali anda baca Sarawak Report mungkin anda tertarik pendedahannya tetapi jika anda mengkaji secara mendalam, biar sampai PecahPalakMikir, ingin lampirkan dengan bukti dan fakta disebalik etika dan undang-undang negara, supaya anda faham dan nampak bertapa bodohnya pengarang Sarawak Report yang bercita-cita membangkitkan rasa benci rakyat terutama melayu islam, kepada Kerajaan Barisan Nasional.

1. HSL adalah sebuah public listed company, Berdasarkan Takrifan Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.

Dari sini kita kena faham sebarang keputusan untuk menggunakan dana dan khidmat dari HSL perlu mendapat kelulusan lembaga pengarah termasuk Eastbourne Corporation Berhad. Apatah mengeluarkan dana bagi kegunaan dan kepentingan syarikat individu. Tentu boleh mencetus pertelingkahan dan tentangan lembaga pengarah. 

ADAKAH SARAWAK REPORT MEMPUNYAI BUKTI YANG ANTARA LEMBAGA PENGARAH BANGKIT MELAPURKAN PENYELEWENGAN DALAM SYARIKAT?

2. Semua accounts dan aspek2 pengurusan di audit dengan terperinci mengikut piawaian antarabangsa oleh Firma Audit yang dibenarkan dan di awasi oleh Bursa Saham mengikut Undang-undang termasuk Undang-undang Anti- Rasuah.

Dari itu jika Sarawak Report mempunyai bukti-bukti yang jelas kenapa tidak bawa kemuka aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM. Kalau ada-ada yang beralasan tidak mempercayai SPRM, jangan berdalih kerana berapa banyak kes aduan Pakatan Rakyat dalam pembicaraan dan ada yang sudah disabit kesalahan.

MALAH BELUM PERNAH SEBARANG PENULISAN DARI SARAWAK REPORT DIGUNA PAKAI SEBAGAI BUKTI SESUATU KES MEMBABITKAN BN SARAWAK?

3. Audit Public Listed Company di buat secara telus dan transparent oleh Pengaudit Bebas yang terkemuka dan arif tentang selok belok Undang-undang dan pengumuman apa-apa jua tentang Kewangan dan konntrak-kontrak yang di perolehi di buat tiap-tiap 3 bulan kepada umum/public.

Dari sini Sarawak Report tidak berani menyentuh dan menyangkal akan ketulusan ini. Jika Sarawak Report mempunyai bukti keatas soal audit. PecahPalakMikir percaya awal-awal lagi puak-puak Pakatan Rakyat berlumba-lumba membuat aduan polis dan SPRM.

4. Kedapatan kontrak dan sebagainya adalah mengikut undang-undang, amalan serta etika terbaik. Oleh itu tiada unsur-unsur rasuah berlaku didalam apajua kontrak-kontrak yang di perolehi.

Bolehkah pihak Sarawak Report buktikan salah guna kuasa ini?

Part2, Sarawak Report memfitnah tanpa had, hingga pengarangnya mempamerkan kebodohan yang melampau tanpa memahami peranan dan etika Baitumal Sarawak mengikut syara.

Tujuan sebenar Clare mainkan isu ini dengan harapan timbul perasaan syak wasangka masyarakat islam terutama warga Sarawak, bangkit dengan penuh kemarahan, kerana penyelewengan wang zakat dan wakaf adalah perkara paling sensitif dikalangan umat islam. 

ISTILAH KEWANGAN ISLAM ADALAH ISTILAH PALING DIBENCI APATAH MENJADI PENJANA KEMAJUAN, PERPADUAN DAN KEMAKMURAN MASYARKAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA KESELURUHAN BOLEH BERSATU.

Dengan harapan pepecahan ummah sudah pasti kemenangan besar PRU13 DAPAT DINAFIKAN PADA PRN SARAWAK YANG AKAN DATANG INI. Part 2 membuktikan 6 perkara.



Yang paling ketara pembohongan pengarang amat terang memperbodoh-bodohkan rakyat, adalah idea pembohongan kontrak yang lebih menunjukan Calare Rewcastle yang terlebih bodoh.

Hanya kerana ingin menghasut rakyat membenci Yb Daud, malah peluru sebenar kepada CM dan seterusnya untuk menghapuskan Barisan Nasional dan penguasaan kuasa politik bumiputera di bumi bertuah ini. Lihat 5 perkara yang paling mudah untuk memperdayakan rakyat.



Pembohongan besar oleh Sarawak Report yang berniat jahat semata-mata adalah saja membuat cerita untuk kepentingan politik pihak tertentu.

SESUNGGUHNYA CLARE REWCASTLE BROWN ADALAH JENTERA UPAHAN DENGAN BANTUAN DANA KUASA ASING,

FUNGSINYA UNTUK MENGHALANG PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA DAN SEBAB ITULAH BELUM PERNAH SARAWAK REPORT MENYERANG MANA-MANA CAUVINIS YANG KAYA-RAYA TERUTAMA DARI DAP DAN PKR.

By PecahPalakMikir JANGAN TERHASUD SUMPITAN RACUN PERMUSNAH PENGARUH ISLAM, BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA.

Wednesday 18 September 2013

Video Sekali Lagi Hishamuddin Rais Mencabar Polis & Menghasut

Memang jenis manusia yang tidak tahu serik-serik sentiasa mencari jalan untuk makan nasi kosong ikan masin lihat pautan video ini diberani main haram-haram sesuka hati dengan Amerika..

Tuesday 17 September 2013

Haji Hadi Biar Bangsa Sendiri Merempat Asalkan Couvinis Terus Kaya-raya

Bila PAS dikatakan mudah dibeli DAP, mereka marah panas baran tidak ketahuan hala. Hakikatnya pendirian meteka lebih memikirkan nasib perut sendiri dati melihat bangsa melayu dan bumiputera berpeluang untuk menyaingi cauvinis.

Haji Hadi sakit hati sangatkah dengan bangsa sendiri atau sememangnya jiwanya sudah kelam dibeli-beli dengan umpan kuasa dari DAP? Selama ini tidak pernahpun PAS mendapat sebarang kelebihan dari DAP melainkan menjadi hamba memenuhi nafsu DAP.

Untuk apa perjuangan PAS kalau sekadar menjadi perosak kepada bangsa sendiri malah melampau-lampau hingga menggadaikan keutuhan agama islam di negara ini. Lihatlah apa pendirian Haji Hadi bila khalimah Allah menjadi tuntutan hak DAP?

Sekarang Haji Hadi lebih kejam mahu melihat bangsanya sendiri merempat di tanah tumpah darahnya. Haji Hadi lupa yang Cauvinis bimbang kebangkitan melayu dan bumiputera bangkit menguasai kekayaan menyaingi Cauvinis. Kerana dengan ada kekayaan Melayu dan Bumiputera boleh berdiri lebih teguh tanpa terlampau menagih simpati cauvinis. ITULAH DINAMAKAN KEADILAN KERANA MELAYU BUMIPUTERA BERJUMLAH 67.9% MAJORITI PENDUDUK MALAYSIA.

Nilai tekad Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan itu untuk siapa kalau bukan memberi ruang dan peluang untuk melayu dan bumiputera bangkit menyaingi Cauvinis dari terus-menerus terpinggir ditepi bandar kerana tiada kemampuan menyaingi Cauvinis di dalam bandar-bandar besar. Lihat ini untuk siapa.

* Kerajaan akan memperbanyak program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran. 

* Program latihan semula dipergiat menerusi peruntukan tambahan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.

* Bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara akan ditambah menerusi pendekatan latihan dua syif.

* Program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluas untuk menambah bilangan penerima manfaat bagi mengatasi masalah kebolehpasaran.

* Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluas Program Pendidikan Lepasan Ijazah terutama dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi. 
* Program Peneraju Profesional diperluas bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera yang mendapat pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah terutama dalam bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

* Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan suntikan 10 bilion unit saham.

* Ekuinas mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat Bumiputera di senarai di Bursa Malaysia. 

* Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemas untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat bagi mengoptimumkan nilai aset bukan kewangan seperti hartanah.

* Pelaburan Hartanah Bhd, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuh bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutama di lokasi strategik di seluruh negara.

* Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara.

* UDA Corporation akan diperkukuh untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

* GLC dan GLIC terlibat dalam perniagaan hartanah diarahkan untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutama perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

* Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh.

* Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun. 

* Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disasarkan meningkat kepada 500,00 daripada 350,000 orang pada 2015. 

* Dana tambahan sejumlah RM700 juta diberi kepada TEKUN Nasional. 

* Bilangan usahawan TEKUN Nasional disasarkan meningkat kepada 370,000 tahun 2015 daripada 270,000 sekarang. 

* Semua Kementerian dan GLC diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor juga berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera supaya mereka berdaya maju dan mampan.

* Jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank.

* Lonjakkan program Pembangunan Vendor (VDP) oleh Petronas bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

* Ketua Pegawai Eksekutif di GLC akan menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diluluskan kepada vendor. Ini wajib dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.

* Bagi menangani isu rantaian perbekalan, kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian. GLC dan GLIC akan mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.

* Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengenal pasti perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.

* Dasar 'Carve-out' akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC. Empat projek yang dikenal pasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

* Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) diperkenal untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun. SUPERB akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada entrepreneur baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

* Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan di semua kementerian dan bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera. 

* Peningkatan pengambilan pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020 termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

* Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk 'Matching Fund' nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan disalurkan secara berperingkat.

* TERAJU diletakkan langsung di bawah Perdana Menteri, dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri

* Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Skim Permulaan Entrepreneur Baharu Bumiputera (SUPERB) akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU.

Mat Sabu Seketurunan Chin Peng Sedih Abunya Dihalang Masuk



Alamak tiba-tiba ada lapuran salasilah kaitan Mat Sabu dengan Chin Peng? Lihat kenyataan bawah ini dan sudahastolah Mat Sabu prang paling sedih meratap kegagalan Abu Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.



KOTA KINABALU 16 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang meninggal dunia pagi ini di Bangkok, Thailand.

Selain itu, katanya, kerajaan juga sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat pengganas yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat dan negara itu dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta oleh ahli keluarga mendiang itu. - UTUSAN

Tahniah Dato Sri Najib Razak yang faham apa yang kami mahukan. Sesungguhnya Chin Peng tidak layak untuk diberikan apa apa penghormatan mahupun abu nya dibawa pulang ke Malaysia.

Tasis Dr Dzulkefly " PAS Jentera Pemusnah Ummah "

Bertapa hebatnya Dr Dzulkefli bermain wayang dengan kepura-puraan yang nyata apabila tampil sebagai cendikiawan hebat PAS, membentang tasis memperkasakan PAS tetapi lebih kepada jentera pemusnah perpaduan umat islam Malaysia Buktinya..


Ini ceritan Dakwah PAS mestilah ‘menerobos’ rumah pengundi tradisi Melayu untuk menarik sokongan mereka, seperti diwar-warkan oleh AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. 



Tapi sayang sekali cara pendekatan Dr Dzulkefly mengabaikan matlamat dan prinsip sebenar PAS yang ingin memertabatkan syiar islam. Mereka takut untuk memperdebatkan lagi soal isu kepentingan islam sebab itu Dr Dzulkefly mengatakan:


Ini kerana sifat golongan tradisi Melayu itu sukar untuk mengubah sokongan mereka daripada parti kerajaan kepada pembangkang. Justeru, katanya PAS yang sentiasa berdepan dengan mereka pada pilihan raya seharusnya memastikan dakwah yang dijalankan dapat memasuki rumah golongan itu. 


Sebenarnya PAS hampir menawan hati orang-orang melayu tetapi kerana PAS bergitu terdesak dan tergopoh-gopoh ingin mencari kuasa, hingga mereka tersalah langkah memilih PKR dan DAP. Sayangnya soal ini tidak pula dibangkitkan oleh Dr Dzulkefly sebaliknya:


“Siasah kita bermula dengan dakwah, kita bukan siasah sahaja, siasah dan berdakwah,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja ‘Pengalaman Kekalahan’ pada Ijtimak PAS Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, petang semalam.


Persoalanya dimana dikatakan berdakwah jika PAS boleh membenarkan bukan islam masuk masjid dan surau bagi menyebarkan dakyah-dakyah politik membenci sesama islam? Tetapi tidak juga Dr Dzulkefly perhujahkan sebaliknya dia terus menyambung kajiannya dengan:


Tambahnya, di samping melaksanakan aktiviti dakwah, PAS perlu mengatur strategi siasah kepada mereka. Beliau menambah, PAS perlu melaksanakannya serentak kerana PAS adalah parti siasah dan dakwah.


Sedangkan dakwah mereka sepanjang masa tersasar, bercampur bagaimana corak pemerintahan PAS keatas Kelantan seringkali meminggirkan hak rakyat dan kebajikan rakyat Kelantan. Sebaliknya fungsi pentabiran PAS terhadap Kelantan hanyalah bagaimana untuk mempengaruhi lebih ramai orang islam membenci sesama islam. Hingga berlaku kisah sembahyang tidak sah berimamkan orang UMNO, korban orang UMNO tidak halal, Sembahyang berasingan imam berdasarkan pegangan politik. Wali orang UMNO tidak sah hingga suami PAS menceraikan isteri kerana menyokong UMNO.

Siasah apa yang hendak dibawa? 

Sebenarnya tidak berani diperjelaskan permasalahan PAS yang cenderung mencari kuasa sebaliknya Dr Dzulkefly mengabaikan isu ini dan menyambung kepada:


Berkongsi pengalaman sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini, katanya walau bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan kepada mereka, belum tentu dapat menarik sokongan Melayu tradisi pada pilihan raya berikutnya.


Dengan mengabai isu songsang PAS Dr Dzulkefly menyambung terus menerus kepada bagaimana mencari kuasa, mempengaruhi rakyat percayakan PAS dan bencikan Barisan Nasional sebab itu Dr Dzulkifli menyambungkan kepada:


Ini, ujarnya kerana sebahagian besar Melayu tradisi mudah dibeli oleh Umno apabila menjelang pilihan raya sehingga mereka takut untuk memberikan sokongan kepada PAS.

Hakikatnya sama ada Dr Dzulkefli menyembunyikan atau jenis melayu mudah lupa, hingga kebenaran yang kejatuhan PAS bukan kerana MELAYU MUDAH DIBELI OLEH UMNO tetapi faktor terbesar adalah PAS MUDAH DIBELI OLEH PKR DAN DAP hingga sanggup menggadaikan perjuangan islam dan perpaduan ummah.


Sebenarnya Dr Dzulkefli hanyalah membentang amalan lama PAS untuk diguna pakai semula bukannya memperbaiki matlamat dan prinsip perjuangan PAS. Sebab itulah Dr Dzulkefli membunyikan fakta yang paling bermasalah buat PAS hingga memecah-belahkan perpaduan ummah, hingga negara ini hampir-hampir diperintah bukan islam. Sebab itu PPM gelarkan tasis Dr Dzulkefly sebgai " PAS JENTERA PEMUSNAH UMMAH"


Monday 16 September 2013

5 Jam Bersama Tun Faisal Demi Mencari Satu Jawapan

Ramai rakan pengamal media bertanya kenapa PPM menyerang dan ada yang berkata membela Tun Faisal? Termasuk juga kenapa lewat mempromosikan Tun Faisal sebagai MT. PPM rasa wajar PPM pendamkan sahaja tentang kenapa, demi menjaga sensiviti pelbagai pihak.

Apa yang pasti PPM telah berpeluang bersemuka secara berdepan dengan Tun Faisal semalam selama 5 jam untuk mencari banyak jawapan dari pelbagai persoalan yang bermain diminda PPM. Almaklumlah selama ini PPM dengar dari mulut ke mulut sahaja dan PPM hanyalah pejuang UMNO kedil di bumi kenyalang.

Dengan kesempatan semalam, Alhamdulillah PPM amat berpuas hati dengan jawapan Tun Faisal meliputi pelbagai sudut termasuk misi dan blueprint cytro PRU14. 

Sebelum PPM bertemu dengan Tun Faisal, PPM berkesempatan bertemu dan berbicara demi mencari jawapan bersama APA, Keris Tujuh Lok, Pejuang Cyber, Anuar UMNO Reform, Gomo, Parpukari, Cucu Tok Wan, Dr MIM dan ramai lagi, maaf tidak terlintas ketika ini. Ada yang bercerita secara panjang lebar dan ada yang singkat. Tetapi paling tertarik pandangan Anuar UMNO Reform. Semuanya berkisar dalam lingkungan persoalan yang hampir sama tetapi amat berkait-kait. Bila bertemu Tun Faisal, menjadi mudah untuk PPM mendapat satu jawapan yang PPM mahukan khas untuk pengetahuan peribadi PPM sendiri sahaja.

Seperkara lagi Tun Faisal adalah jeneral perang yang tidak dinobatkan tetapi dari pengalaman PPM nampak bagaimana Tun bergitu prihatin kepada pejuang-pejuang maya yang terabai dari perhatian. Tun lah yang tampil membantu supaya mereka bersama-sama bangkit membantu kempen pasca PRU13.

Sayangnya tidak semua orang pernah berpeluang melihat bagaimana Tun berkhidmat dengan blueprintnya, menunaikan tanggungjawapnya kepada jentera dan skop tugas, termasuk mengagih bantuan kelengkapan perang berdasarkan kemampuan peruntukan. 

Sebab itu PPM rasa adalah wajar para sahabat media maya yang ada pelbagai persoalan tentang integriti Tun Faisal adalah perlu bersemuka dengan Tun berbanding kita berperang di Alam Maya.

Kita berjuang kerana ABATA dan segala kekusutan wajar dirungkaikan. Tentulah sayang kalau kita biarkan tokoh ini terkandas dari terus berkhidmat memperkukuhkan benteng pertahanan UMNO BN hanya sekadar spekulasi yang tidak pasti.

Oleh itu Pecah Palak Mikir sepenuh hati menyokong TF4MT dan buat sesiapa yang hendak tahu pengalaman Tun Faisal, PPM ingin pesan sekurang-kurangnya carilah seteko kopi atau teh bersama biskut kering supaya tidak terputus khusuk dalam penelitian kemampuan Tun Faisal yang berjela-jela panjangnya.



Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begitu, pertandingan di peringkat MT dijadikan alasan oleh sekumpulan pengambil kesempatan untuk membezakan saya dengan Dr Novandri. Saya faham game mereka. Mungkin jika saya ada, gamemereka akan terjejas.


Keupayaan pemimpin UMNO memahami dan mengendalikan dunia media siber dan media sosial membuatkan saya berfikiran, mungkin elok juga jika ada golongan muda yang faham dan mahir tentang media siber dan media sosial bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Mungkin jika ada pemimpin di dalam MT yang boleh memikul tanggung jawab ini, maka UMNO tidak akan terpaksa untuk meng`outsource'kan tugas ini kepada pegawai dalam pejabat Perdana Menteri atau orang yang berada di luar kepimpinan parti.

Soalnya sekarang, wajarkah saya bertanding sebagai MT dan apakah yang boleh saya tawarkan jika saya terpilih menjadi Ahli MT UMNO?

Wajarkah saya menawarkan diri sebagai MT atas justifikasi-justifikasi ini?

1. Pemimpin yang mewakili aspirasi generasi muda

* Walaupun Umur saya telah mencecah 42 tahun, saya masih berperanan aktif di dalam menggerakkan Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan persatuan-persatuan belia yang bernaung di bawahnya.

* Saya merupakan pengasas Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya, Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) Putrajaya, Persatuan Belia Putrajaya, GPMS Putrajaya, Kelab Sukan Komuniti Putrajaya dan yang menubuhkan semula Persatuan Bolasepak Putrajaya (Baru)

2. Pengalaman dan kemahiran dalam perang siber dan media sosial
* Terlibat dalam perang siber dan debat online sejak tahun 1999, sejak zaman chat room dan yahoo groups lagi. Ini di antara debat online saya ketika di dalam Yahoo Groups Young Professional Chambers (Promuda) berkenaan Liberal dan Conservative Islam - http://groups.yahoo.com/neo/groups/promuda_circle/conversations/topics/2325

* Semasa PRU 2004 - Pengerusi Pembangunan Bahan, Unit Media Pergerakan Pemuda UMNO / BN di bawah kendalian Exco Pemuda ketika itu, Datuk Norza Zakaria dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

* Membantu penubuhan pasukan Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004 dan mengetuai operasi Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004

*Kolumnis dan pengendali Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO pada 2003 - 2004,
* Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (UMB) 2009-2013


* Terlibat mengendalikan jentera siber BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak
* membantu laporan semasa Pilihan Raya Kampus 2013
* Pelopor kepada Modul Latihan Operasi Siber UMB


Operasi Perang Siber Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri

1.Pengerusi Unit Perang Siber Pemuda Umno bagi Pilihan Raya Kecil:
2.PRK Bukit Selambau
3.PRK Manek Urai
4.PRK Permatang Pasir
5.PRK Bagan Pinang
6.PRK Hulu Selangor
7.PRK Batu Sapi
8.PRK Galas
9.PRK Tenang
10.PRK Merlimau
11.PRK Kerdau
12.PRK Kuala Besut
13.Pengerusi Bersama Unit Perang Siber Barisan Nasional bagi PRN Sarawak

Latihan Perang Siber

Program latihan di bawah UMB Pusat

1.Latihan Induk UMB
2.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah
3.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah II
4.Latihan Media Baru Wilayah Persekutuan dan Selangor
5.Bengkel Media Baru Facebookers
6.Program latihan di bawh kendalian Biro Penerangan UMNO
7.Kursus Bela Nusa Khas – Pendekatan Perang Siber
8.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Sabah
9.Kursus Khas Jentera Siber
10.Program latihan di bawah Badan Perhubungan Negeri - UMB
11.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pahang
12.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Melaka
13.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pulau Pinang
14.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Terengganu
15.Latihan Media Baru Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
16.Latihan Simulasi Cybertroopers Peringkat Negeri Kedah

Program Latihan di bawah pelbagai badan yang lain

1.Pemukiman Jentera UMB Wilayah Persekutuan dan Selangor
2.Kursus Persediaan PRN Sarawak (Blogger 1Malaysia)
3.Bengkel Komunikasi Strategik Blogger Sarawak
4.Kursus Media Baru IPTA
5.Kursus Media Siber Nur Al Falah
6.Kursus Media siber Nur Al Falah Siri 2
7.Kursus Media Siber Nur Al Falah Siri 3
8.Konvensyen Media Siber Nur Al Falah
9.Kursus Media Baru IPTA 1
10.Kursus Media Baru Pensyarah Destini Kenegaraan
11.Kursus Media Baru IPTA 2
12.Kursus Media Baru IPTA 3
13.Kursus Media Baru IPTA 4
14.Simulasi Media Siber Pilihanraya Kampus

Operasi-operasi Khas

1.Membantu pelaporan Pilihanraya Kampus 2012/2013.
2.Mengendalikan jentera UMB dalam operasi-operasi khas antaranya mengenai Persidangan Agung UMNO, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka dan Promosi Tweet Merdeka 55, 1M4U.
3.Mengendalikan Sidang Plenari berkaitan Gerakan Perang Siber bagi negeri Pahang semasa Konvensyen Umno Pahang
4.Membantu pengendalian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang pertama

3. Kesediaan untuk tampil berhadapan dengan pembangkang

Kadang-kadang kita mencari-cari siapakah Ahli MT UMNO yang sentiasa ke hadapan untuk berhadapan dengan media dan pembangkang bagi mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional. Tanyalah kebanyakan media, termasuk media online, mereka akan menyatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan pemimpin UMNO untuk diletakkan dalam pelbagai forum.

Saya mungkin di kalangan pemimpin UMNO yang banyak berhadapan dengan pemimpin pembangkang dalam pelbagai forum dan program bual bicara. Ada satu ketika, saya terpaksa hadir tiga slot forum bersama pemimpin pembangkang dalam satu hari, termasuk satu slot di mana saya terpaksa menjadi bidan terjun kerana ketiadaan pemimpin UMNO untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan Muhamad Nur Manuty bagi bercakap tentang Melayu Pasca PRU13 :-


Pemuda Umno: Pakatan tiada program bangunkan Melayu

Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Dr Mohd Nor Manuty Ketua Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR bertajuk ‘Melayu Pasca PRU Ke-13’http://youtu.be/NDeumYO-Qbs

Di bawah adalah antara forum dan bual bicara dengan pemimpin pembangkang, termasuk yang bergelar YB Ahli Parlimen, ADUN dan Pengerusi Biro dalam parti pembangkang, yang saya hadiri;

1.Ahli Panel Forum Wacana ‘PRU13 Harapan Malaysia’ bersama Dr Yuseri Yusoff (UIA), Dr Maszlee Malek (UIA) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS) anjuran MPP Universiti Islam Antarabangsa (UIA) http://youtu.be/jcGOrGN2qOA

2.Ahli Panel Wacana SINAR ‘Kuasa Politik Mahasiswa’ bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Azmi Hassan, Muammar Gadafi Jamal, Azan Safarhttp://youtu.be/1md8Mig16i0

3.Ahli Panel program Meja Bulat oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda) bertajuk ‘Kebangsaan / Nepotisme Satu Warisan'http://youtu.be/qWvNlSrhqNw

4.Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Nik Nazmi Bik Ahmad ADUN Seri Setia dan Prof Datuk Abu Latif Abu Bakar bertajuk ‘Perang Media Baharu – Faktor Penentu PRU-13’ http://youtu.be/xww7MfKWoW4

5.Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda dan Hatta Wahari Ahli DAP bertajk ‘Peranan Media Baru Menjelang PRU Ke-13’ http://youtu.be/OahdYcgpk4A


8.Ahli Panel program Sudut Pandang Astro Awani bersama YB Datuk Saifuddin Abdullah dan YB Yusmadi Yusoff bertajuk ‘Menggalakkan Perdebatan’


9.Wawancara bersama Hishamudin Rais dalam segmen Current Affairs oleh BFM89.9 The Business Station bertajuk ‘Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia’ http://youtu.be/7SuXf-tclXc


10.Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Tony Pua (DAP), Tajuk - Middle Malaysiahttp://youtu.be/nXsxg6Of3iQ


11.Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama YB Amiruddin Shari (PKR), Tajuk - Mengimbau Pilihanraya Kecil dan Persediaan Pilihanraya Umum ke-13 http://youtu.be/bK580pTmxEY

12.Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama Tn Hj Abbas Awang, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR. Tajuk - Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran http://youtu.be/fcjzK_pDdl0

13.Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Yusmadi Yusof, Tajuk - Internet: Antara Tapisan dan Kemajuan.

14.Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Abdullah Sani (PKR). Tajuk - Merebut Pentadbiran Selangor.http://youtu.be/CIcIEiIdI1Y


Ini tidak termasuk program bual bicara yang lain bagi mengulas pelbagai isu, tidak terhad kepada media baru semata-mata :-

1.Bual Bicara Face-Off berkenaan PRU13, Red Bean Army, Video Anwarhttp://youtu.be/V8a2ekw4Qw0 , http://youtu.be/f3XUNN7HvUY


2.Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bertajuk Kuasa Politik Media Sosial bersama YM Datuk Raja Arif Raja Ali dan blogger Big Doghttp://youtu.be/4TtCaG5JSjY


3.Ahli Panel program Bicara Kampus oleh RTM bertajuk PTPTN – Retorik vs Realiti http://youtu.be/L4t93hixdBM


4.Ahli Panel program Dalam Radar Radio24 Bernama bertajuk ‘Veteran Dalam Media Sosial’
Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bersama Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dan Prof Madya Dr Ismail Sulaiman bertajuk ‘Media Sosial: Peranan & Tanggungjawab’ http://youtu.be/fZnZIRaMEZM


5.Ahli Panel program What Say You oleh MobTV mengenai ‘Peranan Cybertroopers Menjelang PRU13’http://tunfaisal.blogspot.com/2012/03/cybertroopers-pemuda-bn-tunfaisal-di.html


6.Ahli Panel program What Say Youth oleh MobTV bertajuk mengenai ‘Peranan Blogger Merancakkan PRU13’ bersama Hasbeemasputra Abu Bakar.http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/peranan-blogger-merancakkan-pru13-what.html


7.Wawancara program Kerusi Panas oleh Radio 24 Bernama bertajuk ‘Media Sosial sebagai ‘askar baru’ tangkis propaganda liar’http://tunfaisal.blogspot.com/2011/11/updates-podcast-tf-kena-drill-di-kerusi.html


8.Ahli Panel program Analisis RTM mengenai Analisis Pilihan Raya Kecil Tenang bertajuk ‘Tenang Akhirnya’


9.Ahli Panel program Astro Awani Khas bertajuk ‘Merealisasi Model Politik Baru’


10.Ahli Panel program Astro Awani, berkatan dengan analisis Pilihan Raya Kecil Galas bertajuk ‘Menggalas Harapan’


11.Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Pandangan Hidup Golongan Muda’.


12.Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai ‘Umur Persaraan’.


13.Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani Khas, Astro Awani sempena Perhimpunan


14.Agung UMNO 2009, Tajuk - Transformasi UMNO.


15.Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama sdri Ida Moerni, Ketua Puteri Bukit Gelugor, Tajuk - Pindaan Perlembagaan Umno.


16.Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.


17.Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani. Tajuk - Unit Amanah.
Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertauthttp://youtu.be/sO87T5Oel4s


18.Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil ManekUrai


Selain itu ada juga tweet exchange saya dengan pemimpin-pemimpin PR seperti Tony Pua, Nik Nazmi, Dr Siti Mariah dan Khalid Samad yang saya blogkan sebagai rekod :-

1.Tony Pua tak puas hati dengan namanya... ?

2.When chauvinists tried to explain 1Malaysia from Malaysian Malaysia angle...

3.Nik Nazmi gagal jawab sama ada PR akan hapuskan judi dan premis maksiat atau terus halalkannya di Selangor

4.Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab

5.@DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyat

4. Pengalaman dalam perkara-perkara berkaitan dasar dalam bidang pendidikan
Sebagai salah seorang Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran yang melihat kepada perkara-perkara berkaitan dasar sepanjang April 2004 – April 2009, saya mempunyai pendedahan dalam melakukan tugas-tugas penyelidikan dalam bidang berkaitan Dasar Pelajaran dan pelaksanaannya. Antara penglibatan langsung saya ketika di sana adalah -

1.Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka, menulis dan memperhalusiPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


2.Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka Program Pembestarian Sekolah, Pelan Strategik ICT KPM dan program-program ICT lain, termasuk merangka semula program latihan perkakasan untuk Program Pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI) Fasa 4, bertanggungjawab merangka dan menulis Nota dan Memorandum kepada Jemaah Menteri berkaitan Usaha Menangani Gejala Disiplin Pelajar, Langkah Memantapkan Program Kokurikulum di KPM, Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG); dan Memorandum Bersama dengan Jabatan Perpaduan dan Integrasi berkaitan Pengukuhan Semangat Patriotisme, Memorandum bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat berkaitan Pendidikan Seksualiti (Reproduktif dan Sosial)


3.Bertanggungjawab untuk membantu YBM dalam perkara-perkara berkaitan peperiksaan dan penilaian, termasuk pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


4.Bertanggungjawab untuk membantu YBM merangka strategi untuk Memperkasa Bahasa Kebangsaan, Kesusasteraan dan industri perbukuan dalam konteks pengukuhan pelaksanaan Dasar Buku Negara


5.Bertanggungjawab membantu YB Menteri Pelajaran mengendalikan Hal Ehwal Parlimen dan memperhalusi jawapan-jawapan yang disediakan


6.Bertanggungjawab untuk membantu meneliti dan memperhalusi ucapan-ucapan YB Menteri Pelajaran


7.Bertanggungjawab atas segala aduan yang dihantar kepada YB Menteri Pelajaran berkaitan Salah Laku Pelajar dan Pengurusan Sekolah


8.Membantu merencana aktiviti perhubungan awam, pengukuhan imej dan pengurusan persepsi awam terhadap YB Meteri dan Kementerian Pelajaran


9.Bertanggungjawab untuk meneliti kertas kerja, projek-projek khas dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh YB Menteri Pelajaran (Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Memperkukuhkan Kurikulum, Perlaksanaan Islam Hadhari, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri, Sekretariat Menangani Gejala Disiplin, pelaksanaan International Baccalaureate (IB), program F1 In School dan Robotik)


10.Terlibat di dalam mesyuarat berkala Majlis Permuafakatan Pentadbir-pentadbir Sekolah Putrajaya dan Cyberjaya bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi merencana program pendidikan anak-anak di dalam kejiranan ini selain dari menangani pelbagai isu dan masalah yang timbul di sekolah-sekolah dalam kejiaranan ini secara lebih pantas dan berkesan

5. Pengalaman dalam bidang latihan dan pengkaderan

Saya merupakan produk Institut Kajian Dasar (IKD) semasa di universiti. Sebelum itu saya juga terlibat dalam gerakan-gerakan pelajar termasuk yang menggunakan usrah sebagai salah satu kaedah pengkaderan. Saya terlibat membantu mengendalikan sejumlah program latihan selain latihan perang siber, termasuklah program latihan ABATA.

6. Pengalaman dalam politik kampus dan engagement dengan mahasiswa

Saya merupakan graduan universiti tempatan, USM yang terlibat dengan politik kampus IPTA sejak zaman kehasiswaan lagi. Terlibat dalam engagement dengan mahasiswa sejak 2003 sehingga sekarang.

7. Kebolehan dalam penulisan
Antara tulisan -

1.The Credibility of News Portals Compared to Mainstream Press

2.Developing World Class ASEAN Leaders - The Role Of Universities

3.James Wong opinion – a pure nonsense

Bangsa Eropah yang mudah mengkritik tapi benci dikritik

4.(Menyanggah kritikan editorial Wall Street Journal terhadap Tun Mahathir)

5.Dr M Leader Par Excellence

8. Pendirian dalam perkara-perkara prinsip berkaitan agama Islam
Pemimpin UMNO juga adakalanya dilihat terkebelakang dalam mengutarakan pendirian mereka mengenai Islam. Ini merupakan sebahagian daripada pandangan saya mengenai perdebatan yang hangat ketika itu -

1.Zainah Anwar – searching the true meaning of `uswatun hasanah’.
(A response to “Ending the Patriarchy”)

2.Kesemua artikel berkaitan Kalimah Allah sejak kes itu diputuskan pada Disember 2009

3.Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam?

4.Menyanggah tulisan Farish Noor "Ummah, not ulama, should call the shot"

5.PROMUDA - Debat Islam Liberal dan Konservatif dari Perspektif Sejarah Islam
Conservativeness leads to the stagnation of the Ummah

6.Memahami dan menangani pemikiran Islam liberal

7.Liberal Islam: Menyanggah M Bakri Musa

9. Pendirian dalam perkara-perkara pokok berkaitan perjuangan orang Melayu/Bumiputera
Ini adalah antara pandangan saya mengenai agenda ekonomi orang Melayu -

1."Melayu miskin terus miskin di bawah DEB"

2.Bursa Saham Bumiputera (BSE) - cadangan baik untuk Model Ekonomi Baru

3.Model Baru Ekonomi - Maaf PM, saya tidak percaya Amirsham!

4.Komputer 1Malaysia : TERAJU gagal! Bumiputera kalah kepada syarikat penjual penyapu Cina?

6.Joceline Tan - Membaca pemikiran orang Cina

Lebih lanjut mengenai saya dan pengalaman saya di dalam bidang politik, profesional, NGO dan kepimpinan di pautan di bawah

Isu Terkini

get this widget here